• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

5 Nov 2009

FILEM MAT SPY SATUKAN VOKAL ADAM, STACY



Teks Oleh Ellyna Ali
Gambar Bonie Sharif


KUALA LUMPUR, 4 NOV 2009: Bolehkah Stacy dan Adam menggegarkan dunia apabila kedua-dua artis kelahiran Sabah ini digabungkan bersama dalam sebuah lagu duet yang rancak? Inilah cuba dicetuskan KRU terhadap Stacy dan Adam yang sememangnya cukup menonjol dalam membawakan lagu serta tarian yang energetik.

Mereka kini telah digabungkan dalam lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU)yang turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Mat Spy.

Stacy ketika ditemui pada sidang media pelancaran Mat Spy baru-baru ini, mengakui cukup teruja apabila dapat berduet bersama Adam menerusi lagu tersebut.

"Kebetulan ramai peminat yang selalu tanya, bila kami akan berduet bersama. Sekarang ini, peluang sudah ada. Seronok dapat bekerja dengan Adam sebab kami sama-sama berasal dari Sabah. Nak berkomunikasi pun memang tidak ada masalah. Guna bahasa sendirilah. Satu lagi dia pun satu kepala dengan saya.

"Malah, waktu kami buat pembikinan muzik video Menggegar Dunia ini, ia hanya ambil masa 2 hari saja. Sebelum itu memang kami ada buat latihan tetapi ada di antara kareografi itu yang kami hasilkan waktu pembikinan klip video itu dibuat.

"Adam buat kareografi itu bersama kumpulan penari lelakinya dan saya pula dengan kumpulan penari perempuan. Bila kami menari sama-sama, macam hendak gaduh pun ada juga. Itu yang rasa seronok tu," kata Stacy yang sentiasa happy go lucky ini.


Stacy teringin berduet dengan Chaq

Apakah Stacy sendiri berasakan gabungannya dengan Adam menerusi lagu ini telah mencetuskan sesuatu yang gempak serta dahsyat?

Mendengar soalan ini, Stacy terus terkekek ketawa. Katanya, sukar untuknya memberikan jawapan terhadap persoalan itu.

"Memanglah kalau ikut lirik, gabungan kami ini nampak meletup. Rasa nak ketawa pun ada juga. Tapi, apa yang penting sekali, ia secara tidak langsung memberikan kami semangat yang cukup hebat bila kami membuat persembahan. Mudahan-mudahan ia boleh jadi gempak di kalangan peminat kami," katanya.

Begitu pun, ini bukanlah kali pertama Stacy dipadankan dengan seorang artis lain dalam sebuah lagu duet. Sebelum ini, dia pernah digandingkan dengan Ajai untuk sebuah projek lagu persendirian.

Kemudian dengan Adam. Akan datang, Stacy teringin berduet pula dengan abangnya, Chaq yang tidak lama lagi bakal bergelar artis rakaman setelah bernaung di bawah label Wake The Baby milik komposer dan penyanyi Ajai.

"Memang saya teringin sangat nak berduet dengan Chaq. Saya harap akan ada peluang untuk saya berduet dengan dia. Sebabnya dia pun hebat menyanyi dan menari. Malah saya rasa kalau hendak dibandingkan antara kami berdua, bakat Chaq sebenarnya lebih hebat daripada saya lagi.

"Bukan itu saja, setiap kali hendak membuat persembahan, saya pasti akan berbincang serta mendapatkan pandangan daripada Chaq. Sebab, idea dia pun bagus juga. Termasuklah bila memperkatakan tentang imej dan cara berpakaian. Dialah yang selalu bantu saya. Sebab dia itu gila berfesyen dan kebetulan pun saya sendiri minat juga tentang fesyen.

"Sebab itulah fesyen saya mempunyai banyak konsep. Kadangkala nampak macam rock, kadangkala funky dan kadangkala hip hop. Tapi, asalkan nampak selesa, itulah yang saya akan pakai," kata Stacy lagi.



http://murai.com

6 ulasan:

  1. stacyyy and adam..best siottttttt

    BalasPadam
  2. adehh..ape lah murai ni..mat spy suda...haha..dri my spy jdi mat spy wakakaka..

    BalasPadam
  3. ahh .ni nk marah ni .
    my spy laaaaaaaaaa !
    ish !

    BalasPadam
  4. stacy & adam....best..mantap...meletup!!!!

    BalasPadam
  5. bikin malu filem myspy jak lah murai ni!!
    Sya pun mau marah sdh ni!!!
    My Spy la ***** ejaannya m-y s-p-y
    panas nih!!!
    anyways
    Stacy is always my idol beb

    BalasPadam
  6. gempak sangat lgu menggegar dunia!!!!
    bez2!

    BalasPadam