• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

23 Okt 2009

SEMI FINAL MUZIK-MUZIK & JAMUAN KESYUKURAN



Seperti yang telah Stacy maklumkan pada 18hb lepas semasa hari ulangtahun Mrs.X, lagunya layak ke semi final Muzik-Muzik, cuma saya agak sibuk dengan kerja dan baru kini ada masa untuk menyampaikan pesanan jutaan terima kasih dari Stacy pada anda semua yang mengundi lagunya. Kalau Stacy mengucapkan ribuan terima kasih, saya pula sebagai presiden Stacy's Frenz ingin mengucapkan tahinah kerana anda semualah yang membawa lagu tersebut ke semi final. Kini tugas Stacy pula membuat persembahan sebaik mungkin untuk membawa lagu itu ke Juara Lagu.

Seperti yang yang tertera pada foto yang dilampirkan di sini, Stacy's Frenz akan mengadakan majlis meraikan kejayaan Majlis WARNA-WARNI AIDIL FITRI BERSAMA STACY & CHAQ baru-baru ini. Majis meraikan kejayaan ini adalah untuk meraikan AJK atau Urus Setia majlis yang bekerja keras merialisasikan majlis tersebut. Inilah cara kami di Stacy's Frenz, bukan hanya mengeluarkan sijil pada event dimasa hadapan, kami juga akan meraikan mereka semua sebagai pendorong pada semua agar lebih didikasdi dan bersemangat. Namun begitu, majlis ini bukan hanya untuk AJK yang terlibat saja, peminat Stacy dan ahli lain boleh juga datang, begitu juga pada para artis dan model yang sama menjayakan majlis tersebut boleh datang ke rumah Auntie X pada 3pm - 9pm. Jamuan akan kami sediakan tetapi diharapkan pada yang lain sudi bawa apa yang termampu dan kita buat secara Potluck. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Mrs.X ditalian 016-2085693.

Untuk memudahkan semua, terutama sekali pada yang tidak tahu rumah Mrs.X, bolehlah datang ke Giant Kinrara Ahad ini, pukul 1pm kerana kami akan ke sana menyokong show Chaq dan sebaik habis show tersebut, kami akan konvoi ke rumah Mrs.X. Janganlah kerana Stacy tidak ada, maka peminat tidak pula mahu datang...kerana Stacy jumaat dan sabtu ini akan berada di Sabah. Dia akan balik ke KL pagi ahad dan terus pula bergegas ke Pulau Pinang menaiki kereta bersama abangnya. Sampai saja di Stadium Batu Kawan, dia akan membuat sound check dan reheasel dan pada malamnya terus buat show dan akan kembali ke KL pada malam itu juga. Bayangkanlah betapa letihnya menjadi seorang yang bernama Stacy. - KOSE

8 ulasan:

  1. ada jamuan lg...huhuh...sedih2...tp boleh tak booked satu tiket final juara lagu...heheheh..

    kose help me..
    auntie....

    BalasPadam
  2. ryo untuk u ............boleh sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (mrs.x)

    BalasPadam
  3. Boleh bah kalau ko RYO...tul tak Mrs.X???

    BalasPadam
  4. tq kose..tq mrs.x...nga kumpul duit..harap2 stacy dpt masuk final...

    BalasPadam
  5. yeyeye...ryo nk dtg...dpt jumpa kamek...org kcg jumpa di kl..wakakaka (kak vee)

    BalasPadam
  6. hahahah...doa2 stacy masuk final k....kumpul duit lok...AJL final last year the best...this year will be the best ever...

    BalasPadam
  7. Waaa...mo ikut...Doa² ni Stacy masuk final...mo join kamuorg kasi gempaq AJL...bulih ba kan...

    BalasPadam
  8. penatnyer jdi stacy..hrp2 stacy jage kesihatan tu..klu sakit nnti lg susah plak..

    BalasPadam