Berita Harian 30 March 2009
Oleh Mohd Azrone Sarabtin
azrone@bharian.com.my
Pengiktirafan itu dizahirkan menerusi penganugerahan Sijil Penghargaan dalam bentuk plak yang diserahkan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahid kepada anak kelahiran Kampung Tuavon, Penampang itu di Ibu Pejabat KBS di Wisma Muis, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Sebagai tanda terima kasih, Stacy menyerahkan cakera padat (CD) albumnya yang ditandatanganinya kepada Jahid. Jahid berkata, pemilihan penyanyi lagu Gagap itu sebagai ikon belia dan remaja Sabah dalam industri hiburan adalah hasil usaha, kerja keras dan ketekunan menimba ilmu serta memperbaiki kelemahan diri sehingga dinobatkan sebagai juara AF6. Malahan Stacy juga kini turut muncul antara penyanyi muda berbakat besar serta popular.
“Kesungguhan Stacy membolehkannya menempa kejayaan dalam bidang tersendiri iaitu industri muzik dan hiburan tanah air yang membolehkannya diiktiraf sebagai ikon golongan belia dan remaja Sabah. “Kini Stacy sudah memiliki kerjaya sebagai penyanyi dan perlu terus berusaha untuk mengekalkan pencapaian, sekali gus mencapai lebih banyak kejayaan pada masa depan," katanya.
Pada 24 April 2008, penyanyi kecil molek itu dinobatkan juara AF6 sekali gus menerima hadiah lumayan keseluruhan bernilai RM733,734, iaitu sebuah banglo empat bilik di A Famosa, Melaka (RM550,000), kereta Peugeot 307 XS tajaan Naza Motors Sdn Bhd (RM139,535), wang tunai RM25,000 sumbangan Hotlink, pakej percutian ke Itali tajaan Mayfirst, pakej pelancongan ke New York tajaan Maybelline, Sony Playstation tajaan Astro (RM1,199) bersama trofi AF6.
Sebagai ikon belia dan remaja Sabah, Jahid meminta Stacy supaya menjalani gaya hidup yang baik serta sihat kerana dia ramai peminat meliputi segenap lapisan masyarakat bukan saja di Sabah malah seantero negara.
Pada masa sama, beliau meminta kerjasama peminat penyanyi itu supaya membeli CD tulen bukannya cetak rompak yang bukan saja menyalahi undang-undang malah boleh memusnahkan kerjaya dan masa depan seseorang penyanyi seperti Stacy. Stacy yang terharu dengan penghargaan KBS berjanji akan tampil dengan identiti bermoral dan sentiasa memberikan yang terbaik kepada peminatnya.
Anugerah KBS turut menjadi perangsang kepadanya untuk memantapkan kerjaya dan dia mahu sentiasa mendampingi belia dan remaja terutama yang ingin berkongsi pengalaman dengannya untuk berjaya dalam bidang nyanyian. Katanya, sesuatu kejayaan tidak akan datang sendiri serta tidak mudah dicapai tanpa kerja keras, pengorbanan dan sanggup menerima kritikan negatif untuk perkembangan kerjaya.
"Kepada belia dan remaja Sabah, jangan mudah mengalah dengan kritikan yang diterima, sebaliknya anggap ia sebagai cabaran untuk berjaya bukan halangan untuk menemui noktah dalam sesuatu kerjaya," katanya.
wahh,anugerah tu weiii,,luv stacy alwys
BalasPadamdasat stacy ni br jer jd artis da dpt anugerah.good luck stacy
BalasPadamtahniah stacy....
BalasPadam