• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

16 Feb 2009

SIHAT DAN CANTIK CARA STACY - MAJALAH MANGGA KELUARAN MAC

Tentu ramai yang kagum dan terhibur dengan persembahan Stacy ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 yang lalu. Persembahan Stacy menerusi lagu Aku Stacy begitu bertenaga dan menghiburkan. Langsung tak 'pancit'. Cayalah! Haa..kalau nak tahu apa rahsia Stacy, jom ikuti cerita Stacy yang bakal muncul dengan album sulungnya tidak lama lagi.

Cerita Stacy : "Stacy ucapkan terima kasih laa kepada yang bagi respons positif dan kata-kata semangat. Walaupun tak ada rezeki malam tu, tapi Stacy dah buat yang terbaik. Walaupun tak menang tapi dapat masuk final pun dah cukup bagus. So far lepas AJL pun rezeki semakin murah dan banyak pihak bagi peluang pada Stacy. So far apa yang Stacy buat untuk jaga stamina dan badan cantik ialah dengan berjoging dan menari. Dalam seminggu mesti Stacy menari ataupun berjoging.

Selain tu kenalah buat sesuatu dengan enjoy. Bila kita enjoy, buat sesuatu kita takkan rasa penat. So bila tak penat, persembahan kita akan jadi lebih menarik dan bertenaga. Akhir sekali kena laa juga jaga pemakanan. Macam Stacy tak pantang apa pun. Semua Stacy makan. Cuma sebelum menyanyi tu elakkan dari makan makanan pedas dan berminyak. So far itu je laa yang Stacy amalkan. Kalau stress pula Stacy banyakkan berdoa dan banyakkan bercakap atau luahkan perasaan dengan orang lain.

So far selama Stacy jadi artis belum lagi Stacy hadapi stress yang melampau sangat. So far Stacy dapat laa hadapinya. Begitulah cerita Stacy. Peminat Stacy jangan lupa dapatkan album Stacy di pasaran. Antara lagu hit dalam album ialah Aku Stacy, Gagap, Cerah, Pakai Buang dan Cinta Yang Ku Duga

Dapatkan Majalah Mangga Edisi Terbaru Untuk cerita dan gambar selanjutnya

3 ulasan:

  1. uinnaaaa.......memang ngam betul la kaka sama abng nubhan...kak,abang...saling suka ka???kalau saling suka,saya restui kakak sama abang nubhan...cayalah.....

    BalasPadam
  2. apa punya so far daaa

    BalasPadam
  3. Dengar radio Malaysia online disini

    Kami menyajikan pelbagai siaran radio online yang terdapat di Malaysia & Indonesia dalam satu paparan blog seperti Radio Suria.FM, Radio Era.FM, Radio Sinar.FM dan banyak lagi, selain itu terdapat beberapa radio yang jarang kita dengar tetapi berada di Malaysia seperti Radio Rileks.FM, Radio Pokpet.FM, Radio Cinta.FM, Radio Gempakz.FM dan banyak lagi. Sila klik pada pautan dibawah untuk mendengar siaran radio secara percuma dan terhangat. Sila klik disini XY Malaysia Radio Online. Atau anda juga boleh menaip keyword ini "XY Malaysia Radio Online" atau "XYradioonline" di Google Search atau Yahoo Search, sekiranya terlupa alamat blog ini. Semoga terhibur.

    *Untuk mendengar radio FLY.FM & HOT.FM, sila download "Plugin" yang telah disediakan didalam blog tersebut.

    BalasPadam