• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

14 Jan 2009

14 Januari 2009, Utusan Malaysia

DUA REMAJA MEMBURU IMPIAN
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

MENGIKUT perancangan awal, fotografi ini sepatutnya menggandingkan tiga penyanyi baru yang pertama kali berjaya melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) yang akan berlangsung 18 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mereka yang dimaksudkan adalah Farawahida yang mewakili kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Persoalan Cinta, Stacy dengan lagu Aku Stacy yang bertanding dalam kategori Pop Rock dan serta lagu Hanya Di Mercu nyanyian Ayu yang mewakili Balada.

Setiap yang dirancang itu sememangnya sudah ditentukan oleh Yang Maha Esa dan begitu juga dengan fotografi ini apabila Ayu terpaksa membatalkan temu janji pada saat akhir kerana telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada tekaknya.

Namun begitu, fotografi ini diteruskan juga dengan Farawahida atau mesra disapa sebagai Fara dan Stacy yang ternyata teruja untuk membicarakan tentang penglibatan mereka dalam AJL23.
Meskipun hanya menggalas tanggungjawab sebagai penyanyi untuk lagu yang bertanding, namun, baik Stacy dan Fara, kedua-duanya tidak mahu persembahan mereka pada malam gilang-gemilang itu bagaikan melepaskan batuk di tepi tangga sahaja.

Selain berdebar menghitung hari ke tarikh 18 Januari, Fara dan Stacy kini giat berlatih untuk memberikan persembahan yang terbaik demi kepuasan peminat mereka serta memikat hati juri yang akan mengadili persembahan mereka untuk dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik.

Stacy janji persembahan hebat

SIAPA sangka, hanya beberapa bulan dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim keenam, rezeki Stacy cukup murah apabila single pertamanya, Aku Stacy berjaya mara ke peringkat akhir AJL23. Menyifatkan apa yang berlaku sebagai tuah untuk dirinya dan juga komposer dan penulis lirik lagu berkenaan iaitu Intan Norul Azlin dan Layla Ismail, anak kelahiran Sabah ini menjanjikan satu persembahan yang mampu membuka mata ramai pihak yang sebelum ini yang menidakkan bakatnya.

“Bukanlah saya mahu rasa diri saya bagus atau berlagak tetapi saya agak sedikit kecewa kerana ada beberapa pihak yang seperti tidak mempercayai akan bakat saya. Dengan maranya saya ke peringkat akhir ini, ia sekali gus membuktikan bahawa artis yang lahir daripada pertandingan realiti juga mampu membuktikan bukan semua yang tidak berbakat,” jelas Stacy membuka bicara.

Untuk kategori Pop Rock, Aku Stacy akan bersaing hebat dengan empat buah lagu lain iaitu Kalis Rindu nyanyian Elyana, Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein), Yang Pernah (Estranged) dan Bukan Di Sini (Sofaz). Malah, sepanjang sesi temu ramah ini berlangsung, ucapan syukur juga tidak lepas dari bibir mungil Stacy.

“Saya bagaikan tidak percaya apabila nama saya diumumkan ke peringkat akhir dan lebih manis lagi, hanya saya dan Elyana sahaja penyanyi wanita dalam kategori ini. Jujurnya, memang saya akui persaingan memang cukup hebat dari peringkat separuh akhir lagi kerana semua lagu yang bertanding memang kuat. Apatah lagi dengan menyertai AJL, ia memang bagaikan satu mimpi yang tidak pernah saya fikir akan menjadi realiti.

“Dulu, saya hanya menontonnya menerusi kaca televisyen tetapi, kali ini, saya pula yang akan membuat persembahan di pentas penuh prestij ini,” jelas Stacy.

Demi memberikan persembahan yang penuh energetik pada malam itu nanti, kini, Stacy giat berlatih dan apa yang menariknya, abangnya sendiri, Chaq bertindak sebagai koreografer selain daripada beberapa orang kawannya yang turut akan mengiringi persembahannya nanti.
Tidak dinafikan, pesona dan karisma Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam di pentas memang cukup menyerlah apatah lagi bila menyampaikan lagu rancak yang disulami dengan tariannya.

“Memang sukar dan mencabar sekali apabila perlu menyanyi sambil menari dan ia memerlukan stamina yang cukup tinggi agar suara kita tidak akan kedengaran tercungap. Untuk itu, saya sendiri memperbanyakkan senaman dengan berjoging agar dapat mengekalkan stamina saya itu. Selain itu juga, saya sering mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan-rakan untuk memperbaiki lagi mutu nyanyian saya,” jelasnya yang kini semakin popular dengan lagu Gagap.

2 ulasan:

  1. memang power la stacy...memang susah giler nk menyanyi smbil menari..jangankn nk try...tgk stacy menari dan menyanyi pon dah semput...

    BalasPadam
  2. YES! STACY....BUKTIKAN KAMU BOLEH! GO STACY! GO! TETAP SOKONG KAMU!

    BalasPadam