• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

25 Nov 2009

LUAHAN HATI STACY TENTANG GOSIP

Dapatkan URTV terbaru 1.Dec-15.Dec yang menampilkan Stacy dan Aizat sebagai cover. Di dalamnya ada jawapan Stacy mengenai gossip dan penjelasan beliau tentang salah faham dan gossip tersebut. Diharapkan semua peminat Stacy yang kurang senang dengan gossip tersebut ( ada beberapa komen pihak AJK telah delete di shoutbox ) telah berpuas hati dengan penjelasan dari mulut Stacy sendiri. Apa yang pasti, Stacy belum bersedia bercinta dan ingin fokus dalam kariernya dan memperbaiki diri.

Ada juga yang bertanya di Forum apa yang peminat komen, kutuk dan membandingkan dengan Stacy, kerana ada ditulis di sini tentang pengutuk tetapi mereka tidak nampakpun ada yang kutuk. Sebenarnya ada banyak juga komen di Shoutbox pihak AJK atau Moderator Blog ini delete...harap maklum.

22 Nov 2009

Adam & Stacy Sekepala Tapi Tak Serasi

Oleh: Zubir Mohd Yunus
Sumber: www.bharian.com.my


Bintang AF dari Sabah akui sudah kenal keperibadian masing-masing tapi tiada lahir bibit cinta

KALI pertama menonton klip video lagu Menggegar Dunia, duet bintang Akademi Fantasia (AF) - Adam dan Stacy yang disiarkan kali pertama pada 31 Oktober lalu menerusi Astro Ria, penulis teruja melihat gandingan mantap mereka ketika mendendangkan lagu ciptaan Edry KRU itu. Mengamati liriknya pula, memang benar menggambarkan Adam dan Stacy, mereka pasangan yang tak kena, namun sebaik bergabung di pentas seni - menari dan menyanyi, kedua-duanya meletup apabila bersatu!

Sebelum ini memang tidak pernah timbul sebarang gosip yang mengaitkan Adam bercinta dengan Stacy. Peminat sedia maklum, Adam ketika ini dikatakan ‘berteman tapi mesra’ dengan Naib Johan Pertandingan Akhir Bintang RTM2009, Jo-Anna Sue Henley-Rampas atau Joan, 20, manakala Stacy yang dikhabarkan baru putus kasih dengan bintang AF6, Nubhan, kini dikatakan sedang menyemai benih cinta dengan Akim dari AF7.

Justeru, gandingan Adam dan Stacy, memang tidak kena apabila mereka dikatakan pasangan kekasih, namun apabila melihat keserasian dan kelincahan mereka ketika menyanyi serta menari lagu rancak, Menggegar Dunia yang juga lagu tema filem terbaru terbitan KRU Studios, My Spy, tidak keterlaluan apabila melabel gandingan itu bakal menggegar industri hiburan, buktinya lagu berkenaan kini menduduki carta selesa di beberapa stesen radio popular!

Klip video Menggegar Dunia yang diarahkan Abdulazeez W.R dilatari filem My Spy apabila filem ke-5 terbitan KRU Studios ini dijangka menjengah pawagam pada 3 Disember depan. Pun begitu, KRU Studios bijak mencuri peluang apabila populariti yang sedang diraih Adam dan Stacy di mata peminat, mereka gabungkan untuk menyuntik kelainan dalam filem terbaru mereka, sekali gus bakal menggamit peminat kedua-dua bintang realiti kelahiran Astro ini memenuhi pawagam.


Tak selesa digelar Agnes Monica Malaysia

Sementara itu, populariti Stacy semakin melonjak sehingga dia diberi jolokan Agnes Monica versi Malaysia gara-gara kelincahan tariannya sambil menyanyi secara langsung, itu kelebihan dirinya. Namun, adakah Stacy berasa selesa dengan kedudukannya hari ini?

“Saya rasa bersyukur kerana peminat sudah mengiktiraf kebolehan dan bakat seni saya, tapi kadang-kadang tak selesa juga apabila dilabel Agnes Monica Malaysia, terasa diri ini tiada identiti. Saya lebih berasa bangga apabila orang melihat kelincahan saya di pentas, orang berteriak itu adalah Stacy, Stacy AF6!,” katanya bersungguh-sungguh.

Namun, sebelum bergelar penghibur popular seperti hari ini, Stacy pernah melalui hari gelapnya apabila dia bersama keluarga pernah merasai keperitan hidup apabila kemiskinan mereka menjadi hinaan masyarakat, tapi hari ini semuanya berubah dek populariti yang diraih, Stacy dijulang peminat.

“Dulu kita hidup susah, orang menghina, sekarang dah senang sikit, orang memuja, namun itu adalah lumrah dan fitrah manusia. Bagi saya, jika bukan kerana hinaan dan cacian orang, saya tak akan jadi kuat dan berjaya seperti hari ini. Justeru, saya menjadikan kritikan mereka sebagai pembakar semangat. Saya bekerja keras dalam usaha memberi persaingan yang sengit kepada ramai lagi bakat yang bagus-bagus di luar sana,” katanya lagi.

'Tak mungkin kami jatuh cinta'

Stacy juga mengakui serasi dan selesa bekerja dengan Adam menghasilkan pembikinan Menggegar Dunia. Sekalipun mereka dikatakan pasangan tak sepadan, tak mustahil dia mungkin jatuh cinta dengan Adam yang sama-sama berasal dari Sabah apabila berkongsi budaya dan loghat bahasa yang sama.

“Saya dan Adam tak mungkin jatuh cinta, kami dah kenal lama, dah tahu keperibadian masing-masing, memang susah nak jadi pasangan kekasih! Lagipun saya perlu menghormati perasaan Adam dan Joan yang berkawan baik, tambahan pula saya dan Joan satu sekolah di Sabah dulu, dia juga saya dah kenal lama. “Justeru, cukup sekadar saya dan Adam bergabung di pentas seni, kami boleh meletup apabila digandingkan, sama-sama suka menyanyi dan menari lincah,” katanya.

Apa pula cerita putus cinta Stacy dengan Nubhan dan sejauh mana kebenaran percintaan yang terjalin antara dirinya dan Akim sejak akhir-akhir ini?

“Saya hairan macam mana orang kata saya putus cinta dengan Nubhan, bercinta pun tak pernah. Begitu juga dengan Akim, kami tak pernah keluar dating, tiba-tiba saja boleh keluar gosip saya dan Akim bercinta! Bagi saya, apa yang berlaku antara saya, Nubhan dan Akim adalah salah faham semata-mata. Apabila kami sering bekerjasama menjayakan persembahan nyanyian, mulalah orang bergosip, antara kami pasangan kekasih,” jelasnya lagi.

Kebenaran gosip Stacy pernah mengundang Akim bertandang ke rumahnya?

“Mengarut! Tak pernah ke situ perhubungan kami,” katanya yang mengakui teringin juga bercinta seperti remaja lain, namun ketika ini masanya belum sesuai. Katanya lagi, dirinya belum cukup kuat memberi komitmen dalam percintaan. “Kalau bercinta, sekejap saja, nak buat apa? Akhirnya jadi macam lagu saya, Pakai Buang, tak mahulah!,” katanya berseloroh.


INFO: Stacy
  • NAMA PENUH: Stracie Angie Anam
  • TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
  • ASAL: Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
  • KELUARGA: Anak kelima daripada enam beradik
  • ALBUM: Aku Stacy mengandungi lagu seperti Aku Stacy, Gagap, Cerah, Cinta Yang Ku Duga dan Pakai Buang
  • SINGLE: Menggegar Dunia (duet bersama Adam AF2) dan Primadona (solo), kedua-duanya adalah lagu runut bunyi filem My Spy
  • DUTA: Power Root dan Intimate Sanitary Napkins
  • PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 6 (AF6), Artis Baru Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, Penyanyi Pop Popular Malaysia 2009 pada Shout Awards terbitan 8TV dan Ikon Belia Remaja Sabahan oleh Ketua Menteri Sabah

Stacy @ Sabah Tourism Award 2009

Tempat : Magellan , Sutera Harbour
Tarikh : 21 November 2009
Masa : 7.00 malam

Stacy telah membuat persembahan pada malam semalam dengan mempersembahkan 4 buah lagu iaitu Gagap , The Climb , Adaa (lagu dusun) dan Pakai Buang. Video pakai buang tidak dapat di upload kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Acara pada malam itu juga turut disaksikan oleh wakil-wakil dari syarikat luar negara seperti Australia , Korea , Jepun dan negara2 lain. Dengan bantuan daripada Mama Melaka yang merupakan manager Stacy di Sabah, wakil StacyFrenz dapat merakamkan video ini kerana acara ini merupakan acara kerajaan.

Pose khas Stacy untuk StacyFrenz
Stacy bersama dengan Mama Melaka





20 Nov 2009

Stacy akan muncul memeriahkan ambutan Ulangtahun SURIA FM yg ke 2 pada 24hb. November ini bertempat di....SURIA FM, Bangunan AmAssurance, No.1,Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur. ( Landmark: Berdekatan dengan Grand Season Hotel atau seberang jalan GH Hospital @ Hospital Besar Kuala Lumpur). Sebagaimana ahli Stacy's Frenz lain sedia maklum, tarikh lahir ahli2 kita dalam bulan ini juga hampir dengan tarikh ulang tahun Suria FM, kiranya wajib datang meraikannya bersama. Pada peminat Stacy yang berada disekitar lembah klang, dipersilakan hadir. Seperti yang semua sedia maklum, Stacy bukan sahaja jadi pilihan Media Prima ( TV3 & HOT FM ) malah jadi pilihan Suria FM dalam siri Jelajah mereka kebeberapa buah tempat sebelum ini. Di kesempatan ini saya tempekkan carta Suria FM yang ramai tidak sedar lagu Stacy berada di Carta kerana tumpuan ramai asyik pada C30 dan Carta Era sahaja. Peringatan, sambutan Ulangtahun Suria FM ini bermula 12 tengahari hingga 2 petang. - KOSE
CARTA SURIA 30 ( MINGGU LEPAS )

01.
Cinta Pertama


02.
Superman
The Lucky Laki

03.
Bengang
Akim AF7

04.
Teruskanlah
Agnes Monica

05.
Jika Kau Ubah Fikiran
Mila

06.
Kelibat Si Penyair
Azlan & The Typwriter

07.
Mencari Konklusi
Hujan

08.
Masih Jelas
Hafiz AF7

09.
Kau Aku
Aizat

10.
Pakai Buang ( Minggu lepas lagu ini No.16 / telah berada 5weeks dalam carta suria30 )

Terhenti
Ebi

14.
Lubang Di Hati
Letto

15.
Cun Saja
Sleeq

16.
Statik Blur
Maffla 21

17.
Benarkah Kerana Cinta
Saleem

18.
Akhirnya
Vince

19.
Aku Pergi
Maximus

20.
Cinta Dan Kenangan
Hero

21.
Yang Terbaik
Marsha

22.
Tak Hilang Cinta Di Dunia
Jamal Abdillah

23.
Menatap Matamu
Aril AF


24.
Tunggu Esok
Nitrus


25.
Seumur Hidup
Dafi

26.
Layang Layang
Jay Jay


27.
Juga Iya
Felix

28.
opariso
XPDC


29.
nya Kamu Yang Bisa
Tiket

30.
Seadanya Aku
Nubhan

19 Nov 2009

Perlawanan Futsal StacyFrenz Vs Bank Rakyat

Lokasi: Ampang Sports Planet
Tarikh: 18 November 2009
Jam: 10pm - 11pm

Malam tadi telah diadakan satu perlawanan futsal persahabatan antara Stacyfrenz yang diwakili oleh Stacy sendiri dan juga ahli-ahli stacyfrenz yang lain. Pasukan Stacyfrenz telah turun padang untuk menentang pasukan dari Bank Rakyat. Seperti sebelum ini, kemenangan juga telah berpihak kepada Stacyfrenz dengan 12 gol berbalas 3 dan penyumbang goal terbanyak juga adalah Eleza dan Stacy sendiri. Tahniah!


18 Nov 2009

JUARA LAGU ADALAH PERTANDINGAN LAGU BUKAN PERTANDINGAN PENYANYI

Saingan pada lagu bukan penyanyi
Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

Rap
POPULARITI lagu Pakai Buang nyanyian bekas juara Akademi Fantasia 6, Stracie Angie Anam (Stacy) yang sering disampaikan dalam pelbagai persembahan pentas termasuk kerap dimainkan di radio dipilih antara Top 5 lagu pilihan juri pada saingan separuh akhir kedua Muzik-Muzik yang berlangsung baru-baru ini.

Stacy, 19, berjaya memberi persembahan mantap ketika program itu bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Biarpun keputusan lagunya itu bukan muktamad untuk melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tetapi ia cukup memberikan berita gembira pada penyanyi yang berasal dari Penampang, Sabah itu untuk mengharap peluang beraksi di peringkat akhir ada.

Kata Stacy, kejayaan awal lagu itu berdasarkan kekuatan pada lirik dan melodi ciptaan Edry KRU yang turut menyelit loghat Sabah. Akuinya, lagu itu membawa melodi rancak yang menghiburkan ramai pendengar khusus kanak-kanak dan remaja.

"Biarpun ramai yang suka dengan lagu ini, saya sukar untuk jangka sama ada lagu ini berjaya ke AJL24. Pada saya, pemilihan lagu ini untuk layak pada peringkat separuh akhir kedua ini sudah menggembirakan saya.

"Saya bersyukur sangat jika lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti. Saya patut berterima kasih pada Edry yang mencipta lagu ini yang membuatkan peminat suka. "Saya fikir lagu ini mempunyai kekuatan dari aspek lirik dan melodinya yang senang didengar. Jika berjaya ke AJL24, saya anggap ia sebagai bonus," katanya.

13 Nov 2009

JANGAN CEMAS, STACY ADA MALAM NI


Ramai yang bertanya di Chat Box betulkah Stacy akan bertanding pada malam ini untuk Semi Final ke 2 Muzik-Muzik?. Ianya kerana beberapa hari ini penyampai radio tidak menyebut nama Stacy langsung semasa mereka mewar-warkan tentang Separuh akhir ke 2 itu. Malah melalui HARIAN METRO hari ini yang menulis artikel mengenai saingan sengit Separuh Akhir pada malam ini tidak menyenaraikan nama Stacy, tetapi nama Hafiz ada. Itulah saya kata, bukan semua apa yang keluar di akhbar itu tepat, dan bukan semua wartawan tahu segalanya. Seperti yang saya war-warkan semasa pengumuman lagu Stacy layak ke Semi Final, saya telah memberitahu yang Stacy telah bertukar dengan Hafiz kerana pada 21hb.November ini Stacy ada show di Sabah dan dia perlu ke sana pada hari 20hb yang sepatutnya dia bertanding. Nasib baik dia dan Hafiz satu syarikat pengurusan, maka senanglah bertukar suka sama suka.

Stacy akan memberi saingan sengit pada malam ini bersama penari biasanya serta ditambah dua orang lagi dari kumpulan Bad Boys untuk menyerikan suasana. Seperti mana yang kita tahu pada minggu lepas, walau Jac telah memberi lontaran vokal yang mantap serta penghayatan yang baik juga lagu berhantu yang hebat, tetapi markah tertinggi jatuh pada artis lain. Jadi kita sama-samalah berdoa agar usaha Stacy menjadi dan lagunya layak ke Final JUARA LAGU kerana seperti tiada seri dan tiada saingan jika Stacy tidak berada di Final JUARA LAGU. Tinggalkan pesanan anda pada ruangan KOMEN sebagai pembakar semangat Stacy selepas membaca entri ini - KOSE

8 Nov 2009

Pertandingan Memancing Udang bersama Stacy dan Chaq




Satu berita baik kepada peminat-peminat Stacy. Stacy Angie Frenz akan membuat aktiviti memancing udang bersama Stacy dan Chaq. Hadiah yang lumayan akan menanti para pemenang. Butiran aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

MASA : 1:00 p.m - 4:00 p.m
TARIKH : 15 NOVEMBER 2009
TEMPAT : NO. 9, JALAN SINAR SEGAMBUT
51200, KUALA LUMPUR
BAYARAN : RM 40 - 3 Jam


Hadiah yang di tawarkan adalah:

Tempat pertama : RM200
Tempat kedua : RM100

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, boleh membuat bayaran pendahuluan secara bank in sebanyak RM20 ke akaun Mrs X - 514422101609 atau hubungi Mrs. X di talian 016-2085693

6 Nov 2009

KHAS BUAT PENGUTUK STACY

Bukan niat hendak memalukan sesiapa, kalaupun kami tidak tempek petikan akhbar mengenai kisah ini, tetapi seluruh negara telah baca. Niat kami cuma hendak membuka mata dan hati buta si pengutuk tu yang Stacy diperakui berjaya dan menonjol, seperti yang ditulis oleh wartawan ini, antara petikannya INGAT BOLEH JADI SEHEBAT MAWI, MILA DAN STACY? Yang Juara AF pun ada yang tenggelam, inikan pula yang bukan Juara. Pesanan saya, kalau mahu artis anda berjaya, kempen dan sokonglah dia, bukan masuk rumah orang lain ( Blog atau Website artis lain ) sambil mengutuk kerana anda buang masa...lebih baik masa itu anda guna untuk bersoarak sorai pada artis yang anda sokong atau masa itu gunakan untuk sms lagu permintaan untuk artis anda. Pada ahli Stacy's Frenz atau kalau bukan ahli ( sekadar peminatnya saja ), jangan layan kutukan kerana takut nanti ada yang sengaja hendak melagakan FC dengan mengutuk artis lain. Ianya pernah terjadi bila ada FC lain masuk menyamar penyokong Nadia AF6 sambil mengutuk Stacy...nasib baik saya profesional ...berjumpa dengan Presiden Nadia FC dan kami berjaya menjernihkan suasana dan perasan ada orang lain yang simbah minyak tanah. Saya minat juga Felix sepertimana Stacy meminatinya dulu dan saya setiap minggu vote dia masa AF3 dulu, sayang bakat besarnya itu, kini dia terpaksa bernaung dibawah syarikat sendiri. Jadi pada yang menggesa Stacy kenapa tidak bernaung di syarikat sendiri atau ada yang berpendapat dia tidak maju di bawah Astro Entertainment, sedarlah, Astro hanya simpan Artis yang mereka rasa laku dan boleh buat duit, mereka hanya simpan 5 artis yang mereka rasa berbakat besar dan laris- KOSE


Felix terpaksa balik kampung

LAMA tak dengar cerita artis kelahiran Akademi Fantasia 3 pada 2005, Felix. Dulu, Felix sering dilihat sebagai orang 'kedua' selepas Mawi. Suaranya boleh tahan bagus, cuma tiada nasib. Selepas sekian lama, nama Felix tenggelam begitu saja, entahkan menyanyi lagi, entahkan sudah `bungkus’, tidak pula diketahui. Selepas membintangi filem Misi:1511 kira-kira tiga tahun lalu, khabarnya Felix terpaksa angkat kaki dan pulang ke kampung halaman di Sabah. Yalah macam mana nak cari makan, kehadiran Mawi ketika itu menyebabkan peminat bagaikan sudah tak nampak artis AF lain. Mawi benar-benar mencetuskan gelombang tsunami populariti dunia hiburan ketika itu. Rezeki Mawi kan... Walaupun Felix pernah muncul dengan album pertama yang menampilkan lagu `berhantu’, Warkah Berlagu Pilu namun ia nampaknya tidak mampu membantu menempatkan nama Felix sebaris dengan penyanyi lelaki lain. Lama kelamaan Felix dan beberapa rakan seangkatannya terpaksa `gulung tikar’ dan pulang ke kampung halaman.
Di Sabah, khabarnya Felix masih lagi laris dengan undangan persembahan, kebanyakan acara hiburan di sana tidak pernah mengetepikan Felix. Baguslah begitu, kalau tak dapat cari makan di kota, lebih baik pulang saja ke kampung, kos sara hidup pun rendah. Tak apalah setakat dapat show sikit-sikit boleh juga menampung hidup. Kisah artis kelahiran AF `bungkus’ dan balik kampung bukan cerita baru, malah sudah ramai yang terpaksa melupakan impian bergelar penyanyi.
Jadi janganlah nak berangan apabila masuk AF ada masa depan cerah, boleh jadi sehebat Mawi, Stacy atau Mila, tengok juaranya yang lain seperti Vince, Zahid atau Faizal, apa dah jadi? Kalau juara pun boleh `lingkup’ atau sekadar suam-suam kuku, apatah lagi kalau setakat finalis, silap hari bulan, bungkus juga. Lebih menyayat hati apabila syarikat yang mengurus artis AF, iaitu Maestro Talent & Management yang diketuai Freddie Fernandez pun dah bungkus! Apa yang Raja nak bebelkan hari ini bukanlah cerita AF, Raja dah muak! Sebaliknya Raja ada kisah sedih mengenai Felix. Khabarnya, Felix melancarkan album keduanya, Aku Juga Iya yang diterbitkan D' Sulap Entertainment Sdn Bhd di sebuah kompleks membeli-belah di Kota Kinabalu, baru-baru ini. Nak jadikan cerita, seorang teman Raja turut hadir dalam pelancaran album itu. “Aku kasihan dengan Felix, pelancaran albumnya tak mendapat sambutan malah boleh kira dengan jari tetamu yang hadir, rakan wartawan pun tak nampak batang hidung. Sudahlah acara berkenaan hanya diadakan di sebuah pusat beli-belah, bila tiada orang, memang tebal muka, tapi aku tabik dengan Felix, dia tetap bersemangat. “Walaupun tetamu tak ramai, wartawan tidak hadir, acara tetap diteruskan malah Felix mengakui perjalanan seninya tidak akan terhenti di sini. Memang dulu album pertamanya, Warkah Berlagu Pilu tidak mendapat sambutan tetapi Felix tak pernah berputus asa. “Setahun jugalah Felix `bertapa’ mencari lagu yang sesuai dengan jiwa, kini dia dah boleh menarik nafas lega. Aku dapat tahu album itu juga dipasarkan di Filipina kerana Felix kerap membuat persembahan dan sudah ada peminat di sana,” kata sumber Raja. Apapun, Raja berharap Felix jangan berputus asa, percayalah rezeki tetap ada di mana-mana.
RAJA: Beberapa juara Bintang RTM dalam beberapa tahun ini pun sudah tidak lagi dengaar khabar berita.

5 Nov 2009

FILEM MAT SPY SATUKAN VOKAL ADAM, STACY



Teks Oleh Ellyna Ali
Gambar Bonie Sharif


KUALA LUMPUR, 4 NOV 2009: Bolehkah Stacy dan Adam menggegarkan dunia apabila kedua-dua artis kelahiran Sabah ini digabungkan bersama dalam sebuah lagu duet yang rancak? Inilah cuba dicetuskan KRU terhadap Stacy dan Adam yang sememangnya cukup menonjol dalam membawakan lagu serta tarian yang energetik.

Mereka kini telah digabungkan dalam lagu Menggegar Dunia ciptaan Edry Abdul Halim (KRU)yang turut diangkat sebagai lagu tema dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Mat Spy.

Stacy ketika ditemui pada sidang media pelancaran Mat Spy baru-baru ini, mengakui cukup teruja apabila dapat berduet bersama Adam menerusi lagu tersebut.

"Kebetulan ramai peminat yang selalu tanya, bila kami akan berduet bersama. Sekarang ini, peluang sudah ada. Seronok dapat bekerja dengan Adam sebab kami sama-sama berasal dari Sabah. Nak berkomunikasi pun memang tidak ada masalah. Guna bahasa sendirilah. Satu lagi dia pun satu kepala dengan saya.

"Malah, waktu kami buat pembikinan muzik video Menggegar Dunia ini, ia hanya ambil masa 2 hari saja. Sebelum itu memang kami ada buat latihan tetapi ada di antara kareografi itu yang kami hasilkan waktu pembikinan klip video itu dibuat.

"Adam buat kareografi itu bersama kumpulan penari lelakinya dan saya pula dengan kumpulan penari perempuan. Bila kami menari sama-sama, macam hendak gaduh pun ada juga. Itu yang rasa seronok tu," kata Stacy yang sentiasa happy go lucky ini.


Stacy teringin berduet dengan Chaq

Apakah Stacy sendiri berasakan gabungannya dengan Adam menerusi lagu ini telah mencetuskan sesuatu yang gempak serta dahsyat?

Mendengar soalan ini, Stacy terus terkekek ketawa. Katanya, sukar untuknya memberikan jawapan terhadap persoalan itu.

"Memanglah kalau ikut lirik, gabungan kami ini nampak meletup. Rasa nak ketawa pun ada juga. Tapi, apa yang penting sekali, ia secara tidak langsung memberikan kami semangat yang cukup hebat bila kami membuat persembahan. Mudahan-mudahan ia boleh jadi gempak di kalangan peminat kami," katanya.

Begitu pun, ini bukanlah kali pertama Stacy dipadankan dengan seorang artis lain dalam sebuah lagu duet. Sebelum ini, dia pernah digandingkan dengan Ajai untuk sebuah projek lagu persendirian.

Kemudian dengan Adam. Akan datang, Stacy teringin berduet pula dengan abangnya, Chaq yang tidak lama lagi bakal bergelar artis rakaman setelah bernaung di bawah label Wake The Baby milik komposer dan penyanyi Ajai.

"Memang saya teringin sangat nak berduet dengan Chaq. Saya harap akan ada peluang untuk saya berduet dengan dia. Sebabnya dia pun hebat menyanyi dan menari. Malah saya rasa kalau hendak dibandingkan antara kami berdua, bakat Chaq sebenarnya lebih hebat daripada saya lagi.

"Bukan itu saja, setiap kali hendak membuat persembahan, saya pasti akan berbincang serta mendapatkan pandangan daripada Chaq. Sebab, idea dia pun bagus juga. Termasuklah bila memperkatakan tentang imej dan cara berpakaian. Dialah yang selalu bantu saya. Sebab dia itu gila berfesyen dan kebetulan pun saya sendiri minat juga tentang fesyen.

"Sebab itulah fesyen saya mempunyai banyak konsep. Kadangkala nampak macam rock, kadangkala funky dan kadangkala hip hop. Tapi, asalkan nampak selesa, itulah yang saya akan pakai," kata Stacy lagi.



http://murai.com

JANGAN TIDUR LAGI & SEMI FINAL MUZIK-MUZIK

Walaupun telah diwar-warkan samada diTV3 dan akhbar, tetapi masih ramai yang bertanya tentang Semi final Muzik-Muzik. memang sepatutnya giliran Stacy pada 30.Nov, tetapi telah bertukar dengan hafiz lalu sah Stacy akan berentap di malam 13hb. November ini.
Pada yang semua ingin tahu lagi...Final Juara Lagu adalah pada 10hb.Januari 2010 ( harap tiada perubahan dari pihak Media Prima ). Kita telah menjalankan tugas kita samada berkempen dan mengundi, kali ini giliran Stacy pula menentukan lagu ini layak ke Final atau tidak kerana ianya berdasarkan persembahan, kemantapan vokal dan lagu itu sendiri. Seperti yang semua tahu, sepatutnya Stacy boleh layak dengan 2 buah lagu...tetapi apa boleh buat, lagu GAGAP yang paling kuat ( boleh jadi juara ) kerana komposisi atau susunan lagu yang baik dan segar telah dibatalkan kerana terkantoi kerana penciptanya bukan warga Malaysia.
Kita hanya mampu berdoa dan memberi sokongan pada Stacy pada minggu hadapan. Pada yang belum ambil tiket tu, harap boleh ambil sendiri ( seorang dapat 2 tiket ) kerana tiket yang kami akan dapat dari Stacy adalah terhad juga. Pada yang di luar KL, mungkin kami boleh bantu. Yang berada di Wilayah Persekutuan dan Selangor tu, harap dapat ambil sendiri. Pada yang dilar KL yang nak datang, boleh lah beri nama pada Mrs.X 016-2085693 ( tetapi kami tidak gerenti semua dapat ).
Semalam 'Jangan Tidur Lagi' bersama Misha Omar dan Siti Sarah ada juga menampilkan Stacy Frenz, tetapi JANGAN TIDUR AWAL pada rabu depan kerana 'Jangan Tidur Lagi' bersama Stacy akan keudara diTV3 pada 11 malam - KOSE

3 Nov 2009

Stacy @ Melody Vision 5 - Final Recap



Taniah Stacy

Video credited to MelodyVision

Gempak Astro @ Kuantan Parade



Fame - Stacy ft.Nadia

video credited to nadiacribs







picture credited to afiqahpink