• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

14 Jan 2009

Stacy@Berita Harian, 14 Jan 2009

Debaran Elyana, Stacy

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my

Misi Elyana dan Stacy memastikan persembahan paling bertenaga di AJL 23

LIMA hari saja lagi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 23 bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Pastinya ketika ini, penyanyi yang berjaya ke akhir nanti sedang ligat membuat persiapan akhir untuk menghadapi acara penting dalam kalendar hiburan tanah air.

Sekalipun sekadar menyanyi, ia tetap dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Elyana yang membawakan lagu ciptaan Aidit Alfian sementara seni katanya ditulis oleh oleh Ad Samad, Kalis Rindu. Manakala Stacy pula mempertaruhkan lagu Aku Stacy nukilan Intan Norul Azlin dan Layla Ismail. Kedua-duanya mengakui berdebar-debar menantikan detik 18 Januari nanti.

Sekalipun ini bukan pengalaman pertama bagi penyanyi kelahiran Shah Alam itu dalam AJL, perasaan bimbang masih sukar dikikis. Sementara Stacy pula, setiap kali mengingatkan AJL, hatinya pasti berdegup pantas. Lebih-lebih lagi memikirkan nama mereka masih terlalu kecil jika dibandingkan dengan nama besar lain seperti Ziana Zain, Spider, Faizal Tahir serta ramai lagi. Walaupun berkongsi perasaan yang sama, namun Elyana dan Stacy masing-masing ada cara berbeza berhadapan anugerah yang mula diperkenalkan sejak 1986 itu.

Elyana berlatih dalam kereta

Bagi Elyana yang pernah melangkah ke peringkat akhir AJL dua tahun lalu dengan lagu Tak Tercapai Akalmu mempertaruhkan hasil karya komposer dan penulis lirik yang sama, memutarkan lagu Kalis Rindu di dalam kereta dan ikut menyanyi bersama adalah latihan untuknya. Ini kerana kebanyakan waktu gadis itu dihabiskan dalam kereta. Kata Elyana, tiada waktu khusus diatur untuk menjalani latihan. Selain dalam kereta, Kalis Rindu yang didendangkan ketika memenuhi undangan persembahan juga dianggap sebagai satu latihan buatnya. Pelakon siri popular Renjis ini juga ada formula tersendiri untuk memastikan dapat membawakan lagu Kalis Rindu dengan berkesan, iaitu memahami maksud lagu yang dinyanyikan.

"Belajar mendengar lagu adalah penting. Selepas memahami maksud sesebuah lagu, barulah kita dapat nyanyikan dengan baik. Saya akui antara saya dan abang Aidit serta Ad Samad jarang berjumpa. Masa hendak merakamkan lagu adalah waktu tepat untuk mengetahui keseluruhan maksud lagu yang hendak dinyanyikan. Hari itu adalah waktu pembelajaran untuk saya. Sebagai persediaan untuk menghadapi AJL ini memang saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengan mereka. Insya Allah, abang Aidit akan terima apa yang akan saya lakukan pada malam final nanti. Kami saling percaya mempercayai, kecuali jika ada sebarang kemusykilan barulah kami akan berhubung," katanya.

Walaupun tidak menjalani latihan dengan kerap, penyanyi berusia 22 tahun ini tidak mengambil mudah anugerah itu. Dia menganggap, AJL sebuah anugerah yang sangat berbeza daripada anugerah tempatan yang lain. Apatah lagi memikul tanggungjawab besar kerana membawakan karya orang lain untuk diperjuangkan.

"Berlawan dengan nama besar membuatkan saya berasa diri ini cukup kerdil. AJL juga sangat berbeza kerana saya memasuki pertandingan ini untuk memperjuangkan karya orang lain. Jika pertandingan itu membabitkan diri saya sendiri tentu tekanannya tidak begitu berat. Dapat atau tidak sekalipun, saya perlu tunjukkan mutu persembahan dan nyanyian yang baik. Saya memang tidak menyangka dapat melangkah ke final, saya menganggap kejayaan melayakkan diri ke final adalah rezeki," katanya yang masih belum lagi menetapkan corak persembahannya pada malam itu.

Stacy gigih berlatih sejak Disember

AJL ke-23 bakal menyaksikan Evoke, kumpulan yang pernah disertai Stacy ketika menyertai program realiti Gangstarz musim pertama kembali bersatu. Empat anggota Evoke iaitu Yandi, Yani, Malon dan abang penyanyi itu sendiri, Chaq bakal mengiringi persembahan Stacy.

Kata Stacy, latihan giat dijalankan setelah dia selesai meraikan Krismas tempoh hari. Sejak itu, latihan dijalankan hampir setiap hari di kediamannya. Kadang kala, sehari sebanyak lima kali dia menjalani latihan.

Bagi memastikan staminanya kuat ketika persembahan nanti , Stacy dan lapan lagi penari pengiring yang juga rakan-rakannya turut berjoging bersama hampir setiap hari di kawasan berhampiran tempat tinggalnya.

Sebagai orang yang paling baru dalam senarai calon ke final, penyanyi yang berasal dari Kampung Tuaran, Penampang, Sabah, itu tidak mahu memandang mudah kepercayaan yang diberikan kepadanya. Selain itu, Stacy juga tidak mahu episod hitam ketika Festival Filem Malaysia ke 21, Ogos lalu berulang kembali.

"Saya jarang mendapat peluang membuat persembahan secara langsung di kaca televisyen. Justeru, peluang ini tidak mungkin saya persiakan. Oleh itu, saya harus melakukan yang terbaik kerana saya juga tidak mahu menghampakan komposer dan penulis lirik saya kak Intan dan kak Layla.

"Saya juga tidak mahu perkara yang terjadi pada FFM 21 yang lalu berulang kembali, ialah orang sudah beri kepercayaan takkanlah saya hendak ambil sambil lewa. Saya anggap insiden Ogos lalu sebagai satu hikmah, jika perkara itu tidak berlaku mungkin saya tidak akan bersungguh-sungguh seperti sekarang. Sebenarnya saya tidak sangka mampu menempah tempat ke peringkat akhir memandangkan saya masih lagi terlalu hijau dalam industri ini. Setiap kali teringatkan AJL, saya pasti berdebar-debar. Walau apa sekalipun, saya perlu buat persembahan terbaik. Selain bantuan daripada rakan-rakan yang membantu dari sudut kareografi dan susunan lagu, saya turut mendapatkan nasihat dari Kak Intan yang juga komposer saya," katanya.

Kata Stacy, dia perlu menghormati Intan Norul Azlin kerana dia adalah pemilik lagu Aku Stacy. Apa saja rombakan yang ingin dilakukan, dia akan mendapatkan pendapat dari Intan terlebih dulu. Bagaimanapun komposer itu memberi kebebasan kepada penyanyi berusia 18 tahun itu untuk melakukan apa saja yang dirasakan sesuai ke atas lagu itu.

INFO: Elyana

Nama: Erneelya Elyana Emrizal
Asal: Shah Alam
Tarikh Lahir: 5 Julai 1987
Tahun Aktif: 2001 hingga kini

INFO: Stacy

Nama: Stracie Angie Anam
Asal: Penampang, Sabah
Pencapaian: Juara Akademi Fantasia musim keenam
Tahun Aktif: Mei 2008.

2 ulasan:

  1. berdebar plak bila baca post nie....hope stacy leh wat yg malatopppppppppp....stacy good luck..

    BalasPadam
  2. Jangan pedulikan yg lain wat yg terbaik...U go gurls

    BalasPadam