Saya sengaja ulang balik kenyataan saya ini kerana ramai sangat yang tidak faham format Muzik-Muzik. Bila kita di dalam industri seni, kita tahu lebih dari orang lain yang tahu luaran sahaja. Setakat ini lagu "PAKAI BUANG" berada dalam carta selama 10 minggu dan Khamis ini akan 11 minggu, bererti lagi seminggu lagu ini layak ke semi Final. Walau bagaimana pun, teruskan mengundi dan terima kasih atas undian anda - KOSE
Walaupun baru dicalonkan, lagu "AKU STACY" terus melonjak ke No.6...tahniah pada yang mengundi. Ramai yang tidak faham lagi Format Muzik-Muzik dan tidak puas hati mengapa bukan No.1. Sebenarnya kedudukan no.6 selepas baru dicalonkan adalah kira terbaik kerana ada lagu yang berada di No.19 di minggu pertama selepas pencalonan. Sebenarnya "AKU STACY' tidak perlu juara setiap minggu, tapi kalau No.1...itu sudah bagus. Sekaranglah masanya untuk mengundi kalau kita mahu tengok Lagu "AKU STACY' berentap di JUARA LAGU.
Lagu "AKU STACY" kalau pun tidak juara tiap minggu, tetapi harus berada selama 12 MINGGU atau 3 BULAN dalam carta ( dimana-mana kedudukan sekali pun ) untuk layak masuk ke Semi Final. Bermakna, tugas kita sebagai peminat yang akan membawa lagu ini ke Semi Final dgn cara mengundi dengan menaip MM (JARAK ) A384 dan hantar ke 33399. Bila dah lagu ini layak ke Semi Final, itu tugas Stacy pula buat pesembahan yang terbaik untuk melayakkan lagu "AKU STACY" ke Final JUARA LAGU. Bayangkan, tidakkah anda merasa bangga bahawa andalah salah seorang yang bertanggungjawab membawa lagu ini ke Semi Final Juara Lagu atas usaha anda mengundi lagu tersebut, terima kasih atas sokongan anda semua. - KOSE
Stacy - Aku Stacy
Lidah kukelu dan minda ku membeku Semangat kuhilang entah ke mana Dari pagi sehingga malam datang menjelma Congak posisi diri
Macam-macam cara tuk kulepaskan raga Dari berterusan ku disakiti Engkau yang belagak bagai raja di istana Jadikan ku sang abdi
Mau saja…aku melepaskan diri dan terus berlari Boleh saja…kata hati yang berbisik meracuni Boleh saja …ku turutkan kata hati yang ingin mencuba Gagal lagi…kamar ku sedia terkunci
Difikir-fikir mengapa harus takut Sedang asalnya ku yang berkuasa Biarpun aku Stacy bukannya permaisuri Harga diriku tinggi
Engkau sekadar datang menumpang saja Telah terbongkar sifatmu pendusta Engkau yang belagak bagai raja di istana Jadikan ku sang abdi
Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berlari Boleh saja…kata hati yang berbisik meracuni Boleh saja…ku turutkan kata hati yang ingin mencuba Gagal lagi…kamar kusedia terkunci
Umpama perang Umpan perlu dikorbakan Demi mencapai maksud dan tujuan oh… Perasaanku terpaksa menjadi taruhan Akhir nanti engkau akan pasti aku tawan
SILA TINGGALKAN KOMEN KALAU ANDA TELAH SMS/VOTE LAGU "AKU STACY" SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT DAN GALAKKAN PADA RAKAN STACY YANG LAIN.
Kelmarin, bertempat di rumah Stacy, beberapa orang AJK telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara sempena majlis hari lahir Stacy yang akan berlangsung kelak. Pada hari itu juga telah berlangsung sesi photoshoot untuk Majlis hari lahir itu.
Malam tadi berlangsungnya Anugerah Shout Award di Bukit Jalil.Walaupun Stacy tidak dapat hadir kerana terikat dengan latihan untuk Anugerah Planet Muzik di Jakarta tetapi usaha keras stacyfrenz dan pengundi pengundi lain telah menganugerahkan kemenangan kepada Stacy melalui kategori Best Popstar Award. Tahniah.
PERASAAN gembira bekas juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Stacy, gembira bukan kepalang saat mendapat tahu dirinya tercalon dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) buat pertama kali menerusi dua kategori iaitu Artis Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular.
Apalagi anak kelahiran Sabah ini diberi peluang untuk menunjukkan kehebatannya di atas pentas APM2009 dengan membawakan lagu medley dari albumnya sendiri. Namun rasa teruja itu terbantut pula apabila mendapat tahu persembahan rancak Stacy itu akan diadakan tanpa penari-penarinya.
Pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam ini terpaksa membuat keputusan sama ada menyanyi tanpa penari ataupun menyanyi dengan iringan penari-penari dari seberang. "Saya faham, untuk membawa artis-artis Malaysia, kami dikehendaki membuat permit dahulu dan membawa penari-penari saya yang ramai mungkin akan meningkatkan kos.
"Saya ada masa sebelas hari lagi dan dari segi persembahan tarian, saya masih di jalan yang buntu. "Sebelum ini, apa-apa persembahan sekalipun, saya tetap akan membawa penari-penari saya kerana kami sudah mempunyai keserasian bersama. "Tidak untuk kali ini.
Saya kena bertindak pantas dan fikirkan cara terbaik untuk buat latihan bersama penari-penari dari seberang kerana saya akan tiba di sana dua hari sebelum APM 2009. "Dah tentu kami tidak punyai masa yang banyak. Ada yang bercelaru pula persembahan saya, tak fasal-fasal saya merosakkan imej negara kita," ujarnya.
Beritahu Stacy lagi, jika nyanyiannya dipersembahkan tanpa penari-penari, ia akan mencacatkan persembahannya memandangkan lagu-lagu yang dibawakan penyanyi genit ini rancak. Tambah pula, gadis ini mahu menunjukkan artis-artis Malaysia juga mampu bernyanyi sambil memberikan persembahan yang energetik.
BIARPUN meraih dua pencalonan pada APM 2009 dan diberi peluang membuat persembahan, Stacy bagaimanapun dihimpit dilema.
Justeru, dia terpaksa merancang sesuatu agar persembahannya berjalan lancar seperti biasa. "Mahu atau tidak, saya perlu membuat persembahan bersama penari-penari di sana. Jadi saya mengambil inisiatif untuk merakamkan step tarian yang lengkap mengikut susunan lagu yang dibuat dan hantarkan kepada penari-penari sana.
"Rasanya itu sahaja jalan yang terbaik. Sebab dengan ketibaan saya yang begitu dekat dengan tarikh anugerah itu, saya tak mahu membuat persiapan di saat-saat akhir. "Takut juga jika diketawakan nanti. Dari segi persembahan tarian, saya mungkin akan memasukkan elemen step lama dan baru," katanya.
Tidak Mungkin tiru Agnes
Semua tahu, kelincahannya menari sambil menyanyi di atas pentas jarang dilakukan oleh penyanyi-penyanyi tempatan lain. Oleh kerana itu penyanyi berusia 19 tahun ini dilabel sebagai sebagai 'Agnes Monica Malaysia'.
Namun, adakah gelaran itu akan dikatakan pula oleh masyarakat Indonesia dan adakah gelaran itu lebih kebaikan atau kritikan? Sukar mahu mengagak. Bagaimanapun, Stacy sudah bersedia dengan penerimaan masyarakat seberang terhadap persembahannya.
"Kalau di sini (Malaysia), saya tak kisah dengan gelaran itu. Tapi resah juga kalau orang di sana ingat saya cuba meniru-niruu aksi Agnes. "Tapi jika benarlah mereka juga menggelarkan saya seperti penyanyi itu, saya tidak boleh nak buat apa-apa. Biasalah kalau penyanyi yang ligat di atas pentas, peminat-peminat suka menyamakan dengan artis-artis lain.
"Padahal sebenarnya, konsep yang dibawakan sahaja yang sama, iaitu menyanyi sambil menari. Sama juga seperti Britney Spears atau Madonna, mereka menggunakan konsep yang sama seperti saya mahupun Agnes.
"Cuma gaya tarian sahaja yang berbeza jika diperhatikan betul-betul. Bagaimanapun ia satu cabaran untuk saya dan yang penting persembahan pada malam itu akan saya buat yang terbaik untuk menunjukkan penyanyi Malaysia juga mampu lincah di atas pentas," tuturnya yang bakal berduet bersama Adam AF menerusi lagu Menggegar Dunia.
Aizat, Stacy dan Faizal Tahir berpeluang menunjukkan aura dan bakat menerusi APM 2009 yang berlangsung di Jakarta.
Merujuk kepada percakapannya itu, jelas Stacy begitu teruja dengan persiapan menjelang APM nanti. Manakan tidak, inilah kali pertama Stacy menunjukkan bakat kepada masyarakat di luar Malaysia. dan baginya ia satu peluang yang amat besar yang tidak mungkin akan dilepaskan.
Biasalah setiap acara-acara besar pasti ada sedikit masalah-masalah kecil. Semua itu tidak akan melunturkan semangat saya.Pencalonan dalam dua kategori juga benar-benar mengejutkan saya. Apalagi selain saingan terdekat saya dari Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Hujan dan Meet Uncle Hussain, saya juga perlu bersaing dengan penyanyi-penyanyi Singapura serta Indonesia.
"Apa pun, saya tidak mengharapkan kemenangan. Cukuplah jika masyarakat luar dapat memandang bakat saya serta penyanyi-penyanyi tempatan lain," katanya.
Semalam bertempat di One Utama shopping mall, Bandar Utama pada jam 2pm, Stacy bersama beberapa artis yang lain telah turut serta di siri jelajah sempena Shout Award dimana stacy telah tercalon dalam kategori Pop Star Award. Stacy telah mempersembahkan 2 lagu iaitu cerah dan pakai buang. Selain itu, beberapa orang stacyfrenz juga sempat hadir untuk memeriahkan lagi siri jelajah ini.
Sumber: www.mstar.com.my Oleh: Siti Azira Abd Aziz
Stacy telah merakamkan lagu duet 'Menggegar Dunia' dengan Adam
Mereka bukan sahaja datang dari negeri dan program realiti yang sama iaitu Sabah dan Akademi Fantasi (AF), malah turut berkongsi minat dan kebolehan yang sama iaitu pandai menari sambil menyanyi.
Itulah Stracie Angie Anam atau Stacy yang merupakan bekas pelajar AF6 manakala Mohd Aizam Mat Saman atau Adam yang merupakan bekas pelajar AF2. Gandingan mantap ini dipertemukan untuk menyanyikan lagu ‘Menggegar Dunia’ terbitan KRU Studios.
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU itu merupakan lagu runut bunyi untuk dimuatkan dalam filem ‘My Spy’ yang juga terbitan KRU Studios. Ditanya tentang lagu duet yang telah dirakamkan itu, Stacy, 19, lebih suka berkongsi tentang pengalaman yang manis ketika berduet dengan Adam.
"Saya berasa senang apabila berduet dengan Adam kerana kami sama-sama dari satu tempat dan konsep yang sama. "Apabila saya menyanyi dengannya, saya berasa selesa kerana mudah untuk berkomunikasi dalam loghat Sabah. “Lagipun, kami berdua jenis suka menari dan konsep yang sama. Jadi, dia selalu memberi idea semasa bekerjasama.
Stacy ketika majlis sidang media Anugerah Planet Muzik 2009, semalam.
“Lagu yang saya rakamkan ini begitu rancak, jadi seronok pula ketika menyanyinya bersama Adam. “Saya jamin lagu ini memang ‘best’ dan tunggu sahaja kemunculannya,” kata Stacy yang turut merakamkan lagu duet dengan penyanyi dan komposer Ajai.
Hati-hati memilih pakaian
Ekoran ditegur akibat memakai pakaian seksi sehingga menampakkan pangkal dadanya ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang lalu, kini Stacy berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang dibuat oleh pereka fesyen.
“Masa ABP hari tu, ada yang perasan pakaian saya nampak seksi. Pada mulanya saya takut juga hendak memakai pakaian itu tetapi sebab dah terlambat, saya tak sempat nak tukar baju tu. “Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian. Takkan saya nak ‘tayang’ apa yang ada.
“Terima kasih kepada yang menegur saya kerana walaupun saya bukan beragama Islam, tetapi dalam agama Kristian juga tidak digalakkan untuk seksi,” jawab Stacy dalam nada tenang. Bercakap tentang soal pakaiannya ketika membuat persembahan, Stacy berkata dia lebih selesa mengenakan pakaian yang ringkas dan tidak terlalu ‘terdedah’. “Ketika menari, saya suka berpakaian ‘tutup habis’ lagipun saya akan memakai baju sendiri.
“Saya mementingkan keselesaan ketika membuat persembahan dan tidak pernah rasanya saya memakai pakaian terdedah kerana saya tidak akan selesa,” jelas adik kepada finalis Mentor, Chaq.
Harap Chaq terus bertahan
Mungkin tidak ramai yang mengetahui Chaq atau nama sebenarnya Camelluis De'lelli Anam, 20, merupakan abang Stacy. Walaupun baru mula mengukir nama selepas kejayaan Stacy, namun menyertai dunia artis bukanlah sesuatu yang asing bagi Chaq kerana dia pernah menganggotai kumpulan Bad Boyz. Kini, Chaq membawa haluan solonya dengan menyertai Mentor musim ketiga dan menjadi anak didik Ajai.
Stacy yang sentiasa mengikuti perkembangan abangnya dalam Mentor akan setia memberikan sokongan. “Saya berharap semoga dia terus bertahan dan kekal dalam Mentor. Menang atau tidak, saya tetap anggap dia ‘ok’ kerana bukan mudah kita hendak mencari pengalaman memasuki program seperti ini.
“Mudah-mudahan dia kuatkan azamnya dan betul-betul hendak belajar. Saya nasihatkan dia tidak membuat sambil lewa,” luah Stacy.
Nabil menunjukkan rantai mutiara yang dimenanginya kepada Stacy, Dynas dan Maya Karin.
Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 diraikan pada majlis santai tetapi glamor di Bossanova, Park Royal
ANTARA ribuan yang melayari gelora industri hiburan, mereka antara insan seni bertuah yang menjadi pilihan peminat untuk diletakkan pada kelas tersendiri.Kerdipan bakat mereka bagaikan mutiara yang bercahaya menerangi kesepian hidup insan. Meskipun ada ketika kilauan populariti yang digapai cuba dicemari, namun apresiasi serta kepercayaan yang diberikan tidak pernah tersirna lantaran kelebihan yang dimiliki.
Malam selasa lalu, barisan pemenang anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 2008 sekali lagi diraikan pada satu majlis apresiasi yang dianjurkan Rafflesia The Pearl Centre. Bertempat di Bossanova, Hotel Park Royal Bukit Bintang, kemilauan nama popular yang sedang mendominasi pentas seni berkumpul untuk menerima penghargaan atas segala keringat dan usaha yang dicurahkan bagi menyemarakkan industri hiburan.
WINNIE SIN (empat dari kanan) memotong kek bersama pemenang ABPBH 2008
Turut hadir menerima hadiah kemenangan mereka ialah Stacy (Artis Baru Wanita Popular), Rabbani (Artis Nasyid Popular), Meet Uncle Hussain (Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular) serta pemenang Pakaian Terbaik Lelaki dan Wanita pada malam kemuncak ABPBH 2008 iaitu Iz Sulaini dan Zizie Ezzette. Setiap mereka membawa pulang set aksesori mutiara bernilai RM10,000.
Penyanyi senior bersuara lantang, Ramlah Ram turut mempersembahkan lagu dipetik daripada album terbarunya, Ketentuan manakala Izwan Pilus berkongsi kegembiraannya apabila dapat mengalunkan sentuhan M Nasir, Bukan Percuma yang menjadi single taruhannya. Turut menghiburkan tetamu Alyah, Stacy, Tomok, Ezlynn serta duet Faizal Tahir dan Akim (AF7) membawakan single terbaru naib juara One In A Million musim pertama itu, Bencinta.