• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

20 Mei 2009

Stacy Bakal Takluk Indonesia

Teks/Foto: Azwan Annuar
Sumber: www.jomstar.com

Penyanyi yang meningkat naik, Stacy, mengakui dia bakal menakluki pasaran muzik seberang, dalam tempoh terdekat. Dengan berbekalkan keistimewaan yang jarang dimiliki oleh artis lain iaitu menyanyi serta menari secara 'live.'

Menurut Stacy, "Pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) sendiri mempunyai perancangan demikian. Saya cukup teruja. Selain dari bakat yang ada, mereka mengatakan percakapan bahasa digunakan, mirip bahasa Indonesia. Ini juga satu kelebihan untuk pasaran di sana," ujarnya cukup gembira mengenai perancangan tersebut.

Stacy ditemui pada majlis pertandingan akhir 'Lagu Untuk Ibuku' anjuran Suria Fm yang diadakan di Bandar Utama, Damansara.

Melihat perancangan cukup hebat itu, Stacy juga ditanya, apa yang bakal dilakukan untuk memastikan fantasi itu menjadi realiti, katanya, "Saya akan cuba buat sehabis baik dari segala segi. Dengan peluang yang ada, saya pasti tidak akan melepaskannya begitu. Dengan perancangan pihak AESB, saya pasti impian itu akan termakbul."

Dengan gelaran sebagai Agnes Monica Malaysia, dia juga ditanya bagaimana mengekalkan stamina untuk menyanyi serta menari, ulas penyanyi genit ini, "Saya memang ada bersenam, tetapi agak jarang. Ini disebabkan jadual yang ketat, dan rasanya itu pun satu bentuk senaman," tambahnya lagi, "Selain itu, penjagaan pemakanan, walaupun saya masih makan dua kali sehari," sambungnya dalam tawa.

18 ulasan:

  1. wah, stacy nak takluk indonesia, cayalah stacy, gud luck

    BalasPadam
  2. gudluck stacy...smoga mendapat tempat disana seperti dato ct..lepas dato ct skrg tiba giliran stacy unt takluk indonesia...smoga berjaya...alwayz support ur career..

    BalasPadam
  3. mudah-mudahan lpas indonesia..
    bulgaria palk..go stacy!!!!

    BalasPadam
  4. satu peluang yang baik utk stacy menujukkan bakat dia kat sana...diharapkan dia akan polish lagi persembahan tarian dan vokal supaya lebih mantops...dan tak nak la disamakan ngan artis AM...stacy ada identiti sendiri...

    BalasPadam
  5. Salam..mmg agak sukar artis malaysia nak menebusi pasaran luar ditambah dgn keadaan ekonomi sekarang..tp dgn adanya usaha dan peluang, sesuatu yg mustahil akan jd kenyataan juga..harap2 stacy terus berusaha menaikkan name sendiri dan juga name malaysia..yg pasti peminat2 stacy akan sentiasa berdiri teguh di belakang anda..teruskan usaha..hehe

    -pak seman-

    BalasPadam
  6. yer bg aku stacy mmg ade identiti sendiri..tapi org indonesia tetap akan samakan stacy dgn AM.sbb persamaan konsep persembahan dan style.sbb org indon ni susah nk terima benda yg dorang dah ade.kdg sakit hati tgk dorang kutuk artis m'sia dlm tv dorang..so,kalo blh stacy ikut style artis korea..juz cadangan coz aku syg sgt kt stacy..

    BalasPadam
  7. org indo blum kenal stacy lagi aku rasa sbb kat sana media massa tak byk promote artis m'sia..tapi kalau dorang samakan persembahan stacy ngan AM sbb suka aku bleh terima..jgan je dorang ckp nk ikut2 style AM..
    xpernah plak aku dgar atau tgok kat tv indo dorang kutuk2 artis m'sia..yg aku pasan artis sana tak nyanyi lagu artis m'sia...hahaha..harap2 bila stacy dah buat show kat sana..AM akan bawa lagu stacy..hehehehe
    yg aku pasan jgak AM miming masa fast song..gitu gak ngan Britney.S, Janet.J dan Paula.A..

    BalasPadam
  8. adelah aku pernah tgk.tp dah lame dah..kt rcti xsilap..silet kot tajuknye..diorang bahaskan pasal artis malaysia.then ade tanye pendapat artis indo.aku pun dah lupa bila..tp skrg xdelah..
    kalo stacy duet dgn AM mesti gempak then lawan2 nari..haha..

    BalasPadam
  9. harap2 org indon bleh terima stacy.. yeah! go stacy! go stacy!

    BalasPadam
  10. stacy , kisu ada nk bagi tips skit supaya performance stacy mmpu menggugat artis2 indon..

    1. takyah guna mike telinga, guna mike tgn jerk
    2. pakai biar nmpak lawa, korean style gitu mcm kt abpbh ari tu..kiuttt je ala2 lollita
    3. jgn banyakkan menari dari menyanyi, nnti sore bunyi sempuk, vokal kurenglaa..
    4. klu nk nari mcm mengalahkn penari gak, pastikan sore perfect, vokal mantop dulu erk..coz nyanyian lagi penting
    5. klu stacy nyanyi lagu pelbagai genre lagi bagus..sore jgn meneran, biar bunyi merdu jerk..hehe

    kisu nakk sesangat stacy nyanyi lagu matahariku, mesti lebih sedap dari agnes cayalahhh...

    BalasPadam
  11. yeah! setuju dgn tips kishyuu..bole bah klu ko...

    BalasPadam
  12. pesanan wat stacy..jgn sesekali tgk persembahn agnes di utube atau dimana2..supaya tidak dipengaruhi..
    dan tidak terikut..ok! u can do it!!! stacy i always love u forever!

    BalasPadam
  13. baru jak terfikir beberapa hari lepas..tgk2 jadi kenyataan plak angan2 nie..harap2 stacy berjaya

    BalasPadam
  14. ya betul..jgn tgk youtube agnes..tgk youtube paula abdul ke boa ke..hehehe..

    BalasPadam
  15. walamak punya siuk stacy pi sana... stacy nnti kalo jumpa c agnes tu kim salam sama dia ah... nnti kawu duet lah sama dia... tgk siapa lg hebat... ekekekkeke

    BalasPadam
  16. Harap2 AESB dpt buat yg terbaik utk stacy..ape2 pun kite berdoa je supaya impian ni jd kenyataan...

    BalasPadam
  17. kan ryo..baru je bual2 dgn adik lepas final af7 pasal alangkah baik stacy dibawa unt menakluk indonesia...tgk2 da jadi kenyataan..syukur..apa2 pun suka gak cadangan yang stacy n AM lawan nari..mesti gempak n org indon pun terpegun tgk stacy lawan AM nati...xdela nati nak samakan STACY & AM lak kan..sbb stacy lain dari AM..hehehhehe..gudluck stacy...berusaha lagi keras unt masa depan stacy dan unt naikkan nama stacy n malysia juga di persada antarabangsa..kami peminat stacy sentiasa doakan kejayaan stacy..love u stacy...

    BalasPadam