• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

22 Jan 2009

Stacy@Utusan 22 Jan 2009

Kuasa baru industri muzik


MESKIPUN Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) sudah melabuhkan tirainya dengan cukup gemilang sekali, namun, ia masih lagi diperkatakan ramai.

Pasti ramai yang sudah mengetahui kejuaraan telah menjadi milik kumpulan Meet Uncle Hussain yang memberikan nuansa yang cukup segar dalam lagu mereka yang berjudul Lagu Untuk Mu.

Hakikatnya, mereka sememangnya layak menggenggam gelaran keramat itu meskipun ramai yang meramalkan lagu Sampai Syurga hasil kombinasi Ahmad Izham Omar, Audi Mok dan Faizal Tahir akan menjulang anugerah idaman ramai itu.

Lupakan sahaja tentang kisah itu kerana semuanya sudah termaktub dalam sejarah dan tiada siapa lagi yang mampu mengubahnya. Apa yang lebih menarik untuk dibicarakan adalah tentang corak persembahan oleh artis-artis yang bertanding pada malam itu yang ternyata cukup memukau dan bertenaga.

Terasa kuasa artis generasi baru ini yang ternyata mempunyai idea kreatif yang kadang-kala tidak terjangkau oleh akal dan pastinya, kehadiran mereka di dalam industri cukup dialu-alukan.

Setidak-tidaknya, dengan adanya insan-insan seni yang baru hendak berkembang bunganya, ia mampu mencabar artis yang sedia ada untuk memperbaiki diri masing-masing agar mampu bersaing secara sihat bersama mereka.

Untuk mengenang kembali persembahan hebat oleh artis yang bertanding pada malam itu, Hits menyenaraikan lima persembahan terbaik AJL23.



1) Faizal Tahir (Sampai Syurga)



2) Meet Uncle Hussain (Lagu Untuk Mu)



3) Aizat (Lagu Kita)



4) Elyana (Kalis Rindu)




5) Stacy (Aku Stacy)



Stacy juga antara penyanyi yang menjadi perhatian pada malam AJL23 kerana ramai yang mahu melihat persembahan bertenaganya tatkala menyampaikan lagu Aku Stacy.

Dan, Stacy membuktikan kehadirannya di persada seni tanah air bukanlah satu yang sia-sia kerana menerusi persembahan Stacy pada malam itu, Stacy mampu untuk berada dalam industri untuk jangka masa yang lama.

Berbekalkan kuasa dan semangat yang ada dalam dirinya, menjadikan persembahannya begitu energetik dan menarik sekali. Malah, vokalnya juga ampuh sepanjang mempersembahkan lagu tersebut.

Gerak tarinya begitu kemas dan bertenaga lantas tidak salah untuk mengatakan Stacy boleh diibaratkan seperti penyanyi dari seberang iaitu Agnes Monica.

3 ulasan:

  1. Bangganya kan... Stacy jadi tumpuan semua orang. Teruskan usaha dan aku dan yang lain-lain akan sentiasa menyokong

    BalasPadam
  2. Benar!
    sungguh!
    aku mengkagumi kamu stacy..
    keep it up sayang...

    :-)

    BalasPadam
  3. Stacy dah glem gila2 skang...harap2 berpanjangan...semoga stacy frenz panjang umur...

    BalasPadam