• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

6 Jan 2010

Stacy @ Kosmo - Jadi Bunga Atau Peluru

Oleh: Tengku Suzana Raja Hamat & Haryati Karim
Sumber: www.kosmo.com.my


ANUGERAH Juara Lagu ke-24 (AJL 24) bakal memecahkan ruyungnya menjelang hujung minggu nanti. Tidak terkongkong dek sebarang genre irama, AJL 24 juga menyaksikan taring dan tanduk baru yang mungkin bisa menundukkan lawan dan kawan.

Itu bagusnya AJL edisi terkini yang menyenaraikan 14 buah lagu sebagai calon lagu terbaik. Di kalangan penyumbang vokal lagu terbaik sepanjang 2009 itu, hanya empat lagu diwakili penyanyi wanita. Selebihnya milik penyanyi lelaki mahupun band yang tentunya hadir dalam pakej penuh rasa. Di tengah kuasa lelaki, Estranged, Bunkface, Hujan, Tomok, Aizat, Hafiz, Faizal Tahir, Tomok dan Black, terhimpitkah empat penyanyi solo wanita untuk muncul sebagai juara di AJL kelak?

Sebelum jam pertarungan mula berdetik, kepantasan adrenalin pembawa amanat lagu Cinta Adam dan Hawa, Dan Sebenarnya, Pakai Buang dan Tak Mungkin Kerana Sayang cuba diselidik oleh Kosmo!. Adakah di AJL nanti mereka sekadar bunga atau peluru yang sedang membidik juri. Terpecahkah tradisi dua musim lalu di tangan mereka tahun ini? Nantikan Ahad ini!

STACY
Lagu: Pakai Buang
Komposer/ Lirik : Edry KRU
REZEKI juara Akademi Fantasia keenam, Stacy di pentas AJL terus murah.

TAHUN kedua melangkah ke AJL, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Stacy tidak mudah mengalah walaupun tidak meraih sebarang anugerah di pentas yang sama pada edisi lalu. “Tahun lepas lebih banyak persediaan berbanding tahun ini. Alasannya tahun ini saya lebih sibuk, tapi itu bukan bermakna sudah awal-awal saya menyerah kalah.

“Tidak seperti tahun lepas, tahun ini cabarannya lebih kuat bukan sahaja kerana lebih ramai penyanyi lelaki tetapi kami semua akan bertanding atas satu tiket, tiada kategori pop rock, balada atau etnik kreatif. Semuanya sama.

“Tapi saya yakin, Pakai Buang ada banyak keistimewaan dari segi lagu dan lirik. Bukan itu sahaja, ada kelainan dan ‘letupan’ baru dalam persembahan dan tarian saya nanti. Tak boleh cerita sekarang, nanti tak ada kejutan pula,” ujar Stacy yang berkolaborasi dengan abang kandungnya, Chaq untuk memantapkan persembahannya kelak.

Mengelak daripada membuat andaian atau memilih lagu dan penyanyi mana sebagai saingan terdekat, fokus Stacy hanya kepada persembahannya. “Saya hanya mahu buat persembahan. Sampai saat ini, saya sudah tidak sabar untuk nyanyi. Saya mahu semua penonton terhibur,” katanya.

9 ulasan:

  1. Amin..hopefully suksess...guys let's pray (based on our believed n rlgn)..keep faith and doa moga stacy and dancers sihat and can do the best tats nite. Hopefully God gv smethng 4 stacy as a new year give..Amin. 1 Malaysia spirit!!!!!!! Say no kpd usaha2 memecahbelahkan perkauman antara kita. to Stacy and dancers...good luck!!!!!!!

    BalasPadam
  2. Yes! Super duper agree with kak Vee..Stacy keep faith..Good luck for AJL..Chill!!!..:D

    -LIZA

    BalasPadam
  3. gagap kalau masuk mesti lagi umphh anyway goodluck and do the best even tak menang pun its okayy :D

    BalasPadam
  4. persaingan perempuan tak ada lah sengit sgt bagi stacy kot cuma vokal stacy kasi mantap saja kalau mau menang .

    BalasPadam
  5. http://www.youtube.com/watch?v=IF55ruqjY8o

    BalasPadam
  6. buat yang terbaik stacy...kami sentiasa menyokongmu...:)

    BalasPadam
  7. Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

    BalasPadam
  8. misha omar tu tak best :P
    yuna lagi lah boring :p
    alyah banyak kontroversi :p
    STACY MUNGKIN GEMPAK MELETOP YAW

    mari semua ucapkan goodluck pada stacy memberi semangat !!

    BalasPadam
  9. stacy boleh menang punya ! yg sy tau yuna x de vokal! sumbang !
    stacy yg best! go stacy ! chaiyok2 ...

    BalasPadam