• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

18 Ogo 2010

'PERJALANANKU' Bersama Stacy & Stacy's Frenz 19hb.Ogos TV9, 6.30 petang

SHOOTING STACY SEMASA SEDANG MAKAN

Ingin tahu Lifestle Stacy? Diva kah dia? Hidup mewahkah atau hidup cara sederhana?. Apa pandangan dan komen Presiden Kelab Peminat terhadapnya? Apa pula pandangan peminat tentang Stacy? Apa pengorbanannya melalui liku-liku dunia seni ini dan apa pula pengorbanan peminat terhadap Stacy? semuanya terjawab kelak. Jangan ketinggalan menyaksikan rancangan ini pada 19hb.Ogos, ( khamis ) 6.30 petang hanya di TV9 ...dekat dihatiku.


SEBELUM RAKAMAN, KOSE TELAH MEMBERI TAKLIMAT BERKAITAN RANCANGAN 'PERJALANANKU'

Sabtu lepas, beberapa orang ahli Stacy's Frenz telah pergi ke Sri Pentas kerana terlibat dalam rakaman rancangan terbaru terbitan TV9 yang bertajuk 'Perjalananku'. Rancangan ini menampilkan sembilan artis yang terpilih dan akan bersiaran setiap minggu dibulan puasa nanti dan seterusnya. Shooting yang melibatkan Stacy's Frenz ini adalah untuk Stacy. Di dalam program ini kelak akan menceritakan perjalanan seni Stacy, susah senang, lucu sedih. Selain Stacy sendiri menceitakan pengalaman beliau, ada juga pendapat dan pandangan mengenai Stacy dari sudut pandangan peminat @ ahli kelabnya dan orang-orang yang terdekat dengannya.Dalam rancangan ini akan terbongkar banyak perkara yang anda sudah tahu dan tidak tahu mengenai Stacy dan juga perkara paling gila serta pengorbanan kelab peminatnya.

Untuk segmen ahli-ahli Kelab Peminat Stacy, mereka akan menceritakan pengalaman pertama bertemu Stacy, Pengalaman manis bersama Stacy, perkara gila yang mereka poernah buat demi Stacy, perkara sedih berkaitan Stacy, pesanan dan nasihat mereka untuk Stacy dan macam-macam lagi. Antara yang terlibat dalam shooting ini adalah presiden Stacy's Frenz sendiri iaitu Kos Serani yang telah menceritakan serba sedikit tentang kelab peminat Stacy yang diterajui olehnya, serta Mrs.X, Liana,Ah Mae, Haleeda, Sniper, Irma, dan Qiela. Rakaman telah dijalankan di Primeworks Studio, Sri Pentas TV9. Oleh kerana Hari ulangtahun Stacy jatuh pada 18hb.Ogos, pihak penerbit cuba memberikan sesuatu yang istimewa iaitu kemungkinan akan menayangkan rancangan yang bersiaran setiap hari Khamis ini, memilih 19hb.Ogos,khamis, 6.30petang untuk tayangannya.



BERBINCANG SELEPAS RAKAMAN SELESAI


SEMASA RAKAMAN SEDANG BERLANGSUNG


SESSI MENJAMU SELERA SELEPAS SEUSAI RAKAMAN

6 ulasan:

  1. Bukan main lagi SFC ni semakin menjadi-jadi...semakin popular bukan hanya selalu muncul kat majalah, now kat Tv la pulak. Apa-apa pun tahniah, kelab popular, means artisnya popular sangat. X sabar nak tau cerita dan perjalannan hidup Stacy. Kalau boleh, letak la pic dan story apa yg diinterview oleh pengacara pada setiap ahli yg terlibat dgn shooting ni. kami nak tahu juga serba sedikit isi kandungannya

    BalasPadam
  2. wah..best2...smgat ya....ceritakan semua kisah suka duka Stacy n SAF...cerita2 spt ini akakn mbuka mata org ramai ttg stacy..mntap2...hehe

    BalasPadam
  3. Mesti menarik cerita ni agak2 mcm Kisah Aritis Malaysia yg tersiar di Astro kot, maaf kalau salah. Tapi dari petikan kat sini mcm menarik sebab ada kisah Stacy dan pendapat peminat serta familinya tu yg menarik bukan kisahnya semata-mata. Tahniah pada kelab peminat serta yg berjaya diinterview, harap2 pendapat korang tentang Stacy bernas dan mantao.

    BalasPadam
  4. Best arr tengok rancangan ni semlm tapi setengah jam jer, X puas la.

    BalasPadam
  5. Ada sesiapa rakamkah? tolong lah upload kat Blog ni sebab semlm X sempat tengok jalan jam, 7.15pm baru sampai umah - Dayang Juanita

    BalasPadam
  6. Memang sempoi rancangan Perjalananku ini, dapat juga tengok rumah Stacy, bilik Stacy dan org2 yg dekat dgnnya. Mr.President, they way U talk so cute senyuman kat bibir X lekang dan setiap bait perkataan comel jer ha X 3

    BalasPadam