• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

21 Jun 2010

STACY MULA DIMINATI RAMAI PEMINAT BERBANGSA CINA

KAKITANGAN EVENT YANG BERBANGSA CINA BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA STACY.

Kalau mahu menilai dan mentakrifkan 1Malaysia, Stacy adalah artis yang sesuai sekali untuk dikaitkan dengan slogan tersebut. Mungkin jika ada wartawan atau ahli politik yang terbaca artikel ini, mereka akan mula terfikir betapa sesuai dan tepatnya Stacy menjadi Ikon Belia 1malaysia. Bayangkan Stacy yang bukan berbangsa Melayu, tetapi diminati oleh majoriti peminat berbangsa Melayu. Ditambah lagi peminat bukan Melayu di Sabah ( Kadazan, Dusun, Murut, Visaya, Kedayan ) dan Sarawak ( Iban, Melanau dll ), serta beberapa peminat berbangsa India dan Cina. Perlantikkan Stacy menjadi Duta produk kecantikkan Clinelle bukan sahaja menambah pencapaian Stacy dari segi portfolionya sebagai artis, tetapi juga telah membuka satu peluang baru dimana peminat berbangsa Cina bertambah berkali ganda. Sejak diperkenalkan sebagai Duta Clinelle yang kebanyakan penggunanya berbangsa Cina, Stacy mula dikenali dan ramai peminat berbangsa Cina yang mula ambil tahu tentang beliau dan lagu-lagunya mula dicari dan dimuat turun melalui Google dan U-Tube. Pengalaman S.A.F ke Roadshow Clinelle di Alamanda Putrajaya telah menyaksikan betapa peminat Melayu dan Cina sama banyak menyaksikan persembahan Stacy pada ketika itu. Malah bukan sahaja pengurus dan wakil pemasaran Clinelle turut bergambar kenangan dan terhibur dengan persembahan Stacy, malah kakitangan event management mengambil peluang bergambar bersama Stacy, malah ramai penonton berbangsa cina turut merakamkan perembahan Stacy di mobile phone mereka. Saya sempat berborak dengan beberapa orang penonton berbangsa Cina dilokasi tersebut, setiap dari mereka meluahkan rasa kagum mereka dengan kelincahan serta suara Stacy yang begitu bertenaga. Mereka berterus terang tidak mengenali Stacy, tetapi bila melihat persembahan Stacy, mereka mula tertanya sendiri, ada juga artis sebegini di Malaysia. Ada pula peminat yang lain mengatakan yang dia terlihat wajah Stacy melalui iklan Clinelle dan terus mencari informasi mengenai Stacy. Dia menyangka Stacy tinggi dan seorang Model, tetapi rupa-rupanya orangnya kecil sahaja tetapi bersuara besar. Seharusnya Stacy bersyukur dengan perlantikan beliau sebagai Duta Clinelle kerana secara tidak langsung telah membuka tirai bangsa lain menjadi peminat beliau pula.
Gambar-gambar yang tertera disini cukup menjadi bukti tetapi ada banyak senario ketika peminat berbangsa Cina yang sibuk mengambil gambar Stacy dan sebahagiannya merakam persembahan Stacy. Benarlah Stacy begitu unik sekali, sama juga dengan kelab peminatnya yang benar-benar menggambarkan masyarakat majmuk 1Malaysia dimana AJKnya ada selain bangsa Melayu seramai 4 orang berrasal dari semenanjung, 2 orang bebangsa Cina, 1 orang bukan Melayu dari Sabah dan seorang bukan Melayu dari Sarawak. berbeza dengan FC lain yang majoriti Melayu dan majoriti orang Semenanjung.

BEBERAPA PEMINAT BERBANGSA CINA MERAKAMKAN GAMBAR DAN VIDEO
WAKIL-WAKIL BESAR CLINELLE DAN WAKIL GUARDIAN BERGAMBAR SAMA
TAMBAH BEBERAPA ORANG LAGI INGIN BERGAMBAR KENANGAN DENGAN STACY
KAKITANGAN GUARDIAN BERGAMBAR KENANGAN JUGA ADA PEMINAT BERBANGSA CINA PUN MENGAMBIL PELUANG BERGAMBAR KENANGAN
YANG SEORANG NI, JANGAN CAKAP LA, ANTARA PEMINAT TEGAR BERBANGSA CINA YANG TERLEBIH SUDAH. TAPI ADAKAH KITA NAMPAK SENARIO BEGINI PADA FC LAIN ATAU SHOW ARTIS LAIN? ADA AJK FC LAIN BERBANGSA CINA? HANYA DI S.A.F

19 ulasan:

  1. aunty x memang peminat tegar...harus aunty banyak jasanya..thanxs aunty for everything..hehe...Stacy mmg ikon belia kan..mmg patut d sedari sejak dahulu lagi..harus....hehe =)

    BalasPadam
  2. Setuju dgn artikel ini, Stacy diminati semua lapisan bangsa. Ada artis popular di minati hanya bangsa Melayu. Ada juga yg popular seperti Jac tetapi hanya diminati org Melayu dan india dan cina tapi kurang di Sabah & sarawak. Tapi Stacy sapu rata semua peminat pelbilang bangsa. Really 1Malaysia. Hingga AJK pun ada yg berbangsa Cina.

    BalasPadam
  3. Sejak awal lagi I dah agak Stacy akan diminati kaum lain selain Melayu, India, suku Sabah & Sarawak. ternyata memang benar, kerana X pernah ada chinese dlm FC lain, dari situ I dah nampak mesti satu hari nanti fan chinese dia bertambah. X hairan dia akan terkenal di Korea, taiwan & japan kerana sebelah sana mereka utamakan penyanyi pandai menari dan ada konsep Pop pada baju. sama mcm kita kat sini walau Xtau maksud lagu Korea tapi bantai dengar.

    BalasPadam
  4. x perlu kita melabel diri kita dan orang lain kerana itu hanya membezakan kita; anggap saja kita orang malaysia ^_^

    x kesah dari asal mana, latarbelakang dan anutan kita; paling penting kita sokong stacy sebab bakatnya.

    BalasPadam
  5. Sayabas Stacy kerana skrg bukan melayu sja minat, bangsa cina pun dah terpegun dgn bakat yg ada pada Stacy..mudahan peminat Stacy akan bertambah setiap hari demi hari...ini hasil titik peluh usaha Stacy yg membaiki setiap kelamahanya dan SaF yg tk jemu2 meyokong Stacy selama ini, susah dan senag bersama Stacy..ni payah cari kt FC lain..(Hanis21)

    BalasPadam
  6. well done stacy utk road show clinelle hr tu..i'm the one of staff guardian yg sempat bergambar dgn stacy.thanks sbb upload dlm SAF;p..beli lah clinelle..stacy's happy..banyak sale masuk time road show tu;p

    BalasPadam
  7. Stacy memng superb dan kagum sangat dengan kelab peminatnya yang istimewa sangat kerana pelbagai kaum. Tidak setuju dgn komen Anonymous di atas, perlu bezakan baru kita tau apa keistimewaan dan kelainan yg ada pada SFC ni yg memang unik dan 1Malaysia. Tengoklah FC lain, Xde istimewanya malah macam pilih kaum dan pilih bulu - Amirul

    BalasPadam
  8. Hi I'm one of the audience on that day, I'm so suprise there is singer like this in Malaysia. My friends and me only follow Taiwan, Hong Kong singer. She is so amazing, just like Hong Kong singer singing and dancing so energetic. I found this web when I click Google so suprise she is very popular and higher name in Google which is people always look her name by Google. Stephenie Chan

    BalasPadam
  9. Sangat menarik bila Stacy jadi perhatian dan diminati bangsa lain, kerana jarang banga cina minat artis tempatan. Syabas pada Stacy dan juga Fc nya yg tidak ada perkauman dan mempunyai barisan ahli jawatan kuasa dari semenanjung, sabah & sarawak, keep it up dan jadi contoh masayarakat majmuk di dalam persatuan

    BalasPadam
  10. Pada pendapat saya, kita perlu melebelkan bangsa2 agar kita tahu barisan peminat tu ada lapisan suku dan bukan seperti setengah artis yg hanya diminati oleh kaum Melayu sahaja. ianya perkembangan yg sihat bila Stacy diminati oleh bangsa lain dan dia juga berbangsa lain. Kita 1malaysia tapi terdiri dari pelbilang bangsa dan agama, kenyataan itu tetap tidak boleh dipertikaikan. Syabas Stacy dan FC yg benar2 menepati 1Malaysia

    BalasPadam
  11. Before this I never bother about our local singer but when I saw her at Alamanda and ask her permission to take photo, she spoke nicely to me and jokes to me. She s very energetic singer even thou her body so small. After that event I try to get her information thru Google and find this blog. I'm surprice i'm among the people U guys put my photo here. Thank U and now, my hubby and sun love her song too. Thank U, from Cecelia Tan.

    BalasPadam
  12. stacy ada perancangan tak nak buat lagu single dalam bahasa inggeris?

    BalasPadam
  13. sebenar nya memang tidak perlu untuk kita beza2 kan peminat stacy dari segi kaum or what ... because we are one malaysia ,malay,chinese,indian ,sarawak's ,sabahan all same .. but this just for our info which stacy Were known by many race in our country ..
    I HOPE SHE CAN SINGING LIVE ON SHOUT!AWARDS THIS YEAR ,BECAUSE WE KNOW MANY PEOPLE WATCH 8 TV NOT ONLY MALAY BUT ALSO CHINESE,INDIAN ,ETC .

    BalasPadam
  14. BAHASA juga boleh menyatukan semua bangsa!

    BalasPadam
  15. Setuju kata dia atas, bahasa boleh menyatukan semua bangsa begitu juga dgn muzik boleh menyatukan lapisan masyarakat. Rasanya maksud tulisan di atas bukan utk membezakan, tapi utk memperlihatkan bahawa Stacy bukan hanya diminati oleh org2 Melayu sahaja. My Boss Mat aleh pun kenal Stacy tau, dia suka tengok gaya lincahnya tapi Xtau la kalau my boss cakap mcm tu hanya kerana nak ambil hati kami. Ati Sandakan,Sabah

    BalasPadam
  16. I personally dont like to quote/paragraph on the last of this post...if ur good, ur good. no need to boast to much, n look down on other FCs.

    Only my opinion though, anyway All the best Stacy!!

    p/s :
    though few songs a little crappy n kinda the same...more unique n good beat would make it better.

    BalasPadam
  17. I think bcoz U personally don't like the quote or paragraph on last words becoz U the only one don't like. Others people I read here mostly like and agreed. I think that's true no others FC have multi racial n thier community and that good Stacy FC had this kind of community mix as 1Malaysia. That is not too much to mention that they have multi racial and no other FC like this. I've been seen others FC look down another FC and some talk bad about others FC. Is is crime to mention that U have son study in oversea and no others in your others fanily ( your brother sister' family, your aunty's son ) also never study in oversea. To Stacy FC, be strong and pls always supprt Stacy ok.

    BalasPadam
  18. I mean is crime to mention if among ur family? omly ur son entitled to go futher study to oversea and the others fail?. It's just to mention it only not asking others people to say U good take care ur son and ur brother & sister's fail to take care thier son.

    BalasPadam
  19. Im Malay..My friends chinese also like Stacy..hope we always support Stacy!!

    BalasPadam