• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

5 Ogo 2010

ULANGTAHUN STACY VS FAN PAGENYA 63,703 ORANG

Jika anda lihat ditepi kanan link FB Stacy tu tentu kagum banyaknya hingga 63,703 orang setakat jam 2 petang, 5hb.Ogos. Huh! ramai tu, dan kalau dilihat alamat mereka, ramai yg di Semenanjung daripada yang di Malaysia Timur. Tapi setakat hari ini, hanya tinggal 2 hari saja lagi sambutan hari istimewanya iaitu Ulangtahun ke 20 tahun, hanya ada 100 orang sahaja yang beli tiket. Ini bukan majlis sambutan Hari Raya Stacy, Majlis hari lahirnya, diulangi lagi, Hari Ulangtahunnya. Dimana peminat Stacy? dimana orang yang kata support Stacy? takkanlah dari 63,703 tu hanya 100 orang sahaja yang free. Suka diingatkan, tahun lepas kami buat majlis Ulangtahun Stacy pada hari Isnin dan juga tidak ramai orang, lalu di salahkan hari kerana hari bekerja, padahal bukan kami buat masa pejabat 9 pagi -5 petang, kami buat malam jam 8. Tahun ini kerana mahu beri peluang pada yang jauh dari luar Kl agar mereka boleh datang petang Jumaat ke Kl atau datang ke KL pada hari sabtu dan balik ke tempat asal pada hari Ahad, tapi masih kurang sambutan. Padahal kami terpaksa memilih Hotel yang paling rendah menawarkan harga agar semua mampu samada yang belajar atau yang telah bekerja. Separuh peminat Stacy di FB adalah berada di Sabah dan sarawak, bererti separuh iaitu kira-kira 31,850 orang berada di Semenanjung. Ada juga yang beri alasan mereka jauh di Melaka dan N.9, padahal untuk majlis ini, dah ada yang beli tiket lagi jauh datang iaitu dari JB, Batu Pahat, Muar dan ada juga dari Kuantan. Minat Stacy? ( Tak nak gunakan ayat "LU Fikirlah sendiri" ) kerana SAF dari dulu jaga hati orang lain walau hati sendiri bengkak, baik guna ayat begini... Minat Stacy? Fikir-fikirlah dan renungkanlah.

1 ulasan:

  1. nak pegi tp jauh..kat swk.. kalo area semenanjung dah ikot dah.. huuu..

    BalasPadam