• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

29 Ogo 2009

Stacy di Drama Ramadhan Sinar FM


Sempena bulan puasa ni, Stacy juga terlibat dengan drama radio 'Rendang Tok Wan' di Sinar Fm. Dalam drama radio ini Stacy memegang watak sebagai Edah seorang gadis dari Sabah yang bekerja di gerai makan Tok wan.


Sinopsis

Drama Rendang Tok Wan ini antara lain berkisarkan tentang kekeluargaan, kejiranan dan semangat bantu membantu. Tok Wan yang tinggal di kampung mempunyai sebuah gerai makan kecil. Tok Wan memang terkenal dengan seorang yang mudah mesra. Di gerai makan Tok Wan, Tok Wan memepunyai pembantu bernama Edah yang berasal dari Sabah. Edah seorang gadis cantik tetapi mempunyai tabiat bercakap laju. Bibit-bibit cinta muncul apabila Nizam, tukang menghantar makanan untuk Tok Wan jatuh cinta pada Edah dan dia tidak betepuk sebelah tangan. Apakah yang terjadi selepas itu?

Untuk mengetahui kesinambungan drama radio ini jangan lepas mengikuti setiap episod drama dari 24 Ogos 09 hingga 2 Okt 09, pada jam 7.55 pg, 8.20pg, 4.55ptg dan 5.20ptg. Siaran ulangan untuk setiap minggu akan disiarkan setiap hari Sabtu bermula 5 petang."

Kepada yang sudah terlepas sila klik sini untuk mendengari episod- episod sebelum ini.


4 ulasan:

  1. best..memang best....tak sabr dengar part stacy

    BalasPadam
  2. wakaka
    lawak la stacy kat drama rendang tok wan tu
    lajunya dia bercakap kalah kereta api
    kan bagus klu drama ni disiarkn di tv

    BalasPadam