• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

8 Jan 2010

Stacy @ Mstar - Hasrat Sambung Belajar Stacy Tercapai

Oleh: Kemalia Othman
Stacy bakal menjadi penuntut Universiti Lim Kok Wing Februari ini.


JUARA Akademi Fantasia musim keenam, Stracy Angie Agam atau Stacy kini semakin matang dalam persembahannya. Walaupun seringkali dikaitkan dengan artis luar negara namun bagi Stacy dia masih ada kelebihan tersendiri.



Biarpun kini dia berada pada tahap yang boleh dibanggakan, tetapi Stacy tidak mahu melupakan asal-usulnya dahulu. Paling menyentuh hati apabila dia terpaksa berhenti sekolah semata-mata untuk menanggung keluarga tercinta dengan menyanyi di tiga buah kelab malam terkemuka di Penampang, Sabah.



Hasrat untuk menyambung pelajaran yang tergendala sekian lama kini menjadi kenyataan bagi Stacy apabila dia bakal menjadi penuntut di Universiti Lim Kok Wing pada Februari ini. "Saya bakal sambung pelajaran tahun ini. Saya sangat bersyukur kerana hasrat yang saya simpan selama ini menjadi kenyataan.



"Kalau dulu tak berpeluang nak sambung sebab ada banyak hal, sekarang saya rasa masa yang sesuai untuk belajar semula. "Dari tahun lepas sebenarnya saya sudah rancang dan buat persiapan yang patut. Bulan Februari ini saya akan mendaftarkan diri di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Sound and Music.



"Lagi pula usia saya ini memang sepatutnya masih belajar lagi," ujar Stacy dengan nada yang cukup gembira. Gadis 19 tahun ini turut mengakui bahawa pelajaran merupakan salah satu tangga untuk berjaya pada masa hadapan walaupun kini dia sudah bergelar artis.




Dalam pada itu, Stacy turut memberitahu bahawa dia bakal memotong rambutnya sebagai imej baru untuk tahun 2010 ini. "Tahun ini saya nak tampil segar dan dalam masa terdekat ni saya nak potong rambut pendek, rambut saya rosak sebab sering diwarnakan. Mungkin sudah bosan dengan imej saya begini.



"Konsep tahun ini masih lagi seperti tahun-tahun sebelumnya sebab itu identiti saya, saya fikir nak ubah rambut sahaja tahun ini,” ujarnya yang turut berentap di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ahad ini Ketika ditanya tentang persiapan bagi AJL, Stacy yang mempertaruhkan lagu Pakai Buang berkata, dia sudah sedia untuk itu.



"Persiapan AJL sudah 80 peratus, selebihnya hanya di atas pentas AJL nanti, kali ini saya akan tekankan vokal dan semestinya persembahan tarian," katanya yang mengakui Misha Omar sebagai pesaing terdekatnya. Dia turut gembira kerana AJL kali ini menampilkan lebih ramai bekas pelajar Akademi fantasia yang bertanding di pentas akhir itu.

3 ulasan:

  1. harap stacy tak abaikan karier...sebab she very talented...i percaya u boleh berjaya dalam dua2...belajar dan karier:)

    BalasPadam
  2. bole kacau stacy nanti lah heh kami boleh juga jadi paparazi di LKW nanti haha watch out sapa nak dekat dgn dia :P

    BalasPadam