• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

20 Jul 2008

Pemenang AF6 melakar kenangan di Gold Coast




GOLD Coast memang terkenal di Australia. Kawasan persisiran pantai dan kediaman sepanjang 70 kilometer ini terletak di utara antara sempadan New South Wales dan Queensland berhampiran Brisbane.

Ia merupakan sebuah negara kecil yang panjang dan terbentang menyusuri kawasan pantai tersebut.

Bandaraya Gold Coast mempunyai beberapa nama menarik sepanjang laluannya, Coolangatta di Queensland bersebelahan Mermaid Beach, Burleigh Heads dan Currumbin.

Baru-baru ini, tiga pemenang Akademi Fantasia Keenam (AF6) berpeluang bercuti ke bandar raya ini.Walaupun AF6 sudah pun berakhir April lalu dengan menyaksikan pelajar bernama Stacy dinobatkan sebagai juara, Nubhan naib juara dan Riz di tempat ketiga, masing-masing tidak ketinggalan mengikuti percutian ini.

Selain berpeluang menikmati keindahan tempat-tempat menarik sekitar Gold Coast, mereka turut dibawa mengalami pengalaman menakjubkan di Movie World, Dream World dan Paradise Country.Dengan suhu di bawah paras 17 hingga 19 darjah celsius, mereka turut berpeluang bermain dengan kanggaru, kambing biri-biri, beruang koala di Paradise Country serta melihat hidupan air seperti ikan lumba-lumba di Sea World.

* Timba pengalaman

Ternyata, percutian ini memberi peluang kepada mereka menimba ilmu di samping berehat sebelum masing-masing bakal digamit dengan kesibukan jadual karier.

Menurut Stacy atau Stracie Angie Anam, 18 ia merupakan pengalaman dan keseronokan yang sukar dilupakan.“Peluang ini tidak pernah saya mimpikan dan saya berasa seronok ke negara orang,” katanya.

Sementara itu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 22 dan Riz atau Mohammed Idris Mohd Zaiziz, 22 juga berasa seronok dengan percutian ini.Masing-masing jelas menggambarkan kegembiraan yang julung kali dialami.

Percutian ini merupakan hadiah daripada MayFirst yang menjadi kenangan terindah buat mereka.Percutian yang bermula dari 2 hingga 8 Julai merupakan hadiah kemenangan buat juara, naib juara dan tempat ketiga AF6.

Tidak ketinggalan, percutian ini turut disertai lima pemenang peraduan ‘Realisasikan Percutian Fantasi Anda Bersama Pemenang AF6 dan AC Mizal’ yang diadakan oleh MayFirst.Rombongan turut disertai Pengasas MayFirst Gold, Datuk Rojali Edris dan isteri, Datin Naru Aini serta Pengurus Besar, Rahimi Edris.

Malah, lebih menarik lagi peminat turut berpeluang menyaksikan percutian menarik ketiga-tiga finalis ini di televisyen pada hari raya nanti melalui rakaman yang dibuat oleh krew produksi Astro yang turut serta bersama rombongan.Dalam pada itu, peminat boleh menemui mereka dan artis AF6 lain pada 25 dan 26 Julai ini di Dataran Pahlawan, Melaka mulai pukul 8.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan