• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

28 Apr 2010

SHOUT BOX DITUTUP KERANA RAMAI YANG MENYAMAR

Pada yang suka menyamar menggunakan nama lain dan tidak jujur kerana tidak menggunakan nama betul, kami terpaksa menutup SHOUT BOX atau COMMENT BOX sebab ramai yang berpura-pura beri komen ikhlas lah, demi kebaikkanlah, tetapi sebenarnya ada beberapa yang ada muslihat reverse psyco yang komen Stacy atau kelab peminatnya dengan cara tidak langsung. Shout Box juga selama ini menjadi medan melepaskan geram pada seseorang dan tempat orang yang benci atau cemburu pada Stacy menabur kata-kata kesat. Selama ini saya dah kaji baik buruknya, 60% yang beri komen menggunakan nama samaran. Hanya beberapa sahaja guna nama sendiri seperti Vee, Liza dan lain-lain lagi. Selebihnya guna nama First lah, dan macam-macam lagi.

Bayangkan segala yang kami buat untuk kebaikkan pun di condemm. Contohnya kami beri sistem ranking bukan sahaja menggalakkan orang sentiasa masuk berforum, malah star atau point yang diberi itu membuat orang rasa dihargai dengan pengorbanan masa yang mereka luangkan masuk ke Website Kelab Peminat Stacy ( Itu pun nak jadi isu? ). Kalau ikut logik, jika kami ptong markah atau marah orang yang rajin masuk website barulah layak orang komen idea buruk atau poyo. Ini orang nak bagi penghargaan pada yang rajin berforum.Kenapa cemburu sangat bila orang buat kebaikkan?. Siap beri komen kata idea busuk lah, poyo lah ( tanpa bertanya apa sebab kami buat begitu). Idea ini memang idea saya dan webmaster agar wensite itu tidak sunyi. Sebelum ini website itu sunyi sangat, tetapi dengan adanya sistem ranking ini, sambutan diluar dugaan. Di situ orang bukan hanya beri komen, malah share berita dan cerita pasal Stacy. berkongsi pendapat dan meluahkan rasa kagum pada Stacy. Ada pula yang beri komen Stacy menari macam itu, itu jugalah dan tiada kemajuan ( walaupun ada beberapa part Stacy ubah stepnya ). Bukan tidak boleh menerima kritikan, tapi biarlah kritikkan itu membina seperti Kak Eirma cadangkan mengapa tidak beri point pada yang selalu ikut aktiviti Stacy's Frenz. kami memerlukan cadangan sebegini untuk memajukan kelab. cadangan sebegitu bagus kerana orang akan selalu ingin ikut segala aktiviti dan ada juga imbuhan yang dapat walaupun sememangnya demi Stacy tetapi sambil menyelam, sambil minum air.

Sekarang ada Website dan website ini telah diaktifkan untuk 10 tahun dari sekarang, bukan macam website dulu yang kena aktifkan dan renew setiap tahun. Pada yang suka beri komen-komen busuk tu, saya cabar anda beri komen di COMMEN BOX di BLOG ini atau komen/beri pendapat di Website dengan mendaftar menggunakan nama sendiri dan photo sendiri. Dimana-mana Blog/website lain sekalipun. ANON tidak akan dilayan dan dianggap tidak wujud sekalipun mereka memberi pendapat. Dengan segala hormatnya, SHOUT BOX saya tutup dan anda ada dua cara hendak bersuara/beri pendapat samada melalui komen di Blog Stacy's Frenz ini atau di Website Stacy FC, jangan selama-lamanya jadi ANON atau nama samaran ( lontar batu sembunyi tangan ).

5 ulasan:

  1. plezzz, blh tak wujudkan balik shoutbox tue, saya lebih selesa beri komen kat shoutbox tu banding kat website,

    BalasPadam
  2. Padan muka yg selalu bagi komen busuk2 dan suka lepaskan geram kat Blog ni. Kalau berani, komen laha mcm kami ni kat sini atau kat Website.

    BalasPadam
  3. setuju anon memang tak patut diberi muka...hanya tau komplen dan cakap merapu tapi still guna nama anon...sungguh mengjengkelkan. saya setuju apa yang terbaik tuk stacyfrenz:) stacy always the best:)

    BalasPadam
  4. Setuju sangat dgn Mimie, kalau jujur, kenapa nak guna Anon? kita ni kena beri nama kalaupun nak tegur atau komplen utk kebaikkan. Sesetengah negara, jika org komplen guna Anon, sama mcm surat layang.

    BalasPadam
  5. tak gantlemenlah menyamar,kalau berani pakai nama sendiri.sokong stacy selamanya

    BalasPadam