• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

15 Jan 2010

Stacy Kekwat, Ye Ke? MANGGA ONLINE *Anda Nilaikan*

StacyAngieFrenz mewakili Stacy tidak pernah bersikap pilih kasih terhadap komen-komen dan artikel yang disiarkan di akhbar mahupun blog-blog hiburan. Mana yang baik untuk Stacy dijadikan panduan manakala yang negatif dijadikan sandaran untuk terus berjaya. Terbaru, satu artikel di Manggaonline yang menyifatkan Stacy semakin sombong atau 'kekwat' telah disiarkan. Bagi kami yang rapat dengan Stacy menyangkal dakwaan tersebut yang bersifat ingin menjatuhkan. Ini kerana kami kenal Stacy yang kita semua sayangi. Walaupun begitu kami mengalu-alukan komen anda untuk perkara ini. Sesungguhnya kami hanya mahukan yang terbaik buat Stacy. - SaFC Admin-

Malam-malam hari beberapa hari lalu Mangga Muda dapat pesanan ringkas (SMS) yang membuat luahan hati pasal penyanyi wanita energetik Stacy. Katanya penyanyi itu kekwat. Betul ker?

Macam ni kisahnya. Pengadu tu kata dia ternampak Stacy berlagak semasa menaiki sebuh pesawat untuk balik ke kampung bersama ibunya. Sebaik sahaja naik pesawat, seorang peramugari senyum dan mengucap selamat pagi kepadanya. Tapi katanya Stacy buat tak tahu sahaja malah memalingkan muka apabila ditegur.

Apabila mahukan bantal dan selimut dengan anak kapal pun dia suruh ibunya yang mintak. Malah semasa peramugari datang tanya pasal makanan pun dia buat tak endah dan suruh ibunya yang cakap apa makanan yang dia mahu.

"Peramugari tu macam tak wujud di situ. Sikap kekwat dia tu berterusan sehinggalah sampai ke Kota Kinabalu. Mulanya ingat nak bergambar kenangan dengan dia, tapi terus batalkan sebab nampak perangai dia yang sombong tu," kata pengadu tadi.

Oh! Macam tu ke? Tak beranilah Mangga Muda nak cakap apa. Tak tahulah benar atau tidak aduan tu. Manalah tahu kut kut dia sengaja nak memburuk-burukkan Stacy kan? Ataupun agaknya hari itu Stacy bad mood ataupun suara dia serak... sebab itu dia tak nak bercakap dengan peramugari itu.

42 ulasan:

  1. HAH! ni aku tak setuju ! memandai je ckp macam tu BUKTI mana ? tunjuktunjuk setakat mulut semua bole buat . itu pramugari terlampau tuuuu

    BalasPadam
  2. aah mmg x stuju dgn statement ni. Mane la tau org yg hntar sms tu saje nk jtuhkan stacy.

    BalasPadam
  3. takkan pokok bergoyang tanpa angin ? kannn pikir2 kan lah harap perangai sikecil molek ni tak mcm tu.. and kalau betul really sad .Big talenttt

    BalasPadam
  4. aku tak percaye pun..tak kisahlah kekwat ke tak aku tetap minat stacy!sbb stacy ni dah sebati btul dgn aku..hehe..org yg wat citer ni confirm jeles n xsuke stacy..
    mngkin ade citer yg sbenar disebalik tu..tp org salah phm..pastu wat citer siap bitau wartawan..alah sume artis cam stacy ni mmg kena gosip camni..stacy ni dah kire baik dlm mase 2 thun bru skali ade gosip camni..gosip ni lah aku plg xcaye skali..hoho..hiraukan saja..go stacy!

    BalasPadam
  5. HAAH KENAPA TAK DULU ADA GOSIP NI ? KENAPA BARU SEKARANG LEPAS DIA BERJAYA LAH SYUKUR ALHAMDULILAH . KENAPA YE KENAPA YE ? (LAGU PAKAI BUANG ) HAHA

    BalasPadam
  6. apa nak heran ramai lagi yg LEBIH kekwat tapi dorang punya cerita tak lah HOT mcm cerita stacy ni sbb stacy sdg meningkat naik so to SAF kita tggu je lah jawapan balasan dari stacy tak lama lagi okay ? jgn pulak korang lari tak minat stacy lagi.

    BalasPadam
  7. kalo si pramugari tu dah approach ngan stacy nak ambik gambar bersama, dan kalo stacy x layan..ni baru la dikata sombong. Tapi si pramugari tu langsung x tanya pun. Kalo i stacy, mmg nak bersendirian jap kat kapal terbang, sbb penat dan thinking nnak balik rumah je. tu x faham ke?

    BalasPadam
  8. yep ARTIST pun mau privacy jugak bah jgn kau org ingat dia robot

    BalasPadam
  9. stacy seorang yg peramah dan akan manja juga ngan peminat2 yg dia dah lama kenal. walaupon lama x jumpa, dia akan tanya bila nak jumpa...anymore question on that part? tanya ajk saf...

    BalasPadam
  10. betul dia sgt SPORTING gila siapa lah pramugari tu yerr

    BalasPadam
  11. geram pulak aku baca gosip ni , panas jee rumah aku nii

    BalasPadam
  12. stacy, wa x caya stry ni ~
    but keep in mind ...
    u public figure
    lu buat juta2 mende baik pun
    org akan ingat mende salah yg lu bt je
    but, aku x caya mende ni
    lu xkan wat dajal camni
    pe pun, perbaiki diri
    kalau betul ... jgn ulangi
    biasalah manusia
    TAPI WA TETAP X CAYA


    >>______<<

    BalasPadam
  13. stacy lah artis paling sporting aku pernah jumpe...
    biasalah asam garam artis popular...mcm2 kena dugaan,gosip..

    BalasPadam
  14. Huhuhu..Sape yang personally kenal Stacy akan tahu cerita ni tak betul..no more question...:)

    BalasPadam
  15. rilex.. artis lain lagi terok gosip dorang kena . ini baru permulaan je

    BalasPadam
  16. alala article ni..klakar la pulak..Its ok..nothing to be worried of..Biase la tu..bile dah famous ni ramai pulak orang nak bercerita itu ini..cool je..

    anyway muka Stacy kat post ni mcm miley cyrus...hehe

    BalasPadam
  17. adey...artis pon manusia, mgkn ms tu stacy letih kew apa...kan durang manusia jgk, aku selalu ulang alik naik flgt..selalu jmpa pramugari kekwat..da la muka x berapa lawa, jln angkt hidung tggi..wat2 ckp omputih..org tnya dlm BM, jwb dlm bhs omputih..tgk nama Melayu...da la tuh, kt belakg dok borak2 kuat2 ngan kwn2 psl apa2 ntah..mcm dia tu hebat sgt..ingt aku x pndi ckp omputih kew...kan

    wluapapun...keep up the good work n moga stacy trs humble, ceria mcm selalu...hehehehehe.

    BalasPadam
  18. ni lagi satu gosip mengarut!!!stacy sporting, humble , frenly bla..bla c pengadu ni sah2 kaki gosip nak jatuhkan stacy ni..tau pulak no. hp c mangga muda terus send sms berbaur gosip..alahai
    Stacyfrenz..truskan sokongan pada stacy k.
    -cornetto-

    BalasPadam
  19. tapi betul la..tadi jumpa dia kat karamunsing..mcm sombong jek..org hai dia..dia hai balik gak tp dia x pandang pun..layannn..malas la mcm ni..

    BalasPadam
  20. dia dah hai blik, ok la tu..maybe tym tu dia bz mo pg satu tmpt ka.. xkan trus2 senyum mo bw ko bcrita..ntah2 da takut kna kidnap ka serbu ka apa..hmm..maklum la..artis ba tu..public figure..

    BalasPadam
  21. ni yg sedih ni kenapa bah kau berubah kenapa bahh ?
    mgkin dia penat lah .. kalau kat hollywod tu lagi terok tp org ttap suport je so kita harap benda ni mcm adat resam dlm dunia artis k ?
    stacy..dont dissapointed us :(

    BalasPadam
  22. HAIH DAH BERBELAH BAGI DAH AKU BACA KOMEN KOMEN KOME NI , TAK SEDAP HATI PUN ADO NI ... betul gak mana tahu manusia sekelip mata boleh berubah haih nauzubilah .. jgnlah artis yg selama ni kita suka jadi mcm tu harap tak lahh :))

    BalasPadam
  23. huhuhuhuhuhu ~
    stacy jangan lupa diri yer
    walaupun wa x caya mende ni
    tapi sedikit sebnyak
    rosakkan reputasi lu
    manusia mmg mudah berubah
    tapi kita ada pilihan
    YA atau TIDAK
    hari ni kita diatas
    entah esok lusa kita di bawah
    beringat sentiasa


    >>__________<<

    best of luck

    BalasPadam
  24. walau apapun terima kasih la diatas peringatan tu...sekurang2nya stacy tau benda ni,,,even dia xbuat tp dia bole berhati2 pd lain2 masa...stacy beware k...luv u

    BalasPadam
  25. aku pernah jumpa stacy ni...serius dia tak KEKWAT langsung. senyum je...bila orang panggil dia toleh and senyum. tapi kita kena pahamla stacy pun manusia biasa gak...ada rasa penat and letih. tapi tula harga yang stacy perlu bayar bila jadi artis. tapi apa2 pun kita tak boleh puaskan hati semua pihak kan??? nasihat i, stacy just be yourself and berhati2 di masa akan datang... sebab bila nama u da makin popular, benda yang remeh dan kecik macam ni pun akan dibesar2kan oleh orang yang tak bertanggungjawab. just sabar je dan we all always support dan percaya dengan u:) pada stacyfrenz. we know stacy better, jadi just ignore jela benda ni... anggap asam garam dunia artis. nama pun gosip nakal kan...:)

    BalasPadam
  26. anon..jgn caye sgt..ntah2 anon ni saje jer wat citer ..mane tau kan.. ;p

    BalasPadam
  27. apa apalah..tapi salah ker klu toleh kejap..salah kitorng jg lambat tegur dia masa kat karamunsing tu..kitorang dekat car park je..mmg x ada org langsung..just saya and kawan2 saya and stacy dgn chaq.. tp hensem gak abg stacy..chaq tu klu tgk live..dlm tv mcm biasa je..haha

    BalasPadam
  28. pramugari tu saja je mengadu..diapun nak juga popular..asyik nama stacy je jd bualan sbb terkenal..tak hairan dgr cerita mcm tu..kalau nak jatuhkan nama stacy,rasanya pramugari tu harus jadi artis la..baru dia rasa mcm mana kalau dia ditempat stacy,koto..bah!!!

    BalasPadam
  29. klo btol la stacy cmtuh hope stacy berubh ...ea .. gud luck.. tamo smbong nt peminAT lari taooo...
    gud luck yerp..

    BalasPadam
  30. apa2 pun..wo ai ni stacy..saranghaeyo!

    BalasPadam
  31. ct pun pena kena gini gak lagi terok kot , tp maintain until noww see peminat mereka sangat percayaa jadi stacyyy i leb uu

    BalasPadam
  32. mangga online takda cerita nak ditulis....sebab tuh buat cerita...kesian TERDESAK

    BalasPadam
  33. biasalah malaysia ..

    BalasPadam
  34. aku rasa betol , sbb aku perasan masa backstage ajl aritu org interview dia jwb mcmm lain mcm sikitt, tak mcm selalu to SAF jgn cepat melenting *ingat tuuu :D

    BalasPadam
  35. Story yang membuatkan sya gelak ketawa guling2...hak2..ermm tak percaya ngn story nie!...ermm bukti ...kengkawan kita tau stacy sape...sekiranya saya tidak kenal stacy then story ni wujud pun...sya lngsung takkan percaya...anyway STACY plz ignore this story ya..sya doakan ketabahan dan kekuatan stacY semakain terserap dalam diri...

    BalasPadam
  36. lain mcm mana tu anon? tyme tu dia tengah relax atau baru lepas nyanyi? dia senyum atau muka mcm kucing garang? dia cakap laju atau tergagap2? soalan last...ko pernah jumpa stacy face to face ke?

    BalasPadam
  37. whatever it is....yg baik jadikan teladan...be careful nxt time stacy erk..byk mata memandang u skrg (actually good news). Just be urself, keep humble n ingt selalu itulah hg yg perlu dibyr bila menceburkan diri dlm dunia seni. tp i knew u can do it...moga terus berjaya. Jgn lupa setiap yg kita ada hari ini adalah dugaan Tuhan utk menguji kita. Hope u suksess selalu.. (vee)

    BalasPadam
  38. yg kena interview mcm mane? yg kuar tv ke? klu yg kuar tv xde pun..ok je stacy ckp..

    BalasPadam
  39. tggu je lah penjelasan dri stacy ni

    BalasPadam
  40. Dengar radio Malaysia online disini

    Kami menyajikan pelbagai siaran radio online yang terdapat di Malaysia & Indonesia dalam satu paparan blog seperti Radio Suria.FM, Radio Era.FM, Radio Sinar.FM dan banyak lagi, selain itu terdapat beberapa radio yang jarang kita dengar tetapi berada di Malaysia seperti Radio Rileks.FM, Radio Pokpet.FM, Radio Cinta.FM, Radio Gempakz.FM dan banyak lagi. Sila klik pada pautan dibawah untuk mendengar siaran radio secara percuma dan terhangat. Sila klik disini XY Malaysia Radio Online. Atau anda juga boleh menaip keyword ini "XY Malaysia Radio Online" atau "XYradioonline" di Google Search atau Yahoo Search, sekiranya terlupa alamat blog ini. Semoga terhibur.

    *Untuk mendengar radio FLY.FM & HOT.FM, sila download "Plugin" yang telah disediakan didalam blog tersebut.

    BalasPadam