• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

20 Jul 2008

Petikan Dari Media Hiburan



Lanjutkan pengajian: Stacy ditaja?

Menyentuh tentang perjalanan karier seninya, menurut Stacy kini jadualnya agak padat dengan aktiviti seni yang sudah sedia dirangka. Selain sibuk memenuhi tawaran mengadakan persembahan, Stacy juga khabarnya bakal masuk studio untuk rakaman album penuhnya. Bukan itu sahaja, Stacy juga sedang merangka jadualnya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma.


"Setakat ini jadual saya dipenuhi dengan latihan tarian dan vokal bagi menjayakan persembahan pentas nanti. Saya bersyukur kerana selain menerima tawaran nyanyian, saya juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran komersial untuk iklan Teh Boh. Bermula bulan Ogos pula, saya akan mulai sibuk di studio untuk rakaman album penuh," jelasnya.

Tambahnya, "Selain itu, baru-baru ini saya telah ditawarkan melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dari pihak Lim Kok Wing. Tawaran itu dalam jurusan 'Diploma Sound & Music'. Jika diikutkan perbincangan awal, saya sepatutnya memulakan kursus pada bulan Ogos ini tetapi memandangkan jadual saya agak padat, saya memilih untuk melanjutkan pengajian pada bulan Februari tahun hadapan sahaja."

Ditanya perasaannya saat menerima tawaran tersebut, katanya, "Memang inilah impian saya sejak sekian lama, mahu melanjutkan pengajian dan tak sangka pula termakbul akhirnya hasrat saya dengan tawaran yang datang. Rasa seronok dan terkejut pun ada. Bersyukur bila ada yang sudi menghulurkan bantuan sebegini."

1 ulasan:

  1. harap stacy terus sukses dlm kerjaya dan dpt jg melanjutkan pelajaran,TAHNIAH UTK STACY.

    BalasPadam