• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

6 Nov 2009

KHAS BUAT PENGUTUK STACY

Bukan niat hendak memalukan sesiapa, kalaupun kami tidak tempek petikan akhbar mengenai kisah ini, tetapi seluruh negara telah baca. Niat kami cuma hendak membuka mata dan hati buta si pengutuk tu yang Stacy diperakui berjaya dan menonjol, seperti yang ditulis oleh wartawan ini, antara petikannya INGAT BOLEH JADI SEHEBAT MAWI, MILA DAN STACY? Yang Juara AF pun ada yang tenggelam, inikan pula yang bukan Juara. Pesanan saya, kalau mahu artis anda berjaya, kempen dan sokonglah dia, bukan masuk rumah orang lain ( Blog atau Website artis lain ) sambil mengutuk kerana anda buang masa...lebih baik masa itu anda guna untuk bersoarak sorai pada artis yang anda sokong atau masa itu gunakan untuk sms lagu permintaan untuk artis anda. Pada ahli Stacy's Frenz atau kalau bukan ahli ( sekadar peminatnya saja ), jangan layan kutukan kerana takut nanti ada yang sengaja hendak melagakan FC dengan mengutuk artis lain. Ianya pernah terjadi bila ada FC lain masuk menyamar penyokong Nadia AF6 sambil mengutuk Stacy...nasib baik saya profesional ...berjumpa dengan Presiden Nadia FC dan kami berjaya menjernihkan suasana dan perasan ada orang lain yang simbah minyak tanah. Saya minat juga Felix sepertimana Stacy meminatinya dulu dan saya setiap minggu vote dia masa AF3 dulu, sayang bakat besarnya itu, kini dia terpaksa bernaung dibawah syarikat sendiri. Jadi pada yang menggesa Stacy kenapa tidak bernaung di syarikat sendiri atau ada yang berpendapat dia tidak maju di bawah Astro Entertainment, sedarlah, Astro hanya simpan Artis yang mereka rasa laku dan boleh buat duit, mereka hanya simpan 5 artis yang mereka rasa berbakat besar dan laris- KOSE


Felix terpaksa balik kampung

LAMA tak dengar cerita artis kelahiran Akademi Fantasia 3 pada 2005, Felix. Dulu, Felix sering dilihat sebagai orang 'kedua' selepas Mawi. Suaranya boleh tahan bagus, cuma tiada nasib. Selepas sekian lama, nama Felix tenggelam begitu saja, entahkan menyanyi lagi, entahkan sudah `bungkus’, tidak pula diketahui. Selepas membintangi filem Misi:1511 kira-kira tiga tahun lalu, khabarnya Felix terpaksa angkat kaki dan pulang ke kampung halaman di Sabah. Yalah macam mana nak cari makan, kehadiran Mawi ketika itu menyebabkan peminat bagaikan sudah tak nampak artis AF lain. Mawi benar-benar mencetuskan gelombang tsunami populariti dunia hiburan ketika itu. Rezeki Mawi kan... Walaupun Felix pernah muncul dengan album pertama yang menampilkan lagu `berhantu’, Warkah Berlagu Pilu namun ia nampaknya tidak mampu membantu menempatkan nama Felix sebaris dengan penyanyi lelaki lain. Lama kelamaan Felix dan beberapa rakan seangkatannya terpaksa `gulung tikar’ dan pulang ke kampung halaman.
Di Sabah, khabarnya Felix masih lagi laris dengan undangan persembahan, kebanyakan acara hiburan di sana tidak pernah mengetepikan Felix. Baguslah begitu, kalau tak dapat cari makan di kota, lebih baik pulang saja ke kampung, kos sara hidup pun rendah. Tak apalah setakat dapat show sikit-sikit boleh juga menampung hidup. Kisah artis kelahiran AF `bungkus’ dan balik kampung bukan cerita baru, malah sudah ramai yang terpaksa melupakan impian bergelar penyanyi.
Jadi janganlah nak berangan apabila masuk AF ada masa depan cerah, boleh jadi sehebat Mawi, Stacy atau Mila, tengok juaranya yang lain seperti Vince, Zahid atau Faizal, apa dah jadi? Kalau juara pun boleh `lingkup’ atau sekadar suam-suam kuku, apatah lagi kalau setakat finalis, silap hari bulan, bungkus juga. Lebih menyayat hati apabila syarikat yang mengurus artis AF, iaitu Maestro Talent & Management yang diketuai Freddie Fernandez pun dah bungkus! Apa yang Raja nak bebelkan hari ini bukanlah cerita AF, Raja dah muak! Sebaliknya Raja ada kisah sedih mengenai Felix. Khabarnya, Felix melancarkan album keduanya, Aku Juga Iya yang diterbitkan D' Sulap Entertainment Sdn Bhd di sebuah kompleks membeli-belah di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Nak jadikan cerita, seorang teman Raja turut hadir dalam pelancaran album itu. “Aku kasihan dengan Felix, pelancaran albumnya tak mendapat sambutan malah boleh kira dengan jari tetamu yang hadir, rakan wartawan pun tak nampak batang hidung. Sudahlah acara berkenaan hanya diadakan di sebuah pusat beli-belah, bila tiada orang, memang tebal muka, tapi aku tabik dengan Felix, dia tetap bersemangat. “Walaupun tetamu tak ramai, wartawan tidak hadir, acara tetap diteruskan malah Felix mengakui perjalanan seninya tidak akan terhenti di sini. Memang dulu album pertamanya, Warkah Berlagu Pilu tidak mendapat sambutan tetapi Felix tak pernah berputus asa. “Setahun jugalah Felix `bertapa’ mencari lagu yang sesuai dengan jiwa, kini dia dah boleh menarik nafas lega. Aku dapat tahu album itu juga dipasarkan di Filipina kerana Felix kerap membuat persembahan dan sudah ada peminat di sana,” kata sumber Raja. Apapun, Raja berharap Felix jangan berputus asa, percayalah rezeki tetap ada di mana-mana.
RAJA: Beberapa juara Bintang RTM dalam beberapa tahun ini pun sudah tidak lagi dengaar khabar berita.

5 ulasan:

  1. i agree with u kose. if sape2 tak minat stacy just ignore jela blog ni kan. wat pe nak susah2 tulis komen kat blog yang tentunya semua peminat stacy.....bagi saya artis kalau bernaung di syarikat apa2 pun kalau ada bakat and kesungguhan pasti boleh berjaya. apa yang stacy dapat ari ni sume hasil kerja keras dia. i will support stacy always. thanks kose for being a good and profesional president fc:)

    BalasPadam
  2. hmm susah jadi artis ni,macam dalam gusti wwe jugak..yang juara kena selalu pertahankan tali pingangnya hehehe..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. drp kutuk2 org, baik fikir mcmana nk majukan diri, klu rs diri dah maju sgt, fkirlah mcmana nk maju lagi. adoiiii...pelik, ngapa ada org meroyan jeles thp gaban ngan org lain. biarlah dak2 af ker, artis maner ker cuba nasib durang. semua tuh durg nk majukan diri durang..Hope stacy akn suksess selamanya...let's us pray together, keep faith...hope she will success forever. Wat ms ni, aku rasa baik stacy ngan AESB sampai dia establish betul2..kan. Ok per AESB urus tuh..bkn senang nk wat promotion sendiri (esp klu yg bwh comp sendiri) utk dpt show2 nih..hnya mrk2 yg dh ada link jer senang...ckp senang, nk wat susah kan.

    BalasPadam
  5. Terima kasih maestro Talent sdn bhd sbb appreciate bakat yg ada pada Stacy...
    Pada artis2 lepasan Af yg laen tu kena la trima hakikat bahawa ni semua rezeki masing2...Anggap je la AF ni tmpat utk mmpromosikan diri bukan setakat dlm bidang nyanyian tetapi yg lain2 juga..Nk bg contoh ni..cuba tgk Reza...takde la plak dia nk sibuk2 nyanyi..Tapi bakatnya terserlah sbagai pengacara..Cuba la berfikir rasional sedikit..Tak dpt nk popular kn diri sbagai artis dlm bidang nyanyian, pergi la cuba lain plak..berlakon ker.aiya..

    P/s kepada pengutuk2 stacy tu sudah2 la..ingat dosa ingat pahala..Ikut jejak langkah artis lepasan AF lain..cuba la tukar profesion plak...Nak mgutuk je kerja..

    BalasPadam