Mengorek rahsia bekas peserta AF dalam program Katanya...
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my
MEMBUKA tirai tahun 2009, Astro dengan bangganya membawakan "Katanya...", sebuah program yang bakal menggamit semula segala memori indah yang pernah dilalui oleh bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) dengan sebahagiannya kini sudah pun bergelar bintang.
Program istimewa ini juga akan mengupas lebih lanjut mengenai perkembangan bintang AF dalam meniti perjalanan untuk bergelar anak seni yang berwibawa.
Program lapan episod ini dihoskan oleh pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim dan disiarkan setiap Ahad, jam 9.30 malam bermula 4 Januari ini. Ia boleh ditonton di Astro Ria (Saluran 104). Difahamkan, program ini asalnya adalah program Fail Sulit.
Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan berkata, pihak berharap pendedahan yang akan dipaparkan menerusi program ini nanti dapat menarik minat penonton seterusnya menggalakkan penyertaan daripada orang ramai untuk menyertai AF musim terbaru kelak.
“Kami di Astro amat terharu dan berbesar hati dengan segala sokongan padu yang tidak pernah padam oleh pelanggan sejak mula program Akademi Fantasia diperkenalkan sehinggalah kini.
“Program ‘Katanya...’ dihasilkan khusus untuk mengimbas kembali saat suka dan duka para bintang AF sepanjang berlangsungnya enam musim setakat ini ditujukan khas buat penonton sebagai penghargaan dan terima kasih.
“Saksikan juga pendedahan istimewa mengenai panduan persediaan yang berguna untuk mereka yang ingin menyertai sebarang program yang berkonsepkan rancangan realiti kelak.
“Kami amat memerlukan bakat yang sudah berjaya dicungkil menerusi program AF sebelum ini seperti Mawi, Mila, Farah, Adam, Stacy, Zahid, Vince, Faizal, Felix, Akma, Bob, Aizat, Kaer, Rosma, Khai, Amylea, Marsha, Linda dan banyak lagi untuk memeriahkan lagi industri seni tanah air,” katanya.
Disiarkan selama 30 minit setiap episod program Katanya... akan membawa penonton mengikuti dengan lebih dekat pencapaian dan projek terbaru bintang AF kesayangan ramai.
Program yang padat dengan maklumat menarik ini terbahagi kepada tiga segmen, yang setiap satu akan membincangkan pelbagai topik, isu dan gosip yang berlainan. Setiap topik disuntik dengan elemen unik dan istimewa yang pastinya menghiburkan.
Penonton juga akan dihidangkan dengan tiga topik segar dan hebat yang berlainan setiap episod sepanjang lapan minggu program ini bersiaran.
Selain itu, nantikan juga penampilan istimewa bekas pengetua dan bekas peserta AF pada setiap episod seperti Ramli MS, pasangan Mawi dan Ekin, Stacy, Mila, pasangan Rosma dan Khai, Reza, Nana, Adi, Burn dan ramai lagi.
Antara paparan menarik yang bakal dihidangkan termasuklah gelagat bekas peserta g AF sewaktu sesi rakaman album di studio dan persediaan ketika di set penggambaran drama atau filem serta banyak lagi.
Penonton juga berpeluang untuk mengetahui panduan hebat mengenai dandanan, solekan serta penggayaan rambut yang sesuai untuk ke sesi uji bakat realiti terutamanya Akademi Fantasi. Penonton juga boleh mempelajari dengan lebih lanjut cara pemilihan pakaian dan warna yang tepat untuk memastikan imej dan keterampilan diri sesuai untuk digayakan ke sesi uji bakat AF,” kata Khairul.

Malam ni Stacy di Amboi3X, jam 10pm di Astro Prima kan? Tidak sabarlah... Good Luck Stacy... Minat sgt dgn u.
BalasPadamalamak...amboi3
BalasPadamt'lepas suda!!! :(
lama xmsk nie...maklum cuti!
esok harus tunggu...kot2 stacy ada!!