• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

27 Apr 2010

STACY'S FRENZ MELEBARKAN SAYAP KE BRUNEI PULA

Berita baik buat ahli-ahli dan peminat Stacy semua, kini kelab peminat Stacy ada cawangan pula di Brunei. Wah! bukan calang-calang tu. Selalunya Fan club hanya ada satu cawangan iaitu di kuala Lumpur, tetapi kelab peminat Stacy bukan hanya ada cawangan di Kuala Lumpur ( Semenanjng ), malah di Kota Kinabalu ( Sabah ) pun ada ...dan kini cawangan di luar negara pula iaitu Brunei Darul Salam. Ini adalah rekod yang tercipta dan memecahkan tradisi.

Terima kasih pada Fena @ FeenaStacy dan ahli-ahli Stacy's Frenz di Brunei yang begitu dedikasi dan memberikan komitmen sehingga tertubuhnya Kelab Peminat Stacy di Brunei. Jarak yang jauh bukan pemisah, malah kami rasa dekat bila Fena selalu berhubung dengan saya dan bertanya apa yang patut dibuat sehingga tertubuhnya cawangan Brunei. Jika Stacy ada membuat persembahan di Brunei kelak, mudahlah kita mendapat info, gambar dan apa sahaja berkaitan hal tersebut dengan komitmen yang diberikan oleh AJK di sana.

Saya sebagai Presiden Kelab Peminat Stacy dengan bangganya memperkenalkan barisan AJK Stacy's Frenz Brunei: -

KETUA (Fena Binti Haji Abdul Ghani)
SETIAUSAHA (Nurfarinah Binti Bahrin)
BENDAHARI (Mohammad Din Bin Haji Abdul Ghani)
AJK PERAYAAN(Haji Mohamad Zahiruddin Bin Haji Abdul Rahman)
AJK SUKAN (Nurliyana Binti Ramli)

3 ulasan:

  1. tahniah SAF BRUNEI....kerana tertubuhnya kelab peminat stacy d brunei..bkn alang2 nie ... 3 cawangan oiii...pist time terdgr cwgn2 nie..mcm bank lah pula..apa2 pun jom kita teruskan menyokong stacy..huuu..

    BalasPadam
  2. Congratulation, Kelab peminat Stacy ni disukai kerana Stacy yg cute dan peramah serta tahu jaga hati peminatnya

    BalasPadam
  3. HIP HIP HUREYY!! COMMON BRUNEI KITA TOGETHER-GETHER TO SUPPORT STACY AND OUR CLUB~SUCCESS~:D by cimo

    BalasPadam