• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

22 Okt 2009

STACY DI 'JOM HEBOH' PULAU PINANG


Berita baik pada para peminat Stacy dan ahli Stacy's Frenz yang berada di sebelah utara kerana Stacy akan beraksi secara live di Batu Kawan, Pulau Pinang sempena jelajah 'JOM HEBOH' ada kali ini. Stacy akan menyampaikan 3 buah lagu, pastinya lagu popular beliau iaitu GAGAP & PAKAI BUANG. Stacy juga akan berkolaborasi dengan kumpulan One Nation Emcee melalui lagu medley dari dendangan AKON dan CAT DE LUNA. Kolaborasi ini pastinya menjadi gandingan paling mantap dan menarik, tambah lagi lagu Akon dan Cat De Luna begitu hangat pada masa ini.

Jadi pada peminat Stacy disekitar utara seperti Perak,Perlis dan Pulau Pinang khususnya, ayuh ramai-ramai ke Batu Kawan pada 25hb.Oktober ini untuk merasai sendiri persembahan live dari Stacy dan artis-artis yang lain. Pada peminat di kawasan KL pula boleh datang ke Pulau Pinang sambil bercuti kerana kebetulan karnival 'Jom Heboh' ini jatuh pada hari sabtu dan ahad. Pada yang tidak dapat datang jangan gusar kerana anda semua boleh menyaksikan rancanagn ini melalui siaran secara langsung ahad ini pada pukul 9 malam pastinya di TV3 - KOSE

3 ulasan:

  1. saya di kedah,, mmg nk dtg..jmpe stacy!!

    BalasPadam
  2. saya di sarawak...nak dtg jgakkk...

    BalasPadam
  3. Nadya...& Ryo....datanglah ya, tengok secara live memang X sama dgn kat TV, sure u enjoy

    BalasPadam