
10 Bakat Baru Paling Menonjol 2008!
dipetik dari murai.com.my
Teks oleh Razif Rosdi
Selain membuat sorotan tentang cerita dan gosip terhangat sepanjang 2008, portal
murai.com.my turut memilih 10 bakat baru tempatan yang menjadi perhatian selepas kemunculan mereka dalam industri seni tempatan. Ada yang datang dari dunia modeling dan ada yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti TV.
1. Nabil Raja Lawak 2 (pelawak, pelakon, pengacara)
Selepas menjuarai program
Raja Lawak 2, Nabil yang dahulunya hanyalah seorang Mat Despatch kini semakin
hot sebagai pelakon dan pengacara selain
stand-up comedian. Tahun 2009 bakal menyaksikan Nabil muncul dalam beberapa filem hebat seperti
Sifu & Tongga serta
Lu Pikirlah Sendiri The Movie.
2. Fouziah Gous (pelakon, model)
Hari ini wajah Fouziah Gous ada di mana-mana, menghiasi muka depan majalah hiburan ternama dan dada akhbar utama. Bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini jelas mempunyai pakej yang hebat sebagai artis. Bakat Fouziah menyinar dalam banyak drama TV tempatan antaranya
Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Spa Q2, Sitkom Anak Mami dan dia akan muncul dalam filem terbaru seperti
Maut, Sifu Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 7707 dan
2 Hati 1 Jiwa.
3. Scha Al-Yahya (pelakon, model)
Bekas
Dewi Remaja ini muka menjadi sebutan selepas berlakon dalam
Awan Dania di Astro. Selain itu namanya juga makin menjulang selepas berlakon dalam filem seram,
Histeria selain banyak iklan komersial
. Dalam dunia gosip, Scha dilaporkan intim dengan Fahrin Ahmad selepas pelakon lelaki itu berpisah dengan Linda Onn.
4. Stacy AF6 (penyanyi)
Dia adalah gadis kedua yang menjuarai AF selepas Mila. Stacy hebat kerana selain mempunyai vokal yang mantap dia antara artis Malaysia yang handal menari. Keletahnya yang spontan memang menghiburkan. Lagu popularnya yang menaikkan namanya adalah
Aku Stacy dan sekarang pula mempertaruhkan
Gagap.
5. Nubhan AF6 (penyanyi)
Anak kelahiran Negeri Sembilan ini bukanlah juara AF6 tapi dia tetap popular dengan dibantu lagu
Ada Untukmu. Selepas AF6, Nubhan semakin menyerlah kerana dibantu Vernon Kedit.
Kini gosip cinta antara Nubhan dan Stacy kembali diperkatakan.
6. Kamal Adli (model, pelakon, pengacara)
Selepas merangkul gelaran
Hero Remaja 2007, Kamal Adli terus ditawarkan menjadi duta produk Sony. Kemudian, Kamal dilamar menjadi pelakon
Impian Sunsilk bersama Diana Amir. Rezekinya terus menyinar sehingga menjadi pengacara program
Ceritaku Pandanganku dan pelakon utama drama
Renjis 2 di samping Elyana.
7. Sari Yanti (model, pelakon, pengacara)
Bertubuh kecil dan berwajah jelita, Sari Yanti antara pelapis pelakon wanita tempatan. Kejayaan dalam membawa watak
Kaisara di TV3 membuatkan dia menjadi pilihan ramai. Selain drama, Sari Yanti juga banyak menerima tawaran berlakon filem dan pernah muncul dalam filem
Impak Maksima.
8. Lisa Surihani (model, pelakon)
Beauty With Brain. Itulah antara gelaran untuk Lisa kerana memiliki kelulusan dalam bidang undang-undang serta berwajah cantik sebagai pelakon. Selepas membintangi filem
I'm Not Single, bakat Lisa terus bercambah. Terbaru, dia terpilih menjadi duta produk Lipice. Bakat Lisa turut diiktiraf juri profesional dalam
Festival Filem Malaysia lalu sebagai Bintang Harapan.
9. Fizzow Omar (model, pelakon)Bakatnya turut dicungkil melalui pertandingan
Hero Remaja yang disertai rakannya, Kamal Adli. Walaupun bukan juara, bekas ahli sukan ini semakin laris menerima tawaran berlakon. Selain berlakon, Fizzow sering menjadi model beberapa produk.
10. Remy Ishak (pelakon)Dia mula dikenali dalam filem Indie,
Comolot. Kemudian menyerlah dalam filem
Anak Halal dan seterusnya, siri TV
Sinderela bersama Sharifah Amani. Wajah Remy kerap menghiasi
pin-up poster majalah popular tanah air.
Read more...