• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

8 Jan 2010

Stacy @ Utusan Malaysia - Debaran Empat Sang Juara

Oleh: Shazryn Mohd. faizal (shazryn.faizal@utusan.com.my)
Gambar: Harun Osman
Sumber: www.utusan.com.my


SESI fotografi yang menggabungkan empat juara dari tiga program realiti berbeza ini berjalan dengan lancar sekali. Apa yang menariknya, inilah kali pertama Stacy (juara Akademi Fantasia 6), Hafiz (juara Akademi Fantasia 7), Tomok (juara One In A Million 3) dan Black (juara Mentor 3) disatukan sementelah mereka juga merupakan artis yang bakal berentap untuk merebut kejuaraan pada Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) pada 10 Januari ini.

Suasana yang pada mulanya sedikit lesu secara tiba-tiba bertukar menjadi ceria dengan keletah mereka yang saling usik-mengusik antara satu sama lain. Malah, mereka juga tidak lokek untuk berkongsi pendapat masing-masing tentang penglibatan mereka untuk AJL24 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil nanti.



Stacy Mahu Balas Dendam

SEBETULNYA AJL24 bukanlah penyertaan pertama gadis genit kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini. Jika ada yang sudah terlupa, tahun lalu merupakan penyertaan pertamanya dalam anugerah terbitan TV3 itu apabila terpilih dengan lagu Aku Stacy. Tahun ini, dia kembali dengan semangat baru dan Stacy tanpa berselindung memberitahu, dia sudah bersedia untuk menggegarkan Stadium Putra.



Membawakan lagu Pakai Buang ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, kali ini dia benar-benar sudah memantapkan dirinya untuk memberikan persembahan terbaik.



Banyak yang dipelajarinya sewaktu menyertai AJL tahun lalu, apa yang penting bagi Stacy kini adalah untuk memperbaiki segala kelemahan tahun lalu dalam persembahan kali ini. "Tahun lalu banyak impian saya yang tidak dapat ditunaikan sewaktu mempersembahkan lagu Aku Stacy.



"Namun, saya bersyukur apabila kali ini nampaknya apa yang saya mahukan dapat ditunaikan dan saya sudah tidak sabar lagi untuk beraksi. "Setakat ini, segala persiapan berjalan dengan lancar selepas menjalani latihan insentif bersama dengan penari-penari saya seramai 10 orang," katanya penuh bersemangat. Namun begitu, jelas Stacy, kali ini tekanan lebih dirasainya memandangkan dia tidak mempunyai banyak waktu untuk berlatih baik dari segi vokal mahupun tarian.



Semuanya kerana kesibukannya dalam memenuhi undangan persembahan selain daripada kekangan waktu bagi mengumpulkan kesemua penarinya. "Tahun lalu, jadual latihan saya lebih mudah kerana penari saya semuanya dari Sabah selain memiliki masa terluang untuk berlatih. "Kali ini, penari saya bukan sahaja dari Sabah tetapi juga dari Kuala Lumpur dan itulah yang menjadi masalah dalam mencari masa untuk berlatih.



"Saya juga tidak mempunyai banyak waktu untuk fokus kepada latihan vokal dan setiap persembahan saya itulah pentas untuk saya berlatih sepenuhnya," ujarnya yang melihat segala cabaran itu sebagai pembakar semangat.



"Seperti biasa, susunan muziknya akan sedikit berbeza dan itulah yang memberikan kelainan kepada lagu ini pada malam itu nanti," kata Stacy sambil mengakui, persaingan AJL24 cukup sengit dan hebat-hebat belaka.

4 ulasan:

  1. boleh punya ! pastikan microfon jgn jatuhh rambut jgn jatuuhh dan mcm2 lagi jgn jatoo :)
    goodluck goodluck goodluck
    10 penari ? fun bole ke nak bergerak tuhh ?

    BalasPadam
  2. dkat mstar pun ade citer stacy..tepek lah jugak kt sni..huhu..
    gudluck stacy!

    BalasPadam
  3. smlm sudah TERJAWAB sgala PERSOALAN..xpe la stacy anggap je xde REZEKI er....Papepun UR PEFORMANCE mmg GEMPAQ...I LIKE....kecik comel je u ni an..kurus je..jeles i..hehhehee...ye la..bile nyanyi&joget...fuh....i gelar u ARORA BRITNEY SPEARS k..hehehhe.... GOOOD JOOOBBB syacy,tggu HIT1 lak k...GOOD LUCK!!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Dengar radio Malaysia online disini

    Kami menyajikan pelbagai siaran radio online yang terdapat di Malaysia & Indonesia dalam satu paparan blog seperti Radio Suria.FM, Radio Era.FM, Radio Sinar.FM dan banyak lagi, selain itu terdapat beberapa radio yang jarang kita dengar tetapi berada di Malaysia seperti Radio Rileks.FM, Radio Pokpet.FM, Radio Cinta.FM, Radio Gempakz.FM dan banyak lagi. Sila klik pada pautan dibawah untuk mendengar siaran radio secara percuma dan terhangat. Sila klik disini XY Malaysia Radio Online. Atau anda juga boleh menaip keyword ini "XY Malaysia Radio Online" atau "XYradioonline" di Google Search atau Yahoo Search, sekiranya terlupa alamat blog ini. Semoga terhibur.

    *Untuk mendengar radio FLY.FM & HOT.FM, sila download "Plugin" yang telah disediakan didalam blog tersebut.

    BalasPadam