• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

21 Ogo 2009

KENANGAN RAYA STACY

Sempena ketibaan Ramadhan dan kemudian bakal menjelang Raya, entri kali ini mengimbas kembali kenangan Raya Stacy. Ialah...peminat Stacy semakin hari semakin bertambah. Ada yang telah mengikutinya sejak mula masuk AF, ada yang mula meminatinya sejak dia jadi Juara dan ada pula yang meminatinya sejak lagu-lagunya tersiar di radio dan TV. Perlu ditegaskan di sini, peminat ada dua kategori. Ada yang minat ekspress sejak nampak dia di AF dan ada yang tidak minat tetapi minat pada lagunya barulah mengikuti perkembangannya.

Diawal kemunculan Stacy, perjalanan seninya agak perlahan. Ramai yang tidak yakin lagi pada Stacy walaupun dia Juara AF6 kerana pada fikiran mereka, bukan semua Juara menonjol dan berjaya di luar AF. Sememangnya betul, ada contoh yang kita semua sedia maklum cuma tidak payah disebut. Kesukaran utama adalah mencari penaja baju. Ramai yang tidak mahu beri kerjasama. Macam-macam alasan kata tidak ada saiz la kerana badan Stacy kecil, baju-baju mereka khas untuk orang tinggi macam Aleeza Kassimlah, dan ada yang kata pesonaliti Stacy yang suka nyanyi rancak tdak sesuai dengan konsep baju mereka yang anggunlah. Kini suasana berbeza, sekarang yang dulu beri bermacam-macam alasan balik cari saya bertanya kalau Stacy perlu pakaian untuk Shooting atau Fotografi. Bukan main lagi, dulu sombong sangat. Walaupun demikian, saya tetap tolak dengan berhemah dan tidak mahu pulangkan buah paku keras pada mereka.

Mungkin ada yang ingat dan ada yang lupa serta ada juga yang tidak tahu langsung kemunculan Stacy pertama kali di TV3 adalah rancangan SAMPAIKAN. Konsep rancangan ini, artis atau selebriti popular membacakan kad-kad ucapan Raya peminat. Disamping membaca, artis akan menyampaikan lagu Raya dan lagu baru mereka. Stacy telah diberi penghormatan menyerikan majlis ini bersama artis lain antaranya Mila, Dafi, Aliff Aziz dan ramai lagi. Oleh kerana konsep rancangan ini siaran langsung, maka kebanyakkan artis selepas menyanyi terus balik ke kampung masing-masing. Maka tinggallah Stacy menjadi modal untuk memeriahkan rancangan tersebut. Memang hebatlah peluang yang ada, Stacy balun beberapa lagu Raya yang antaranya 'Indahnya Beraya Di Desa' dendangan Azlina Aziz...comel Stacy dengan lagu ini.

Ada kisah disebalik rancangan SAMPAIKAN 2008 itu. Oleh kerana Stacy tidak mendapat penajaan baju, dan beliau sendiri tidak ada baju Raya selain yang dipakainya semasa Maulidul Rasul di AF6 dulu, maka saya dan Laura terpaksa mencari baju untuknya. Ya la...siapalah Stacy pada masa itu...kan. Cari sana, cari sini, call butik sana...call butik sini, sama saja jawapannya, hampa. Masa telah pendek...malam Raya telah bermula dengan takbir Raya di sana-sini dan tinggal 3 jam lebih sahaja rancangan bermula. Setelah berbincang dengan Laura dan Cherry, akhirnya saya cadangkan ke Masjid India, cari baju ekspress yang telah siap. Mulanya Stacy hendak ikut, tetapi saya larang atas alasan keselamatan. Lalu berkejarlah Laura dan Cherry sekali. Oleh kerana Stacy tidak ada, badan Cherrylah yang jadi pengukur kami. Memang baju kurung itu cantik dan sesuai pada Stacy walau bukan ditempah Khas. Kalaulah pemilik gerai tahu yang Stacy memakai baju jualan dari gerainya, mesti dia gembira atau pengsan heh heh heh. - KOSE

STACY TIDAK LUPA MEMBERI UCAPAN RAYA MELALUI KAD UNTUK PEMINAT BLOG

KAMI JUGA MENGATUR SESI FOTOGRAFI RAYA KHAS UNTUK TATAPAN PEMINAT STACY DI BLOG INI DAN JUGA UNTUK LATAR MAJLIS RAYA STACY BERSAMA STACY'S FRENZ. ANTARA YANG DATANG LIANA, ANN REEN DAN PYRO SEBAGAI JURUGAMBAR...MANAKALA AKU YANG ADA PENGALAMAN MODEL MENJADI CO-ORDINATOR UNTUK MEMBERI GAYA ATAU POSE PADA STACY KERANA MASA MULA KELUAR AF, DIA MASIH KAKU BERGAYA DIDEPAN KAMERA.
STACY SEMASA MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KEMUNCAK AIDIL FITRI

POSTER REKAAN SAYA UNTUK LATAR PENTAS MAJLIS RAYA STACY BERSAMA STACY'S FRENZ





13 ulasan:

  1. terharu nya kose, awak dah imbas balik kisah lama .... semua yang ada dekat stacy skrg ibarat angle. teruskan .... i love stacy

    BalasPadam
  2. Terharu dan nak nangis la pulak bila baca kisah ni, Stacy tak jemu berusaha dan SFC pulak tidak patah semangat sokong dia, teruskan bersama Stacy, saya support dari belakang.

    BalasPadam
  3. memang terharu sangat...
    tapi lihat la hasilnya skrg...
    klu dulu byk sgt hlgn...
    mgkin itu la p'mulaan bt Stacy n Stacy Angie Frenz...
    Hope p'galamn lalu m'bri p'ajrn bt Stacy n Stacy Angie Frenz....
    HIDUP MESTI DITERUSKAN

    !!
    hhoho

    BalasPadam
  4. MEmang terharu bila ingt kisah tu..sebab tu teruskan perjuangan and keep supporting stacy..hope pengalaman itu menjadikan kita lebih bersyukur dengan apa yg kita ada pada hari ni..don't worry..what ever it is, even though i'm not with u all at tat time (ms tu skong dr jauh..voting n so on jak) will supporting stacy alwaysss....

    BalasPadam
  5. Sedihnya baca, pengalaman pahit buat Stacy dan kelabnya semakin maju...bagus...dan syabas teruskan usaha ya

    BalasPadam
  6. saya dari dulu dan sampai bila2 akn tetap sokong stacy. mmg sedih kan, dulu takda sape pun pandang stacy:(...sekarang sumenya mau rebut2 atja baju stacy:)...tapi itula namanya kehidupan. stacy boleh berjaya sebab dia penah merasa melalui jalan yg susah dan berusaha utk mencapai apa yng telah dia miliki sekarang ni. tima kasih gak pada en kose yang telah bersusah payah mencari baju raya utk stacy:). saya tgk program sampaikan tu, mmg cumil sgt stacy pakai baju tu. pandai en kose pilih:)

    BalasPadam
  7. Tersentuh hati bila baca pengalaman lalu Stacy dan kelabnya, saya Xtau semua ni kerana masa AF busy dgn SPM dan X berapa kisah dgn kemunculan Stacy. Tapi sejak dengar lagu gagap, baru mula minat Stacy. Baru cari websitenya dan nak ketahui hal2nya. Tulislah lagi apa2 kisah tentang Stacy, menarik sungguh. Mungkin Kose yg dekat dgn Stacy boleh ceritakan kat sini isi hati Stacy sendiri dan segala kegemarannya. _ IDA

    BalasPadam
  8. Ketabahan Stacy dan kesabaran kelab peminatnya kini dah menampakkan hasil, teruskan usaha, kamu semua sudah buat yg terbaik. memang sedih bila baca perjalanan Stacy untuk sampai ke hari ini, harap stacy X lupa diri - Laila

    BalasPadam
  9. Aduhh..Stacy..terharu & sedih sgt bila baca artikel En. Kose ni...masa sampaikan raya tv3 2008 tu sy ade tgk coz ade stacy..terdetik di hati baju hitam yg stacy pakai tu ditaja ke? baju stacy sendiri ke? or hadiah dr fans..baru ari ni tahu cerita sbnar..but watever sy tetap akn trus mykong stacy.hope stacy akan terus sukses dlm karier, ingat Tuhan dan jgn pena lupa diri..bangga sgt dgn kejayaan yg stacy kecapi hari ni..luv stacy & stacy angie frenz so much..
    - Cornetto -

    BalasPadam
  10. X setuju dgn komen siPeminatStacy tu, Xde pun tengok En.Kose nak minta dipuji? bagus lagi dia ceritakan zaman permulaan stacy, ramai yg X tahu kerana kita masuk sini dan minat dia setelah dia jadi juara. harap En.Kose ceritalah terus, lagipun tiap hari Xde berita lain pasal Stacy, buka blog ni...pic yg sama cerita yg sama dah dua tiga hari diletak - AMIRUL

    BalasPadam
  11. i love stacy since she was in af6.its okay stacy, kejayaan bermula dgn kepayahan kan itu lebih manis.=)

    BalasPadam
  12. i love stacy since she was in af6.its okay stacy, kejayaan bermula dgn kepayahan kan itu lebih manis.=)

    BalasPadam
  13. Betul2 kenangan bah waktu tu
    hikss ... tersedih sudah ni :-(

    BalasPadam