• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

5 Jan 2009

Stacy @ Intimate Tour KK


Stacy memberi poster sambil beramah mesra bersama peminat.


Stacy juga mempunyai peminat dari Amerika. Mereka kebetulan berada di Servay untuk membeli-belah.


Lihatlah limpahan peminat yang membanjiri konsert tersebut.


Antara aksi mesra Stacy bersama peminat




Antara gambar-gambar Stacy semasa persembahan di D Junction

Seperti mana diketahui Stacy merupakan duta kepada produk tuala wanita, Intimate. Sabtu Align Centerlepas, Stacy telah menjayakan tour meet Stacy intimately bertempat di 3 cawangan Servay Hypermarket, Sabah yangg telah diatur oleh pihak intimate .

Seawal jam 10 pagi, aktiviti Stacy bermula dengan photoshot. Tepat jam 2 petang Stacy telah muncul di Servay Hypermarket KK Plaza. Kehadiran Stacy pada petang itu pada mulanya tidak disedari. Stacy menghabiskan masa selama 30 minit sebelum bergerak ke Servay Hypermarket Likas. Sebaik sahaja Stacy tiba di sana, fanz mula berkumpul ditempat yang disediakan. Selepas 30 minit, Stacy mula bergerak ke destinasi seterusnya yg juga merupakan destinasi terakhir iaitu Servay Hypermarket Putatan.

Ketibaan Stacy ke destinasi terakhir agak lewat sedikit mengikut jadual kerana masalah kesesakan lalu lintas. Namun begitu, ketibaan Stacy disambut dengan meriah sekali. Sebaik sahaja Stacy duduk, semua peminat mula mengambil gambar. Beritanya baik adalah album The Best of Stacy yang dibawa oleh pihak maestro jugak habis dijual. Ini membuktikan betapa kuatnya sokongan peminat Stacy.

Jam 8 mlm, Stacy telah menjayakan program makan malam bersama-sama pemenang peraduan Intimate d D Junction yang telah dilakukan sebelum Stacy datang ke Sabah. Tepat jam 10 malam, Stacy telah memulakan persembahan. Persembahan Stacy pada malam itu diiringi oleh Soul In Mind band. Stacy telah menyanyikan 6 buah lagu. No One, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Proud Mary, Aku Stacy, Gagap dan Total Eclipse Of The Heart.

Persembahan Stacy pada malam itu memamg memukau setiap orang yang datang.

More pictures

3 ulasan:

  1. Makin bertambah2 rezeki satcy kn...semoga murah rezeki selalu satcy...kekalkn dgn keadaan stacy skang..mantappp....untung la sapa yg de kat sabah...Intimate panggil la satcy wat promo kat s.alam plak...hiks hiks...

    BalasPadam
  2. best nya tour stacy di sabah nie...buat la s.alam plak intimate/.....wakakak

    BalasPadam