Masihkah anda mengingati penyanyi lagu 'Bagaikan Puteri', Farra? Sudah lama kita tidak mendengar cerita Farra. Kali terakhir Aniff mendengar ceritanya, selepas berkahwin dan mengenakan tudung, dia lebih fokuskan kepada rumahtangga. Kalau rakan-rakan artis seangkatannya, berlumba-lumba buat 'comeback' tapi Farra nampaknya tetap dengan pendiriannya, mungkin suatu hari nanti kot.
Apapun Aniff doakan Farra bahagia dengan kehidupannya di sisi keluarga tercinta. Sebut tentang Farra ni, Aniff terus tergambarkan Stacy. Kenapa? Sebenarnya antara mereka berdua ada persamaan. Farra ketika di zaman kegemilangannya, lincah dan hebat beraksi di atas pentas, malah menyanyi 'live' masih 'maintain' walaupun menari rancak mengikut step.
Begitu jugalah dengan Stacy, nampaknya dalam era sekarang, Stacy memonopoli carta penyanyi baru yang mampu menyanyi dan menari seiring. Malah kawalan pernafasannya bagus. Setiap tenaga yang ditunjukkan di atas pentas cukup luar biasa dan penonton juga terpukau dengan kehebatannya. Yang tidak minat dengan Stacy pada awalnya, boleh jatuh cinta apabila melihat persembahannya. Demikianlah penangan Stacy. Diharapkan Stacy bertahan dengan apa yang dimiliki, jaga stamina dan usia muda anda.
Farra tu sape eh? tak pernah pun aku tgok persembahan artis ni atas pentas?
BalasPadamfarra tu dulu slh sorg dr artis yg blh nyanyi & menari dgn baik scr live. so, skang dlm ramai2 artis br, stacy dikatakan ada keblhan menyanyi & menari dgn baik scr live. go stacy go!!!!
BalasPadam