• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

30 Dis 2008

Imbasan Suka, Duka dan Pencapaian Stacy 2008

Tanggal 24 Mei 2008 pastinya akan diingat satu sejarah buat pemilik nama Stracie Angie Anam atau Stacy bila dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia 6. Mencatat sejarah sebagai pemenang termuda bila memenangi gelaran juara pada usia 17 tahun 9 bulan. Stacy juga memecahkan monopoli sebagai pelajar Sabah pertama yang memenangi gelaran itu setelah selama 5 musim.


Kemenangan Stacy memenangi gelaran itu kerana pengundi yang menilai bakat dan kesungguhan yang ditunjukkannya sepanjang konsert mingguan berlangsung. Malah peminat dan penyokong Stacy telah merealisasikan fantasi Stacy bergelar penghibur. Namun hakikatnya, untuk merealisasikan impian Stacy menjadi penghibur terletak pada bahunya sendiri. Tugas peminat, adalah sentiasa dan terus menyokong untuk membawa Stacy ke puncak kejayaan dan mengukir namanya di persada seni suara tanah air.


Tidak sampai setahun bergelar artis, bermacam-macam dugaan yang telah Stacy harungi dalam memahatnya diri dalam industri seni tanah air. Ada suka, ada juga yang duka. Mari kita lihat pencapaian Stacy sepanjang 2008 ini.


Saat dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 6 di Stadium Putra Bukit Jalil dengan 43%. Meninggalkan jauh pesaingnya. Saat ini juga merupakan titik permulaan buat Stacy memahatkan dirinya dalam industri seni tanah air.


Show pertama Stacy selepas dinobatkan Juara Akademi Fantasia 6. Membuat persembahan di Hotel Palace Of Garden Sri Kembangan sempena Hari Alam Sekitar.


Konsert yang menampilkan Stacy sebagai artis undangan. Walaupun sekadar artis undangan, kehadiran Stacy dikatakan telah menyelamatkan konsert yang dikatakan hambar ini, itu adalah pendapat para wartawan.


Terus mengekalkan rentak cemerlang ketika menjayakan Konsert Superstar di Melaka. Malah persembahan Stacy terus menjadi perhatian pihak media yang menyifatkan pemilihan Stacy sebagai juara Akademi Fantasia 6 adalah keputusan yang paling tepat.


Tarikh 11 Ogos 2008 pastinya akan diingati oleh Stacy dan semua peminatnya bila melakukan kesilapan yang tidak dijangkakan. Kegagalan Stacy melakukan persembahan seperti yang diharapkan menjadi tajuk hangat berita hiburan tanah air. Ada yang mengkritik, tidak kurang jugak yang bersimpati. Kerana tidak sampai beberapa bulan bergelar artis, kesilapan yang dilakukan Stacy sukar diterima pelbagai pihak. Ada pihak yang mengatakan sebagai juara sebuah rancangan realiti tv yang paling popular di Malaysia, Stacy tidak seharusnya melakukan kesilapan itu. Namun Stacy hanyalah seorang manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan ia pasti menjadi satu pengajaran yang paling berguna buat Stacy.


Namun selepas kejadian di FFM 21, Stacy tetap menerima banyak undangan dari negeri kelahirannya. Ia adalah kepercayaan dari pihak penganjur yang percaya Stacy mampu menjayakan majlis anjuran mereka selain dari permintaan peminat yang mahukan Stacy di setiap persembahan yang diadakan di sana.


Walaupun telah melakukan kesilapan pada malam FFM 21, Stacy tetap menerima undangan untuk menjayakan persembahan yang besar. Contohnya, dia diundang menjayakan Konsert Di Ambang Kemerdekaan di Kota Kinabalu.


Stacy juga diberi kepercayaan menjayakan program raya anjuran Maestro dan TV3. Stacy juga diberi kepercayaan untuk membacakan kad ucapan yang dihantar oleh peminat setia TV3 di samping membuat persembahan di samping artis-artis lain seperti Mila, Dafi, Farah. Aliff OIAM, dan ramai lagi.


Stacy turut menghiasi kaca tv pada Hari Raya yang lepas bila sketsa dan telefilem lakonannya ditayangkan sempena Hari Raya. Berlakon dalam dua buah sketsa untuk program Corat-Coret AF6 telah menyerlahkan bakat Stacy dalam bidang lakonan. Walaupun baru pertama kali berhadapan dengan kamera, Stacy nyata tidak kekok memberi lakonan yang berkesan. Malah lakonannya sebagai perempuan kecoh dalam sketsa Ketua Kampungku mampu membuatkan orang ketawa kerana gelagatnya yang bersahaja dan mencuit hati. Digandingkan dengan Nubhan dan Nadia dalam telemovie Ada Cinta Di Hari Raya turut menyerlahkan bakat Stacy melakonkan pelbagai watak. Walaupun pertama kali berlakon sebagai watak utama, Stacy nyata mampu memberikan penghayatan terhadap watak yang diberikan walaupun melakonkan watak yang bertentangan dengan karakternya.


Dan ternyata, hikmah di sebalik insiden di FFM 21, telah menjadikan Stacy lebih matang dan kuat dalam mengharungi arus sebagai anak seni. Dia mula bangkit dan sedar serta menerima kritikan dan pujian yang dilemparkan kepadanya dengan hati terbuka dan dijadikan azimat baginya menempuh perjalanannya dalam bidang seni. Kejadian yang menimpa Stacy tidak menjejaskan undangan yang diterima Stacy. Rezeki undangan semakin melimpah-limpah. Stacy bangkit semula dan memulakan perjalanan seninya tanpa menoleh ke belakang lagi. Road Tour Hotlink yang menjelajah ke seluruh negara dijadikan medan terbaik buat Stacy menebus kesilapannya dan membuktikan dia seharusnya diberi peluang untuk terus membuktikan bakatnya. Di setiap penjelajahan, penjualan album kompilasi The Best Of Stacy dikatakan hangat dan habis dijual. Tidak rugi memiliki album ini kerana tidak ada satu pun dari persembahan Stacy yang mengecewakan para pengundinya sehinggalah dia dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 6. Setiap dari persembahan Stacy berjaya meninggalkan impak dan berjaya disampaikan dengan penuh berkesan.


Stacy sekali lagi diberi kepercayaan menjayakan persembahan besar seperti Majlis Penutup Perayaan Hari Malaysia. Majlis penutupan yang dihadiri oleh ramai VVIP telah dijayakan dengan baiknya oleh Stacy. Persembahan ini juga telah menyaksikan titik kebangkitan semula Stacy dalam bidang seni. Malah boleh dikatakan, persembahan Stacy adalah yang paling menarik pada malam itu. Membuktikan Stacy seorang artis yang versatile bila boleh menyanyikan lagu pelbagai rentak.


Persembahan mantap Stacy ketika menjayakan Konsert Jom Heboh. Stacy dikatakan telah menggegar pentas Jom Heboh dengan tariannya yang lincah. Ketika mengetahui Stacy bakal digandingkan dengan Jacylin Victor, pasti yang terlintas di fikiran peminat setia Konsert Jom Heboh, Stacy akan ditenggelamkan oleh persembahan vokal Jacylin. Namun begitu, Stacy mampu membayangi persembahan Jacylin. Gandingan kedua-duanya begitu mantap dan Stacy tetap menyerlah di sisi Jacylin Victor.


Penutup pada tahun suka duka buat Stacy adalah kejayaannya melayakkan diri ke pentas akhir Juara Lagu. Walaupun lagu Aku Stacy dilihat kurang kuat memberi impak berbanding lagu yang lain, namun kemantapan Stacy melakukan persembahan di tambah sokongan padu dari para penyokongnya membuatkan pentas Semifinal Pop Rock seperti miliknya. Satu pencapaian yang memberangsangkan buat pendatang baru seperti Stacy kerana tidak sampai setengah tahun bergelar artis, dia telah berjaya melayakkan dirinya ke pentas akhir Juara Lagu. Ianya satu pencapaian yang boleh dikatakan luar biasa yang pernah dicapai oleh artis baru seperti Stacy. Yang pastinya, Stacy bakal membuka tirai 2009 dengan kelayakannya di pentas akhir Juara Lagu.


Persembahan mantap Stacy ketika di Kemuncak Sehati Berdansa di PICC bagaikan mandat bagi Stacy untuk terus membuktikan bakatnya di bidang seni suara tanah air. Kini Stacy telah pun berjaya membuka seluas-luasnya mata pihak yang selama ini mengkritik dan mengutuknya. Walaupun tidak berjaya dalam pelajaran, namun Stacy bekerja keras untuk menempatkan dirinya dalam industri seni tanah air. Mungkin Stacy tidak ditakdirkan berjaya dalam pelajaran, namun dia ditakdirkan mengecapi kejayaan di dalam bidang seni. Bakat Stacy juga ternyata begitu menyerlah sekali kerana Stacy ditawar dan ditaja menyambung pengajiannya dalam bidang muzik, iaitu Diploma in Music oleh sebuah institusi pendidikan yang terkemuka.


Selain daripada penjualan album kompilasi, penerimaan terhadap single Aku Stacy turut berjaya meletakkan lagu ini sebaris dengan lagu popular yang lain. Malah lagu ini juga telah berjaya mendaki puncak carta beberapa radio utama tanah air dan bertahan selama 22 minggu di C30 Era.


Stacy juga telah diambil sebagai jurucakap untuk produk Intimate baru-baru ini. Dan tidak lupa juga, Stacy telah muncul di iklan-iklan tv seperti Teh Boh dan Canon Kamera Digital yang disiar kan semasa Hari Raya yang lalu.


Kini Stacy muncul dengan single terbaru yang berjudul Gagap. Lagu ini amat sesuai dengan karakter Stacy yang lincah ketika membawakan lagu rancak. Malah ada pihak yang mengatakan lagu ini seperti lagu Britney Spears versi Melayu. Mungkin juga betul kerana AC Mizal juga pernah mengatakan jika USA mempunyai Britney Spears, di Malaysia kita mempunyai Stacy.


Dengan lagu Aku Stacy dan Gagap sudah kedengaran di corong-corong radio, pastinya peminat setia Stacy tidak sabar menanti album sulung Stacy. Malah Stacy sendiri pastinya tidak sabar mahu menghadiahkan album sulungnya kepada peminat yang tidak putus-putus menyokongnya sejak dari dalam Akademi Fantasia 6 hingga ke saat ini.


Buat peminat dan penyokong Stacy, ayuh! Teruskan sokongan anda semua untuk meletakkan Stacy sebaris nama-nama besar dalam industri tanah air. Buat Stacy, semoga kehadiran 2009 akan menghadirkan seribu kejayaan buat anda. Seperti kata pepatah, bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah. Cukup hanya dengan suara dan bakat yang dimiliki, pasti Stacy akan terus diberi perhatian oleh penggiat seni tanah air. Dan tugas kita sebagai peminat, teruskan menyokong.

9 ulasan:

  1. Stacy you such a adorable person... multi-talented.... low profile...

    all of us from Stacy Frenz will always support you...

    you just need to move on futher and focus on your carier...

    just forget bout incident that happened on FFM...

    you must proves that artiste from reality show have the same standard as the other artise...

    and prove to them that it doesnt matter if you dnt have SPM (but SPM is important thou..!!) you can chase your dream to be an idol ...

    do it for urself...ur family... ur fans.... and all of people that suppoert you...

    we all proud of you STACY...!!
    we all loves you STACY...!!

    -virgonz-

    BalasPadam
  2. berasa amat terharu bila membaca post kali ini....stacy love u so much....be a good girl...be a star of the starts...be in everyone heart..
    Alamak terlebih suda.....good luck stacy...
    Kepada stacy frenz teruskan sokongan...biar tenggelam timbul bersama-sama satcy selamanya...

    BalasPadam
  3. AKU PON TERHARU MEIII..SEBAB STACY AKU ADA KAT SINI..SBB DIA JUGAK AKU KENAL KORANG SEMUA...SYG STACY, SYG GAK KAMOOO SEMUA 'STACY FRENZ'...THANKSS 4 EVRITING AND HAPPY NEW YEARRRR 2009!!!! HOHOIIIII !

    BalasPadam
  4. kejadian yg berlaku pada FFM21 pasti tidak dilupa peminat stacy n stacy sendiri.Namun apa yg berlaku tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyokong karier stacy di persada seni tanah air.kami tetap percaya dan yakin bahawa stacy boleh berjaya suatu hari nanti

    diharap 2009 membawa sinar kegemilangan buat stacy semoga berjaya stacy.we will always with you.dun't mind u ada diatas atau berada dibawah kami akan tetap terus menyokong karier seni stacy


    you go girl...you can do'it


    be a super stacy

    love you so much stacy

    BalasPadam
  5. BANGGA, GEMBIRA, TERHARU & SEGALA PERASAAN BERBAUR DI SUDUT HATI AKAK. APA YANG BOLEH AKAK KATA, KEJAYAAN BUKAN MUDAH UNTUK DICAPAI. KEKUATAN DIRI, KETABAHAN SERTA ADANYA SOKONGAN DARIPADA FAMILI, KAWAN2 TERUTAMA SEKALI FANS (ESPECIALLY STACYFRENZ)STACY AKAN TERUS MEKAR DI PERSADA SENI INI. INSYA ALLAH SOKONGAN DARI AKAK AKAN TETAP ADA UNTUKMU STACY. LOVE U SOOOO MUCH!

    BalasPadam
  6. rite now .... she is an icon at her own class!!! Masih bnyak kene blaja, and do respect othez people xpcily senior dlm industri ni ... and u'll become next to Dato' Siti. Trust me!

    (kurangkan kontrovesi & tgkatkan prestasi .... p/s: thankz RMS tuk kepercayaan pd stacy kat dalam akademi!!!)

    BalasPadam
  7. happy n terharu sgt ngan pencapaian stacy,semoga dilembaran baru 2009 ini stacy akan terus cemerlang.jen n stacyfrenz akan terus menyokong stacy...stacy love you muaah!!!

    BalasPadam
  8. go go stacy!
    smoge thun 2009 ni
    akn smkain brtmbh laa
    pncapaian stacy..aminnnn
    fiqah akn slalu skong stacy;)

    BalasPadam
  9. inilah kehidupan

    esok lusa dan selamanya
    Tuhan saja menentunya
    apa juga rintangannya
    jangan kau berputus asa..

    BalasPadam