• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

30/01/2010

Sekitar Intimate Tour - Brunei













Pictures credited to Zahirdidd and Liyana

Stacy @ Borneo Bulletin












AF's Stacy Dines With Fans, Impressed Brunei
Written by Edwin Eng Saturday, 30 January 2010 08:03

Bandar Seri Begawan - Twenty-five lucky fans that won a contest had an intimate dinner with Stacy, the winner of popular Malaysia show, Academy Fantasia 6 in 2008. During the dinner, several fans got to play some games with Stacy. Stacy is also the ambassador for Intimate products since 2009.

In an interview, Stacy said that it was her first time in the country and that the country is fantastic. "What makes it fantastic are the I3runeian fans who are very supportive of me and Bruneians are very sporting".

Stacy also commented that she will be going to study in one of Malaysia's top, Lim Kok Wing Uni versity, to further her education in sound and music. She mentioned her new single entitled `Jahat' will be out in February.
Stacy will also be presenting prices to two winners of the contest at the Consumer Fair 5 at the International Convention Centre today.

An autograph session was also held yesterday at some supermarkets and department stores. Today, she will be having another autograph session at Hua Ho Manggis Mall branch, Bunut branch and Kiulap branch. -- Courtesy of Borneo Bulletin

STACY @ Intimate Tour (Promo)



28-31 Jan 2010 - Intimate Brunei Tour @ Brunei

29 Januari
1.00pm : Utama Grand, Gadang
2.00pm : Jaya, Gadang
3.00pm : Giant

30 Januari
2.oopm :Hua Ho, Manggis Mall
3.00pm : Hua Ho, Banut
4.00pm : Hua Ho, Kulap
6.30pm : Giant Hypermarket, Tasik Rimba, Brunei

28/01/2010

1 Malaysia Gong Xi Fa Cai @ KDCA, Sabah



Untuk makluman, sempena acara 1 Malaysia Gong Xi Fa Cai yang akan berlangsung di KDCA, satu sesi gambar bersama artis-artis yang terlibat membuat persembahan akan diadakan pada 7th February 2010 jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pada sesiapa yang berada di Sabah, jangan lepaskan peluang!!

Antara artis-artis yang terlibat :
STACY , Adam , B.A.DBoyz dan Chaq

Align Center

Stacy @ RAPI Februari



Dapatkan majalah Rapi keluaran Februari untuk mengetahui kisah lanjut tentang cara penjagaan badan oleh Stacy.

26/01/2010

Stacy @ SENSASI Januari





Untuk kisah dan artikel lanjut, dapatkan Majalah Sensai keluaran Januari.

Kredit gambar kepada Cekman @ sabun

22/01/2010

Stacy @ Harian Metro - Saya 'Mamai' Ketika Itu


Oleh: Sakini Mohd Said (sakini@hmetro.com.my)
Sumber: www.hmetro.com

TIDAK dinafikan populariti diraih Stracie Angie Anam atau Stacy ketika ini, memang hebat. Ditambah pula liuk tubuhnya yang rancak tatkala menari di atas pentas disusuli dengan lontaran vokal, pasti membuatkan sesiapa saja ingin turut serta.

Semuanya gara-gara penyanyi Pakai Buang ini tidak membalas senyuman dan teguran mesra daripada seorang pramugari ketika dia menaiki sebuah pesawat untuk balik kampung bersama ibu dan abangnya. Pelik juga, kerana sebelum ini media mengenalinya seorang yang peramah dan paling penting mudah memberi kerjasama.

Menghubunginya baru-baru ini, kata Stacy, 19, dia agak terkejut dengan penularan gosip itu kerana sebolehnya dia amat mementingkan jalinan mesra bersama peminat. Tidak marah atau melenting, dia menganggap semua itu harga perlu dibayar apabila menjadi insan seni. "Ketika diberitahu mengenai gosip ini, saya berada di Sabah. Terkejut jugalah, kerana rasanya tiada siapa pun yang menegur saya ketika menaiki pesawat itu.

Sebenarnya, saya sangat mengantuk dan agak 'mamai' pada masa itu kerana penerbangan kami jam 7 pagi dan malam sebelumnya saya langsung tidak dapat tidur disebabkan urusan kerja. "Biarpun begitu, saya masih sedar dan ingat dengan jelas tiada seorang pun pramugari menegur saya. Seingat saya, masuk saja dalam pesawat itu saya terus ke tempat duduk dan sambung tidur. Mungkin disebabkan saya tunduk ketika menuju ke tempat duduk, menyebabkan ada yang ingat saya sombong.

"Sebenarnya, saya terpaksa tunduk kerana tidak mahu orang tengok muka saya ketika itu yang letih dan pucat, itu saja. Mengenai saya buat tak endah dengan pramugari apabila ditanya mengenai makanan atau suruh 'mummy' saja bercakap dengan mereka meminta bantal dan selimut, dakwaan itu tidak betul. "Dalam keadaan 'mamai', mummy yang tanya sama ada saya nak bantal, selimut atau makanan dan saya cuma mengiyakan sajalah, kemudian sambung kembali tidur.

Bukan saya kata tidur lebih penting daripada layan peminat kerana saya tahu tanpa mereka sudah tentu karier seni tidak ke mana. "Cuma, takkanlah saya terhegeh-hegeh tegur mereka nanti kata saya 'perasan' atau syok sendiri pula. Kalau mereka tegur, sudah tentu saya akan layan mereka dengan baik. Masalahnya, saya langsung tidak dengar sesiapa di situ menegur saya. Saya minta maaf sesiapa yang terasa dan gosip ini banyak mengajar saya akan kehidupan seni.

"Selepas kejadian itu, jumpa sesiapa saja saya akan tegur dan senyum kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali. Mungkin mereka malu dan untuk itu saya akan mulakan dulu," katanya. Mengenai perkembangan seni selepas berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24), seperti biasa Stacy mula sibuk memenuhi undangan persembahan sama ada majlis korporat atau Astro.

18/01/2010

ABPBH SENARAI CALON AKHIR (TOP 5) DIUMUMKAN RABU (20 JAN)

Semua nama calon terbabit akan diumumkan dalam satu majlis bersempena sidang media pada Rabu, 20 Januari ini, jam 3 petang bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Diharapkan agar semua rakan-rakan Stacy @ penyokong mendoakan keputusan terbaik buat Stacy, agar kita semua dapat meneruskan undian untuk Stacy.

Pastikan Diari anda tercatat tarikh berikut, kerana acara kemuncak ABPBH 2009 bakal berlangsung di Arena of Stars, genting Highlands pada 4 April ini.

17/01/2010

FINAL HITS 1 ( MUSIM KE 7 )

Pada yang tertanya-tanya bilakah Final Hits 1 dan di mana?. Pertandingan Akhir Hits 1 musim ke tujuh bakal diketahui pada 28 Februari 2010 (Ahad) bertempat di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam, jam 8.30 malam dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran TV2.

Masih mengekalkan khidmat juri profesional dalam menentukan lagu manakah yang layak diiktiraf sebagai juara, sepuluh buah lagu yang bakal dipertandingkan adalah Azharina (Rawan), Misha Omar (Cinta Adam & Hawa), Grey Sky Morning (Cinta Gila), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Tomok (Rindu Terhenti), Faizal Tahir (Bencinta), Stacy (Pakai Buang), 6ixth Sense (Khatimah Cinta), Ella (Puisi Hamba) dan Stacy & Adam (Menggegar Dunia).

Pada para penyokong Stacy, datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongan. selalunya Lagu Terbaik dipilih oleh juri profesional dan Lagu Paling Popular pula diadili oleh juri awam melalui sms. Jadikan impian anda untuk melihat kemenangan Stacy satu kenyataan dengan mengundi sebanyak mungkin dan cara2nya...selalunya akan di umumkan pada malam pertandingan itu kelak.

16/01/2010

Stacy's Mummy and Daddy Birthday

Lokasi : Rumah keluarga Stacy
Tarikh: 15 Jan 2010
Masa : 8.00 mlm

Kelmarin Aunty Agnes telah menjemput beberapa orang ahli SaF datang ke rumahnya untuk turut serta menyambut hari jadi beliau dan jugak Uncle Anam (Ayah Stacy). Majlis semalam juga turut meraikan hari jadi Chelvin @ Adam (abg Stacy) iaitu pada 11 Jan 2010yang lalu. 15 Jan 2010 merupakan hari jadi Uncle Anam dan 16 Jan 2010 merupakan hari jadi Aunty Agnes. Majlis ini juga dikira satu perkumpulan keluarga kerana semua adik beradik Stacy hadir.

Credit pictures to Carina





15/01/2010

Stacy Kekwat, Ye Ke? MANGGA ONLINE *Anda Nilaikan*

StacyAngieFrenz mewakili Stacy tidak pernah bersikap pilih kasih terhadap komen-komen dan artikel yang disiarkan di akhbar mahupun blog-blog hiburan. Mana yang baik untuk Stacy dijadikan panduan manakala yang negatif dijadikan sandaran untuk terus berjaya. Terbaru, satu artikel di Manggaonline yang menyifatkan Stacy semakin sombong atau 'kekwat' telah disiarkan. Bagi kami yang rapat dengan Stacy menyangkal dakwaan tersebut yang bersifat ingin menjatuhkan. Ini kerana kami kenal Stacy yang kita semua sayangi. Walaupun begitu kami mengalu-alukan komen anda untuk perkara ini. Sesungguhnya kami hanya mahukan yang terbaik buat Stacy. - SaFC Admin-

Malam-malam hari beberapa hari lalu Mangga Muda dapat pesanan ringkas (SMS) yang membuat luahan hati pasal penyanyi wanita energetik Stacy. Katanya penyanyi itu kekwat. Betul ker?

Macam ni kisahnya. Pengadu tu kata dia ternampak Stacy berlagak semasa menaiki sebuh pesawat untuk balik ke kampung bersama ibunya. Sebaik sahaja naik pesawat, seorang peramugari senyum dan mengucap selamat pagi kepadanya. Tapi katanya Stacy buat tak tahu sahaja malah memalingkan muka apabila ditegur.

Apabila mahukan bantal dan selimut dengan anak kapal pun dia suruh ibunya yang mintak. Malah semasa peramugari datang tanya pasal makanan pun dia buat tak endah dan suruh ibunya yang cakap apa makanan yang dia mahu.

"Peramugari tu macam tak wujud di situ. Sikap kekwat dia tu berterusan sehinggalah sampai ke Kota Kinabalu. Mulanya ingat nak bergambar kenangan dengan dia, tapi terus batalkan sebab nampak perangai dia yang sombong tu," kata pengadu tadi.

Oh! Macam tu ke? Tak beranilah Mangga Muda nak cakap apa. Tak tahulah benar atau tidak aduan tu. Manalah tahu kut kut dia sengaja nak memburuk-burukkan Stacy kan? Ataupun agaknya hari itu Stacy bad mood ataupun suara dia serak... sebab itu dia tak nak bercakap dengan peramugari itu.

Stacy @ Berita harian - Stacy, Akim Menang Anugerah Maxis

Sumber: www.bharian.com.my
Ruangan: Cik Normah

CIK Normah masih belum boleh melupakan kerancakan Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 yang berlangsung Ahad lalu. Tahniah TV3 kerana Cik Normah diberitahu ratingnya mencecah 4.6 juta. Kalau ikutkan jadual Cik Normah hari itu penuh juga, tetapi Cik Normah cuba kosongkan semata-mata kerana AJL.

Sebenarnya Cik Normah nak bercerita sedikit fasal AJL, bukan nak mengutuk ya. Cukup-cukuplah kutukan untuk AJL 24. Biasalah rumah siap, pahat berbunyi. Cik Normah sebenarnya nak memberitahu berita gembira kepada peminat Stacy dan Akim. Kenapa?

Hah sebabnya dua bekas peserta program realiti ini memenangi Anugerah Maxis. Malam tu Cik Normah tak dengar pun pengumuman mengenai anugerah berkenaan, tetapi orang kuat Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) bersungguh-sungguh minta Cik Normah beritahu.

Pada malam berkenaan, persembahan Stacy menerusi lagu Pakai Buang menang Anugerah Artis Pilihan Hotlink yang mana persembahannya mendapat muat turun paling banyak pada malam AJL. Sementara lagu Akim pula memenangi Anugerah Muat Turun Nada Dering Tertinggi Hotlink.

Okaylah tu... sekalipun kecundang di AJL, sekurang-kurangnya Stacy dengan Akim memenangi hati peminat. Cik Normah memang tak tahu langsung mengenai anugerah berkenaan sebab ketika majlis itu berlangsung kalau tak silap Cik Normah, pengacaranya langsung tak umumkan. Tak mengapalah Stacy dan Akim, yang penting adalah ingatan peminat betul tak? Kerana mereka inilah yang menentukan jatuh bangun seseorang penyanyi.

Pic credit to Halida

14/01/2010

Stacy @ Berita harian - Sama Tapi Berbeza

Oleh: Zaidi Mohamad
Sumber: www.bharian.com.my

Mila dan Stacy terus lakar nama di persada seni, tetapi mengharungi kisah kontroversi yang berlainan

NAMA kedua-dua gadis ini masih bertahan dalam arus seni yang deras sehingga boleh menyebabkan kelemasan kalau tidak bijak dengan cara mengharunginya. Mereka berkongsi pentas anugerah dan memperoleh kejayaan yang sama.

Mila bersinar sebagai Juara AF musim kelima, manakala Stacy menyambung takhta dan gelaran itu pada musim keenam. Kedua-duanya juga meneruskan populariti masing-masing menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Artis Baru Wanita Popular.

Mila menyandang anugerah cetusan Berita Harian itu pada 2007, manakala Stacy pula tahun lalu. Lagu nyanyian mereka juga masing-masing terus meniti di bibir peminat. Cuma dalam soal kontroversi, Stacy jauh lebih bertuah berbanding Mila yang kerap dihimpit kisah panas.

Kerjaya Stacy berjalan lancar dan kalau ada pun gosip yang hadir semuanya boleh dianggap sebagai tidak panas. Sebagai contoh, pernah timbul cerita kononnya Stacy menjalinkan cinta dengan rakan seperjuangannya, Akim.

"Sebenarnya memang kami berkawan sesama rakan dalam bidang ini. Tak lebih daripada itu. Mungkin kami masih baru dan ada kalanya, ia disalah tafsir sesetengah orang. Biarlah. Kami sendiri tahu yang mana betul atau sebaliknya.

"Benar orang kata kalau jadi artis, gosip adalah sebahagian daripada kehidupannya. Tapi saya bersyukur selagi gosip itu tidak menjejaskan hubungan sesama rakan artis lain, saya masih boleh layan. Ataupun hanya sekadar tersenyum.

"Tapi kalau ada yang bertanya, termasuk rakan media, saya akan jawab perkara sebenar kerana tiada apa pun yang nak disembunyikan di antara kami. Saya juga masih muda untuk memikirkan soal cinta. Cita-cita untuk terus berjaya dalam dunia seni masih jauh lagi," kata Stacy pada majlis pelancaran album Era Muzik Hits Terkini, minggu lalu.

kata Stacy lagi dengan usianya yang baru 20 tahun, dia bersyukur keluarga dan peminatnya sering memberi dorongan dan sokongan. Biarpun sanggup merantau dari Sabah untuk mengejar impiannya di ibu kota, keluarganya masih kerap bertandang ke Kuala Lumpur.

"Orang selalu kata, selepas usia 21 tahun baru dapat kunci kebebasan. Bermakna saya masih di bawah jagaan keluarga. Dalam apa sekalipun yang saya lakukan, saya masih merujuk dan diselia keluarga. Mungkin Stacy akan cepat hanyut tanpa pemerhatian keluarga," katanya.

Selepas diterima dan menjadi sebutan tahun lalu, Stacy juga mengharapkan tuahnya untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang. Kata anak kelima daripada enam beradik ini, misinya hanya mahu terus wujud di persada seni.

Stacy turut menyatakan untuk menyambung pengajian di sebuah kolej dalam bidang Muzik dan Bunyi. Kalau jadi kenyataan, katanya, dia akan memulakan pengajian itu pada Februari atau Mac.

"Sejak di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), kerjaya seni semakin terurus. Hampir setiap ketika, AESB tidak betah duduk diam dan terus memastikan kelangsungan artis naungannya.

"Oleh sebab itu, saya meletakkan sedikit kepercayaan untuk belajar dan pada masa yang sama tidak mengabaikan dunia seni. Kedua-dua cabang bidang ini sama penting dan mudah-mudahan ada waktu untuk saya terus memanjangkan minat saya ini," katanya positif.

13/01/2010

Gaya Baru Stacy







Seperti mana yang telah diberitahu oleh Stacy sendiri, beliau akan membuat satu perubahan kepada imejnya sempena tahun 2010 ini iaitu dengan memotong rambutnya menjadi pendek. Selain itu, faktor kesihatan rambut juga menjadiaspek utama kepada perubahan drastik ini. Ada yang memuji gaya baru ini dan tak kurang juga yang memberikan komen negatif. Namun bagi kami peminat setia Stacy, tak kira dengan gaya bagaimana sekalipun, Stacy tetap cute di mata kami.

10/01/2010

Misi Memburu Gelaran

Oleh: Zul Husni Abdul Hamid
Sumber: www.bharian.com.my


Peluang keemasan untuk pahat nama sebagai pelapis industri hiburan


SAAT ditanya apa harapan besar mereka tatkala 2010 menyelak helaian harinya, empat nama yang sedang memuncak dalam industri hiburan ini mengimpikan perjalanan karier yang lancar dan membanggakan.


Mereka memulakan perjalanan 2010 dengan cukup selesa. Beraksi di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 9 malam ini, peluang keemasan itu memberi lonjakan untuk terus memahatkan nama sebagai pelapis industri hiburan.

Berbanding Stacy, Akim dan Black yang masih mentah dalam industri hiburan, Alyah pula sudah hampir sedekad mencuba nasib. Cuma, pada 2009 namanya menyerlah lewat lagu ciptaan Ajai, Tak Mungkin Kerna Sayang lantas menjulang album yang mengangkat namanya sebagai judul dalam Top 5 Album Pop Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-16.

Perjalanan awal Alyah mungkin tidak seenak Stacy yang memacu kariernya laju selepas menjuarai program realiti, Akademi Fantasia 6. Bintangnya bersinar terang. Cuma bersandar kepada single, Aku Stacy, gadis kelahiran Sabah ini mengecap populariti yang diimpikan semua bakat muda sepertinya.

Malah meraih pengiktirafan Artis Baru Wanita Popular pada acara gemilang, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, April tahun lalu. Kecemerlangan Stacy juga dikongsi bersama Black yang menjuarai program realiti, Mentor selepas menempuh laluan sukar untuk menembusi industri hiburan.


Stacy akui bebanan di pentas AJL

LEDAKAN Aku Stacy mengubah hidup gadis Kazadan berusia 19 tahun itu. Impak penampilannya pada malam AJL23 memacu laju karier nyanyian Stacy yang baru bertapak. Tahun ini, Stacy kembali mempertaruhkan nasibnya menerusi Pakai Buang, ciptaan sepenuhnya Edry KRU. Akui Stacy atau nama penuhnya, Stracie Angie Anam, penyertaan kedua pada AJL24 memberikan cabaran berbeza.

“Saya akui bebanan untuk penyertaan kedua ini agak berat. Ketika Aku Stacy dulu, jadual kerja saya masih longgar kerana baru bergelar artis. Jadi masa untuk berlatih banyak.

“Berbeza sekarang apabila jadual harian saya semakin padat. Banyak komitmen yang perlu saya penuhi, membuatkan saya terpaksa mencuri masa untuk menjalani latihan. Mujur saya dibantu pasukan yang memahami. Mereka tidak merungut, bahkan bersedia memberi komitmen apabila diperlukan. Komitmen mereka meringankan sikit bebanan saya,” katanya.

Menerusi lagu Pakai Buang kata Stacy, menuntut kekuatan stamina yang luar biasa berbanding Aku Stacy yang tidak memerlukan pergerakan terlalu besar. Paling meresahkannya, koreografi yang diilhamkan abangnya, Chaq juga mencabar membuatkan dirinya bingung apakah mampu memberikan yang terbaik pada malam kemuncak nanti.

“Jujurnya saya sudah bersedia tetapi pada masa sama saya juga ragu kerana tidak pernah puas dengan apa yang diberikan. Pakai Buang memberikan saya tekanan hebat, malah terasa seolah ini penyertaan pertama saya di pentas AJL. Saya cuma mampu berdoa apa yang dirancang berjalan baik nanti,” katanya.

Info Stacy

Nama Penuh: Stracie Angie Anam

Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990

Asal: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah

Album: Aku Stacy

Single: Menggegar Dunia (duet bersama Adam AF2) dan Primadona (solo), kedua-duanya adalah lagu runut bunyi filem My Spy

Duta: Power Root dan Intimate Sanitary Napkins

Pencapaian: Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Penyanyi Pop Popular Malaysia 2009 pada Shout Awards terbitan 8TV dan Ikon Belia Remaja Sabah

09/01/2010

Stacy @ Malay Mail - From 'fantasia' to reality

Nur Aqidah Azizi
Friday, January 8th, 2010 15:10:00


THE 'instant celebrity' stigma is probably nothing new to the Akademi Fantasia (AF) alumni. Quite a few even made their mark in this year's 24th Anugerah Juara Lagu (AJL24) which means that maybe, just maybe, some of them have... real talent.

The three young stars — Hafiz, the winner of AF7; Akim, the second runner-up and Stacy, the winner of AF6 — all of whom are in the finals of AJL24 — are all set to prove that they are not just a bunch of 'instant stars' who became popular from a reality show.

Together with another AF-born star Aizat, the three will be battling it out at Stadium Putra Bukit Jalil this Sunday. AJL24 has made history by having the most AF-born stars to compete in the competition, so far.

Hafiz will be performing Masih Jelas, a composition of Aidit Alfian and Ad Samad; Akim will sing Bengang, penned and composed by Syeikh Qalam and Amir while Stacy belts out Edry KRU's Pakai Buang. Aizat made it to the final with two songs — Pergi, composed and penned by Pete Teo and Amran Omar, and Kau Aku, composed by Aizat himself.

Excited about the competition, Hafiz, Akim and Stacy agreed that all participants stand an equal chance to win the coveted title of Juara Lagu this year.

"In AF, we were only competing against each other but now, we are thrown here to fight against those who have far more experience in AJL. However, I must say that being able to make it in AJL is already a satisfying achievement for me. What's important now is to deliver a memorable performance," said Hafiz in an interview recently.

"Enfiniti Productions and Astro Entertainment Sdn Bhd have been generous enough to provide me with the facilities to prepare myself for AJL24. Vocal and choreography classes have been provided for me to sharpen and polish my performance, with Pat Ibrahim providing some choreography steps for Masih Jelas.

“On my personal routine, I am also preparing my stamina by jogging and limiting outside activities to ensure that my health will be at its best during the competition,” he added.

For Akim, his main concern for AJL24 is definitely his vocal performance. "I am looking forward to the competition, not only because I will be competing with other experienced performers, but because I will be sharing the same stage with other AF alumni. We come from the same platform and of course, to finally meet at a prestigious competition as AJL, this means a lot," said Akim.

The only female AF representative in AJL24 is Stacy and her aim is to give her best. "I have to strike a balance between vocal and dance routines so that both will shine during AJL24," she said. "I have been practising with my back-up dancers since two weeks ago. New routines will be added to the choreography."

On her closest competition, Stacy said she is looking forward to watching Misha Omar's performance. "Everyone knows that Misha has her own style of performing every time she's on stage. I have a feeling that she will be doing something fantastic in AJL24."

Having born from the most popular reality programme in Malaysia, many of us may believe that these kids have had everything handed to them on a silver platter. However, the reality is that their road to success has never been easy and for these 'instant stars', they are not spared from hardship.

Lady luck is definitely smiling on these three young stars, especially with their inclusion in the AJL24 this Sunday. For all the action and nail-biting performances, watch the much anticipated AJL24 this Sunday on TV3 at 9pm, or head on down to Stadium Putra Bukit Jalil to see your idols perform up close.

08/01/2010

Stacy @ Mstar - Hasrat Sambung Belajar Stacy Tercapai

Oleh: Kemalia Othman
Stacy bakal menjadi penuntut Universiti Lim Kok Wing Februari ini.


JUARA Akademi Fantasia musim keenam, Stracy Angie Agam atau Stacy kini semakin matang dalam persembahannya. Walaupun seringkali dikaitkan dengan artis luar negara namun bagi Stacy dia masih ada kelebihan tersendiri.



Biarpun kini dia berada pada tahap yang boleh dibanggakan, tetapi Stacy tidak mahu melupakan asal-usulnya dahulu. Paling menyentuh hati apabila dia terpaksa berhenti sekolah semata-mata untuk menanggung keluarga tercinta dengan menyanyi di tiga buah kelab malam terkemuka di Penampang, Sabah.



Hasrat untuk menyambung pelajaran yang tergendala sekian lama kini menjadi kenyataan bagi Stacy apabila dia bakal menjadi penuntut di Universiti Lim Kok Wing pada Februari ini. "Saya bakal sambung pelajaran tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana hasrat yang saya simpan selama ini menjadi kenyataan.



"Kalau dulu tak berpeluang nak sambung sebab ada banyak hal, sekarang saya rasa masa yang sesuai untuk belajar semula. "Dari tahun lepas sebenarnya saya sudah rancang dan buat persiapan yang patut. Bulan Februari ini saya akan mendaftarkan diri di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music.



"Lagi pula usia saya ini memang sepatutnya masih belajar lagi," ujar Stacy dengan nada yang cukup gembira. Gadis 19 tahun ini turut mengakui bahawa pelajaran merupakan salah satu tangga untuk berjaya pada masa hadapan walaupun kini dia sudah bergelar artis.




Dalam pada itu, Stacy turut memberitahu bahawa dia bakal memotong rambutnya sebagai imej baru untuk tahun 2010 ini. "Tahun ini saya nak tampil segar dan dalam masa terdekat ni saya nak potong rambut pendek, rambut saya rosak sebab sering diwarnakan. Mungkin sudah bosan dengan imej saya begini.



"Konsep tahun ini masih lagi seperti tahun-tahun sebelumnya sebab itu identiti saya, saya fikir nak ubah rambut sahaja tahun ini,” ujarnya yang turut berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ahad ini Ketika ditanya tentang persiapan bagi AJL, Stacy yang mempertaruhkan lagu Pakai Buang berkata, dia sudah sedia untuk itu.



"Persiapan AJL sudah 80 peratus, selebihnya hanya di atas pentas AJL nanti, kali ini saya akan tekankan vokal dan semestinya persembahan tarian," katanya yang mengakui Misha Omar sebagai pesaing terdekatnya. Dia turut gembira kerana AJL kali ini menampilkan lebih ramai bekas pelajar Akademi fantasia yang bertanding di pentas akhir itu.

Stacy @ Utusan Malaysia - Debaran Empat Sang Juara

Oleh: Shazryn Mohd. faizal (shazryn.faizal@utusan.com.my)
Gambar: Harun Osman
Sumber: www.utusan.com.my


SESI fotografi yang menggabungkan empat juara dari tiga program realiti berbeza ini berjalan dengan lancar sekali. Apa yang menariknya, inilah kali pertama Stacy (juara Akademi Fantasia 6), Hafiz (juara Akademi Fantasia 7), Tomok (juara One In A Million 3) dan Black (juara Mentor 3) disatukan sementelah mereka juga merupakan artis yang bakal berentap untuk merebut kejuaraan pada Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) pada 10 Januari ini.

Suasana yang pada mulanya sedikit lesu secara tiba-tiba bertukar menjadi ceria dengan keletah mereka yang saling usik-mengusik antara satu sama lain. Malah, mereka juga tidak lokek untuk berkongsi pendapat masing-masing tentang penglibatan mereka untuk AJL24 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil nanti.



Stacy Mahu Balas Dendam

SEBETULNYA AJL24 bukanlah penyertaan pertama gadis genit kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini. Jika ada yang sudah terlupa, tahun lalu merupakan penyertaan pertamanya dalam anugerah terbitan TV3 itu apabila terpilih dengan lagu Aku Stacy. Tahun ini, dia kembali dengan semangat baru dan Stacy tanpa berselindung memberitahu, dia sudah bersedia untuk menggegarkan Stadium Putra.



Membawakan lagu Pakai Buang ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, kali ini dia benar-benar sudah memantapkan dirinya untuk memberikan persembahan terbaik.



Banyak yang dipelajarinya sewaktu menyertai AJL tahun lalu, apa yang penting bagi Stacy kini adalah untuk memperbaiki segala kelemahan tahun lalu dalam persembahan kali ini. "Tahun lalu banyak impian saya yang tidak dapat ditunaikan sewaktu mempersembahkan lagu Aku Stacy.



"Namun, saya bersyukur apabila kali ini nampaknya apa yang saya mahukan dapat ditunaikan dan saya sudah tidak sabar lagi untuk beraksi. "Setakat ini, segala persiapan berjalan dengan lancar selepas menjalani latihan insentif bersama dengan penari-penari saya seramai 10 orang," katanya penuh bersemangat. Namun begitu, jelas Stacy, kali ini tekanan lebih dirasainya memandangkan dia tidak mempunyai banyak waktu untuk berlatih baik dari segi vokal mahupun tarian.



Semuanya kerana kesibukannya dalam memenuhi undangan persembahan selain daripada kekangan waktu bagi mengumpulkan kesemua penarinya. "Tahun lalu, jadual latihan saya lebih mudah kerana penari saya semuanya dari Sabah selain memiliki masa terluang untuk berlatih. "Kali ini, penari saya bukan sahaja dari Sabah tetapi juga dari Kuala Lumpur dan itulah yang menjadi masalah dalam mencari masa untuk berlatih.



"Saya juga tidak mempunyai banyak waktu untuk fokus kepada latihan vokal dan setiap persembahan saya itulah pentas untuk saya berlatih sepenuhnya," ujarnya yang melihat segala cabaran itu sebagai pembakar semangat.



"Seperti biasa, susunan muziknya akan sedikit berbeza dan itulah yang memberikan kelainan kepada lagu ini pada malam itu nanti," kata Stacy sambil mengakui, persaingan AJL24 cukup sengit dan hebat-hebat belaka.