Seperti kebanyakan artis baru yang mula berasa tempias populariti dan kehidupan sebenar dunia glamor apabila berkecimpung dalam bidang seni, hakikat itu turut dirasai Stacy. Katanya, cabaran untuk artis baru sepertinya lebih besar apabila perlu bersaing dengan ramai artis termasuk penyanyi senior yang sudah mempunyai banyak pengalaman.
"Ketika di akademi, saya pernah berimaginasikan rentak dunia seni. Namun, apabila keluar dari akademi, saya dapati realitinya jauh berbeza dari apa yang saya mimpikan. "Secara jujur, saya agak terkejut dengan senario sebenar persada seni dan barulah saya tahu betapa susahnya apabila berhadapan dengan realiti.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sewaktu berada di AkademiFantasia , saya didedahkan dengan pengetahuan dunia seni dan ini sedikit sebanyak membantu saya menerokai pentas hiburan," katanya.
Ketika namanya sentiasa meniti di bibir peminat, sudah tentu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukannya untuk terus berjaya menggapai impian sebagai insan seni. Tanpa berselindung, Stacy mengakui sejak menjadi artis popular, waktu tidurnya bukan saja tidak menentu malah tidak cukup. Ada waktunya, dia hanya dapat tidur cuma dua atau tiga jam saja.
"Boleh dikira dalam sehari berapa jam saja saya tidur. Kalau dulu, ketika saya menyanyi di kelab, habis kerja lewat malam, tetapi saya dapat gantikan masa tidur di siang hari.
"Namun, sejak menjadi artis, waktu tidur saya hanya tiga atau empat jam sahaja sekiranya ada persembahan. Ketika awal jadi artis, saya agak pening dengan jadual tidur tetapi lama-kelamaan saya berjaya mengatasi masalah ini.
"Walaupun tidak cukup tidur namun saya tidak pernah menjadikan ia sebagai satu beban. Apatah lagi,inilah bidang yang saya minati dan ingin ceburi sekian lama. Jadi, saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada hanya kerana masalah kekurangan tidur.
"Malah, setiap kali bangun dari tidur saya akan memotivasikan diri yang saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan sama sekali tidak merungut dengan jalan yang dipilih," katanya.
Mengenai projek terbaru, kata Stacy, semuanya masih dalam perbincangan apabila Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) menutup operasinya dan digantikan dengan pengurusan baru, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
"Syukur kerana saya dapat diserapkan ke dalam pengurusan baru ini. Cuma, projek terbaru masih lagi dalam perbincangan pihak AESB. "Bagaimanapun, sementara menunggu perbincangan berkenaan selesai, syukur kerana setiap minggu ada saja undangan untuk mengadakan persembahan.
"Dalam sebulan, ada saja tawaran mengadakan persembahan di Sabah. Jadi, sambil mengadakan persembahan, saya turut mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan keluarga," katanya.
"Ketika di akademi, saya pernah berimaginasikan rentak dunia seni. Namun, apabila keluar dari akademi, saya dapati realitinya jauh berbeza dari apa yang saya mimpikan. "Secara jujur, saya agak terkejut dengan senario sebenar persada seni dan barulah saya tahu betapa susahnya apabila berhadapan dengan realiti.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sewaktu berada di Akademi
Ketika namanya sentiasa meniti di bibir peminat, sudah tentu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukannya untuk terus berjaya menggapai impian sebagai insan seni. Tanpa berselindung, Stacy mengakui sejak menjadi artis popular, waktu tidurnya bukan saja tidak menentu malah tidak cukup. Ada waktunya, dia hanya dapat tidur cuma dua atau tiga jam saja.
"Boleh dikira dalam sehari berapa jam saja saya tidur. Kalau dulu, ketika saya menyanyi di kelab, habis kerja lewat malam, tetapi saya dapat gantikan masa tidur di siang hari.
"Namun, sejak menjadi artis, waktu tidur saya hanya tiga atau empat jam sahaja sekiranya ada persembahan. Ketika awal jadi artis, saya agak pening dengan jadual tidur tetapi lama-kelamaan saya berjaya mengatasi masalah ini.
"Walaupun tidak cukup tidur namun saya tidak pernah menjadikan ia sebagai satu beban. Apatah lagi,inilah bidang yang saya minati dan ingin ceburi sekian lama. Jadi, saya tidak akan sia-siakan peluang yang ada hanya kerana masalah kekurangan tidur.
"Malah, setiap kali bangun dari tidur saya akan memotivasikan diri yang saya gembira dengan apa yang saya lakukan dan sama sekali tidak merungut dengan jalan yang dipilih," katanya.
Mengenai projek terbaru, kata Stacy, semuanya masih dalam perbincangan apabila Maestro Talent & Management Sdn Bhd (Maestro) menutup operasinya dan digantikan dengan pengurusan baru, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).
"Syukur kerana saya dapat diserapkan ke dalam pengurusan baru ini. Cuma, projek terbaru masih lagi dalam perbincangan pihak AESB. "Bagaimanapun, sementara menunggu perbincangan berkenaan selesai, syukur kerana setiap minggu ada saja undangan untuk mengadakan persembahan.
"Dalam sebulan, ada saja tawaran mengadakan persembahan di Sabah. Jadi, sambil mengadakan persembahan, saya turut mengambil peluang ini untuk berjumpa dengan keluarga," katanya.
adoyaii rugi tk beli paper ari nih..time kisu beli tk de plak cite pasal stacy, time tk beli.... perhhh
BalasPadamlawalaa stacy sengih..nmpak mcm chaq versi pempuan kan3???