• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

19 Jan 2009

STACY DI MYDIN SUBANG DAN IMBASAN STACY DI JUARA LAGU



Ramai yang call dan sms saya selepas Juara Lagu semalam. Ada yang memujuk dan memberi kata perangsang dan ada pula yang merasa tidak puas hati. Biasalah, adat bertanding, ada menang dan ada kalah. Tetapi ramai yang bising sebab PERSEMBAHAN TERBAIK yang sebelum ini diadili oleh penonton berdasarkan sms dimansuhkan, kerana peminat Stacy telah bersedia mengulang sejarah kejuaraan Stacy semasa AF6 melalui sms padu dan sedia berkorban wang ringgit demi melihat Stacy menggenggam Trofi PERSEMBAHAN TERBAIK. Semua ini suratan takdir dan usahlah kita mempertikaikan keputusan para juri ya.

Pencipta lagu yang Stacy nyanyikan orang baru lagi, manakala lagu-lagu yang lain dicipta oleh pencipta yang berpengalaman. Pencipta lagu Meet Uncle Hussain telah banyak mencipta lagu penyanyi lain dan berkecimpung begitu lama dalam arena seni. Tetapi yang penting Stacy telah membuat yang terbaik, kita patut bangga dengan usaha kita membawa lagu itu ke semi final berdasarkan sms dan Stacy yang membawanya ke final pula berdasarkan lagu itu sendiri dan persembahan mantap Stacy. Yang lerbih Penting, selain mencipta sejarah peserta paling muda dalam AF dan Juara AF pertama dari Malaysia Timur, Stacy sekali lagi mencipta sejarah sebagai peserta yang paling Muda pada Juara Lagu yang ke23 ini. Bayangkan Stacy masih hijau lagi ( KALAU DIKIRA BETUL-BETUL, BARU 6 BULAN KELUAR DARI AF6 ) tetapi sudah berada di pentas besar berentap bersama Ziana Zain yang telah lebih 12 tahun, dengan Aizat yang telah hampir 2 tahun di arena hiburan. Ada penyanyi lain yang hanya sekadar berkongsi pentas membuat show bersama penyanyi besar pun sudah rasa bangga walaupun perkara itu sebenarnya biasa saja, tetapi penyanyi tersohor bertarung dengan penyanyi mentah, itu sesuatu yang mengujakan. Sorakan segenap Stadium semalam membuktikan betapa besarnya sokongan peminat pada Stacy. Cuba mainkan balik VC persembahan semalam, sorakan peminat tidak henti-henti sejak Stacy mula menyanyi sehinggalah tamat persembahannya. Berbanding sesetengah penyanyi, sorakan hanya pada mula-mula, pertengahan dan sebaik saja tamat persembahan.

Bagaimana Perasaan Stacy? emak Stacy semalam? Aunty Agnes begitu optimis berkata yang beliau redha dengan keputusan dan gembira Stacy mempersembahkan persembahan yang begitu mantap. Manakala Stacy pula menyatakan yang beliau merasa lega selepas Juara Lagu berlalu kerana tanggungjawab beliau telah lepas. Soal kalah menang telah ditakdirkan. Wajah Stacy mulanya agak lesu, mungkin letih atau sedih, tetapi beliau tiba-tiba gembira dengan sambutan peminat yang sedia menantinya di luar Stadium. Stacy mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang menyokongnya. Sebagai Presiden Stacy's Frenz, saya sempat menitip pesan pada Stacy semalam

" awak tidak sampai setahun dalam bidang seni, tetapi telah pergi sejauh ini. Ini sejarah dan berguna untuk profile awak. Menang atau kalah,bukan lagi persoalannya, tetapi persembahan awak di Juara Lagu berbekas dan dirasai kehangatannya hingga bila-bila. Awak tidak mendapat apa-apa dari Juara Lagu tadi, tetapi AWAK DAPAT PEMINAT YANG SETIA, MANTAP DAN SANGGUP BERKORBAN MASA DAN WANG UNTUK AWAK".

P/S: PADA SESIAPA YANG BERADA DI KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR, JANGAN LEPASKAN PELUANG MELIHAT PERSEMBAHAN LIVE DAN PERCUMA DARI STACY ESOK MALAM, 20/01/09, PUKUL 9 MALAM DI MYDIN SUBANG.


STACY DURING THE REHEARSAL










Pictures From Klubbkidd

10 ulasan:

  1. terharu baca post nie...betul cakap kose tu stacy...akan sentiasa menyokong stacy...stacy jgn putus asa n jgn berseih...sama la jgak kepada stacy frenz yer...

    BalasPadam
  2. Ya patutnya ada undian thru SMS kan ..hmm mgkin inilah rezki namanya.. apapun gd luck buat Stacy sbb mmg mantap dan hebat persembahan mlm AJL23 tu.. cuma nasib tidak menyebelahi utk at least dpt Persembahan Terbaik ....

    Namun ini sebagai titik tolak buat kerjaya Stacy kerana org di luar rata2 mmg memilih dan suka pd persembahan Stacy ..byk hikmah di sebalik kegagalan dan di hadapan menanti sinar kejayaan...

    BalasPadam
  3. RYO, Xe la ...kan, yg penting kita semua tetap sokong kerjaya Stacy.

    TEMPARIQ, betul tu...ini lah takdir, kita pasrah saja. Yg penting persembahan Stacy berbekas dan diingati ramai hingga kini

    BalasPadam
  4. Aduh!!! tersentuh hati bila baca Presiden kata kat Stacy dia X dapat apa2 kat Juara Lagu, tapi Stacy tetap dapat peminat yg baik dan setia sangat. U still yg girl, banyak peluang U di luar sana menanti...U go girl persembahan mantap tu.

    BalasPadam
  5. Terharu dan rasa dihargai bila Presiden kata Stacy dapat hadiah yg lebih besar dari Juara Lagu, iaitu peminat yg hebat dan setia. Betul juga katanya, bahang persembahan Stacy masih terasa dan akan disebut sampai bila2 dalam sejarah Juara Lagu

    BalasPadam
  6. Dah banyak rekod Stacy cipta ya, semuanya unik, pelajar paling muda di AF ( 17 tahun lebih masa tu ), Juara AF paling muda, Juara Pertama AF dari malaysia Timur, dan terbaru peserta AJL ke23 yg termuda. Tahniah Stacy, biar tak menang, tapi persembahan berkesan - IDA

    BalasPadam
  7. AGREE 100%. STACY TETAP JUARA DI HATI PEMINATNYA.

    BalasPadam
  8. walaupon xmenang dlm ape2 kategori..tp stacy tlah memenangi hati peminatnye...stacy tlah buat yg terbaik....masuk ke final pun sudah ok..im proud to u stacy...nex time hope u can win wit new single..gagap..still follow up u stacy....go go stacy!!!!gd luck for other contest..still support u super dancing girl..

    BalasPadam
  9. LIZA, MY HEART, KAK MAS & OKFIND...kamu antara beribu peminat Stacy yg paling best dan setia, terima kasih atas sokongan kamu dulu sehingga kini terhadap si Stacy

    BalasPadam
  10. Persembahan Stacy memang mantap. Betul kata En.Kose tu, peminat Stacy bukan calang2, mereka sangguop beri 101% sokongan demi utk Stacy. Thanks so much to mentioned us as Gift for Stacy - Amirul

    BalasPadam