• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

18 Ogo 2009

STACY ADALAH STACY, BUKAN AGNES MONICA




LIHATLAH FOTO DI ATAS, STACY TIDAK MALU DAN TIDAK MENUTUP MULUTNYA, MALAH MEMBUKA MULUT UNTUK MENUNJUKKAN BARISAN GIGINYA YANG BERTINDIH.DIA JENIS ORANG YANG MENGHARGAI CIPTAAN

.
Stacy adalah Stacy, janganlah hendak disamakan atau dibuat perbandingan dengan Agnes Monica. Siapa Agnes Monica? dan siapa pula Stacy? Agnes Monica adalah seorang penyanyi popular di Indonesia yang telah bertahun mengasah bakat dan berkecimpung dalam bidang nyanyian. Stacy pula bintang yang sedang naik dan tengah berkilau dipersada seni Malaysia dan baru setahun lebih di arena nyanyian. Jadi adilkah jika dia dibuat perbandingan dengan Agnes? Stacy sendiri pernah menyatakan dibeberapa buah majalah yang dia mahu terkenal atas bakat dirinya dan bukan dibayangi oleh mana-mana artis. namun begitu, walau Stacy baru setahun jagung, tetapi impak kehadirannya dipersada seni Malaysia bagaikan dah bertahun.

Ya,sesungguhnya walaupun baru setahun lebih dipersada seni, bakat dan kemilau bintang Stacy sangat menyerlah. Beliau juga bukan seorang yang puas dengan yang ada. beliau masih lagi ingin belajar dan memajukan diri terutama memantapkan suara dan persembahan. Melagakan dan membezakan artis lain dengan Stacy adalah cara yang tidak baik dan kelak akan menimbulkan isu. Ini bukanlah sesuatu yang sihat. Biarlah Stacy dengan caranya dan diliganya sendiri,yang penting dia masih terus berusaha untuk maju, itu sudah cukup. Lainlah kalau dia ini jenis yang malas dan tidak mahu berusaha memantapkan vokal dan mutu persembahan.

Ramai yang menyarankan Stacy belajar bahasa Inggeris. Stacy sebenarnya sedang dalam proses memantapkan bahasa tersebut dan bukan tidak tahu langsung. Kalau anda review balik setiap tugasan yang dia kena menyanyi lagu inggeris, dia tidak pernah dikomen tentang masalah sebutan ( pronunciation or diction ). Malah pelajar lain selalu ditegur kerana masalah sebutan walau pun mereka hanya sekali sahaja pernah mendapat tugasan lagu dalam bahasa Inggeris dan ada pelajar lain yang terselamat dari tugasan lagu Inggeris. Dalam sejarah AF 1-7 selalunya pelajar dapat tugasan dalam bahasa inggeris sekali sahaja, tetapi Stacy terpaksa mempersembahakan 3 buah lagu Inggeris sepanjang beliau berada di Akedemi. Mungkin sebab ramai yang baru kenal Stacy, maka mereka tidak tahu tentang ini semua.

Tentang saranan memperbaiki gigi pula bukanlah perlu. Biarlah Stacy dan giginya menjadi identiti. Semasa dalam AF pun AC pernah bertanya apa yang seksi pada Stacy? dan jawab Stacy...Gigi. Jadi, perlukah kita hendak mengubah ketrampilan Stacy? Gigi itu mengkin gigi tuah. Perlu saya jelaskan disini, ada beberapa kes yang gigi menjadi punca kelebihan dan kekurangan suara kita. Sebagai contoh, orang yang giginya rongak atau rompong di hadapan, akan mempunyai suara yang pelik kerana bila bercakap, angin banyak keluar dan kadangkala ludah pula yang lebih. Penyanyi Ayu sendiri pernah disarankan untuk meratakan giginya, tetapi doktor menasihatkannya agar tidak melakukan itu kerana akan menjejaskan suaranya yang bagus itu.

Di sini, bersempena tarikh sebenar hari lahir Stacy, saya sebagai Presiden Stacy's Angie frenz memohon agar semua peminatnya janganlah terlalu meminta banyak sangat dari Stacy sehingga dia keletihan, tension atau tidak tahu apa yang dia perlu buat kerana satu pihak hendak dia macam ini, dan ada pihak lain pula minta dia macam itu. Begitu juga dengan jadual Aktiviti Stacy, bukan semua kami boleh update dan paparkan. Sebagai contoh, ada beberapa Syarikat atau company tidak mahu majlis mereka diwar-warkan samada meraikan staff atau meraih kejayaan syarikat. Bayangkanlah kalau syarikat DHL hendak meraikan Staffnya tetapi kami umumkan di sini, lalu peminat menyerbu ke tempat tersebut pada hari dan masa yang kami berikan. Ada pula kerabat diraja menjemput Stacy sempena hari istimewa mereka dan sebagainya, sudah tentu kami tidak boleh siarkan. Oleh itu, jamganlah menyindir disebelah sana dengan ayat "KATA STACY BANYAK SHOW...TAPI DALAM JADUAL SIKIT SAJA?". Ini adalah contoh peminat yang tidak baik dan sebenarnya berpura-pura masuk minat tetapi menghentam secara halus. Kalau dia benar-benar minat, dia akan faham dan kalau tidak fahampun, diam sajalah atau bertanya, bukannya menyindir begitu.

Ada yang mempertikaikan jadual yang kami letak diaktiviti Stacy. Sebagai contoh, tarikh pengembaraan di Jakarta lain dari tarikh sebenar. Perlu semua faham yang kadang jadual shooting bukan mesti tepat. Fikirlah secara logik, kadang terpulang pada keadaan hujan kah...ribut kah. Kalau pada tarikh tu ada Bom di jakarta, takkanlah mahu dibuat pada tarikh itu. Botom line nya....atau pokok pangkalnya, kita harus bersyukurlah segala ini telah disediakan oleh AJK dan orang yang tidak bergaji dan membuang lebih masa dalam hidup mereka untuk semua. Tuhanpun suka orang yang tahu bersyukur. Janganlah mempertikaikan sesuatu itu, kerana everything happen with reason. Kalau kita faham konsep ini, kita tidak akan bertanya, kerana secara automatik kita berfikir dalam cara yang wajar, sebagai contoh...'oh Stacy kena pergi cepat kot kerana dia tiba-tiba dapat show yang dengan bayaran yang lumayan di Brunei'. Ada pula yang kata kami ini lebih sudu dari kuah. Semestinya kami kena lebih...Tagline Stacy pun "ALAMAK TERLEBIH SUDAH". Haruslah kami lebih, dan kami bukan lebih tidak tentu pasal, kami dekat dan rapat dengan Stacy, maka kami lebih tahu tentang dia. Kalau anda peminat setia, mengaa harus mengugut kata nanti peminat Stacy lari baru tahu. Amboi!! siap ugut lagi. Sebenarnya, kalau peminat yang baik, mereka tidak mengugut begitu. Peminat artis ni semakin hari semakin bertambah tahu tak?. Kerana bila ada kanak-kanak membesar dan tahu erti lagu, mereka akan minat, jadi kiranya satu peminat pergi, beratus datang. Stacy bernaung di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn.Bhd, mereka tahu apa yang terbaik untuk Stacy dan Stacy pula jenis yang suka belajar dan memperbaiki diri.

Kita kurang mahir dalam bidang hiburan ini, biar orang yang berpengalaman di Astro yang tahu selok belok hiburan yang memberi panduan pada Stacy, kita sokong dari sini pun sudah membuat Stacy gembira. Mereka dah merancang perjalanan dan aktiviti Stacy dan mereka memang berpengalaman mengendali artis-artis AF yang berjaya dan popular seperti Mawi dan Mila. Ada banyak contoh yang mereka bukan berdiam diri. sebagai contoh, sebaik kelaur dari AF, mereka masih menghantar Stacy ke kelas Vokal walaupun suara Stacy sudah bagus. mereka juga menghantar Stacy ke kelas tarian dengan cikgu Linda dan kelas lakonan. Single pula diatur satu demi satu keluarannya dan tidak dikeluarkan sekali semua. ini strategi, mereka hendak nama dan lagu Stacy berkumandang di corong radio dan tv dari masa ke semasa. Sebagai contoh, selepas 'AKU STACY', mereka menghantar 'GAGAP' di stesen-stesen radio dan mencalonkan di Muzik-muzik. setelah lagu tersebut sejuk, mereka hangatkan lagi radio dan tv dengan menghantar lagu 'PAKAI BUANG' dan kemudian lagu 'CERAH'.What's next? tentulah duet Stacy bersama Adam, tetapi janganlah mendesak, pihak Astro tahulah kerja mereka dan bila tarikh yang sesuai. Apa-apa pun terima kasih atas sokongan semua, saya tahu peminat Stacy setiap hari bertambah...kerana mereka menghargai bakatnya dan sikap merendah dirinya. - KOSE

26 ulasan:

  1. salam kenal ^^!
    warm greeting from Bali island

    BalasPadam
  2. sokong 100% statement en kose..

    BalasPadam
  3. aku pun setuju 200%...hehe..
    kadang2 aku pun rasa geram tgk komen2 yg persoalkan stacy..suruh dia itulah inilah..kesian stacy.dia pun ada perasaan..biarlah dia jadi diri sendiri n buat ape yg dia suka..^^kepada peminat2 yg mengaku sygkan stacy so haruslah terima stacy apa adanya..peace yo..

    BalasPadam
  4. Agree dgn en Kose...terima STacy seadanya. Kadang2 permintaan yang keterlaluan menyebabkan stacy sendiri x tahu mana hendak dipilih..biarlah pilihan itu Stacy yang buat. Lagipun dia ada manager dari Astro sendiri yg akn mengatur jadual dan penampilannya. Saya percaya Stacy nih jenis bekerja keras dan sentiasa ingin belajar..don't worry. Kita sokong dier seadanya, MOga kejayaan terus bersama STacy..

    BalasPadam
  5. betul tu..jgn lah di tambah stress d kepala stacy..she is still young let her grow and shine in this music industries with harmony..PEACE!! you go girl!

    BalasPadam
  6. apa pun biarlah stacy jadi diri stacy sendiri walau d mana jua stacy berada...GOD bless u...
    harap stacy leh kembangkan syap smpi luar negara...AMEN

    BalasPadam
  7. yeah! tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi...go stacy!!

    BalasPadam
  8. Stacyyyyy...
    cian ko..
    muda2 lgi dah susa mcm ni..
    hurmmmm....
    apa yg Stacy rasakan baik tuk Stacy...
    so pilih la yg terbaik tu...
    kdg2 pmnat tu sbnrnya ambl berat psl Stacy...
    tpi cara dorg ni salah...
    so..dun wurry...your FANS always SUPPORT what ever u do...
    (btul ka ayt aku tu?)
    wakakaka..

    BalasPadam
  9. i love u as u are.u re fabulous!tak hypocrite, and give ur best on stage.the teeth is ur identity.kalau stacy betulkan gigi, u will never be as u re.

    BalasPadam
  10. HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM...

    BalasPadam
  11. Hi dan Salamz tuk sume, sadly to say that lately there are too many comments on Stacy's personal appearance. We all should be supporting her bcoz of her talent right? As her fan, we can expect her to perform at her level best all the time but remember we dont own her. She has every right on what to do, what to wear and which part to take in her career. We can only wish she will do the right things and let us pray and hope that she will be guided by people that can help her to showcase her true and pure talent on a bigger scale. Peace.

    ciput.

    BalasPadam
  12. congrat Stacy on your new award "Most outstanding young Person"..kak baru baca d blog http://headhunters89.blogspot.com semoga kerjaya stacy bertambah menyinar & mendapat lebih pengiktirafan di masa masa akan datang..Amin..

    Dari ur fanatic fan
    pastel_bo@ kak Rose

    BalasPadam
  13. I agreed with En.Kose, biarlah Stacy menjadi dirinya sendiri, kita X perlu suruh dia ubah gigi atau pun menjadi Agnes Monica. Dia bakal pelapis utk Anita Sarawak dan bukan pengganti kerana setiap seorang tidak sama dan tidak ada pengganti...sama seperti Tan sri P.Ramlee. Apa2 pun Stacy THE BEST on her on ligue and I believe she'll be famouse in Asia one day. To SFC, thanx 4 support Stacy and I will support from behind.

    BalasPadam
  14. Setuju, Stacy bukan Agnes dan Agnes bukan Stacy, setiap org ada kelebihan dan kekurangan, begitu juga dgn Stacy. Meminta itu dan ini walau sekadar pendapat akan membebankan Stacy. kalau syg dia, jgn beri tekanan dgn mencadangkan itu dan ini, biar dia menjadi dirinya sendiri dan saya pasti dia tahu apa yg terbaik utk dirinya - REZA

    BalasPadam
  15. Saya setuju sangat dgn apa yg En.Kose kata tu. Stacy ni jenis yg sentiasa ingin memajukan diri dan belajar dari kesilapan. Biar tidak kenal dia dari dekat, tapi kesilapan FFM last year dia perbaiki pada tahun ini. Kita X payah l nak mengajar dia suruh pergi kelas inggeris la, suruh tingkatkan usaha lah, kerana setiap insan ingin maju, mana ada yang nak mundur, X payah lah suruh dia berusaha, dah tentu dia jenis yg berusaha. lagi pun jgn suruh dia itu dan ini, kita sokong saja, dia ada manager dan syarikat yg tempat dia bernaung. mereka ini lebih tahu bidang hiburan lebih dari kita so mereka tahu lah apa yg harus dibuat atu terbaik utk Stacy...korang yg terlebih sangat minta Stacy jadi mcm tu...jadi mcm ni, nanti Stacy X tahu apa yg harus dibuat.

    BalasPadam
  16. one thing i like abt stacy. she always be herself. improving self time to time. stacy dont ever give up and we will nnot give up on u.
    God Bless.

    BalasPadam
  17. GO STACY GO!!! PEMINAT SETIA STACY XKAN KEMANA2... KAMI MENEGUR PN KRN KAMI SAYANGKAN STACY. NAK DIA JD LEBIH BAIK & LEBIH MAJU. ORG KATA KLAU KITA SYGKAN ORG TU TEGURLAH KESILAPANNYA, BUKAN BIARKAN BGT SAHAJA... SO KAMI MENEGUR KRN KAMI BETUL2 SAYANGKAN STACY. AMBIL LAH MANA TEGURAN YG BAIK & IGNOREKAN SAJA MANA YG RASANYA X SESUAI... SY SETUJU DGN EN KOSE SPY X MEMBANDINGKAN STACY DGN AGNES... STACY IS STACY!!! NOT ANYONE ELSE... HIHI!

    STACY... JUST BE YRSELF, MANTAPKAN TARIAN & SUARA (PLG PTG... ) TARIAN TU X FACTOR STACY... TARIAN MANTAP, KREATIF PASTI STACY BOLE PERGI JAUH... PEMINAT SEMESTINYA MENANTIKAN KEMUNCULAN STACY DGN TARIAN & CORAK PRSMBHN YG MANTAP! LAST SEKALI JAGALAH PENAMPILAN... BE URSELF BUT SESUAIKAN SGN SITUASI... STACY SORANG COMEL KEKALKAN IMEJ SEBEGITU... COZ THAT'S WHY WE LOVE HER... SHE SO CUTE & SO NATURAL!!! THANKS TO STACY FRENZ ATAS KERJA KERAS KORANG SUMER... TABIK SPRING KAT KORANG!!!

    BalasPadam
  18. GO STACY GO!!! PEMINAT SETIA STACY XKAN KEMANA2... KAMI MENEGUR PN KRN KAMI SAYANGKAN STACY. NAK DIA JD LEBIH BAIK & LEBIH MAJU. ORG KATA KLAU KITA SYGKAN ORG TU TEGURLAH KESILAPANNYA, BUKAN BIARKAN BGT SAHAJA... SO KAMI MENEGUR KRN KAMI BETUL2 SAYANGKAN STACY. AMBIL LAH MANA TEGURAN YG BAIK & IGNOREKAN SAJA MANA YG RASANYA X SESUAI... SY SETUJU DGN EN KOSE SPY X MEMBANDINGKAN STACY DGN AGNES... STACY IS STACY!!! NOT ANYONE ELSE... HIHI!

    STACY... JUST BE YRSELF, MANTAPKAN TARIAN & SUARA (PLG PTG... ) TARIAN TU X FACTOR STACY... TARIAN MANTAP, KREATIF PASTI STACY BOLE PERGI JAUH... PEMINAT SEMESTINYA MENANTIKAN KEMUNCULAN STACY DGN TARIAN & CORAK PRSMBHN YG MANTAP! LAST SEKALI JAGALAH PENAMPILAN... BE URSELF BUT SESUAIKAN SGN SITUASI... STACY SORANG COMEL KEKALKAN IMEJ SEBEGITU... COZ THAT'S WHY WE LOVE HER... SHE SO CUTE & SO NATURAL!!! THANKS TO STACY FRENZ ATAS KERJA KERAS KORANG SUMER... TABIK SPRING KAT KORANG!!!

    BalasPadam
  19. HA..APE LG KORANG..BG SEMANGAT JE PUN X GUNE..VOTELAH LGU STACY DICORONG2 RADIO..TV..PENAT JER ASHA UPDATE HARI2 C30 ERA..DAH WAR2 KAN TP CAM X BERHASIL SBB RESULT DIE SIKIT SGT KDG2 MENURUN..KLU ASHA SORANG JER YG VOTE X CUKUP..(bkn ckp org lain x vote yeh..)SO COME ON GUYS..WAH..HEHE..STACYFRENZ CAN DO IT!! =]

    P/S asha xbermaksud org lain x vote..tp sikitlah org yg vote tu klu x mesti dah naik tggi lgu tu..asha rase semangat sfc nak undi tu dah smakin hilang..jgn marah ye enkose..sye ikhlas ni supprt stacy..mmg kdg2 kite pokai, tp xpelah sorang dpt vote dua kali sehari pun dah ok..xpun 5 kali smggu..hehehe.. peacee! :]

    BalasPadam
  20. semangat sfc tak mcm dulu..kite kena bersemangat balik..yeah!luv stacyfrenz...

    BalasPadam
  21. bersatu teguh bercerai roboh... kekadang tu teguran kerana sayang... teguran yg xbest tu xyah ambik perhatian...mungkin terlalu sayang so terlalu ambil berat... maaf andai ada yg terOVer buat teguran..

    from org jauh

    BalasPadam
  22. lax ba kamurg....
    jgn mo bagaduh 1 fans....
    TAKKAN CUMA PERKARA NI JA DAH BOLEH JEJASKAN HUBUNGAN ANTARA STACY ANGIE FRENZ...?
    MANA PERGINYA PERPADUAN?
    MANA PERGI KEDAMAIAN?
    MAAFKAN SAYA KALAU ADA TERSILAP ATAU TERKASAR BAHASA....
    ALMAKLUM LA...NAK PUASA DAH NI...
    SO..KITA BERMAAF-MAAFAN LA STACY ANGIE FRENZ..
    TAKUT NANTI TAK SEMPAT NAK MINTA MAAF........
    STRACIE ANGIE @ STACY ALWAYS IN MY HEART...!!!!
    YOU GO GIRL...

    BalasPadam
  23. kalau nak tau jen start minat stacy masa kat gangstars besama kump evoke...so sampai skrg bertambah minat n menerima stacy seadanya.sebagai fans, kesian kat stacy coz bertungkus lumus membuat yg terbaik wat fansnya.so sbg fans kita mendoakan agar stacy terus berjaya.....love u stacy...muaahhh!!!

    BalasPadam
  24. stacy tak perlu ubah apa2.. stacy dh sangat2 cute.. tak perlu ubah apa2.. suka , minat n sayang stacy seadanya.. muahxxxx.. love stacy n saf forever..........

    BalasPadam
  25. menurut kalian perbandingan stacy sama 3 diva(kd, titi dj, ruth sahanaya) bagus yang mana dari segi kualitas dan popularitas?

    BalasPadam