OFFICIAL CHAT ROOM Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda. Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini


[ Copy this | Start New | Full Size ]

Mar 30, 2009

Stacy di Media Hiburan





Jangan lupa mendapatkan majalah Media Hiburan ada cerita mengenai Stacy dan ada jugak terselit wajah AJK StacyFrenz di Kota Kinabalu....

Read more...

BERTEMU STACY'S FRENZ DI KLANG PARADE


Hai semua, rasanya semua dah tahu yang Stacy telah mendapat Anugerah dari KBS di Sabah. Oleh yang demikian, saya dan AJK yang lain mengucapkan tahniah pasa Stacy. Dia memang layak kerana dia bekerja keras dan tidak pernah puas hati dengan pencapaiannya. Dia seorang yang kuat semangat dan belajar dari kesilapan. Stacy akan berasa di Klang Parade sempena TOUR ABPBH pada ahad nanti. Oleh kerana ini lokasi terakhir jelajah ABPBH, saya sebagai Presiden SF dan AJK yang lain akan turun padang memeriahkan suasana di sana. Sambil-sambil berhibur dengan persembahan artis lain dan yang pastinya Stacy, kami mengambil peluang untuk bertemu dan berkenal mesra dengan peminat Stacy di sana. Bolehlah kita berkenal dengan lebih dekat lagi dan bertukar idea demi memantapkan lagi kelab SF. Pada yang ingin mendapatkan T.shirt Stacy's Frenz, bolehlah membeli terus di sana Ahad nanti. Istimewanya, sesiapa yang membeli T.shirt ahad nanti, akan mendapat Key Chain Stacy's Frenz secara percuma. Pada yang ingin ke Klang Parade ahad nanti samada AJK atau peminat biasa Stacy, bolehlah sms/call Liana 017-3795596 agar senang kami mencari anda si sana nanti berdasarkan phone number atau mungkin boleh bergerak sekali ke sana. Pada yang berada di sekitar Wilayah Pesekutuan dan Selangor mahupun N.Sembilan boleh lah mengambil peluang ini menyaksikan Stacy membuat persembahan dengan percuma.

Read more...

STACY TERIMA ANUGERAH

Berita Harian 30 March 2009

Oleh Mohd Azrone Sarabtin

azrone@bharian.com.my


Diangkat sebagai idola belia dan remaja Negeri di Bawah Bayu

JUARA Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stracie Angie Anam atau nama glamornya, Stacy, 19, mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) sebagai ikon dan idola belia serta remaja dalam industri hiburan di Negeri di Bawah Bayu.

Pengiktirafan itu dizahirkan menerusi penganugerahan Sijil Penghargaan dalam bentuk plak yang diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahid kepada anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang itu di Ibu Pejabat KBS di Wisma Muis, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Sebagai tanda terima kasih, Stacy menyerahkan cakera padat (CD) albumnya yang ditandatanganinya kepada Jahid. Jahid berkata, pemilihan penyanyi lagu Gagap itu sebagai ikon belia dan remaja Sabah dalam industri hiburan adalah hasil usaha, kerja keras dan ketekunan menimba ilmu serta memperbaiki kelemahan diri sehingga dinobatkan sebagai juara AF6. Malahan Stacy juga kini turut muncul antara penyanyi muda berbakat besar serta popular.


“Kesungguhan Stacy membolehkannya menempa kejayaan dalam bidang tersendiri iaitu industri muzik dan hiburan tanah air yang membolehkannya diiktiraf sebagai ikon golongan belia dan remaja Sabah. “Kini Stacy sudah memiliki kerjaya sebagai penyanyi dan perlu terus berusaha untuk mengekalkan pencapaian, sekali gus mencapai lebih banyak kejayaan pada masa depan," katanya.


Pada 24 April 2008, penyanyi kecil molek itu dinobatkan juara AF6 sekali gus menerima hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM733,734, iaitu sebuah banglo empat bilik di A Famosa, Melaka (RM550,000), kereta Peugeot 307 XS tajaan Naza Motors Sdn Bhd (RM139,535), wang tunai RM25,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Itali tajaan Mayfirst, pakej pelancongan ke New York tajaan Maybelline, Sony Playstation tajaan Astro (RM1,199) bersama trofi AF6.


Sebagai ikon belia dan remaja Sabah, Jahid meminta Stacy supaya menjalani gaya hidup yang baik serta sihat kerana dia ramai peminat meliputi segenap lapisan masyarakat bukan saja di Sabah malah seantero negara.


Pada masa sama, beliau meminta kerjasama peminat penyanyi itu supaya membeli CD tulen bukannya cetak rompak yang bukan saja menyalahi undang-undang malah boleh memusnahkan kerjaya dan masa depan seseorang penyanyi seperti Stacy. Stacy yang terharu dengan penghargaan KBS berjanji akan tampil dengan identiti bermoral dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminatnya.


Anugerah KBS turut menjadi perangsang kepadanya untuk memantapkan kerjaya dan dia mahu sentiasa mendampingi belia dan remaja terutama yang ingin berkongsi pengalaman dengannya untuk berjaya dalam bidang nyanyian. Katanya, sesuatu kejayaan tidak akan datang sendiri serta tidak mudah dicapai tanpa kerja keras, pengorbanan dan sanggup menerima kritikan negatif untuk perkembangan kerjaya.



"Kepada belia dan remaja Sabah, jangan mudah mengalah dengan kritikan yang diterima, sebaliknya anggap ia sebagai cabaran untuk berjaya bukan halangan untuk menemui noktah dalam sesuatu kerjaya," katanya.

Read more...

Mar 27, 2009

Stacy @ KL Tower - Santai Bersama Hezry

Tarikh : 26 Mac 2009
Lokasi : Menara Kuala Lumpur
Masa : 10.00 malam
Acara : Rakaman rancangan Santai Bersama Hezry (Tayangan April)

Santai Di Menara KL bersama Hezry adalah satu rancangan bual bicara terbitan RTM yang membincangkan tentang pelbagai isu termasuk hiburan. Dalam episod ini, topik yang diutarakan adalah mengenai lumba motorsikal dan mat rempit. Rancangan ini berdurasi selama satu jam diacarakan oleh Hezry. Dalam episod kali ini Stacy diundang sebagai penyanyi jemputan dan menyanyikan dua buah lagu iaitu Aku Stacy dan Gagap. Menariknya, persembahan Stacy diiringi muzik live band dari Kombo Menara KL. Sama-samalah kita tunggu tayangannya di kaca tv sekitar bulan April nanti.

Stacyfrenz turut hadir menyokong persembahan Stacy yang sangat bertenaga. Kehadiran kami turut disedari oleh Hezry yang bertindak sebagai pengacara malah beebrapa kali disebut. Antara yang hadir ialah Kos, Probosis, Mrs X, Riana, Casper, Flyingliza, Liana, Eleza, Ann dan lain-lain.

Semua gambar ihsan AJK Stacyfrenz - Casper


Read more...

Mar 24, 2009

Stacy Promotion Album - Sipitang

Hari Sabtu yang lepas, promotion album Stacy yang terakhir di Sipitang, Sabah. Seramai 10 orang StacyFrenz termasuk jurugambar Ciput69 telah bersepakat untuk ke Sipitang. Kami juga telah membantu pihak Maestro untuk menjual album Stacy. Walaupun sedikit penat, namun kami masih bersemangat tuk menjual album Stacy dan memberikan semangat kepada Stacy kerana pada malam tersebut Stacy kurang sihat namun persembahannya tidak menampakkan pun beliau sebenarnya kurang sihat.

Membantu Maestro menjual album Stacy
Posing sebelum persembahan
Persembahan mantap dari Stacy
Stacy menurunkan tandatangan beliau di banner promotion album beliau
Sempat bergambar bersama Stacy selepas abis show

Read more...

Mar 23, 2009

MINI SHOWCASE STACY & HAZIQ @ TERMINAL 1 SEREMBAN

Semalam Stacy telah mengadakan Mini Showcase bersama Haziq di Terminal 1, Seremban. Stacy's Frenz telah turun padang ke Seremban untuk menyokong dan mengambil gambar untuk bahan berita di Blog ini. Antara rakan-rakan Stacy yang ke Seremban adalah Mrs.X, Probosis, Kose, Liana, Ah May, Eleza, Mia, Shaofie, Jeff dan ahli baru dari Sabah iaitu Max@ Maximus. Pada majlis tersebut adalah atas jemputan pusat membeli belah tersebut .

Agak ramai juga penonton yang datang semalam. Selain menyanyi, Stacy dan Haziq juga mengambil kesempatan memperkenalkan album masing-masing dan jualan album mereka mendapat sambutan yang agak memberangsangkan pada malam tersebut. Oleh kerana kesuntukan masa, Stacy hanya sempat menyanyikan 3 buah lagu sahaja iaitu lagu Pakai Buang, Cinta Yang Ku Duga dan sepatutnya lagu Gagap tetapi atas permintaan ramai, Stacy mempersembahkan lagu Aku Stacy kerana penonton ingin sekali melihat sendiri gerak tari lincah Stacy seperti malam Juara Lagu yang lalu.



SEPERTI BIASA STACY MEMBERI PERSEMBAHAN YANG MANTAP



STACY DAN HAZIQ POSE UNTUK PEMINAT MENGAMBIL GAMBAR

BERSEDIA UNTUK MEMBERI AUTOGRAF PADA PEMINAT TERSAYANG



ANTARA PENONTON YANG HADIR



BARISAN LELAKI MEMESAN NASI BRIYANI DAN YANG LAIN ROJAK DAN MAGGI GORENG, THANKS TO PROBOSIS

Read more...

Mar 18, 2009

Stacy Saingi Agnes

KOSMO 18 MAC 2009
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

BARU sahaja melangkahkan kaki ke dalam dunia seni sambil membawa harapan tinggi menggunung untuk mencipta nama sebagai penyanyi yang berjaya, Stacy sudah dilabel tidak mempunyai identiti tersendiri. Pemilik nama penuh Stracie Angie Anam dikatakan meniru dan memperlihatkan corak persembahan penyanyi dari negara seberang, Agnes Monica. Bukan itu sahaja, dalam usia setahun bergelar penyanyi, dia sudah dilayangkan gelaran Agnes Monica Malaysia yang pada dirinya amat berat untuk dipikul sebagai budak mentah yang baru berusia 19 tahun.

Kepada Stacy, pertanyaan yang sama cuba dilontarkan buat dirinya semasa ditemui pada majlis pradengar album sulung miliknya, Aku Stacy yang berlangsung di Maestro Talent and Management Sdn. Bhd. di Bukit Damansara, Selangor minggu lalu. Tersenyum manis tanda memahami prasangka umum yang mengaitkan dirinya dengan selebriti yang berasal dari Indonesia itu, Stacy bersedia membuka bicara lalu menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya.

"Nampak sahaja konsep album kami sama, malah kami juga memiliki persamaan apabila berupaya menari dengan lincah semasa menyanyikan lagu-lagu yang berentak rancak


"Namun ini tidak bermakna saya cuba meniru dia (Agnes) demi meraih perhatian daripada para peminat.

"Kalau didengari betul-betul, saya dan Agnes ada perbezaan dari segi nyanyian," ungkap anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu bersungguh-sungguh memperbetulkan persepsi umum. Sekiranya begitulah jawapan Stacy, barangkali ada sesetengah pihak yang beranggapan dia tidak tahu menghargai 'apresiasi' yang ditujukan kepadanya.

Walhal, Stacy sebagai individu baru dalam cabang seni sepatutnya berbangga dengan gelaran yang diberikan lebih-lebih lagi apabila dia disamakan dengan artis berpengaruh di negara jiran itu. Stacy bagaimanapun mempunyai alasan relevan enggan disamakan dengan Agnes. Bukan tidak tahu berterima kasih, sebaliknya dia mahu identiti yang tersendiri tanpa perlu disamakan dengan orang itu dan ini.

"Saya bersyukur apabila dikaitkan dengan nama besar ibarat Agnes, apatah lagi penyanyi itu sudah ada tangga populariti di negaranya. Cuma kalau boleh, saya minta supaya tidak terus disamakan dengan Agnes, malah jika boleh saya hendak bersaing dengan dia untuk menjadi seorang penyanyi yang lebih berjaya.

"Memanglah sebelum ini saya ada mendengar orang ramai bercakap saya ada persamaan dengan Agnes kerana kami berupaya menyanyi sambil menari dalam satu-satu masa dengan lincah. Biarpun begitu, saya tidak boleh sesuka hati menilai diri, tambahan pula saya jarang berkesempatan lihat persembahan serta corak nyanyian Agnes ketika di kaca TV atau dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

"Saya mengamalkan prinsip buat kerja sendiri dengan bersungguh-sungguh. Selebihnya biarlah peminat yang buat kesimpulan tentang saya," tutur Stacy yang lahir pada 18 Ogos 1990. Menyambung bicaranya dalam loghat Sabah, Stacy mengaku Agnes bukanlah idolanya sebelum ini, atau sesudah bergelar seorang penyanyi.


"Tiada maksud saya cuba meniru identiti Agnes disebabkan dia bukannya penyanyi kegemaran saya.

"Diakui saya memang meminati stail berpakaian Agnes yang ditafsirkan begitu sebati dengan gaya saya yang gemarkan pakaian santai dan kelihatan funky di luar atau di pentas. Saya mohon sangat selepas ini tiada lagi kata-kata nakal yang mengaitkan saya macam Agnes. Masing-masing punya kelainan tersendiri," ujar Stacy lembut mohon dimengertikan.

Terbaru, Agnes dilanda kontroversi apabila dia menyanyikan karya berjudul Allah Peduli sedangkan dirinya ialah penganut agama Kristian.

Biarpun sesiapa yang dikaitkan dengan Stacy, paling penting Stacy bijak mengambil yang positif sebagai pengajaran, manakala selebihnya harus dijauhkan dengan segera!

Muncul dengan Aku Stacy

Selepas menjuarai rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6) setahun lalu, impian Stacy untuk muncul dengan album sulung sendiri sebelum ini, akhirnya tercapai jua. Tiada lebih membahagiakan Stacy apabila album Aku Stacy yang menampilkan banyak lagu menarik sudah pun berada di pasaran sejak 9 Mac lepas, lantas menemui para peminat di seluruh negara.


Dalam nada cukup ceria, album Aku Stacy dianggap memberi signifikan kepada si pemiliknya yang melihat kehadiran album itu sebagai dorongan buat dirinya memulakan langkah sebagai anak seni.

"Sudah tentu saya gembira dengan kemunculan album ini. Aku Stacy memang cukup saya nantikan selama ini," laung Stacy ringkas yang tidak mampu menyembunyikan riak teruja.

Sambung Stacy lagi, sebagai pendatang baru, dia berpuas hati dengan isi kandungan yang terdapat dalam album miliknya.

"Album ini menampilkan jalur pop dance yang amat sebati dengan jiwa saya apabila menyanyikan lagu rancak sambil menari mengikut rentak. Album ini hanya memuatkan dua buah lagu berkonsep balada, selebihnya merupakan lagu-lagu rancak. Penghasilan album dengan genre itu disebabkan ada permintaan daripada peminat yang inginkan saya menyanyikan lagu-lagu berirama segar dan pantas."

"Kalau pergi mana-mana termasuk undangan nyanyian, pasti ada peminat datang menghampiri sambil memberikan pendapat agar saya menghasilkan album dengan menghimpunkan irama rancak. Dengan saya sendiri yang ada kecenderungan ke arah sama, dan kerana ia memudahkan saya untuk menjayakan persembahan pentas kelak, maka saya terus bersetuju apabila pihak Maestro berhasrat untuk melahirkan album pop dance saya."

"Ia bersesuaian jugalah dengan imej saya sebagai seorang remaja, cergas dan ada sahaja keinginan untuk menari saat muzik dimainkan," beritahu Stacy tentang personaliti dirinya.

Kalau Stacy terus selesa dengan irama sama, ada kemungkinan selepas ini dia tidak mampu dilabel sebagai versatil.

Umum mengetahui artis yang versatil mempunyai kemampuan bagi membawakan setiap jenis muzik yang diberikan kepada mereka, tanpa ada batas dengan satu-satu genre.

Stacy mengaku agak sukar untuk menyanyikan lagu berentak perlahan lebih-lebih lagi lagu yang dimuatkan ke dalam album sulungnya, Cinta Yang Ku Duga hasil gubahan sepenuhnya oleh Ajai.

"Memang susah sedikit untuk saya menyanyikan lagu ini, malah dalam lagu balada lain saya turut mengalami masalah hendak mengeluarkan emosi dan perasaan dalaman saya.

"Kebiasaannya saya menyanyi lagu rancak, namun selepas ini saya juga akan membiasakan diri dengan menyampaikan lagu berentak perlahan. Terus terang dikatakan, banyak perkara yang perlu saya pelajari dalam dunia seni ini, tambahan pula saya masih baru hendak belajar bergelar seorang penyanyi."

"Saya harap agar masyarakat memberi peluang kepada saya untuk pergi lebih jauh, lantas membuktikan saya juga mampu menggenggam impian bergelar penghibur terkenal suatu hari nanti," akhiri Stacy dengan semangat penuh berkobar-kobar.

Memuatkan sebanyak tujuh buah lagu dan lima daripadanya merupakan lagu-lagu baru, Aku Stacy dapat ditafsirkan kejayaan awal kepada Stacy untuk lebih maju dalam bidang ini. Antara lagu yang dimuatkan ke dalam album tersebut ialah Gagap, Pakai Buang, Cerah, Cinta Khayalan dan Cinta Yang Ku Duga.

Read more...

Mar 15, 2009

Stacy @ The Begining 2009 Concert, KDCA

Konsert ini telah dianjurkan oleh pihak D'Angels. Selain Stacy, artis yang turut memeriahkan konsert adalah Felix , The Divine Master , Papier Mache (artis tempatan), dan Ivye (artis tempatan). MC konsert ini adalah DJ Othoe dari Suria FM.
Sebelum bermulanya konsert, ahli StacyFrenz dipertanggungjawabkan oleh pihak Maestro untuk menjual album Stacy. Ada jugak ahli StacyFrenz yang menjual merchandise.
Seperti biasa persembahan Stacy tidak mengecewakan dengan nyanyian dan tarian.Selesai konsert,Stacy meluangkan sedikit masa di booth StacyFrenz yang terletak diluar dewan untuk beramah-mesra bersama peminat dan sesi autograf untuk yang telah membeli album beliau.

Mummy Stacy turut hadir untuk memberi sokongan
StacyFrenz bergambar bersama Asmin Mudin pencipta lagu Gemilang yang dinyanyikan oleh Jacklyn Victor
StacyFrenz bergambar bersama pegawai Maestro yang mengiringi Stacy
(Mahendran - topi putih)
Sempat lagi bergambar sebelum konsert bermula.
Persembahan yang bertenaga dari Stacy dan penari-penarinya.

More pictures : http://picasaweb.google.com/firman27/STACYFRENZ02#

Read more...

Mar 13, 2009

'Aku Stacy, bukan Agnes Monica'

www1.mstar.com.my
Oleh WAHIDA ASRANI

DIA digelar Agnes Monica Malaysia. Aksi lincah Stracie Angie Anam atau mesra dipanggil Stacy tatkala beraksi di pentas sememangnya mengingatkan kita dengan persembahan bertenaga yang sering dipamerkan oleh penyanyi popular Indonesia itu.

Namun, Stacy adalah Stacy. Walaupun gelaran itu sudah sinonim dengan dirinya, juara Akademi Fantasia musim keenam ini tidak merasakan dirinya sudah 'setaraf' dengan bintang Indonesia itu.

"Saya tidak nafikan, dari segi konsep, memang ada sedikit 'dipengaruhi' oleh Agnes. Lagipun, saya memang suka melihat gaya persembahannya. Tetapi tidaklah sehingga ingin meniru Agnes. Mungkin kami banyak persamaan kerana sering menyanyi sambil menari di pentas, tetapi jika dilihat dari segi lagu dan cara nyanyian kami, ia jauh berbeza."



Stacy mempertaruhkan album sulungnya, aku stacy

"Apapun, saya bersyukur dengan gelaran itu, cuma kalau boleh, janganlah terus samakan saya lagi dengan dia," kata Stacy yang ditemui pada majlis pra-dengar album sulungnya, Aku Stacy, di pejabat Maestro, semalam.

Menurut Stacy, walaupun sedar label 'Agnes Monica Malaysia' itu pasti akan terus singgah terhadap dirinya, namun itu tidak menghalang gadis kelahiran Sabah ini untuk terus kekal dengan konsep 'pop dance' yang cukup diminatinya itu.

Malah, daripada lima buah lagu baru yang dimuatkan dalam album pertamanya itu, hanya sebuah saja lagu berentak balada ditampilkan.

"Saya minat menyanyi sambil menari. Kadang-kadang lagu yang tidak begitu rancak pun saya akan menari juga. Sebab itu saya puas hati dengan album ini yang menampilkan lebih banyak lagu rancak. Album ini memang benar-benar mencerminkan diri saya. Malah, peminat-peminat saya juga lebih suka saya menyanyikan lagu rancak."

"Tetapi, 'at least' saya ada juga memuatkan sebuah lagu 'slow' dalam album ini berjudul Cinta Yang Ku Duga ciptaa Ajai. Mungkin kelak, jika ada kesempatan, saya akan tampilkan lebih banyak lagu balada untuk album yang akan datang," kata penyanyi berusia 18 tahun ini dalam nada ceria.

Aku Stacy yang dilancarkan oleh Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu memuatkan tujuh buah lagu yang mana lima daripadanya adalah lagu baru. Dua buah lagu lagi ialah Aku Stacy versi 'live' dan Cinta Khayalan, sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Stacy pada konsert AF6 dulu. Antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Audi Mok, Kieran Kuek dan Edry KRU. Ketika ini, dua buah single nyanyiannya, Aku Stacy dan Gagap telah pun dimainkan di radio.

Stacy dijangka akan mempertaruhkan single ketiganya, Pakai Buang ciptaan Edry KRU tidak lama lagi. Ditanya tentang penampilan atau imej yang ingin diketengahkan, kata penyanyi yang tercalon di dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2008 ini, dia lebih gemar dengan penampilan yang dirasakan selesa untuk dirinya.

"Sejujurnya, saya mungkin tidak begitu bagus dalam segi imej. Nasib baik saya sering dibantu oleh kakak, saudara dan adakalanya, pihak Maestro sendiri akan membantu saya dari segi penampilan. Tetapi, saya lebih senang pakai apa yang saya selesa memandangkan ketika di pentas, saya perlu tampil dengan pakaian yang senang untuk saya bergerak dan menari," kata Stacy."

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez berkata, walaupun pasaran album amat lembab ketika ini, namun itu tidak menghalang Maestro untuk menerbitkan album juara AF6 itu.

"Ketika ini, kami memang lebih senang menghasilkan single saja untuk artis-artis di bawah label ini. Tetapi memandangkan Stacy adalah juara AF6, kami rasa apa salahnya hasilkan album penuh untuknya. Itupun kami terpaksa rendahkan kos penerbitan dengan mengurangkan bilangan lagu di dalam album ini. Apa yang saya harapakan, dengan cara ini, 'at least' semua lagu baru dalam album ini akan dapat diberi perhatian oleh stesen radio."

"Tetapi apa yang boleh saya katakan, album ini menampilkan lagu-lagu yang sesuai dengan imej remaja Stacy. Dan saya yakin, album ini mampu menjadi batu loncatan untuk Stacy menjadi penghibur yang baik," kata Freddie.

Read more...

Friendly Match Futsal - Stacyfrenz VS NadiaFC

Seperti mana yang telah diberitahu sebelum ini, satu perlawanan futsal persahabatan di antara Stacyfrenz dan NadiaFc telah dijalankan di Ampang Sport's Planet pada malam tadi. Stacy dan Nadia turut hadir malah turut beraksi di padang mewakili pasukan masing-masing. Stacy kelihatan sungguh ceria dan sangat teruja untuk turut bermain walaupun seringkali dipujuk bertukar pemain, malah setia beraksi sehingga permainan selesai. Permainan dimenangi oleh pasukan StacyFrenz dengan 8 mata mengalahkan NadiaFc yang berjaya mengumpul 4 mata.

Warm-up katanya! Pagi nanti seawal jam lima sudah terpaksa terbang semula ke Sabah untuk promosi album.

Bergambar bersama para pemain yang mewakili pasukan StacyFrenz (Dibawah kelolaan Hanif Hisham)

Penat selepas bermain, kita minum dulu!

Gaya lemah gemalai mengejar bola. Tiap kali dapat tendang bola tiap kali jugalah dia melompat.

Aksi tarik menarik Stacy dan Nadia sebelum permainan bermula

Sessi beramah mesra dengan para pemain.

Lain-lain gambar, klik sini.

Read more...

Mar 12, 2009

Stacy Album Promo Tour !!!


At Dewan Masyarakat Tawau, Tawau on 15th March 2009

At Dewan Masyarakat Semporna, Semporna on 16th March 2009,

At Dewan Masyarakat Lahad Datu, Lahad Datu on 17th March 2009,

At Dewan Masyarakat Ranau on 19th March 09

At Dewan Arked Keningau, Keningau on 20th March 2009

At Dewan Serbaguna Sipitang on 21st March 2009


1)14th Mar 2009 (Tawau)

- Arrival of Stacy in Tawau (morning)

- Radio Station Interview in RTM Tawau (noon)

- Meet The Fan Session at Eastern Plaza, Tawau (noon/evening)

- Meet The Fan Session at Fire (night)

2) 15th Mar 2009 (Tawau)

- Meet the fan session in Volkswagen Bugs Fair (Dinner Slot – Tawau Seafood Restaurant)

- Stacy’s Performance (night)

3) 16th Mar 2009 (Kunak)

- Meet the fan session in Dewan Kunak (noon)

- Stacy’s Performance (night)

4) 17th Mar 2009 (Lahad Datu)

- Meet the fan session at Milimewa & Segama (noon/evening)

- Stacy’s Performance (night)

5) 18th Mar 2009 (Ranau)

- Meet the fan session in Ranau (morning)

- Meet the fan session in Kundasang (noon)

6) 19th Mar 2009 (Ranau)

- Meet the fan session in front of Milimewa (morning)

- Stacy’s Performance (night)

7) 20th Mar 2009 (Keningau)

- Meet the fan session in Nurjana Restaurant (noon)

- Stacy’s Performance (night)

8) 21st Mar 2009 (Sipitang)

- Meet the fan session in Restaurant (Sipitang Town)

- Stacy’s Performance (night)

Read more...

Mar 10, 2009

PELANCARAN ALBUM STACY PART 2

Memang sungguh hebat sambutan peminat pada hari pelancaran Album Sulung Stacy di One Borneo baru-baru ini. Itu baru peminat di sebelah KK. Kami difahamkan selepas ini akan ada promo tour antaranya di Keningau, Tawau dan lain-lain lagi.

Namun disebalik kemeriahan itu, ada sedikit insiden yang mana ada peminat yang sudah membeli CD dan berbaris menunggu tetapi tidak sempat mendapat tanda tangan dari Stacy. bagi pihak Stacy dan penganjur, kami memohon beribu maaf. Di sini saya perlu jelaskan yang semua ini bukan kemahuan Stacy, tetapi kerana wartawan sudah sedia menunggu beliau untuk ditemu ramah.

Pada yang hampa dan tidak dapat/tidak sempat mendapat signature dari Stacy, sila hubungi Liana sms/call cara-cara mengirim CD kepada Stacy's Frenz ditalian 017-3795596. Kirim kepada kami beserta RM5 untuk urusan Poslaju dan kami akan bertemu Stacy untuk mendapat autograf darinya. Jika sempat, datanglah ke konsert di KDCA pada 13.March ini menyaksikan persembahan Stacy bersama artis-artis yang lain. Sebagai Presiden Stacy's Frenz, saya mengalungkan setinggi-tinggi tahniah kepada SF KK atas kejayaan besar mereka mengatur dan memastikan kelancaran majlis ini. Kamu semua memang best.

LIHATLAH LAUTAN MANUSIA, INI BARU DARI PANDANGAN SEBELAH SAHAJA

ANTARA MERCHANDISE STACY'S FRENZ YANG TURUT DIJUAL

PEMINAT BEGITU SABAR BERBARIS UNTUK MENDAPAT AUTOGRAF

BERDUYUN-DUYUN MEMBELI ALBUM STACY

WALAU TANGAN STACY LENGUH, TAPI DIA GEMBIRA DEMI PEMINAT

ANTARA STACY'S FRENZ KK

JOANNE DAN AUNTIENYA MENJUAL CD STACY

AMACAM, SANTIKK KAH ( CANTIK KER ) POSTER STACY?

KOSE DAN ORANGE

KOSE DAN CINDY@JAYZ PIONER SF SEBERMULA KONSERT PERTAMA AF6 LAGI

SF DI RAIKAN OLEH MAESTRO ATAS KERJASAMA DAN KERJA KERAS MEREKA MEMASTIKAN KELANCARAN MAJLIS INI


Read more...

Perlawanan Persahabatan - Stacyfrenz vs NadiaFC


Peminat-peminat di sekitar Kuala Lumpur dan selangor sangat dialu-alukan untuk hadir memberikan sokongan bukan sahaja kepada StacyFrenz, malah kedua-dua pasukan juga. Perlawanan akan diadakan di Ampang Sport Planet pada 12 Mac 2009, jam 11 malam. Datanglah beramai-ramai.

Read more...

Mar 9, 2009

Majlis Pelancaran Album 'Aku Stacy'

Majlis Pelancaran Album Sulung Stacy telah sempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Bernard Dompok pada 8hb Mac 2009 bertempat di 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah
Majlis dimulakan dengan persembahan 3 org artis jemputan, Nourie, Liza dan Chaq (abang Stacy) sementara menunggu ketibaan Yang Berhormat Tan Sri. Selepas kata-kata aluan dari wakil dari pihak Maestro, Encik Mahendran dan ucapan Yang Berhormat Tan Sri, Stacy diiring keluar dengan tarian Sumazau sehingga naik ke pentas dan majlis pun dilancarkan dengan jayanya.

Stacy memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu iaitu Aku Stacy. Selepas lagu itu, Stacy berpeluang bermain dengan peminat. Permainan yang disediakan adalah Stacy berpura-pura merajuk dan peminat akan memujuk Stacy dengan iringan lagu Kuch Kuch Ho Ta Hai. Sebaik sahaja permainan tamat, Stacy menyanyikan lagu balada Cinta Yang Ku Duga. Kemudian, Stacy menyanyikan lagu Pakai Buang dan diakhiri dengan lagu Gagap.

Sesi autograf berlangsung selepas Stacy selesai menyanyi. Selesai sesi autograf, Stacy bergegas ke Elusion lounge, Courtyard Hotel untuk sesi press conference.







Read more...

Mar 8, 2009

Stacy Bertemu Peminat

7hb Mac 2009, telah berlangsung acara sesi bertemu peminat sempena pelancaran album sulung beliau yang akan berlangsung pada 8hb Mac 2009 bertempat di 1 Borneo Hypermall.
Acara sesi bertemu peminat bermula di Golden Centre Putatan. Pengunjung mula menbanjiri Golden Centre pada jam 12.00 tengah hari. Album Stacy turut dijual oleh ahli-ahli StacyFrenz yang bertugas.

Selepas itu, Stacy bertolak ke Warisan Square untuk sesi bertemu peminat di sana. Di Warisan Square, Stacy sempat menghiburkan peminatnya dengan 2 lagu baru iaitu Pakai Buang dan Gagap. Stacy juga sempat bermain games bersama peminatnya.









Read more...

Mar 7, 2009

STACY DI HARIAN METRO 7 MAC 2009

STACY TAK BOLEH 'TEGAK' SAJA

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my


Bagi Ahmad Nubhan Ahamad, 22, bakat baru yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia enam (AF6), ternyata tuah berpihak kepadanya apabila namanya terus melonjak menerusi single pertama, Ada Untukmu dan single kedua bertajuk, Seadanya Aku, juga sudah kedengaran di radio.

Manakala Stracie Angie Anam atau Stacy, 19, yang turut dilahirkan menerusi program sama pula menumpang tuah Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) apabila berjaya menunjukkan persembahan mantap melalui lagunya, Aku Stacy, yang bertanding dalam kategori pop rock.

Sebelum berjaya ke AJL23, nama Stacy yang juga Juara AF6 agak tenggelam berbanding Nubhan. Namun segalanya berubah apabila penyanyi kelahiran Kampung Tuavon, Penampang, Sabah itu membuktikan kepada penonton AJL23 yang dia bersungguh dalam mengejar impiannya menjadi penyanyi terkenal.

Kehebatan Stacy bukan setakat pada suara yang serak basah tetapi dia juga boleh menari dengan baik mewarisi bakat abangnya, Camellus Dellely Anam, 21, atau Chak iaitu penari tetap Adam AF.

Sebelum menyertai AF lagi Stacy boleh menari dengan tunjuk ajak Chak. Jika tidak sibuk mengiringi Adam membuat persembahan, Chak akan menari untuk persembahan Stacy.

"AJL23 membuka peluang luas kepada kerjaya nyanyian saya apabila peminat muzik mula memberi perhatian terhadap bakat saya. Tak dapat trofi AJL23 pun tidak mengapa kerana saya sudah menganggap yang saya menang apabila berjaya membuka mata masyarakat terhadap kemampuan saya dalam bidang seni.

"Barangkali sebelum ini ramai tidak tahu saya boleh menyanyi dan menari dengan baik. Maka sebaik saja lagu Aku Stacy berjaya ke AJL23, saya berlatih sebaik mungkin kerana pentas AJL23 adalah peluang terbaik untuk menunjukkan kemampuan diri.

"Saya ingin mencipta 'pengenalan' sendiri iaitu penyanyi yang boleh menari. Sebab itu saya suka membawakan lagu rancak. Apabila menyanyikan lagu perlahan pun saya masih hendak menggoyangkan badan. Pernah saya cuba berdiri tegak tetapi terasa suara tersekat di kerongkong. Jadi apabila menyanyikan lagu perlahan pun saya mesti menari sedikit.

"Rezeki kian murah selepas AJL23. Jika sebelum ini saya banyak mendapat tawaran menyanyi di Sabah tetapi sekarang di Semenanjung pun sudah banyak. Sekarang semakin kerap berulang-alik antara Sabah dan KL (Kuala Lumpur) memenuhi undangan. Naik kapal terbang dah macam naik bas turun," katanya.

Selama tiga hari mulai 6 hingga 9 Mac ini Stacy akan berada di Sabah untuk mempromosikan album sulungnya di sana yang ditaja Tan Sri Bernard Dompok. Pelancaran album itu akan diadakan di One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah, pada 8 Mac.

Album berjudul Aku Stacy itu menyisipkan lagu Aku Stacy yang diterbitkan dalam versi konsert dan studio serta lagu Gagap, Pakai Wang, Cinta Yang Ku Duga, Cerah dan Khayalan.

"Saya tidak sabar menunggu album ini keluar dan akhirnya menjadi kenyataan juga. Album itu dilancarkan di Sabah kerana banyak permintaan di sana dan kesudian Tan Sri Bernard untuk menaja majlis pelancaran album itu. Bagaimanapun album itu sudah berada di pasaran seluruh negara awal bulan ini," katanya.

Dengan kejayaan yang dikecapi kini, Stacy pernah mengajak keluarganya berpindah ke KL bagaimanapun ibu serta adiknya lebih selesa menetap di kampung halaman mereka di Penampang. Di KL, Stacy tinggal bersama penarinya di Taman Desa.

"Walaupun saya tinggal berjauhan daripada keluarga, kami selalu berjumpa. Apabila menjayakan undangan persembahan di sana saya ambil peluang balik kampung sekali. Syukur sekarang saya dapat memberi kesenangan kepada keluarga," katanya.

Seperti Stacy, Nubhan juga tidak sabar menanti kemunculan album sulungnya pertengahan tahun ini.

Stacy dan Nubhan ditemui pada majlis penyerahan replika cek Rafflesia Pearl Center yang menaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2008), kelmarin. Rafflesia menaja barang kemas bernilai RM535,000.

Replika cek itu disampaikan pengarahnya, Winnie Sin kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Manja Ismail.

Selain Nubhan dan Stacy yang juga finalis ABPBH2008, hadir sama Nurul Alis (Kiki) dan Dynas. Mereka turut menggayakan perhiasan mutiara dari Rafflesia.

Pada ABPBH2008, Stacy tersenarai dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular, Nubhan pula dicalonkan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Read more...

Mar 6, 2009

Stacy Meet The Fans

Banner yang terletak di luar Golden Centre Putatan

Sempena pelancaran album Stacy, 7hb Mac 2009 (esok) akan ada sesi bertemu peminat sehari sebelum pelancaran album Stacy di 3 lokasi.

Lokasi :

Golden Centre Putatan
12.30 pm - 1.30 pm

Warisan Square
2.00 pm - 4.00 pm

Servay Hypermarket, Likas
4.30 pm - 5.30 pm

Pada sesiapa yang berada di Sabah, jom kita meriahkan.....


Read more...

PELANCARAN ALBUM SULUNG STACY AHAD INI


Mesti ramai peminat setia Stacy merasa gusar dan cemas bila terbaca diakhbar hari ini tentang pelancaran albumnya dibatalkan. Sebenarnya semuanya berjalan dengan lancar segala urusan mengenainya di KK. Malah segala poster dan banner telah digantung dan kerja-kerja menghias sedang dijalankan. Confirm, album sulung stacy akan dilancarkan ahad ini bersamaan 8.March di One Borneo pukul 2pm. Datanglah beramai-ramai pada berada disekitar kota kinabalu.
* Esok akan diadakan sesi MEET THE FANS Putatan. Stacy akan bertemu peminatnya di GOLDEN CENTRE PUTATAN, WARISAN SQUARE DAN SERVAY LIKAS




Pada yang berada di luar KK, jangan kecewa, kami di Stacy's Frenz sedia bersusah payah untuk anda. JADILAH ANTARA ORANG YANG PERTAMA ( MEMBELI CD PADA HARI TERSEBUT ) MELALUI PERTOLONGAN KAMI. Saya dan Mrs.X akan ke KK ahad ini dan akan meminta Stacy meletak nama anda lalu memberi signaturenya di CD tersebut. SEBAGAI CONTOH,



TO: Ann, " Alamak terlebih suda..." SIGNATURE STACY



Semestinya CD tersebut menjadi terlalu istimewa, walau anda tidak berada dipelancaran tersebut, tetapi anda adalah antara ratusan atau ribuan orang yang pertama membeli pada hari bersejarah bagi Stacy itu. harga album RM19.90, sila bank in RM20 dan tambah RM5 untuk urusan kiriman pda anda yang berada di luar KL.



Salam sayang semua,



En. Kose

Read more...

STACY DI BERITA HARIAN 6 MAC 2009

Hadiah mewah menanti pemenang


Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

Bintang Paling Popular dapat barangan bernilai RM150,000, pembaca bertuah pula RM50,000

SEEKOR kumbang di sisi tiga kuntum bunga berbeza 'jenis' dan 'bau' menambat perhatian khalayak yang lalu lalang di depan Hotel Parkroyal petang Rabu lalu. Bukan saja wajah tiga kuntum bunga itu yang menawan kalbu, malah aksesori barang bertatahkan batu mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre turut diperhatikan.

Khabar gembira dimaklumkan dengan bangganya bahawa premis barang kemas terkemuka ini kembali menaja Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2008.


Rafflesia The Pearl Centre menawarkan aksesori barangan kemas bernilai lebih RM500,000 untuk hadiah kepada pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April depan. Ini kali ketiga Rafflesia menjadi penaja ABPBH.


Majlis penyerahan replika cek itu disampaikan Pengarahnya, Winnie Sin kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Manja Ismail di pejabatnya, semalam. Ia turut dihadiri Pengarang Hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah selain empat calon yang berjaya ke peringkat akhir ABPBH 2008 iaitu Nurul Alis atau Kiki, Dynas, Stacy dan Nubhan.


Kumbang yang dimaksudkan ialah Nubhan, calon top 5 ABPBH 2008 menerusi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular. Lagaknya ibarat watak adiwira yang gagah perkasa ibarat pengawal yang menjaga keselamatan tiga kelopak bunga berharga. Bunga harum mewangi itu merujuk kepada Dynas, Nurul Alis (Kiki) dan Stacy.



Bagi Dynas, 26, dia semestinya sudah biasa menyarung koleksi Rafflesia dan ia berlainan dengan perasaan Kiki dan Stacy yang begitu teruja mengenakan aksesori anting-anting dan rantai leher Rafflesia buat pertama kalinya. Bagi Kiki, dia menyifatkan perhiasannya yang dikenakan begitu sesuai dengan imej dan rona kulitnya. Stacy pula mengakui sangat bertuah kerana tidak pernah memakai aksesori mewah. Usik Stacy, dulu dia hanya setakat mampu memakai barang kemas murah saja.


Aku Stacy buka mata khalayak


SEMENTARA itu bagi juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy, 19, yang tercalon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular, kehadirannya kini sudah mula mendapat perhatian. Buktinya persembahan single pertamanya Aku Stacy yang dinyanyikan sewaktu pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 membuka mata ramai pihak yang sedar akan bakatnya.

Atas beberapa masalah yang tak dapat dielakkan, album sulungnya yang dirancang untuk dilancarkan di negeri kelahirannya hujung minggu ini, Sabah dibatalkan. Bagaimanapun menurut penyanyi yang semakin meledak dengan lagu Gagap ini, album sulungnya yang memuatkan tujuh buah lagu sudah pun berada di pasaran sejak awal Mac lalu.

“Syukur sejak persembahan di AJL 23, biarpun tak menang, ia sebagai batu loncatan untuk saya terus menunjukkan sisi bakat seni saya. Saya juga dapat membuktikan kepada pemerhati seni termasuk peminat bahawa saya boleh menari dan menyanyi pada masa yang sama. Saya bangga menjadi nyanyian dan tarian sebagai cap dagang persembahan,” katanya yang besar kemungkinan akan mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 ke Batu Pahat dan menggunakan khidmat pereka fesyen, Arma pada malam kemuncak nanti.

INFO: Dynas, Kiki, Nubhan dan Stacy


  • Pembukaan butik DNA Celebrity Styles hasil perkongsian Dynas dengan Awal Ashaari juga semakin mendapat sambutan hingga terdetik di hati Dynas untuk memperbanyakkan koleksi pakaian mengandung dengan harga yang murah. Dynas sempat berpesan kepada peminat yang ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai aktivitinya bolehlah melayari blog peribadi di www.dynasmokhtar.blogspot.com. Carian untuk Facebook, sila taip nama Dynas Mokhtar.

  • Kiki berasal dari Gombak dan sudah lima tahun menjadi penyampai berita Sukan. Mulai 19 hingga 26 Mac ini, Kiki akan terbabit sebagai pengacara dan pengulas untuk siri perlumbaan basikal, Jelajah Malaysia membabitkan lima ke enam negeri di dalam Malaysia.

  • Selain lagu Gagap dan Aku Stacy, lagu lain yang dimuatkan dalam album sulung Stacy seperti Pakai Buang, Cinta Yang Ku Duga, Cerah dan Cinta Khayalan. Sering mendapatkan bantuan abangnya, Camellus Delleli Anam untuk menjadi penari latar, malah abangnya turut menjadi penari tetap untuk penyanyi Adam.

  • Selepas meledak dengan lagu Ada Untukmu, single kedua, Seadanya Aku pula menyusul menguatkan trek seni Nubhan. Album sulungnya dijangka berada di pasaran pada pertengahan tahun ini. Nubhan juga sudah menyatakan persetujuan untuk mengikuti siri jelajah ABPBH 2008 di Pasir Gudang, Terengganu dan Kuantan. Kini, Nubhan turut mengikuti uji bakat drama dan filem dan jika ada pihak yang ingin menawarkan watak kepadanya boleh berhubung terus dengan pengurusnya, Vernon Kedit Jolly.

  • Read more...

    Mar 3, 2009

    STACY'S FRENZ MELAWAT AHLI YANG SAKIT

    Ahad lepas sebahagian ahli Stacy's Frenz telah pergi ke Danga Bay dan sebahagian darinya pula pergi ke Jengka, Pahang. Biasalah, kami sesama ahli dah bukan setakat kawan, malah dah macam keluarga sendiri. Kiranya SF bukan setakat bergembira sahaja, tetapi juga berkongsi suka duka tatkala kawan sakit. Kerana masing-masing sibuk dan ada urusan tersendiri, kami buat dua bahagian, satu group ke Johor dan satu group lagi ke Pahang. Haori @ erry yang belajar di UITM Jengka kami lawati. Stacy siap minta sampaikan salamnya pada Erry. Sebaik sahaja salam Stacy kami sampaikan, Erry merasa terharu teramat sangat kerana Stacy sudi ingat pada ahli SF yang sakit.

    MRS.X MEMBUKA MINUMAN UNTUK ERRY

    KAMI BERLIMA TIDAK PERNAH KE JENGKA, MAIN REDAH JER LA

    DI HADAPAN UITM, JENGKA PAHANG

    MRS.X MENYAMPAIKAN BUAH TANGAN ( SARANG BURUNG ) BUAT ERRY

    ERRY BUKAN HANYA SAKIT BELAKANG, MALAH KENA TONSIL YANG MEMBUATKAN DIA TIDAK BOLEH BERCAKAP. OLEH KERANA DIA TIDAK TAHU BERBAHASA ISYARAT, DIA MENAIP AYAT MELALUI PC, MENJAWAB SEGALA SOALAN KAMI

    MEMBERI ISYARAT 'GET WELL SOON' PADA ERRY SEBELUM KAMI PULANG KE KL

    SEMPAT MEMBELI JERUK DAN NENAS MADU KAT SINI

    JUGA TELUR MASIN YANG SEGAR UNTUK DIBAWA PULANG

    Read more...

    Mar 2, 2009

    HOT FM BIG JAM 2009 - DANGA BAY









    Tarikh: 1 Mac 2009
    Masa: 8.30 Malam
    Lokasi: Festive Street Mall, Danga Bay, Johor Bharu
    Lagu-lagu Dinyanyikan: Gagap, Bring Me To Life (feat. Faizal Tahir) & Aku Stacy


    GAGAP


    BRING ME TO LIFE (feat. Faizal Tahir)


    AKU STACY

    Pictures credited to Adriana07
    Videos credited ti Izah1237

    Read more...

    Mar 1, 2009

    STACY DI FESTIVAL FILEM PENDEK

    Semalam di anugerah festival filem pendek, stacy telah dijemput untuk mengadakan persembahan. Stacy telah menyampaikan 2 buah lagu secara medley iaitu gagap dan juga aku stacy.Seperti biasa, persembahan stacy tidak menghampakan dan mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Saksikanlah persembahan mantap dari stacy.



    video is credited to izah1237

    Read more...