DAPATKAN SEGERA DI PASARAN!
- Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
- Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
- Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
- AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
- Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
- Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6
27 Feb 2009
22 Feb 2009
Preview Album Terbaru Stacy
Album ini akan dilancarkan pada 8 Mac 2009 bertempat di 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu , Sabah. Jangan lupa dapatkan yang original. Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Aku Stacy, Gagap, Pakai Buang, Cinta Yang Kuduga, Rasa-rasa dan Cerah
20 Feb 2009
BERITA HARIAN 20 FEBRUARY 2009
Wajah lama dan baru dalam senarai pencalonan memeriahkan lagi persaingan ABPBH 2008
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad

SECARA tradisinya majlis pengumuman senarai lima calon terakhir dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 berlangsung dalam suasana yang santai dan sederhana.Acara ini juga selalunya mengumpulkan pelakon, penyanyi, pengacara TV dan penyampai radio dalam satu tempat dan ini membuatkan ia majlis untuk beramah mesra antara satu sama lain.
Bagaimanapun, apa yang jelas kehadiran ramai bakat baru industri hiburan tanah air memang sangat menarik. Bagi bakat baru yang dicungkil daripada program realiti terbitan pelbagai stesen TV, pernah suatu ketika dulu dianggap sebagai mi segera. Namun begitu kita tidak boleh menidakkan bahawa mereka sekarang yang merancakkan dunia hiburan.
Jika diimbas kembali Anugerah Juara Lagu sejak dua tahun yang lalu, pesertanya dicungkil daripada program realiti TV. ABPBH meneruskan kesinambungan itu apabila apabila Mawi menjadi bintang realiti pertama mendapat gelaran Bintang Paling Popular.
Lagipun ini bersesuaian dengan konsep anugerah bintang popular, iaitu mencalonkan dan memilih mereka yang difikirkan layak untuk bergelar popular. Tiada juri profesional sebaliknya setiap keputusan bergantung kepada pertimbangan peminat.
ABPBH 2008 bagi edisi ke-22 menyaksikan lagi gelombang baru kepada kepada penganjuran apabila bintang realiti nampaknya menguasai kebanyakan senarai pencalonan peringkat akhir atau Top 5, seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Aiman, Ayu OIAM, Nabil, Stacy, Nana, Zizan, Adam, Aizat, Nubhan dan Mila.
Lahir daripada sebagai bintang realiti memang memberikan kelebihan kepada mereka. Walaupun tiada langsung hasil kerja yang boleh dibanggakan sangat, tetapi mereka sudah mengecapi nikmat popular kerana program yang disertai itu asyik disiarkan oleh TV.
Namun begitu, peminat tidaklah memberi laluan mudah kepada mereka. Masih ramai pelakon atau penyanyi yang tidak dilahirkan daripada program realiti masih boleh mencabar mereka.
Bahkan, kedudukan mereka yang sudah lama atau berpengalaman dalam dunia hiburan juga tidak boleh diketepikan. Peminat sekarang semakin bijak apabila pilihan mereka kini dibuat dengan menggabungkan bakat, populariti dan imej seseorang personaliti. Biarpun popular tetapi tiada bakat atau asyik diselubungi kontroversi negatif, seseorang itu mungkin tidak diberi peluang langsung oleh peminat.
Bagi juara AF6, Stacy kelibatnya kini semakin diperhatikan biarpun pernah dilihat bagaikan hampir tenggelam namanya. Membuktikan keupayaannya menyanyi sambil menari, gadis yang pernah menyertai Gang Starz menerusi kumpulan Evoke ini berjaya meraih perhatian segera termasuklah penyertaannya di dalam Anugerah Juara Lagu ke-23.
Lagu nyanyiannya Aku Stacy dan Gagap bernada rancak dan sekali gus bersesuaian dengan suara serak-serak basahnya. Seperti Riz, Stacy juga akan memasarkan album sulungnya dengan hanya tujuh buah lagu. Menganggap ABPBH sebagai sebuah majlis berprestij, gadis yang dikaitkan dengan Nubhan ini berbangga kerana namanya kini sudah terpahat di dalam kalendar penganjuran anugerah anjuran Berita Harian.
"Saya sangat gembira dengan berita ini. Harapan Stacy tidaklah setinggi gunung, sudah tercalon pun kira okey. Terima kasih kepada Berita Harian kerana terus gah menganjurkan majlis ini demi menghargai bakat seni tempatan," katanya yang kini sudah membiasakan diri untuk bercakap tanpa loghat Sabah yang terlalu pekat.

16 Feb 2009
SIHAT DAN CANTIK CARA STACY - MAJALAH MANGGA KELUARAN MAC
Tentu ramai yang kagum dan terhibur dengan persembahan Stacy ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 yang lalu. Persembahan Stacy menerusi lagu Aku Stacy begitu bertenaga dan menghiburkan. Langsung tak 'pancit'. Cayalah! Haa..kalau nak tahu apa rahsia Stacy, jom ikuti cerita Stacy yang bakal muncul dengan album sulungnya tidak lama lagi.
Cerita Stacy : "Stacy ucapkan terima kasih laa kepada yang bagi respons positif dan kata-kata semangat. Walaupun tak ada rezeki malam tu, tapi Stacy dah buat yang terbaik. Walaupun tak menang tapi dapat masuk final pun dah cukup bagus. So far lepas AJL pun rezeki semakin murah dan banyak pihak bagi peluang pada Stacy. So far apa yang Stacy buat untuk jaga stamina dan badan cantik ialah dengan berjoging dan menari. Dalam seminggu mesti Stacy menari ataupun berjoging.
Selain tu kenalah buat sesuatu dengan enjoy. Bila kita enjoy, buat sesuatu kita takkan rasa penat. So bila tak penat, persembahan kita akan jadi lebih menarik dan bertenaga. Akhir sekali kena laa juga jaga pemakanan. Macam Stacy tak pantang apa pun. Semua Stacy makan. Cuma sebelum menyanyi tu elakkan dari makan makanan pedas dan berminyak. So far itu je laa yang Stacy amalkan. Kalau stress pula Stacy banyakkan berdoa dan banyakkan bercakap atau luahkan perasaan dengan orang lain.
So far selama Stacy jadi artis belum lagi Stacy hadapi stress yang melampau sangat. So far Stacy dapat laa hadapinya. Begitulah cerita Stacy. Peminat Stacy jangan lupa dapatkan album Stacy di pasaran. Antara lagu hit dalam album ialah Aku Stacy, Gagap, Cerah, Pakai Buang dan Cinta Yang Ku Duga
14 Feb 2009
STACY MERAIKAN HARI VALENTINE BERSAMA PEMINAT
Dengan siapa stacy menyambut hari valentine? Ada jawapan untuk soalan ini? Siapa yang bertakhta di hatinya? Jawapan anda mungkin salah kerana walaupun agak penat, Stacy sanggup datang untuk meraikan hari yang sangat istimewa ini bersama peminat tersayang. Majlis dirangcang di saat-saat akhir di mana Stacy sendiri yang meminta untuk bertemu Stacyfrenz, semata-mata untuk peminatnya yang tersayang. jadi apakah pula pengorbanan yang sanggup anda lakukan demi Stacy?
Bertempat di Pandan Mewah, Kuala Lumpur, Stacy hadir bersama para penarinya untuk bertemu barisan peminat yang sudah menunggu seawal jam 7 malam. Malah Stacy berbesar hati untuk sama-sama berkaraoke bersama peminatnya. Stacy menyanyikan tiga buah lagu iaitu Matahariku, Hanya Di Mercu dan Aku Stacy. Rata-rata peminat yang hadir pulang dengan wajah puas.

9 Feb 2009
BERIADAH SAMBIL BERAMAL -TABUNG NSTP GAZA
Bertempat di Pangsun, Ulu Langat, telah berlangsung majlis Beriadah Sambil Beramal Melalui Tabung NSTP Untuk GAZA anjuran DAVOM disertai oleh kumpuylan-kumpulan kelab peminat yang lain.
Antara yang turut serta termasuklah Stacyfrenz, Saida fc, Tasya fc, Riz fc, Shawal fc, Toi fc dan tentunya Davom. Peserta disajikan dengan acara permainan berkumpulan dan sajian BBQ dan makanan-makanan lainnya yang dibawa oleh peserta sendiri.

7 Feb 2009
Sekitar Majlis Cap Goh Meh StacyFrenz
Telah berlangsung sebentar tadi upacara sambutan Cap Goh Meh di perkarangan rumah Aunty Christina di Pandan Mewah. StacyFrenz antara jemputan untuk acara ini, di sampaing tetamu-tetamu yang lain. Majlis berlangsung meriah walaupun tidak ramai ahli yang dapat menghadirkan diri.
Hidangan yang menyelerakan
Sajian istimewa untuk tetamu
Belajar tarian Sumazau
Kos, Abby dan Mrs X pula turut serta menari
-Gambar-gambar lain-
Media Hiburan - Stacy Pengganti Farra?
Masihkah anda mengingati penyanyi lagu 'Bagaikan Puteri', Farra? Sudah lama kita tidak mendengar cerita Farra. Kali terakhir Aniff mendengar ceritanya, selepas berkahwin dan
mengenakan tudung, dia lebih fokuskan kepada rumahtangga. Kalau rakan-rakan artis seangkatannya, berlumba-lumba buat 'comeback' tapi Farra nampaknya tetap dengan pendiriannya, mungkin suatu hari nanti kot.

Begitu jugalah dengan Stacy, nampaknya dalam era sekarang, Stacy memonopoli carta penyanyi baru yang mampu menyanyi dan menari seiring. Malah kawalan pernafasannya bagus. Setiap tenaga yang ditunjukkan di atas pentas cukup luar biasa dan penonton juga terpukau dengan kehebatannya. Yang tidak minat dengan Stacy pada awalnya, boleh jatuh cinta apabila melihat persembahannya. Demikianlah penangan Stacy. Diharapkan Stacy bertahan dengan apa yang dimiliki, jaga stamina dan usia muda anda.
5 Feb 2009
JEMPUTAN KE MAJLIS CAP GOH MEH
6 Febuari ini, Mrs X dan family berbesar hati untuk menganjurkan satu majlis jamuan sempena perayaan Cap Goh Meh. Malah semua StacyFrenz juga turut dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Acara akan dijalankan di Mewah Court, Taman Pandan Mewah bermula jam enam petang. Mrs X juga adalah orang yang bertanggungjawab melaksanakan sambutan CNY StacyFrenz & Stacy tempoh hari.
Bagi yang membawa kenderaan, sila letakkan kenderaan anda di luar kawasan Mewah Court untruk mengelakkan sebarang masalah.
Bagi yang membawa kenderaan, sila letakkan kenderaan anda di luar kawasan Mewah Court untruk mengelakkan sebarang masalah.

Klik gambar untuk saiz yang lebih besar
STACYFRENZ DI PULAU PINANG
Pada 30, 31 Januari dan 1 Febuari yang lalu, Stacy's Frenz telah mengadakan satu lawatan berkumpulan ke Pulau Pinang. Antara yang turut serta ialah Presiden sendiri iaitu En. Kos, Mrs X dan keluarga, Riana, Casper, Liana, Mia dan Jezzy Sunshine.
Seramai 16 orang telah terlibat dalam percutian ini. Kami memilih untuk berkhemah untuk merasai suasana baru. Khemah didirikan di satu kawasan perkhemahan di Teluk Bahang. Manakala aktiviti lawatan bermula pada hari kedua percutian. Walau bagaimanapun kami tidak sempat untuk bertemu ahli-ahli di sebelah utara seperti MrLovess, Salamir mahupun Zulpan kerana masa mereka yang tidak mengizinkan.
Sebelum pulang kami sempat singgah di Cameron Highland untuk membeli sayuran dan bunga segar. Kami mengharapkan penglibatan lebih ramai ahli untuk aktiviti-aktiviti di masa akan datang.

3 Feb 2009
2 Feb 2009
StacyFrenz Booth @ Audition AF7
Pada 30, 31 Jan dan 1 Feb, StacyFrenz berpeluang untuk membuka booth bertempat di 1Borneo pada hari yang sama audition AF7 berlangsung. Terima kasih kepada pihak Maestro yang sudi memberi peluang. StacyFrenz membuka booth dengan menjual T-shirt StacyFrenz dan juga gambar-gambar Stacy. Selain itu, StacyFrenz juga membantu pihak Maestro menjual CD. Walaupun tanpa kehadiran Stacy, StacyFrenz tetap bersemangat.

Stacy lawan karma

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my
JIKA sebelum ini dia menerima tamparan hebat kerana melakukan kesilapan ketika membuat persembahan pada malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada 8 Ogos tahun lalu, sebaliknya pula pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) baru-baru ini.Gerak tari dan vokal yang mantap saat mendendangkan lagu Aku Stacy pada anugerah tersebut menjadi bualan ramai.
Meskipun tidak membawa pulang sebarang anugerah, Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam berjaya membuktikan dirinya tidak boleh dipandang enteng, sementelah lewat kebelakangan ini dia menerima berbakul-bakul pujian dek kerana persembahan mantapnya itu.Namun ada suara-suara yang berbisik, bahawa anak gadis berusia 19 tahun ini sebenarnya sedih kerana gagal membawa pulang anugerah untuk kategori persembahan terbaik yang diterima oleh Faizal Tahir.Benarkah begitu?
Ketika berpeluang bersemuka dengannya dalam satu sesi fotografi khas baru-baru ini, Stacy hanya tersenyum saat diaju soalan perihal kekalahannya itu.

"Saya tidak kecewa dan tidak sedih pulang dengan tangan kosong. Sebenarnya saya berpuas hati apabila dapat memberikan persembahan yang baik dan menghiburkan semua orang. Walaupun tidak meraih sebarang kemenangan menerusi penyertaan buat pertama kali dalam AJL, ia cukup penting berbanding kemenangan. Saya tidak pernah rasa saya kalah, kerana saya telah melakukan yang terbaik, begitu juga dengan semua calon-calon lain yang turut bertanding," ujarnya jujur.

ALBUM sulung yang bakal dilancarkan membakar semangat juang Stacy dalam dunia muzik.
Dilanda ketakutan, trauma
Di sebalik persembahan hebatnya itu, bagaimanapun terselit sebuah cerita yang cukup mengharukan.Ini kerana sebelum persembahan pada final AJL23 berlangsung, Stacy telah berlatih selama setengah bulan sejak dari sambutan Krismas lagi."Saya cukup takut jika tahap persembahan tidak setaraf dengan penyanyi senior yang lain sebab itu saya bekerja keras, walaupun ketika pulang ke Sabah untuk perayaan Krismas saya hanya memikirkan persembahan untuk AJL23 saja.

"Mungkin kerana saya pernah melakukan kesilapan pada majlis besar dulu, ia menyebabkan saya sedikit trauma."Saya hanya ingin menebus kesalahan lalu dengan membukti saya sebenarnya boleh menyanyi dan menari dengan baik, bukan sekadar penyanyi mi segera seperti yang dikatakan kebanyakan orang," luahnya lagi.
Setiap hari berlatih bersama lapan orang penari yang merupakan rakan-rakannya dari Sabah serta abangnya sendiri membuatkan persembahannya pada AJL23 cukup berbeza."Semua penari adalah rakan saya dan abang, kami tidur, berlatih dan bersenam bersama-sama di rumah saya di Sabah sebelum tarikh persembahan tiba."Kami lakukan semua sendiri termasuk mencari langkah tarian, sebab itu apabila di atas pentas saya tidak rasa saya berseorangan kerana saya anggap kami semua seperti sebuah kumpulan tarian. Semua perasaan gugup hilang, kerana bila saya pendang sekeliling di atas pentas, semua adalah orang yang dekat dengan hidup saya," katanya tanpa selindung.

Apa pun kemampuannya sudah terbukti, Stacy juga kini mampu tersenyum puas setelah mengharungi segala halangan onak dan duri sebelum ini.Stacy juga mengakui, jika sebelum AJL23, namanya sedikit tenggelam dan tawaran persembahan juga kurang, tetapi kini semuanya sudah berubah.Dia kini begitu sibuk sama ada memenuhi undangan nyanyian, sesi fotografi dan pelbagai lagi acara termasuklah pelancaran album sulungnya menjelang 21 Februari depan di Sabah.
"Semua bagai mimpi, ada satu ketika saya rasa seperti mahu berhenti menyanyi dan pulang saja ke Sabah, tetapi tiba-tiba rezeki datang dan semuanya menjadi semakin baik."Tidak lama lagi, album saya akan dilancarkan dan kerjaya seni nampaknya semakin hari, semakin baik berbanding sebelum ini, sehingga saya sendiri yang sering bertanya pada pihak pengurusan bila mahu mengadakan sesi fotografi dan persembahan nyanyian," ucapnya dalam tawa.
1 Feb 2009
MAJLIS AMAL GAZA NSTP DI AMCORP MALL
Seperti yang dimaklumkan, Stacy telah menyerikan majlis tabung amal Gaza anjuran NSTP di Amcorp Mall. Namun begitu, beliau tidak sempat membuat persembahan mahupun melelong barangan beliau kerana jadual majlis yang agak padat dan jumlah artis yang agak ramai. Tetapi Stacy sempat berada di booth Walls untuk menjual aiskrim dan melayan peminat yang mana hasil jualan tersebut disalurkan kepada tabung Gaza.
Langgan:
Catatan (Atom)