OFFICIAL CHAT ROOM Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda. Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini


[ Copy this | Start New | Full Size ]

Nov 8, 2009

Pertandingan Memancing Udang bersama Stacy dan Chaq


Satu berita baik kepada peminat-peminat Stacy. Stacy Angie Frenz akan membuat aktiviti memancing udang bersama Stacy dan Chaq. Hadiah yang lumayan akan menanti para pemenang. Butiran aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

MASA : 1:00 p.m - 4:00 p.m
TARIKH : 15 NOVEMBER 2009
TEMPAT : NO. 9, JALAN SINAR SEGAMBUT
51200, KUALA LUMPUR
BAYARAN : RM 40 - 3 Jam


Hadiah yang di tawarkan adalah:

Tempat pertama : RM200
Tempat kedua : RM100

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh membuat bayaran pendahuluan secara bank in sebanyak RM20 ke akaun Mrs X - 514422101609 atau hubungi Mrs. X di talian 016-2085693

Read more...

Nov 7, 2009

Stacy @ Era TV



video credited to izah 1237

Read more...

Nov 6, 2009

KHAS BUAT PENGUTUK STACY

Bukan niat hendak memalukan sesiapa, kalaupun kami tidak tempek petikan akhbar mengenai kisah ini, tetapi seluruh negara telah baca. Niat kami cuma hendak membuka mata dan hati buta si pengutuk tu yang Stacy diperakui berjaya dan menonjol, seperti yang ditulis oleh wartawan ini, antara petikannya INGAT BOLEH JADI SEHEBAT MAWI, MILA DAN STACY? Yang Juara AF pun ada yang tenggelam, inikan pula yang bukan Juara. Pesanan saya, kalau mahu artis anda berjaya, kempen dan sokonglah dia, bukan masuk rumah orang lain ( Blog atau Website artis lain ) sambil mengutuk kerana anda buang masa...lebih baik masa itu anda guna untuk bersoarak sorai pada artis yang anda sokong atau masa itu gunakan untuk sms lagu permintaan untuk artis anda. Pada ahli Stacy's Frenz atau kalau bukan ahli ( sekadar peminatnya saja ), jangan layan kutukan kerana takut nanti ada yang sengaja hendak melagakan FC dengan mengutuk artis lain. Ianya pernah terjadi bila ada FC lain masuk menyamar penyokong Nadia AF6 sambil mengutuk Stacy...nasib baik saya profesional ...berjumpa dengan Presiden Nadia FC dan kami berjaya menjernihkan suasana dan perasan ada orang lain yang simbah minyak tanah. Saya minat juga Felix sepertimana Stacy meminatinya dulu dan saya setiap minggu vote dia masa AF3 dulu, sayang bakat besarnya itu, kini dia terpaksa bernaung dibawah syarikat sendiri. Jadi pada yang menggesa Stacy kenapa tidak bernaung di syarikat sendiri atau ada yang berpendapat dia tidak maju di bawah Astro Entertainment, sedarlah, Astro hanya simpan Artis yang mereka rasa laku dan boleh buat duit, mereka hanya simpan 5 artis yang mereka rasa berbakat besar dan laris- KOSE


Felix terpaksa balik kampung

LAMA tak dengar cerita artis kelahiran Akademi Fantasia 3 pada 2005, Felix. Dulu, Felix sering dilihat sebagai orang 'kedua' selepas Mawi. Suaranya boleh tahan bagus, cuma tiada nasib. Selepas sekian lama, nama Felix tenggelam begitu saja, entahkan menyanyi lagi, entahkan sudah `bungkus’, tidak pula diketahui. Selepas membintangi filem Misi:1511 kira-kira tiga tahun lalu, khabarnya Felix terpaksa angkat kaki dan pulang ke kampung halaman di Sabah. Yalah macam mana nak cari makan, kehadiran Mawi ketika itu menyebabkan peminat bagaikan sudah tak nampak artis AF lain. Mawi benar-benar mencetuskan gelombang tsunami populariti dunia hiburan ketika itu. Rezeki Mawi kan... Walaupun Felix pernah muncul dengan album pertama yang menampilkan lagu `berhantu’, Warkah Berlagu Pilu namun ia nampaknya tidak mampu membantu menempatkan nama Felix sebaris dengan penyanyi lelaki lain. Lama kelamaan Felix dan beberapa rakan seangkatannya terpaksa `gulung tikar’ dan pulang ke kampung halaman.
Di Sabah, khabarnya Felix masih lagi laris dengan undangan persembahan, kebanyakan acara hiburan di sana tidak pernah mengetepikan Felix. Baguslah begitu, kalau tak dapat cari makan di kota, lebih baik pulang saja ke kampung, kos sara hidup pun rendah. Tak apalah setakat dapat show sikit-sikit boleh juga menampung hidup. Kisah artis kelahiran AF `bungkus’ dan balik kampung bukan cerita baru, malah sudah ramai yang terpaksa melupakan impian bergelar penyanyi.
Jadi janganlah nak berangan apabila masuk AF ada masa depan cerah, boleh jadi sehebat Mawi, Stacy atau Mila, tengok juaranya yang lain seperti Vince, Zahid atau Faizal, apa dah jadi? Kalau juara pun boleh `lingkup’ atau sekadar suam-suam kuku, apatah lagi kalau setakat finalis, silap hari bulan, bungkus juga. Lebih menyayat hati apabila syarikat yang mengurus artis AF, iaitu Maestro Talent & Management yang diketuai Freddie Fernandez pun dah bungkus! Apa yang Raja nak bebelkan hari ini bukanlah cerita AF, Raja dah muak! Sebaliknya Raja ada kisah sedih mengenai Felix. Khabarnya, Felix melancarkan album keduanya, Aku Juga Iya yang diterbitkan D' Sulap Entertainment Sdn Bhd di sebuah kompleks membeli-belah di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Nak jadikan cerita, seorang teman Raja turut hadir dalam pelancaran album itu. “Aku kasihan dengan Felix, pelancaran albumnya tak mendapat sambutan malah boleh kira dengan jari tetamu yang hadir, rakan wartawan pun tak nampak batang hidung. Sudahlah acara berkenaan hanya diadakan di sebuah pusat beli-belah, bila tiada orang, memang tebal muka, tapi aku tabik dengan Felix, dia tetap bersemangat. “Walaupun tetamu tak ramai, wartawan tidak hadir, acara tetap diteruskan malah Felix mengakui perjalanan seninya tidak akan terhenti di sini. Memang dulu album pertamanya, Warkah Berlagu Pilu tidak mendapat sambutan tetapi Felix tak pernah berputus asa. “Setahun jugalah Felix `bertapa’ mencari lagu yang sesuai dengan jiwa, kini dia dah boleh menarik nafas lega. Aku dapat tahu album itu juga dipasarkan di Filipina kerana Felix kerap membuat persembahan dan sudah ada peminat di sana,” kata sumber Raja. Apapun, Raja berharap Felix jangan berputus asa, percayalah rezeki tetap ada di mana-mana.
RAJA: Beberapa juara Bintang RTM dalam beberapa tahun ini pun sudah tidak lagi dengaar khabar berita.

Read more...

Nov 5, 2009

FILEM MAT SPY SATUKAN VOKAL ADAM, STACY



Teks Oleh Ellyna Ali
Gambar Bonie Sharif


KUALA LUMPUR, 4 NOV 2009: Bolehkah Stacy dan Adam menggegarkan dunia apabila kedua-dua artis kelahiran Sabah ini digabungkan bersama dalam sebuah lagu duet yang rancak? Inilah cuba dicetuskan KRU terhadap Stacy dan Adam yang sememangnya cukup menonjol dalam membawakan lagu serta tarian yang energetik.

Mereka kini telah digabungkan dalam lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU)yang turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Mat Spy.

Stacy ketika ditemui pada sidang media pelancaran Mat Spy baru-baru ini, mengakui cukup teruja apabila dapat berduet bersama Adam menerusi lagu tersebut.

"Kebetulan ramai peminat yang selalu tanya, bila kami akan berduet bersama. Sekarang ini, peluang sudah ada. Seronok dapat bekerja dengan Adam sebab kami sama-sama berasal dari Sabah. Nak berkomunikasi pun memang tidak ada masalah. Guna bahasa sendirilah. Satu lagi dia pun satu kepala dengan saya.

"Malah, waktu kami buat pembikinan muzik video Menggegar Dunia ini, ia hanya ambil masa 2 hari saja. Sebelum itu memang kami ada buat latihan tetapi ada di antara kareografi itu yang kami hasilkan waktu pembikinan klip video itu dibuat.

"Adam buat kareografi itu bersama kumpulan penari lelakinya dan saya pula dengan kumpulan penari perempuan. Bila kami menari sama-sama, macam hendak gaduh pun ada juga. Itu yang rasa seronok tu," kata Stacy yang sentiasa happy go lucky ini.


Stacy teringin berduet dengan Chaq

Apakah Stacy sendiri berasakan gabungannya dengan Adam menerusi lagu ini telah mencetuskan sesuatu yang gempak serta dahsyat?

Mendengar soalan ini, Stacy terus terkekek ketawa. Katanya, sukar untuknya memberikan jawapan terhadap persoalan itu.

"Memanglah kalau ikut lirik, gabungan kami ini nampak meletup. Rasa nak ketawa pun ada juga. Tapi, apa yang penting sekali, ia secara tidak langsung memberikan kami semangat yang cukup hebat bila kami membuat persembahan. Mudahan-mudahan ia boleh jadi gempak di kalangan peminat kami," katanya.

Begitu pun, ini bukanlah kali pertama Stacy dipadankan dengan seorang artis lain dalam sebuah lagu duet. Sebelum ini, dia pernah digandingkan dengan Ajai untuk sebuah projek lagu persendirian.

Kemudian dengan Adam. Akan datang, Stacy teringin berduet pula dengan abangnya, Chaq yang tidak lama lagi bakal bergelar artis rakaman setelah bernaung di bawah label Wake The Baby milik komposer dan penyanyi Ajai.

"Memang saya teringin sangat nak berduet dengan Chaq. Saya harap akan ada peluang untuk saya berduet dengan dia. Sebabnya dia pun hebat menyanyi dan menari. Malah saya rasa kalau hendak dibandingkan antara kami berdua, bakat Chaq sebenarnya lebih hebat daripada saya lagi.

"Bukan itu saja, setiap kali hendak membuat persembahan, saya pasti akan berbincang serta mendapatkan pandangan daripada Chaq. Sebab, idea dia pun bagus juga. Termasuklah bila memperkatakan tentang imej dan cara berpakaian. Dialah yang selalu bantu saya. Sebab dia itu gila berfesyen dan kebetulan pun saya sendiri minat juga tentang fesyen.

"Sebab itulah fesyen saya mempunyai banyak konsep. Kadangkala nampak macam rock, kadangkala funky dan kadangkala hip hop. Tapi, asalkan nampak selesa, itulah yang saya akan pakai," kata Stacy lagi.



http://murai.com

Read more...

JANGAN TIDUR LAGI & SEMI FINAL MUZIK-MUZIK

Walaupun telah diwar-warkan samada diTV3 dan akhbar, tetapi masih ramai yang bertanya tentang Semi final Muzik-Muzik. memang sepatutnya giliran Stacy pada 30.Nov, tetapi telah bertukar dengan hafiz lalu sah Stacy akan berentap di malam 13hb. November ini.
Pada yang semua ingin tahu lagi...Final Juara Lagu adalah pada 10hb.Januari 2010 ( harap tiada perubahan dari pihak Media Prima ). Kita telah menjalankan tugas kita samada berkempen dan mengundi, kali ini giliran Stacy pula menentukan lagu ini layak ke Final atau tidak kerana ianya berdasarkan persembahan, kemantapan vokal dan lagu itu sendiri. Seperti yang semua tahu, sepatutnya Stacy boleh layak dengan 2 buah lagu...tetapi apa boleh buat, lagu GAGAP yang paling kuat ( boleh jadi juara ) kerana komposisi atau susunan lagu yang baik dan segar telah dibatalkan kerana terkantoi kerana penciptanya bukan warga Malaysia.
Kita hanya mampu berdoa dan memberi sokongan pada Stacy pada minggu hadapan. Pada yang belum ambil tiket tu, harap boleh ambil sendiri ( seorang dapat 2 tiket ) kerana tiket yang kami akan dapat dari Stacy adalah terhad juga. Pada yang di luar KL, mungkin kami boleh bantu. Yang berada di Wilayah Persekutuan dan Selangor tu, harap dapat ambil sendiri. Pada yang dilar KL yang nak datang, boleh lah beri nama pada Mrs.X 016-2085693 ( tetapi kami tidak gerenti semua dapat ).
Semalam 'Jangan Tidur Lagi' bersama Misha Omar dan Siti Sarah ada juga menampilkan Stacy Frenz, tetapi JANGAN TIDUR AWAL pada rabu depan kerana 'Jangan Tidur Lagi' bersama Stacy akan keudara diTV3 pada 11 malam - KOSE

Read more...