• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

5 Jan 2009

Stacy@Harian Metro, 4 Jan 09 (Ahad)

Lebih meriah

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

Mengungkap kisah hidupnya yang daif satu ketika dulu, Stacy tidak berpeluang meraikan Hari Natal dengan meriah. Sekalipun rakannya membeli pokok krismas yang besar dan cantik serta berbelanja sakan, gadis ini pula hanya mendapatkan yang kecil, sesuai dengan harganya yang murah.

Begitupun, itu cerita dulu. Kini status artis yang digalasnya memberi rezeki yang tidak pernah putus. Demi melahirkan kesyukuran, sambutan Krismas tahun ini disambut meriah.

Jelas Stacy, dia bukan mahu membazir, tetapi apa salahnya berbelanja setahun sekali. Jika umat Islam menyambut Aidilfitri dengan meriah, kini tiba gilirannya pula. Lagipun, baru sekarang dia berpeluang berbelanja besar untuk keluarga.

“Ini tahun pertama saya menyambut Krismas sebagai artis dan ada duit sendiri. Dulu kami hanya mampu membeli pokok Krismas yang kecil kerana murah.

“Namun tahun ini saya membeli pelbagai ukuran pokok itu untuk menghiasi rumah. Sekalipun tidak sebesar mana, ia dibeli dalam kuantiti banyak supaya kediaman kami tambah ceria.

“Tahun ini juga saya menyambut kedatangan Krismas sebanyak dua kali. Pada 19 Disember lalu, saya meraikan Hari Natal lebih awal kerana ada jemputan menyanyi. Saya turut menjual meja kepada peminat yang ingin menikmati makan malam dan menyambut Krismas dengan orang tersayang. Lebih menarik, majlis itu diiringi persembahan saya.

“Pada 25 Disember pula, saya menyambut Krismas bersama keluarga dan peminat saja. Ia dilakukan secara tertutup kerana pada waktu itu saya mahu meluangkan masa bersama keluarga sepuas-puasnya,” katanya.

Bercerita mengenai kerjayanya pula, gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini akan tampil dengan album sulung tidak lama lagi. Jika tiada aral, ia bakal dipasarkan awal bulan ini.

“Buat masa ini, tinggal satu lagu lagi belum dirakam. Proses rakaman itu akan disambung semula selepas Krismas. Album itu memuatkan lima lagu baru, termasuk single Aku Stacy dan Gagap. Saya puas hati dengan album itu.

“Demi peminat, saya mahu memberi yang terbaik buat mereka. Sebab itu saya memilih lagu ciptaan Audi Mok, Sheron Quek, Ajai dan Edry KRU kerana karya mereka bagus. Saya tidak mahu menghampakan peminat,” katanya

Tambah Stacy, kebanyakan lagu dalam albumnya rancak kerana dia suka menyanyi dan menari.

“Saya mahu pendengar menari apabila mendengarnya. Ada peminat mahu saya membawa lagu perlahan. Oleh itu saya menyisipkan satu lagu balada. Ia bertujuan menambah lagi variasi lagu dalam album itu,” katanya.

2 ulasan:

  1. [url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]buy microsoft office 2003 software, [url=http://firgonbares.net/]adobe acrobat version 9[/url]
    [url=http://firgonbares.net/][/url] buy cheap microsoft software macromedia software update
    Suite 4 Master [url=http://firgonbares.net/]academic adobe software[/url] pirated software shop
    [url=http://firgonbares.net/]kaspersky torrent[/url] adobe software educational discount
    [url=http://firgonbares.net/]software eshop[/url] to sell software for
    car sale software [url=http://firgonbares.net/]microsoft software prices[/b]

    BalasPadam
  2. [url=http://hopresovees.net/][img]http://vonmertoes.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
    [b]where are adobe acrobat 8 pro temporary files, [url=http://bariossetos.net/]adobe photoshop cs4 extended for mac serial number[/url]
    [url=http://vonmertoes.net/][/url] buy microsoft xp software selling software over the
    windows xp download minutes [url=http://bariossetos.net/]office 2008 software[/url] downloadable software soft buy
    [url=http://hopresovees.net/]buy cheap microsoft software[/url] buy oem software
    [url=http://vonmertoes.net/]where to buy adobe dreamweaver[/url] biggest discount software
    latest software downloads [url=http://bariossetos.net/]home sales software[/b]

    BalasPadam