
Pada sabtu lepas, S.A.F telah pergi ke Alamanda Putrajaya untuk menyaksikan persembahan Stacy sempena Road Tour Clinelle yang pertama. Untuk Road Tour pertama, pihak penganjur telah memilih Wilayah Persekutuan sebagai lokasi pertama untuk memberi peluang peminat Stacy yang berdekatan menyaksikan Stacy membuat persembahan sambil mempromosikan produk Clinelle. Antara ahli-ahli S.A.F yang hadir adalah Kose, Mrs.X, Ahmae, Hanif & adiknya, Reen, Gwen, Fyda, Haori dan temannya. Selain itu, emak Stacy dan ahli keluarganya yang lain datang untuk menyokong.
Pada roadshow kali ini Stacy telah mempersembahkan 3 buah lagu antaranya lagu dari single terbarunya 'Jahat', 'Don't Speak' & 'pakai Buang'. Walaupun Stacy hanya mendendangkan lagu secara rilek dan bersahaja, tetapi suaranya mantap. Peminat pula datang berpusu-pusu sehinggakan kesemua ruang penuh samada di Center Court atau pun ditingkat atas yang lain. Ahli-ahli S.A.F terpaksa mengalah menonton dari belakang untuk memberi peluang pada peminat yang lain menyaksikan Stacy dari dekat. Stacy nampak begitu selesa sekali menerangkan kesemua produk kepada hadirin yang ada. Stacy juga telah membuat demo dengan memilih seorang penonton untuk menunjukkan cara-cara yang betul menggunakan kesemua produk Clinelle. Sesuai sangat Stacy menjadi Duta produk ini kerana beliau bukan sahaja telah mencuba dan mengamalkannya, malah beliau tahu kesemua produk tersebut.
Selain itu, suasana menjadi bertambah riuh dengan kejutan buat Stacy bila seorang peminat 'istimewa'nya sanggup datang walau hanya mampu duduk diatas kerusi roda sahaja. Peminat istimewa ini telah menyanyikan lagu khas buat Stacy dan yang lebih mengharukan, walaupun dia berbangsa Melayu, tetapi dia sanggup menghafal lagu bahasa Dusun demi untuk dipersembahkan pada Stacy. Stacy secara spontan telah turut berduet pada bahagian lagu yang dia tahu. Peminat istimewa tersebut angat gembira dapat bersalam dan menyanyi bersama Stacy, manakala Stacy pula sangat terharu sambil memuji suara peminat istimewanya itu dengan nada suara yang bergetar.
tiada ka video persembahan stacy kat almanda ni,klu ada tolong la tepek kat blog ni atau website stacy,plezzzzzzzzz,
BalasPadamProud of you Stacy...kalau pandang ke belakang jauh sudah perjalanan tapi kalau pandang ke hadapan...hehe lagik jauhkan..so keep it up. keep on rocking Stacy. yeahhh. @Ciput.
BalasPadam