• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

20 Feb 2009

BERITA HARIAN 20 FEBRUARY 2009

Wajah lama dan baru dalam senarai pencalonan memeriahkan lagi persaingan ABPBH 2008
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zaidi Mohamad


SECARA tradisinya majlis pengumuman senarai lima calon terakhir dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 berlangsung dalam suasana yang santai dan sederhana.Acara ini juga selalunya mengumpulkan pelakon, penyanyi, pengacara TV dan penyampai radio dalam satu tempat dan ini membuatkan ia majlis untuk beramah mesra antara satu sama lain.

Bagaimanapun, apa yang jelas kehadiran ramai bakat baru industri hiburan tanah air memang sangat menarik. Bagi bakat baru yang dicungkil daripada program realiti terbitan pelbagai stesen TV, pernah suatu ketika dulu dianggap sebagai mi segera. Namun begitu kita tidak boleh menidakkan bahawa mereka sekarang yang merancakkan dunia hiburan.

Jika diimbas kembali Anugerah Juara Lagu sejak dua tahun yang lalu, pesertanya dicungkil daripada program realiti TV. ABPBH meneruskan kesinambungan itu apabila apabila Mawi menjadi bintang realiti pertama mendapat gelaran Bintang Paling Popular.

Lagipun ini bersesuaian dengan konsep anugerah bintang popular, iaitu mencalonkan dan memilih mereka yang difikirkan layak untuk bergelar popular. Tiada juri profesional sebaliknya setiap keputusan bergantung kepada pertimbangan peminat.

ABPBH 2008 bagi edisi ke-22 menyaksikan lagi gelombang baru kepada kepada penganjuran apabila bintang realiti nampaknya menguasai kebanyakan senarai pencalonan peringkat akhir atau Top 5, seperti Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Aiman, Ayu OIAM, Nabil, Stacy, Nana, Zizan, Adam, Aizat, Nubhan dan Mila.

Lahir daripada sebagai bintang realiti memang memberikan kelebihan kepada mereka. Walaupun tiada langsung hasil kerja yang boleh dibanggakan sangat, tetapi mereka sudah mengecapi nikmat popular kerana program yang disertai itu asyik disiarkan oleh TV.

Namun begitu, peminat tidaklah memberi laluan mudah kepada mereka. Masih ramai pelakon atau penyanyi yang tidak dilahirkan daripada program realiti masih boleh mencabar mereka.

Bahkan, kedudukan mereka yang sudah lama atau berpengalaman dalam dunia hiburan juga tidak boleh diketepikan. Peminat sekarang semakin bijak apabila pilihan mereka kini dibuat dengan menggabungkan bakat, populariti dan imej seseorang personaliti. Biarpun popular tetapi tiada bakat atau asyik diselubungi kontroversi negatif, seseorang itu mungkin tidak diberi peluang langsung oleh peminat.

Bagi juara AF6, Stacy kelibatnya kini semakin diperhatikan biarpun pernah dilihat bagaikan hampir tenggelam namanya. Membuktikan keupayaannya menyanyi sambil menari, gadis yang pernah menyertai Gang Starz menerusi kumpulan Evoke ini berjaya meraih perhatian segera termasuklah penyertaannya di dalam Anugerah Juara Lagu ke-23.

Lagu nyanyiannya Aku Stacy dan Gagap bernada rancak dan sekali gus bersesuaian dengan suara serak-serak basahnya. Seperti Riz, Stacy juga akan memasarkan album sulungnya dengan hanya tujuh buah lagu. Menganggap ABPBH sebagai sebuah majlis berprestij, gadis yang dikaitkan dengan Nubhan ini berbangga kerana namanya kini sudah terpahat di dalam kalendar penganjuran anugerah anjuran Berita Harian.


"Saya sangat gembira dengan berita ini. Harapan Stacy tidaklah setinggi gunung, sudah tercalon pun kira okey. Terima kasih kepada Berita Harian kerana terus gah menganjurkan majlis ini demi menghargai bakat seni tempatan," katanya yang kini sudah membiasakan diri untuk bercakap tanpa loghat Sabah yang terlalu pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan