KL, 20 SEPT 2008: Murai Batu bangga hidup di negara seperti Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum dan agama. Sikap saling menghormati dan faham dengan budaya lain memang kita puji, macamlah dua penyanyi handalan, Stacy dan Nikki.Murai Batu dapat tahu, walaupun mereka bukan beragama Islam, mereka tidak ketinggalan belajar berpuasa kerana sering bercampur gaul dengan rakan-rakan Muslim dan kerap diundang ke majlis berbuka puasa di sana-sini membabitkan anak seni.Ketika bertemu Stacy dalam satu majlis berbuka puasa, baru-baru ini, kawan Murai Batu yang duduk semeja dengan Stacy pun bertanya tentang perkara itu selepas mendengar khabar angin mengenainya."Ya, memang betul Stacy belajar berpuasa tapi bukanlah puasa penuh lagi. Stacy belajar puasa setengah hari dulu dan bercadang untuk puasa penuh pula selepas ini," katanya.Tidak kisahlah tu, ia membuktikan Stacy peka dengan suasana di sekelilingnya dan tidak makan di depan kawan-kawan Muslim yang berpuasa. Dulu ketika masih kecil pun Murai Batu pun sama juga, puasa separuh hari ajer sebelum belajar puasa penuh ketika masih di sekolah rendah.Jadi di sini Murai Batu berharap mereka yang sewajibnya berpuasa jangan ponteng dan pemalas. Kalau budak-budak dan artis bukan Melayu macam Nikki dan Stacy pun boleh berpuasa, kenapa kita yang dewasa pula nak ponteng tanpa sebab yang dibenarkan. Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri...
MURAI BATU: Kalau puasa cukup, nak raya pun rasa tak bersalah.TEKS DAN PHOTO DI PETIK DARI MURAI.COM - KOSE
MURAI BATU: Kalau puasa cukup, nak raya pun rasa tak bersalah.TEKS DAN PHOTO DI PETIK DARI MURAI.COM - KOSE
Tu lah makin syg kat Stacy ni...bukan saja ramah dan rendah diri...hormat kat agama lain...SAAAAAYANG STACYYYY, tq En.Kose siarkan cerita ni, kami baru...Xtau semua ni
BalasPadamStacy memang baik...chaiyok...chaiyok...hah, kalau yg lain tu X puasa.harus malu dgn Stacy ha X 3
BalasPadamwah, stacy berpuasa, ini yg makin sayang kat stacy
BalasPadamharap stacy kekalkan sikap sebegini ya
luv u so much
skang ni xde sape2 ke nak update fb stacy..? btw yg mane satu sbenarnyer official facebook stacy angie..klu x silap ade tiga fb stacy ade ..haha..klu dah update nnti..notice lah kat sume org yg mne satu eh..tq! wlpun bkn stacy sendiri yg handle..enkose jer lah yg update kan..hehe..
BalasPadamKenangan bah waktu ni...sedih pulak
BalasPadamStacy ni memang baik tu yg peminat syg kat dia. Dia tahu menghormati bangsa dan agama yg lain, syabas teruskan begitu.
BalasPadam