• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

24 Jan 2009

YANG ANDA NANTIKAN, PELANCARAN ALBUM STACY



Saya dan beberapa orang AJK Stacy's Frenz akan ke Kota Kinabalu pada 22hb.Feb.2009 bersempena pelancaran Album Perdana @ album sulung Stacy yang akan dilancarkan di KDCA Penampang. Pada para peminat yang berada di sekitar Sabah dan Kota Kinabalu Am nya, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah ini dan menjadi antara orang yang pertama memiliki album Stacy nanti.

Pada para peminat Stacy yang berada di seluruh semenanjung dan ingin pergi bersama saya, sila tempah tiket sendiri samada Air Asia atau MAS dan kita bertemu di sana pada hari tersebut. Seperti beberapa Juara AF yang lain, yang diberi penghormatan melancarkan albumnya di negeri sendiri, Stacypun mendapat peluang yang sama. Jadi sama-samalah kita memberi sokongan padu pada kelahiran album Stacy. Pada sesiapa yang tidak dapat ke sana, buktikanlah sokongan anda pada Stacy dengan membeli album yang asli sebaik sahaja album tersebut berada dipasaran. Biarkanlah momentum final AF6 berterusan melalui ABPBH dan kelahiran album Stacy nanti.

P/S: DAPATKAN MAJALAH TERBARU 'HAI' DAN 'MEDIA HIBURAN' YANG SEDANG HANGAT DIPASARAN KINI KERANA BINTANG KESAYANGAN ANDA, STACY MENDAPAT PUJIAN DAN LIPUTAN. BIARKANLAH PADA PENGUTUK, KERANA MEREKA CEMBURU DENGAN KEJAYAAN STACY LALU MASUK KE SINI MENGHAMBURKAN FITNAH MENGATAKAN STACY BERLAGAK. KETARA SANGAT RAMAI YANG CEMBURU DENGAN KEJAYAAN STACY. WALAU APAPUN, PERKATAAN YANG PENGUTUK HAMBURKAN DI SINI MENUNJUKKAN KECETEKAN AKAL DAN KEBODOHAN SENDIRI KERANA SEMUA TAHU YANG STACY TIDAK PERNAH BERLAGAK DIVA. ORANG TERSEBUT YANG MENGELUARKAN FITNAH, YANG PENTING PARA WARTAWAN SUKA DAN MEMUJI STACY SAMADA DARI SEGI DISIPLIN DAN MERENDAH DIRI - KOS SERANI

9 ulasan:

  1. -Kishyu_@15-
    yezzza..sy akn dptkn album stacy, mintak2 album sampai kt klantan cepat sikit!! dan satu lagi, yg sy tahu stacy nih merendh diri dn jujur orgnya..

    BalasPadam
  2. Tahniah Stacy dan SF atas kelahiran album Stacy,akhirnya Stacy muncul juga dengan album sendiri, sure beli yg ORI nanti

    BalasPadam
  3. Cantiknya Stacy kat pic ni,tahniah Stacy kerana akan muncul dgn album sulung, Ina tetap sokong dan beli yg ori

    BalasPadam
  4. Congrats atas kelahiran album Stacy, bangga sangat. Walau I bukan antara yg terawal beli album tu, tapi tetap nak dapatkan album tu, mesti puas hati. chayok2 Stacy

    BalasPadam
  5. Dah baca kat majalah tu, Stacy antara contoh artis contoh kerana setelah melakukan kesilapan dia belajar dari kesilapan dan bangkit dengan hebat sehinggakan akhbar dan magazine memuji dan berpendapat kebangkitannya. Tahniah atas kemunculan album sulung - AMIRUL

    BalasPadam
  6. Dah baca kat majalah tu, Stacy antara contoh artis contoh kerana setelah melakukan kesilapan dia belajar dari kesilapan dan bangkit dengan hebat sehinggakan akhbar dan magazine memuji dan berpendapat kebangkitannya. Tahniah atas kemunculan album sulung - AMIRUL

    BalasPadam
  7. tak sabar nak dapatkan album stacy ni. dalam famili, masing2 akam beli satu, wajib gitu... bila la kat semenanjung ya? untung yang ada di Sabah, mau saja minta beli yang di sana itu, boleh ka?

    BalasPadam
  8. Berakhirlah satu penantian

    TAHNIAH STACY

    BalasPadam
  9. Tahniah pada Stacy, semoga dgn kelahiran album baru akan mengekalkan nama Stacy selamanya dipersada seni. - YANA

    BalasPadam