AJL23 : STACY MENGAKU GEMENTAR
oleh: AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Di awal kemunculannya sebagai penyanyi, Stacie Angle Anam atau lebih dikenali dengan gelaran Stacy memenangi program rancangan realiti TV anjuran Astro dalam Akedemi Fantasia. Dia menjadi anak Sabah yang pertama menjuarai Akedemi Fantasia musim keenam (AF6) pada 24 Mei setahun yang lalu.

Kecil-kecil cili api, namun kemampuannya di segi vokal dan tarian yang mantap tidak perlu dipertikaikan lagi. Setiap persembahan yang diadakan oleh gadis genit yang berusia 19 tahun ini mampu menghiburkan penonton dengan aksi lincahnya di pentas hiburan.
Artis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, ini, bukan sahaja diberi pujian malah mendapat peluang yang banyak untuk mengadakan persembahan seperti di majlis makan malam di hotel terkemuka serta beberapa majlis lain termasuk menjayakan sambutan merdeka tahun lalu. Malah Stacy, juga ternyata bertuah kerana terpilih untuk menjadi duta Intimate serta juru cakap bagi produk Teh Boh dan Canon.
Namun perjalanan yang dilalui Stacy bukan mudah. Untuk menjadi penyanyi yang berkualiti dan disanjung peminat, Stacy harus mempersiapkan dirinya dengan ilmu dan banyak belajar tentang selok-belok nyanyian, terutamanya daripada artis yang lebih berpengalaman daripadanya.
Ditanya mengenai popularitinya yang kurang menonjol daripada juara AF yang lain seperti mana Mawi dan Mila, Stacy berkata, dia menyedari hakikat tersebut. Bagaimanapun, dia tidak mudah mengalah dan akan terus berusaha untuk menempatkan dirinya sebaris dengan nama-nama besar tanah air.
“Saya masih baru dalam industri ini jadi saya perlukan sedikit masa untuk mendapat kepercayaan peminat. Dalam tempoh ini, saya sering membuat persembahan di Sabah, tetapi di semenanjung pula saya kurang buat persembahan. Mungkin disebabkan itu, saya kurang dikenali. Tetapi saya percaya rezeki itu ada di mana-mana dan sehingga kini saya masih bekerja kuat untuk mendapat tempat di hati peminat dan saya harap akan mendapat terus sokongan anda semua,” katanya yang turut meminati bidang pengacaraan dan lakonan.
Muncul dengan album baru
Tidak mahu menoleh ke belakang lagi, Stacy bertekad untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa dia mampu menjadi penyanyi berbakat besar. Doa dan sokongan peminatnya mendorong semangat Stacy untuk lebih maju.
Selepas setahun menjuarai AF, akhirnya Stacy akan muncul dengan album sulungnya dalam masa terdekat. Kata Stacy, album tersebut memuatkan lima buah lagu iaitu Gagap, Cerah, Cinta yang Ku Duga, Pakai Buang dan juga lagu hits ‘Aku Stacy’. Dengan berkonsep lagu rancak dan seiring dengan imej ‘funky’ yang dibawa Stacy, album ini dijangka mendapat sambutan menggalakkan peminat hiburan tanah air, terutamanya di kalangan remaja dan muda-mudi masa kini.
“Saya cuba buat yang terbaik untuk menghasilkan album ini. Terus-terang saya memang ‘all-out’ untuk album ini, sebab inilah album yang akan menentukan sejauh manakah kebolehan saya dalam nyanyian. Untuk album pertama ini, memadailah dengan lima buah lagu sahaja dan saya lebih pentingkan kualitinya. Kalau banyak-banyak lagu pun belum tentu orang nak dengar. Saya percaya kesemua lagu dalam album ini dapat menarik minat pendengar, kalau tak percaya, nantikan kemunculan album saya ini nanti,” kata Stacy.
Meskipun pasaran album kian merosot, Stacy percaya masih ada tempat untuk artis sepertinya memperjuangkan nasib mereka. Jika album sukar untuk dijual sekalipun, namun setidak-tidaknya dia ada album sendiri dan ada sesuatu yang dihasilkan untuk industri muzik tanah air.
“Kalau nak difikirkan tentang pasaran album, rasanya sampai bila-bila artis tak akan ada album sendiri. Ini bukannya soal nak jual album atau nak cari untung semata-mata, tetapi saya ada sesuatu untuk diberikan pada peminat dan juga industri ini. Saya juga percaya, kalau album ini betul-betul berkualiti, ia akan dapat sambutan juga,” katanya.
Tidak harap kemenangan dalam AJL
Dalam perkembangan lain, anak didik Cikgu Ramli ini juga sedang sibuk membuat persiapan untuk bertanding dalam Anugerah Juara Lagu-23 yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada hujung minggu ini.
Menerusi kategori Pop Rock, Stacy yang mempertaruhkan lagu ‘Aku Stacy’ ciptaan dan lirik oleh Intan Norul Azlin dan Layla Ismail akan berentap dengan empat lagu lain iaitu Kalis Rindu dendangan Elyana (Aidit Alfian/Ad Samad), Lagu Untukmu oleh Meet Uncle Hussein (Taja, Tass, Lan/Taja, Tass), Yang Pernah nyanyian Estranged (Estranged/Estranged) dan Bukan Di Sini oleh Sofaz (Zimi, Ameer/One).
“Saya berterima kasih kepada pihak TV3 kerana memberikan peluang kepada saya untuk berentap di pentas AJL kali ini. Saya juga bersyukur kerana satu-satunya lagu nyanyian saya iaitu ‘Aku Stacy’ terpilih hingga ke tahap ini dan ia merupakan kali pertama saya bertanding dalam anugerah yang berprestij seperti ini. Perasaan takut dan gementar itu ada tapi saya bersiap sedia untuk beraksi dan saya akan cuba memberikan persembahan yang terbaik.
“Sekarang saya dalam proses menguatkan stamina saya dengan latihan berjoging dan senaman untuk mengawal pernafasan. Apabila berada di pentas, stamina merupakan faktor terpenting buat saya," kata Stacy mengenai persiapannya untuk bertanding.

tak sabar tunggu album stacy kuar.apa pun nak ucapkan good luck pada stacy untuk AJL ke-23 ini.semoga buat yg terbaik.u go stacy.....u go girl...kami bersamamu stacyfrenz fanz
BalasPadamHOPE BENTUK TARIAN STACY BERLAINAN DARIPADA YANG BIASA...LEBIH HAPPENINGGG...MELATOOOPPPP...GO GURL.......
BalasPadamGOOD LUCK GURL FINALE AJL23
BalasPadamsatcy mesti juara la...album baru?????tak sabarnya...love u stacy
BalasPadam