• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

13 Apr 2010

200 ORANG PERCUMA UNTUK SHOWCASE STACY


Kalau di berita MURAI ( sila baca dibawah ) kena ada tiket untuk melihat Showcase ( Tiket Konsert AF8 Sabtu boleh diguna semula untuk menonton Showcase ) tetapi pihak Astro telah menjemput 200 orang Stacy's Frenz untuk menonton secara percuma tanpa tiket. Pada yang ingin pergi bersama-sama, sila beri nama dengan cara sms pada Mrs.X atau Aunty Christina 012-3410948
.



Kuala Lumpur, 6 April: Bagi memeriahkan lagi AF8, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) akan menampilkan sesuatu yang lebih istimewa buat penonton yang hadir menyaksikan siaran langsung Debaran AF8 di Dewan Sri Putra Bukit, Jalil pada setiap Ahad jam 9 malam.

Selain menyaksikan pelajar AF8 yang tersingkir pada setiap minggu, penonton juga berpeluang untuk menyaksikan rakaman showcase beberapa bintang AF seperti Aril, Hafiz, Stacy, Isma, Yazid dan Mawi secara live. Rakaman showcase ini akan bermula pada Ahad ini (11 April 2010) bersama Hafiz dan Aril.



Tiket untuk menyaksikan Debaran dan showcase ini adalah tiket sama yang boleh digunakan sewaktu konset mingguan AF8 setiap Sabtu. Rakaman Showcase ini juga bakal ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi.

Jangan lepaskan peluang ke Showcase bersama Stacy pada 18 April 2010 jam 9 malam di Dewan Sri Putra, bukit Jalil!

Sumber: www.murai.com.my

1 ulasan: