• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

14 Apr 2010

Stacy Bakal Ke Bulgaria Mei Ini!


KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2010: Tahun lepas, pelantun lagu Kau Dan Aku, Aizat meraih tempat ketiga Lagu Terbaik (Lagu Kita) dan Anugerah Khas Khas Juri di Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2009 yang diadakan di Varna, Bulgaria.

Sebelum Aizat membawa pulang kemenangan tersebut, juara Akademi Fantasia 5 (AF5), Mila Jirin terlebih dulu mewakili Malaysia dalam majlis anugerah yang sama pada 2008 dengan mendapat Anugerah Khas Juri bagi Lagu Terbaik (Ilham Di Matamu).alah, Mila turut diangkat sebagai peserta Asia dan Asia Tenggara termuda yang pernah menyertai pertandingan tersebut sejak ianya diperkenalkan 18 tahun lalu.



Tahun ini, tiba pula giliran juara AF6, Stacy ke Bulgaria. Gadis kelahiran Sabah ini akan menyertai Festival Muzik Pop Antarabangsa-Discovery 2010 pada sekitar Mei nanti.



“Stacy sudah pun dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa Stacy akan ke Bulgaria Mei depan. Namun, Stacy masih belum terima tarikh pengesahan untuk bertolak ke sana. Tapi, mengikut perancangan, Stacy akan mewakili Malaysia bagi 2 kategori iaitu persembahan dan lagu.



“Bagi kategori persembahan, Stacy akan membawakan lagu Pakai Buang. Tapi...Stacy masih belum pilih lagu yang sesuai lagi lagi untuk kategori lagu. Kalau tak silap, Stacy kena nyanyi lagu berentak balada untuk kategori tersebut. Dalam fikiran Stacy sendiri, Stacy tak tahu nak nyanyi lagu apa. Yang penting, Stacy akan cuba buat yang paling baik untuk mengharumkan nama negara,” jelasnya.



Apapun, Stacy bakal beraksi pada Ahad ini (18 April 2010) bagi memeriahkan Debaran AF8 selepas Aril dan Hafiz menampilkan aksi dan persembahan yang mantap pada minggu lalu. Stacy memberitahu bahawa buat pertama kalinya, dia akan menyanyikan single terbarunya, Jahat di hadapan penonton.



“Malam itu nanti, Stacy akan menyanyikan lagu Jahat. Sebenarnya, lagu ini sepatutnya hanya akan mula dilancarkan sebaik saja Stacy seleai menjayakan penggambaran video muzik Jahat nanti. Namun, demi peminat, Stacy akan menyanyikan lagu tersebut dalam showcase ini nanti.



“Selain lagu tersebut, Stacy akan menyanyikan beberapa lagu popular yang lain. Lebih istimewa, Stacy akan berganding bahu semula dengan kumpulan Evoke (masa menyertai GangStarz) untuk lagu Mengenggar Dunia. Chaq Mentor (abang Stacy) pun akan beraksi bersama-sama.



“Adam tidak dapat bersama kerana ada masalah jadual bertindan. Stacy akan menari sakan dipentas untuk setiap lagu. Jadi, kepada semua peminat, diharap dapat menghadirkan diri pada showcase itu nanti. Pasti ada kejutan dan kelainan,” katanya.



Bagi sesiapa yang berminat menonton showcase Stacy, anda dijemput hadir ke Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Ahad ini pada jam 8 malam sambil mengetahui siapakah pelajar AF8 yang bakal tersingkir minggu ini. Masuk adalah percuma!



......................................Sumber: www.murai.com.my

10 ulasan:

  1. Tlg upload kn show stacy kt af erk..TQ..

    BalasPadam
  2. u can do it stacyy!! go go go!! chayok2!! all the best ok nti...lebiu!

    BalasPadam
  3. yeah x sabar ni... vid abp pn x upload lg oppsss

    BalasPadam
  4. YES!!!!1BAD BOYS TURUN PADANG!!!!!!!!!!!!!yuhhu

    BalasPadam
  5. GUd LuCK...!!!!!GO 4 SabahAN giRL....!!!!i NOe U Can dO It...!!!!

    BalasPadam
  6. Stacy tak jadi pegi la...tanya dia kat @15 pun bukan dia jawap...dia takut pi bulgaria kot

    BalasPadam
  7. hahahahha anon 10:22 ... kan dia kata date x cnfrm lagi. mesti dia x berani nak cakap lebih2. aku terhidu bau kejelesan di sini. wakakakkakaka ... dia x pg pun ... ko ada??

    BalasPadam
  8. jadi ka tak jadi pergi ni? konfius lah..

    BalasPadam
  9. x jadi pg .... :(

    BalasPadam
  10. anon 09:56 am...aku pi dalam mimpi je.. :p

    BalasPadam