• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

29 Jan 2009

TABUNG AMAL GAZA OLEH NSTP

SENJA NAN MERAH, SENJA NAN BERDARAH...MENANGIS HIBA PADA GAZA

Sebagai artis yang prihatin, Stacy akan terlibat dengan tabung amal untuk Gaza anjuran NSTP pada sabtu ini bersamaan dengan 31hb.Januari.2009. Datanglah beramai-ramai bukan hanya kerana ada Stacy dan artis-artis lain, tetapi kerana tanggungjawab kemanusiaan. Walaupun Stacy bukan muslim tetapi perkara ini bukan dilihat dari sudut agama...tetapi dari sudut kemanusiaan dan keamanan sejagat. Oleh itu, marilah kita ramai-ramai datang dan menyokong acara ini. Kalau bukan dari segi wang, kita hulurkan bantuan dari segi tenaga demi melancarkan acara yang mulia anjuran NSTP ini.

Stacy's Frenz akan menjual T.shirt dan Key chain yang mana sebahagian hasil jualan akan diberi untuk Tabung Gaza NSTP itu nanti. Di harap ramai yang memberi kerjasama.

P/S: Di sini saya ingin mengambil kesempatan merayu pengunjung yang masuk ke laman ini agar janganlah mengutuk Stacy, dia tidak ada salah. Jangan ingat kami tidak boleh kesan IP address kamu dan jika perlu, kami akan membuat laporan polis jika komen kamu berbaur menghina, menghasut atau memburukkan Stacy atau Stacy's Frenz. Juga jangan masuk ke sini memuji Stacy atau Stacy's Frenz keterlaluan sambil mengutuk artis AF lain kerana saya percaya orang yang melakukan ini bukanlah peminat Stacy, tetapi orang yang benci atau iri hati dengan tujuan untuk mengundang kemarahan peminat artis lain...lalu ahli Stacy's Frenz dan peminat Stacy pula yang dituduh jahat - KOS SERANI

6 ulasan:

  1. Betapa mulianya hati Stacy, membantu pada yang muslim di Gaza, semoga peminat Stacy pun ikut menderma juga. Betul tu, rasanya ada yg masuk ke sini sengaja memuji Stacy sambil memburukkan artis lain agar stacy dan juga peminat kelab stacy dibenci oleh peminat artis lain - WANA

    BalasPadam
  2. Patutlah peminat sayang sangat pada Stacy, dah lah dia ramah dan mesra pada peminat, suka juga terlibat dalam aktiviti amal walaupun utk org Islam. Syabas Stacy dan SFC yg juga nak turut serta. Saya berada kat luar KL esok tapi doakan semuanya berjalan dengan lancar utk Stacy dan SFC.
    * Jgn peduli penghasut tu, saya rasa memang mereka pura2 jadi peminat tapi buat REVERSE PSYCOLOGY, hati2 semua pada peminat yg memuji sambil mengutuk artis lain atau membandingkan Stacy dgn artis lain. Just my 2cent

    BalasPadam
  3. Chayok2 kamu Stacy. Semoga life kamu diberkati dan murah rezeki. Harap dapat jumpa Stacy kat Majlis amal itu esok. Pada pengutuk Stacy, satu benci, seribu syg kat Stacy...so kalau 100 org benci Stacy, ada sejuta yg syg...wahhhh, Amirul

    BalasPadam
  4. Sebagai artis baru, langkah Stacy melibatkan diri dgn aktiviti amal sebegini adalah baik. Seoga keikhlasan Stacy akan diberkati kerana walaupun Stacy bukan Islam, tapi dia sudi menyumbangkan sesuatu utk tabung Gaza ini. Pada org yg menyamar sebagai peminat Stacy tu, semoga tuhan membalas kejahatan kamu

    BalasPadam
  5. SETUJU 100%, MENDERMA SAMBIL BERAMAL

    SETUJU 100%- JGN KERANA DISEBABKAN OLEH 'MULUT PUAKA' DARI ORG YG KONONNYA FAN STACY, KESEMUA AHLI Stacy FRENZ & FAN STACY & STACY SENDIRI AKAN DIBENCI, REFER PADA ARTIS SENIOR, DIA YG DIKUTUK GARA2 ADA FAN DIA YG OVER (sendiri mau ingat la). TELINGA AKAK & ADIK AKAK JUGA PERNAH DISERGAH BEGINI "KNP KAMU SFC PENDENGKI SGT"- SEDIH KAN? PADAHAL KITA TAK BUAT APAPUN...HUHUHU.

    FROM NOW, SUSAH SIKIT NAK ON9...HUHUHU. MBE KETINGGALAN SIKIT UNTUK XTVT STACY BUT DUN WORI.. AKAK TETAP SOKONG STACY & STACY FRENZ

    GO STACY! GO STACYFRENZ! LUV U ALL...mmmmuuuuuaaaaahhhhhsssss!

    BalasPadam
  6. Wana, Liza, My heart dan Amirul, TQ atas sokongan dan pendapat, biarlah kita bersederhana minat pada Stacy. Setuju dgn Kak Mas, kerana org lain, Stacy dan ahli SF dibenci

    BalasPadam