OFFICIAL CHAT ROOM Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda. Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini


[ Copy this | Start New | Full Size ]

Aug 28, 2008

Koleksi Gambar Stacy Di Sepitang

Konsert Stacy di Sipitang Sabah

Tarikh : 27 Ogos 2008
Masa : 0800 malam

Artis : Stacy – Aku Stacy, Atas Nama Cinta, Sweet Child Of Mine (duet with Mama Rina), Yazer, Mama Rina

Aktiviti : Nyanyian solo, duet, sesi autograf…

Info : Poster, CD dan VCD Kompilasi lagu-lagu Stacy laris macam pisang goreng panas. Sambutan hangat dari penonton.....happening and sporting...


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Klik Link ~read more~ di bawah:

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Read more...

Mr Lovess Kongsi Bakat

Ya.. sudut kreatif kembali lagi. Kali ni Mr Lovess nak kongsi bakat terendam dia melukis gambar. So inilah hasilnya. Barang sesiapa nak berkenalan ngan Mr Lovess ni silalah add beliau di profailnya. Just klik je kat SINI. Oklah ary... kalau ada gambar menarik lagi, jangan lupa kongsi ngan pembaca lain eks?

Mohd Nor HazryAhmad

Read more...

Video Persembahan Stacy Di One Borneo



AKU BUKAN UNTUKMU




DARAH MUDA




DRAMA [featuring Candy]

Read more...

Aug 26, 2008

Video Persembahan Stacy Di KDCA


Stacy dan E-Voke - Papa Jahat


Stacy - Adaa (Kadazan Song)

Read more...

Aug 25, 2008

Dari Peminat Untuk Stacy

Mesti banyak kan hadiah yang Stacy dapat dari peminat tersayang sempena hari jadinya yang lepas? Kali ni stacyfrenz nak share satu hadiah istimewa dan kreatif, yang diberikan oleh Elvina. Tak mahal, tapi ada nilai sentimental.

gift to stacyt

Read more...

Puisi Khas Buat Stacy - Arynda

STACY


BUNGA DI JIWA

Matanya...redup ayu mendamaikan,
Senyuman yang memekar dibibirnya..
Bagai mengundang rasa sayang,

Raut wajahnya sederhana,
Seperti hatinya...
Tiada dia meninggi diri..
Walau hidupnya kini bak puteri...

Dia..kebanggaan negeri..
Bunga pertiwi..serikandi dinanti...
Merdu alunan suaranya..
Gemersik irama menusuk jiwa..

Mengharum namanya....
Meniti tiap bibir ke bibir...
Abadi kasih sayang untuknya..
Dalam setiap denyut nadi dan hela nafas..

Kami..sanjung bakatnya...
Kurniaan Maha Pencipta...
Tiada kami berganjak..
Jangan kami di desak..

Kami utuh bersama..
Kelmarin, hari ini, esok..
Bahkan selamanya..
Untuk Stacy..
Bunga di jiwa....


Hasil Nukilan,
Arynda

Read more...

PROMO TOUR @ ONE BORNEO

Perhatian: Jangan lupa klik link "read more" untuk membaca lanjutan setiap artikel.



KLIK GAMBAR UNTUK LIHAT GAMBAR BESAR




Petang tadi, Stacy telah berada di One Borneo di Sabah utk program PROMO TOUR. Antara artis yang turut hadir ialah Candy dan Stanly. Stacy telah menyanyikan dua buah lagu iaitu Darah Muda dan Aku Bukan Untukmu dan satu lagu duet bersama Candy iaitu Drama. Sambutan yang diberikan oleh peminat sangat hangat dan meriah.




Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Terima kasih kepada Ciput di atas sumbangan gambar-gambar ini

Read more...

Aug 24, 2008

Karya Kreatif - Norfadila Zulkifli

Peminat Stacy dari Sabah, PICAK ingin berkongsi pantun istimewanya bersama kita semua. Apa kata kita hayati setiap baris dan bait pantun istimewa ini. Malangnya Norfadila tidak menyertakan gambar beliau. Lain kali hantar gambar sekali yea!

Pantun yang pertama:

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sma ckucing belang;
Dua tiga bleh kucari,
Mana nak sama kak Stacy sorang

Pantun kedua:

Hujan turun dengan lebatnya,
Hatiku pula menjadi sedi;
Tapi apabila melihat kak stacy chat bersama kami semua,
Hatiku menjadi gembira lagi


PERHATIAN: Kami masih lahi mengalu-alukan sembangan kreatif anda untuk dikongsikan bersama di dalam blog ini. Antara karya yang boleh dhantar ialah sajak, puisi, pantun, artikel pendek, gambar dan sebarang bentuk rekaan grafik berkaitan Stacy. Sila hantarkan karya-karya tersebut ke alamat email lara_audy@yahoo.com [STACYFRENZ ADMIN]

Read more...

Aug 21, 2008

DAILY EXPRESS NEWS

Sumber petikan Sabah Daily Express News

Kota Kinabalu: Fans of Stacy of Akademi Fantasia fame are in for a treat as the young Sabahan is back to promote her "Best of Stacy" album in the State. The album, which was launched in Kuala Lumpur two weeks ago, is a compilation of the songs sung during the AF6 season. Stacy is delighted to be back in Sabah after being so busy with various promotional events in Kuala Lumpur.

"We've been very busy with a lot of promotional events in Kuala Lumpur and I'm just happy to be able to come back to meet my fans here in Sabah," Stacy said during a media session at Nexus Resort Karambunai, Wednesday. The artiste who turned 18 on Monday (Aug 18) was happy that she could celebrate her birthday in Sabah. "I had a wonderful time on my birthday and I'm so happy that I could be back here to celebrate it with my family," she said. She celebrated her birthday three times, once on Friday (Aug 15) at KDCA, once on Sunday (Aug 17) at her family house in Kg Tuovon, Penampang. Stacy is scheduled to visit several places to promote her album, including Tawau (Aug 21), Sandakan (Aug 22), Keningau (Aug 25) and Sipitang on Aug 26.

She is also expected to make an appearance at the Kinabalu Shell Press Awards this Sunday. On whether she was interested in acting, Stacy hinted that she was keen but said at the moment she would focus on singing. Meanwhile, Maestro Talent and Management Artiste Manager Wan Firdaus said a tour in the peninsula is in the works but that dates have yet to be fixed. There are plans to have a promo tour in the peninsula but we have yet to fix the dates, most likely after Raya," said Wan.

Stacy has a three-year contract with Maestro Talent and Management Sdn Bhd. She is currently recording some new songs for the release of a first solo album. Stacy leaves Kota Kinabalu on Aug 31 to continue recording work in Kuala Lumpur.

Photobucket

Klik READ MORE untuk berita selanjutnya:

Photobucket
Pictures By AJK StacyFrenz

Jadi untuk peminat-peminat di Sabah, jangan lepaskan peluang anda bertemu Stacy di mana-mana saja lokasi Stacy berada sepanjang tempoh promosi album ini. Sila rujuk jadual aktiviti Stacy di dalam blog ini.

Read more...

Malam Istimewa AJK StacyFrenz KK

Kenapa istimewa? Kerana Ajk StacyFrenz di sana berpeluang menghabiskan masa semalaman bersama Stacy. Haha.. ni yang buat orang lain jeles ni! Aktiviti sebenarnya bermula dengan satu mesyuarat antara Ajk dan Stacy yang diadakan di Hotel Karambunai Nexus. Mereka kemudiannya bergerak ke rumah Stacy di Kampung Tuovon, penampang untuk satu majlis BBQ (Tambah jelesss lagi ni) Dengar kata memang meriah! Felix pun ada sekali. Antara Ajk StacyFrenz yang hadir ialah Carina. Orengez89, Laura, Jayz, Jessfly dan Wannz. Menyanyi sakan mereka diiringi petikan gitar Chaq melalui lagu Matahariku dan Makhluk Tuhan Paling Seksi. Kemudian Stacy berduet pula dengan Felix dengan lagu Hati Ini Telah Dilukai. Meriah kan? Kita di sini cume boleh tengok gambar saja lahh... Hahahaha!

Photobucket


Read more...

Aug 20, 2008

PENJELASAN DARI AJK STACY FRENZ @ RAKAN STACY




KALAU TAKDE PHOTO DALAM SETIAP ENTRI @ STORY MESTI BOSAN...KAN? TAPI JGN USHA LAMA YA


Saya sebagai salah seorang AJK Stacy Frenz ingin menjelaskan beberapa kekeliruan pada ahli-ahli atau bukan ahli ( yg juga meminati Stacy ). Ada beberapa pertanyaan ( letih dah jawab setiap seorang bertanya ) dari orang mengapa begini, mengapa begitu yang pada pemerhatian saya pertanyaan yang agak provokasi dan tidak mahu memikirkannya terlebih dahulu. Antara soalan tersebut adalah :


a) MENGAPA RAMAI YANG KELUAR DARI STACY FRENZ?

JAWAPAN: RAMAI TU BERAPA? SEORANG SAJA YANG KELUAR IAITU TANAKWAGU, SEORANG TU RAMAIKAH?



b) KENAPA BANYAK SANGAT FC? YANG MANA SATU YANG BETUL NI?

JAWAPAN: SESIAPAPUN BOLEH MEBUAT FC KALAU MEREKA MAHU. SEBELUM INI PUN ADA PENYANYI LAIN YANG ADA LEBIH DARI SATU FC, SEBAGAI CONTOH...DIDDY AF4, DIA ADA FC RASMI DAN TAK RASMI. PERSOALANNYA DI SINI,FC YANG MANA KAMU NAK JOIN, ITU SAJA. TAPI SEBAGAIMANA YANG RAMAI TAHU, STACY FRENZ BUKAN DITUBUHKAN SELEPAS AF ATAU SETELAH STACY JUARA. STACY FRENZ TELAH AKTIF MEMPROMOSIKAN STACY SEBAIK SAJA PENGUMUMAN ASTRO 14 ORANG YANG TERPILIH MASUK KE AKEDEMI. SELAIN ITU STACY FRENZ SETIAP MINGGU DATANG KE KONSERT MINGGUAN DENGAN MEMBAWA BANNER DAN POSTER,UNTUK MEMBERI SOKONGAN DAN SEMANGAT PADA STACY YANG DIA TIDAK BERJUANG BERSEORANGAN DAN MEMBERI ISYARAT ( KERANA MASA ITU DIA TIDAK BOLEH BERHUBUNG DENGAN SESIAPAPUN )YANG DIA MEMPUNYAI KELAB SENDIRI DAN BARISAN PENYOKONG.


c) MENGAPA SAYA JARANG ONLINE DI CHATROOM?


JAWAPAN: UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, AJK STACY FRENZ MEMPUNYAI PEKERJAAN TETAP, MEMPUNYAI KEHIDUPAN SENDIRI DAN PERLU MENJAGA PERIUK NASI SENDIRI. TAKKAN KAMU MAHU SAYA 24 JAM, 7 HARI, SEBULAN DAN 360 HARI BERTUNGGU-BERTANGGA DISINI. SAYA PUN ADA RUMAH, ADA KERJA PEJABAT NAK DISIAPKAN DAN ADA URUSAN PERIBADI. NAMUN BEGITU, JIKA ADA KELAPANGAN, SAYA TETAP AKAN ONLINE TANPA PERLU DIPAKSA. FAHAMILAH, DALAM STRUKTUR KERAJAAN, APA GUNA ADA MENTERI, PEMBANTU MENTERI...KALAU PERDANA MENTERI YANG HARUS BEKERJA ATAU BUAT SEMUANYA? JADI JANGAN LAGI ADA YANG BERFIKIRAN RENDA BERKATA "EHH, AWAK NI RAJIN DAN TIAP HARI ONLINE...SEPATUTNYA AWAK YANG JADI KETUA". SAYA TAK KISAH SIAPA YANG NAK JADI KETUA. SAYA TAK KEMARUK KUASA.UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SAYA PERNAH MEMINTA PADA AJK UNTUK MENGUNDURKAN DIRI KERANA TIDAK YAKIN DAPAT MEMBERI KOMITMEN YANG PENUH KERANA TERBEBAN DENGAN HAL KERJA TETAP, HAL PART TIME MODELLING SAYA DAN JUGA URUSAN PERIBADI, TETAPI AJK YANG LAIN TIDAK BERSETUJU TAPI BERJANJI MEMBANTU SAYA TATKALA SAYA ADA SHOOTING ATAU FOTOSHOOT ATAU OUTSTATION HAL KERJA.

d ) MENGAPA BANYAK WEB? ATAU MENGAPA PERLU ADA WEB PADAHAL DAH ADA BLOG NI?


JAWAPAN: KAMI TELAH SURFING BEBERAPA FC LAIN SEBELUM AF6 INI, ADA BANYAK YANG BAGUS DAN MENARIK, JADI SEIRING DENGAN KEMAJUAN KARIER SENI STACY, DIA BERHAK DAPAT WEB ISTIMEWA YANG CANGGIH DAN UP TO DATE. PERLU SAYA JELASKAN DISINI, YANG SEDIA ADA INI HANYALAH BLOG YANG SAYA DIRIKAN SEBERMULA AF6 UNTUK MEMPROMOSIKAN STACY DAN MENARIK ORANG MENGUNDI SERTA MENJADI TEMPAT PENYOKONGNYA BERKUMPUL,BERBINCANG DAN BERTUKAR PENDAPAT. KERANA BLOG AGAK TERHAD, AJK TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MENDIRIKAN WEB YANG DITAJA SEPENUHYNYA OLEH SAUDARA KOKO ( HOSTING NI BUKAN FREE TAU ). MANAKALA CIK ANN @ CIK TEMAH DAN RIANA @ PAH BEDAH PULA BERHEMPAS PULAS MENGORBANKAN MASA UNTUK MENGEMASKINI DAN MENJADIKAN WEB CANGGIH INI SATU KENYATAAN.


PESANAN PENTING SAYA DAN AJK LAIN:

i)WEB INI STACYANGIE MASIH DALAM CONSTRUCTION. BUAT MASA INI KITA HANYA MEMBUKA PARA PEMINAT STACY MENDAFTAR DAN BOLEH MEMBUAT PROFILE SENDIRI ( MACAM FRIENDSTER DAN MYSPACE ). CANGGIH...KAN? ANDA BOLEH MELETAK PHOTO SENDIRI DAN BIODATA AGAR AHLI2 YANG LAIN DARI NEGERI LAIN BOLEH KENAL ANDA DENGAN LEBIH DEKAT WALAUPUN TIDAK PERNAH BERTEMU IN PERSON. PIHAK KAMI AKAN DARI MASA KE SEMASA MEMBUKA WEB INI HINGGALAH KE PERINGKAT PERASMIAN OLEH STACY SENDIRI ( AKAN DIUMUMKAN KELAK )

ii) ADA RAMAI YANG MALAS MASUK KE BLOG INI KERANA MEREKA COPY CHATBOX DI SINI DAN AKHIRNYA BANYAK PERTANYAAN YANG MEMBUAT KAMI MENJADI SEMAKIN SIBUK, PADAHAL TELAH ADA BANYAK INFORMASI TENTANG BERITA TERKINI STACY ATAU MENGENAI KELAB INI. ANTARA PERTANYAAN BODOH TERSEBUT ADALAH ;
"STACY ADA KER KAT FFM MALAM INI?" PADAHAL DI JADUAL AKTIVITI STACY TELAH KITA SENARAIKAN DI BLOG.
" BILA BIRTHDAY STACY "
" DI MANA STACY RAIKAN HARI LAHIRNYA?"
PADAHAL SETIAP BERITA DAN BIODATA STACY TELAH KAMI PAPARKAN. JADI, TOLONGLAH BACA SEGALA BERITA YANG KAMI KHABARKAN DAN TINGGALKAN "komen" KALAU INGIN DISETIAP CERITA TERSEBUT. SIA-SIA SAHAJA KAMI KORBANKAN MASA KAMI UNTUK MENYEDIAKAN SEMUA BAHAN BERITA KALAU PEMINAT STACY TIDAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN YANG KAMI SEDIAKAN.
iii) INI KHAS UNTUK PENGUTUK. KAMI BUKAN TIDAK BOLEH TERIMA KOMEN, TAPI BIARLAH KOMEN YANG MEMBINA, BUKANNYA MENJATUHKAN. KAMI DI STACY FRENZ TIDAK PERNAH GANGGU KAMU, MENGAPA NAK GANGGU KAMI? KALAU KAMU MASUK KE SINI UNTUK BERAK ( MENINGGALKAN KOMEN BUSUK, KUTUKAN ) LEBIH BAIK KAMU KELUAR. DI SINI TEMPAT PEMINAT STACY BERBINCANG, BERKUMPUL, BERTUKAR PENDAPAT DAN MEMBINCANGKAN HAL KARIER SENI STACY.


KAMI BOLEH KESAN IP ADDRESS COMPUTER KAMU DAN KAMI BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA ( INGAT YA ). DI SINI SAYA NAK BAGITAU LAGI...SEMAKIN KAMU KUTUK STACY ATAU STACY FRENZ, SEMAKIN MEMBARA SEMANGAT KAMI UNTUK MENAIKKAN STACY. PERLU SAYA BERITAHU DI SINI, SEMASA AF6 BERLANGSUNG, RAMAI YANG KUTUK DAN BAKAR KAMI DENGAN KUTUKAN KATA PESERTA DARI SABAH AKAN TETAP LAYAK DI NO.2. TAPI TERIMA KASIH LAH, KERANA KUTUKAN DAN SIKAP MEMPERLEKEHKAN PESERTA DARI SABAH ITU, MEMBUATKAN KAMI BERUSAHA DUA KALI GANDA. RASANYA RUGI KAMU BAKAR KAMI MASA TU..KAN? KALAU KAMU TAK BAKAR KAMI DULU, TAKDE LAH KAMI RASA TERCABAR... DAN LALAILAH KAMI.


FIKIR-FIKIRKAN LAH SENDIRI YA, KALAU KAMU FIKIR KUTUKAN KAMU ITU MENJATUHKAN SEMANGAT KAMI, KAMU SALAH...MALAH MENGUNTUNGKAN KAMI. INI ADA LAGI KUTUKAN TERBARU KATA STACY HANYA JUARA DI DALAM AF, TAPI KALAU DI LUAR...TENGOK LAH SIAPA YANG NAIK. PLEASE LAH...KAMI TIDAK MAHU MENCABAR MANA2-MANA FC DAN PENYANYI MEREKA. KAMI DI SINI HANYA INGIN MEMAJUKAN DAN MENYOKONG KARIER SENI STACY, TAPI KALAU KAMU BAKAR KAMI...MAKIN MAJU LAH KAMI...DAN RUGI LAH KAMU...WAKAKA.



YANG SEMUA PERLU TAHU:

KITA TIDAK BERSAING DENGAN FC ( KELAB PEMINAT ) PELAJAR AF1-AF6 YANG LAIN, KITA HANYA BERSAING DENGAN KARIER SENI STACY. SEPERTI YANG SEMUA SEDIA MAKLUM, DI AKEDEMI MEREKA SEMUA BERKAWAN, DAN DILUAR MEREKA MASIH RAKAN CUMA BERSAING DENGAN KARIER SENI MASING-MASING, KALAU TIADA SAINGAN...MACAM MANA NAK MAJU...BETUL TAK?

Read more...

Stacy Di UMS Sabah


Acara bermula pada jam 8 malam, namun Stacy muncul membuat persembahan pada jam 9.30 malam. Antar lagu yang didendangkan ialah Aku Stacy, Darah Muda (P.Ramlee) dan AKu BUkan Untukmu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Read more...

Aug 19, 2008

Konsert Amal Stacy & Friends di Pusat Kebudayaan Penampang


Kelmarin, telah berlangsung dengan jayanya majlis amal Stacy & Friends di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah. Stacy telah membuat persembahan di konsert amal tersebut. Turut serta ialah Candy, Ebi dan beberapa orang artis yang lain. Majlis bermula sekitar pukul 8 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Antara lagu yang didendangkan oleh Stacy ialah Aku Bukan Untukmu, Makhluk Tuhan Paling Seksi, Aku Stacy dan Ku Tlah Jatuh Cinta. Pada malam yang sama juga, satu majlis sambutan hari lahir Stacy telah diadakan, hadiah sumbangan ahli-ahli StacyFrenz berupa sebuah laptop telah diserahkan oleh wakil kami di sana.

Photobucket

Photobucket





Photobucket
Sambutan ringkas sempena hari jadi Stacy

PhotobucketChatting di chatroom StacyFrenz, beramah mesra bersama peminat-peminat tersayang.

Read more...

STACY DI DATARAN MERDEKA SEMPENA KONSERT AMBANG MERDEKA

SEMPENA MERDEKA,DITAMPILKAN BANNER AF6 MENUNJUKKAN STACY UNTUK SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DI MALAYSIA, STACY UNTUK SEMUA.

Stacy akan muncul membuat persembahan di Dataran Merdeka bersempena dengan Hari kemerdekaan kita yang ke 51 ini. Program yg diberi nama AMBANG MERDEKA itu jga akan bersiaran langsung menerusi TV1 bermula 10.30 malam - 12.30 pagi.

Selain Stacy, antara nama besar yang akan membuat persembahan pada malam tersebut adalah, Dato Siti Nurhaliza, Mawi, Karen Kong dan kumpulan Meet Uncle Hussain. Persembahan pada malam itu difahamkan akan dibahagi kepada tiga segmen. Segmen pertama adalah persembahan tarian dan kebudayaan masyarakat majmuk di malaysia.

Stacy dijangka akan muncul dalam segmen kedua pada malam itu. Sesiapa yg berada berdekatan dengan Selangor dan Wilayah Persekutuan yang ingin melihat persembahan Stacy dengan lebih dekat, bolehlah datang beramai-ramai ke Dataran Merdeka pada 30hb.Ogos ini bermula pada 10.00 malam.

Read more...

Aug 18, 2008

Stacy's Birthday - Extended

Kesian Stacy, kena buli dek abangnya Chaq. Jom kita balas balik kat muka Chaq, nak?

Hadiah berbalut kertas pink. Cantik wrapper tu. Agaknya hadiah daripada siapa ya?

Lagi satu hadiah, kali ni dalam kotak pula. Satcy sedang fikir cara nak buka ikatan reben tu.

AJK Stacyfrenz yang hensem dan cantik-cantik belaka. (Kipas ni!!) Jayz, Laura, Orenz, Carina dan Jessfly bersama Stacy.

Apalah yang lucu sangat tu ya? Stacy dah macam pegang pedang nak pergi berperang ni.

Ala chomelnyekkkkk!!! Siapa lagi comel? Ahakz..

Stacy bersama family tersayang. Loving - each - other!

Wah... ada aiskrim? Ni yang tak tahan ni!!!


Read more...

Happy Birthday Stacy, Sweet 18

ADOI...NI YG TAHAN TU... MESTI ADA PINK... HEH HEH HEH, MESTI ADA MERAH.. KEH KEH KEH

SEMPAT POSE MANJA KAT BIRTHDAY CAKENYA


TAK LUPA BUAT AKSI "ALAMAK... TERLEBIH SUDA......" UNTUK TATAPAN PEMINATNYA.

TARIK NAFAS... DAN ADJUST SIKIT... TAKUT TERLUDAH SUDA.... HEH HEH HEH.

AGAK-AGAKNYA, KAMU DAPAT TEKA APA YANG DIWISHKAN OLEH STACY... KAN?

ADOI...SEMPAT LAGI KETAWA SEBELUM BLOW THE CANDLE....

DENGAN GAYA MANJA DAN PENUH PERASAAN...AKHIRNYA HEMBUSAN MANJA BERJAYA MEMADAMKAN LILIN ITU.

Tahun ni memang tahun istimewa dan agak bertuah pada Stacy kerana pada 18 hari bulan hari ini, si kecil molek dan cute ini telah genap 18 tahun. Memang tuah tahun ini juga dia menjuarai AF6 yang mencipta DUA sejarah yang ramai tidak sedari kerana selain sejarah tercipta sebagai Juara pertama dari Malaysia Timur ( yang mana hampir setiap tahun asyik Naib Juara saja ), malah satu lagi sejarah tercipta apabila beliau peserta paling muda yang menjuarai AF dalam usia baru 17 tahun lebih.

ERM... KECILNYA CAKE TU STACY? UTK SEORANG SAJA KER? PHOTO INI DIAMBIL TIDAK LAMA DULU, PHOTO HARI LAHIR STACY DI KOTA KINABALU AKAN KAMI SERTAKAN DI SINI NANTI.

STACY DGN SALAH SATU HADIAH YG DITERIMANYA DARI CIK REEN. PADA YG TIDAK SEMPAT MEMBERI HADIAH PADA STACY? APA KATA KITA BAGI HADIAH YG LEBIH BESAR DGN MENGUNDI LAGU "AKU STACY" DI CARTA 30 ERA, DI MUZIK-MUZIK DAN DI CARTA HOT FM. JADIKAN LAGU STACY JUARA...ITU ADALAH HADIAH BERMAKNA DARI KAMU SEMUA PADA DIA.

SILA TINGGALKAN PESANAN DAN UCAPAN HARI LAHIR ANDA DGN KLIK "KOMEN" NANTI BILA STACY ADA KELAPANGAN, BOLEH LA DIA BACA UCAPAN DARI PEMINAT TERSAYANGNYA.

Read more...

Aug 17, 2008

KONSERT AKU STACY KDCA 2008


KONSERT AKU STACY KDCA 2008 telah diadakan di KDCA Penampang, Sabah. Konsert ini telah diadakan pada 15 August 2008 pada pukul 7 malam. Stacy yang pada malam itu telah membuat persembahan yang begitu menakjubkan. Stacy telah menyanyikan lagu Aku Stacy, makhluk tuhan paling seksi dan aku telah jatuh cinta. Stacy juga berduet dengan abangnya yang juga ahli kumpulan BADBOY iaitu Chaq. Antara artis yg turut hadir ialah ADAM, BADBOY dan juga beberapa orang lagi artis artis tempatan yang lain.




credit to ciput69 diatas sumbangan gambar-gambar menarik ini.

Read more...

Aug 16, 2008

Stacy@Majalah Remaja Edisi 15-31 Ogos

Dapatkan segera di pasaran!!

Read more...

Aug 14, 2008

Stacy @ Muzik-Muzik Tv3



Stacy telah muncul petang tadi di dalam rancangan Muzik-muzik Tv3. Mempercalonkan lagu Aku Stacy di dalam pertandingan tersebut. Marilah kita ramai-ramai mengundi lagu tersebut. Taip MM (jarak) A384 dan hantar ke 33399

Read more...

Mari Berpantun

Ya... peminat Stacy memang kreatif dan berbakat. Manakan tidak, ada sahaja benda yang dilakukan untuk menunjukkan rasa minat dan sayang mereka kepada Stacy. Terbaru kami menerima beberapa rangkap pantun yang dibuat oleh adik Zul yang berumur 15 tahun dari Pulau Langkawi. Dia boleh geng dengan Riana dan Okfind tu [Pemantun terbaik sekolah zaman dolu-dolu]. Untuk adik Zul @ Zulpan, kami ucapkan terima kasih atas sumbangan pantun ini, dan peminat yang lain aklau ada perkara menarik yang mahu dikongsikan dengan kami bolehlah menghantarkan karya anda, mahupun gambar anda bersama koleksi poster dan foto Stacy ke alamat e-mail lara_audy@yahoo.com. Sebelum tu, kita tepuk tangan untuk adik Zul dulu. Hoyeah! Hoyeah! Bravo! Inilah namanya peminat setia!


kawan aku orang kaya,
pagi-pagi makan nasi,
semoga stacy terus Berjaya,
we are from stacy fc will support STACY,


kakak saya berasa malu,
kawan saya kena AF fever,
semoga stacy happy selalu,
and stacy is the best ever,

jiran sebelah beli kursi,
kakak saya sudah kalah,
I LOVE U stacy,
alamak terlebih sudah…

Read more...

Aug 13, 2008

Sahabat Sejati adalah Ibarat Mutiara


Wah! Tak sangka ramai ahli Stacy Frenz yang pandai berpantun. Sangat kreatif! Stacy Frenz amat suka pantun daripada Bidadari terutama verse-verse di bawah ini:


Sahabat adalah ibarat
butir-butir pasir di tepi pantai,
sahabat sejati adalah ibarat mutiara
di antara butiran pasir itu....

Tuai padi antara masak

esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Semoga Stacy Frenz "Friendship" berkekalan....terima kasih, Bidadari...sememangnya engkau Bidadari Stacy Frenz. Cheers!

Read more...

Lawatan Pihak Penganjur dan Ibu Stacy ke Wad Thalasemi , Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu


Pihak Penganjur dan Puan Agnes ( berbaju merah ) bersama dengan kanak-kanak yang menghadapi penyakit Thalasemia


Baru-baru ini Pihak Penganjur Konsert Amal Stacy serta wakil keluarga Stacy iaitu ibu Stacy, Puan Agnes telah mengadakan lawatan ke Wad Thalasemia , Hospital Queen Elizabeth sebagai tanda sokongan mereka terhadap mereka yang menghidapi penyakit Thalasemia. Usaha pihak penganjur untuk mengisi tabung Thalasemia dengan mengadakan Konsert Amal Stacy di Pusat Kebudayaan Penampang 18 Ogos ini adalah satu usaha yang mulia dan terpuji. Di samping beramal, Stacy juga akan mengadakan persembahan bersama rakan-rakan senior AF iaitu Felix, Candy dan Ebi.

Read more...

Artikel dipetik daripada Berita Harian: Hip 13 Aug 2008

Jawab, Jangan Tak Jawab! 'Jangan hukum saya'

Oleh Farihad Shalla Mahmud





Stacy dapat berita nenek meninggal dunia pada malam FFM21


FESTIVAL Filem Malaysia ke-21 yang berlangsung malam Sabtu lalu mencatat sejarah tersendiri buat juara Akademi Fantasia 6, Stacy apabila dia tersalah intro ketika membuat persembahan dalam acara selingan. Gara-gara kesilapan itu, Stacy ketika dihubungi Hip kelmarin mengakui dia begitu tertekan kerana bimbang reputasinya sebagai juara sebuah program realiti popular tercalar akibat kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Menyifatkan peristiwa itu sebagai kejadian yang tak mungkin dapat dilupakannya selama-lamanya, Stacy memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit seraya menegaskan, dia tidak berniat langsung untuk mencacatkan majlis yang penuh berprestij itu.

Bukan sengaja mencipta alasan untuk mempertahankan diri namun menurut pemilik nama penuh Stracie Angie Anam ini, kesilapan itu berpunca kerana dia hilang fokus dan terlalu gugup berdepan dengan penonton sekali gus menolak dakwaan yang kononnya tidak menghadiri sesi latihan.

Mengambil iktibar daripada kejadian itu, Stacy berharap peristiwa itu tidak menjejaskan namanya di kalangan penganjur dan menaruh harapan moga dia terus diberikan peluang untuk menjayakan persembahan seperti itu.




Hip: Boleh Stacy jelaskan bagaimana Stacy boleh melakukan kesilapan sewaktu membuat persembahan pada malam Festival Filem Malaysia yang lalu?

Stacy: Sebenarnya malam itu saya mendapat tahu yang nenek kesayangan saya meninggal dunia. Jadi perasaan saya bercampur baur dan sepatutnya mengikut adat, saya tidak boleh meneruskan persembahan. Bagaimanapun, menyedari saya ada komitmen yang perlu diselesaikan maka saya teruskan juga menyanyi. Akibatnya, saya hilang tumpuan. Bukan itu saja, saya juga gugup apabila berada di pentas. Akibatnya, persembahan malam itu jadi serba tak kena. Saya ada dengar juga orang kata yang saya tak datang latihan dan disebabkan itulah persembahan saya jadi kelam kabut. Perkara itu tidak berlaku sebenarnya. Saya tak pernah melakukan perkara yang boleh merosakkan reputasi. Sebelum persembahan bermula, saya cukup teruja kerana bukan senang mendapat peluang sebegini. Saya berusaha sebaik mungkin dan datang latihan seperti yang diminta. Cuma apa yang boleh saya jelaskan, sewaktu latihan, muzik yang dimainkan berbeza sedikit dengan persembahan sebenar. Ini membuatkan saya keliru di bahagian mana intro sebenar lagu berkenaan. Tapi, apabila saya nyatakan begini, bukanlah bermakna saya meletakkan kesalahan itu di bahu mereka (pemuzik)

Hip: Bila berlaku situasi seperti itu, bagaimana Stacy menghadapinya?

Stacy: Bila kejadian itu berlaku, tidak dinafikan hanya tuhan saja yang tahu betapa malunya saya ketika itu. Tetapi saya cuba menenangkan diri dan dengar muziknya dan fokus betul-betul sebelum menyambung kembali nyanyian. Walaupun perasaan gementar ada tetapi sedaya upaya mengusirnya supaya tumpuan saya terhadap persembahan tidak terganggu. Selepas persembahan selesai, saya menangis di belakang pentas kerana saya malu dan rasa bersalah kerana mencacatkan majlis bertaraf nasional. Namun, bila fikir kembali, saya anggap semuanya itu sudah ditentukan dan saya terima semuanya sebagai satu pengajaran.

Hip: Tapi Stacy tahukan kesilapan itu sedikit sebanyak boleh memberi kesan terhadap perkembangan kerjaya Stacy?

Stacy: Saya tahu dan tidak dinafikan saya menanggung malu yang amat sangat di atas pentas masa itu. Itulah kali pertama saya berdepan dengan peristiwa paling memalukan. Dalam hati berkata, habislah saya hari ini. Mesti ramai orang akan mempertikaikan kredibiliti saya selepas ini. Tentu ada orang mempersoalkan kemenangan saya dengan kejadian tempoh hari. Saya harap ini tidak berlaku kerana hendak buat macam mana, kesilapan itu bukan saya yang mahu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya dan saya akan belajar di sebalik kesilapan yang dilakukan. Saya juga ingin memohon maaf kepada penganjur, Astro dan peminat atas kesilapan itu. Dan saya harap, saya tidak dihukum atas kesalahan yang tidak disengajakan itu. Saya mohon moga terus diberi peluang membuat persembahan untuk acara seperti ini.

Hip: Pakaian Stacy malam itu juga dikatakan tidak sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. Komen sikit?

Stacy: Mengenai pakaian, saya akui pakaian itu memang saya yang pilih dan atas cadangan pihak Maestro sendiri. Memandangkan konsep pakaian malam itu memerlukan saya kelihatan glamor, jadi saya tak rasakan pemilihan pakaian saya salah. Lagipun ia berkonsepkan tradisional dan saya bangga dengan pakaian itu. Yang penting, saya selesa dengan apa yang saya gayakan.

Hip : Undangan persembahan untuk juara AF biasanya lebat, Stacy pula bagaimana?

Stacy: Setakat ini saya bersyukur kerana undangan persembahan tak pernah putus. Saya harap perkara ini akan berkekalan kerana ini saja cara saya untuk menyara keluarga di kampung. Jika ada rezeki lebih, saya juga bercadang untuk membawa keluarga tinggal di sini bersama saya. Kasihan meninggalkan mereka di sana.


Read more...

Aug 11, 2008

Stacy @ URTV 18 Ogos 2008

Anda peminat Stacy? Peminat biasa? Atau peminat luar biasa? Jadi jangan kedekutkan duit anda untuk mendapatkan edisi terbaru majalah URTV keluaran 15 Ogos 2008 kerana sudah tentulah kisah tentang Stacy pujaan hati kita dimuatkan di dalamnya. Jangan ragu, jangan segan, silalah ke kedai majalah berhampiran. Hoyeah!!

Artikel berkaitan tentang kehidupan Stacy dahulu dan sekarang. Tentang cinta dan keluarga malah turut menyentuh tentanbg harapan dan impian Stacy. [Sila klik imej untuk paparan lebih besar]

AVANZA? Apa kena mengena eh? Kemudian tentang rumah. Hurm.. ada yang tertanya-tanya ke? Semuanya ada di URTV keluaran terbaru. Beli jangan tak beli. [Sila klik imej untuk paparan lebih besar]






Read more...

Stacy Di FFM









Biarpun mendapat sedikit kecaman dan kritikan atas sedikit kesilapan dalam persembahan Stacy melalui lagu Wajah Rahsia Hati, nyanyian asal Fauziah Datok Ahmad Daud di malam FFM yang lalu, perkara itu tidak sedikitpun mematahkan semangan Stacy untuk memberikan persembahan yang lebih mantap, malah memberi semangat kepada para peminat untuk terus menyokong kerjaya seni gadis manis ini. Sesungguhnya teguran itu menjadikan kita lebih matang dan dewasa dalam menjalani kehidupan. Kepa para peminat, diharap janganlah membuat andaian yang bukan-bukan serta mudah terpedaya dengan berita dan khabar angin dari pihak yang tidak bertanggung jawab. apa yang wajar kita lakukan ialah terus menyokong Stacy agar beliau terus maju di dalam arena seni negara.

Read more...

Sudut Kreatif - Pantun Dari Gbek @ Eda


RUHAIDA ISHAK ITULAH SAYA,
TINGGAL DI TAMAN SETIA JAYA,
MENYANYI ADALAH STACY PUNYA KERJAYA,
MOGA STACY BOLEH BERJAYA.

BAPAK AKU SUKA MINUM KOPI,
MNUM KOPI BERSAMA ROTI,
HOPE STACY SELALU HEPI,
KAMI AKAN MENYOKONG STACY.

SAYA SUKA MAKAN BUAH-BUAHAN,
SAYA JUGA SUKA MAKAN COKLAT,
SEMOGA STACY JADI JUARE BERTAHAN,
WALAU PESAINGNYA HEBAT-HEBAT.

PERGI BANTING NAIK TEKSI,
TEKSI HANTAR KAT TEMPAT YANG SALAH,
SAYA AMAT MAMINATI STACY,
ALAMAK,TERLEBIH SUDAH!

FROM : GBEK94 A.K.A EDA






Read more...

Stacy Frenz di Media Hiburan 2 -8 Ogos


Terima kasih kepada semua yang terlibat: Charm, Reen, Ann, Shaofie, Appan, Nakamichie, Cindy, Kos and Laura.



Credit kepada Janet - 'extract' artikel ini daripada e-browser untuk Stacy Frenz.



Read more...

Aug 9, 2008

STACY MEMBUAT PERSEMBAHAN PADA FFM KE 21

Gambar-gambar yang ditangkap dan dihantar kepada Stacy Frenz dari Pn. Agnes:







UNTUK PHOTO KAT ATAS NI, KREDIT PADA ANIP@ARENIEV.BLOGSPOT.COM


Stacy akan membuat persembahan pada malam ini, sempena Festival Filem Malaysia yang ke 21, yang akan berlangsung pada Sabtu, 09/08/08 Putrajaya. Stacy akan membawa lagu tema filem yg di petik dari filem Suara Kekasih yang mana original sountrack lagu ini pernah dinyanyikan oleh kak Ogy atau Fauziah Dato Ahmad Daud, iaitu lagu "WAJAH RAHSIA HATI".

FFM21 ini juga akan mempertandingkan lagu-lagu asal filem atau Lagu Tema Asal Terbaik antaranya :-
MENANTI PASTI - Dato Siti Nurhaliza ( Filem KAYANGAN )
HATI - Dato Siti Nurhaliza ( Filem 1957:HATI MALAYA )
DAMBAAN CINTA - Jaclyn Victor ( Filem APA KATA HATI )
AKU DIMATAMU - Avaa Vanja ( Filem KALA MALAM BULAN MENGAMBANG )

Kebetulan lagu HATI pernah didendangkan oleh Stacy pada Konsert di Istana Budaya dan kita harapkan lagu ini akan berjaya merangkul Lagu Tema Terbaik, sama-samalah kita doakan. Sementara itu, Stacy juga ada menyumbangkan suara untuk filem SAYANG U CAN DANCE antaranya lakonan Ebi. manalah tau,tuah lagu dendangan Stacy dari filem ini pula akan tercalon untuk Festival filem akan datang?.

Read more...

Aug 6, 2008

Lagi Kisah STACY Di METRO 06/08/2008

Photobucket



SUDAH tiga bulan konsert akhir Akademi Fantasia musim keenam (AF6) berlalu. Namun, bahang dan kehangatannya masih terasa di kalangan peminat setia program realiti berkenaan.Justeru, sebagai hadiah buat peminat, sekali gus mengumpulkan semula 14 pelajar AF6 dalam satu konsert, produksi Astro menganjurkan konsert Reunion AF6 di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Melaka Bandaraya Bersejarah pada 25 Julai lalu.


Konsert ini dianjurkan sempena sambutan karnival dan Konsert Gempak Selebriti Astro pada 26 hingga 27 Julai di Melaka serta dijayakan semua bekas pelajar AF6, Stacy, Riz, Nubhan, Toi, Nadia, Stanly, Mama Rina, Alif, Saida, Faisal, Lufya, Naim, Ika dan Yana.


Pastinya pertemuan ini menjadi detik manis buat mereka selepas tamat AF6 seterusnya masing-masing kini mencari haluan untuk dikenali di arena seni.

Photobucket


Bagi juara AF6, Stacy atau Stracie Angie Anam, 18, dari Kota Kinabalu, Sabah, semua bekas pelajar AF6 seperti ahli keluarganya sendiri dan terharu dengan langkah Astro menganjurkan konsert Reunion AF6.


“Sebenarnya, saya kurang sihat pada malam konsert itu. Maklumlah, saya perlu menyampaikan tiga lagu pada malam itu termasuk duet dengan Mawi dan Nubhan. Malah, saya juga ragu-ragu untuk keluarkan suara habis-habisan ketika menyanyi solo kerana bimbang ia tidak keluar ketika berduet dengan Mawi.


“Tapi, saya tetap gembira dan bersemangat kerana rata-rata bekas pelajar AF6 pada malam ini nampak lebih berkeyakinan dan menampilkan persembahan jauh lebih baik berbanding ketika konsert akhir dulu.


“Kami memang jarang berjumpa kerana masing-masing ada agenda seni tersendiri. Justeru, konsert ini peluang untuk kami mengeratkan hubungan persahabatan yang sedia terjalin,” katanya.

Konsert reunion AF6 dimulakan dengan persembahan pembukaan semua bekas pelajar menerusi lagu Rentak 106 (Sandii Suzuki), Kereta Lembu (Helen Vellu). Bekas pelajar membuat persembahan penutup dengan dua lagu, Kitalah Bintang yang dipopularkan Ratu Rock Tanah air, Ella dan Menuju Puncak (lagu tema AF).

Stacy turut berduet dengan Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad 22, dari Kuala Pilah menerusi lagu Hampir Ke Situ (Mendua). Kombinasi mereka boleh tahan kerana vokal Nubhan tidak ditelenggami Stacy.Cuma Nubhan perlu mengikis sifat malu-malunya supaya tidak ditenggelami pergerakan Stacy yang lincah dan agresif di pentas.Penampilan juara AF3, Mawi berduet dengan Stacy menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan turut mendapat tepukan gemuruh penonton. Terbukti aura Mawi masih kuat kerana ramai peminat di Melaka ternantikan kemunculannya.

Pengacara pada malam itu, AC Mizal dengan tagline ‘Sempoi’ turut mengimbas kenangan penonton ketika pelajar masih dalam akademi dulu. Selain lawaknya yang mencuit hati penonton, AC turut menunjukkan bakatnya menyanyi dengan Stacy pada malam itu. Konsert reunion AF6 ini disiarkan jam 4 petang menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) sempena sambutan Aidilfitri ini.

Read more...

SELEPAS MENJADI PENYELAMAT KONSERT CORNETTO,STACY DI PUJI LAGI

Setelah dipuji oleh para wartawan yg Stacy menjadi penyelamat konsert Cornetto yang lalu, baru-baru ini, Stacy sekali lagi mendapat pujian atas kecemerlangan persembahannya di Konsert Superstar yg berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka. Di harap Stacy tidak tenggelam dengan pujian-pujian sebegini, malah terus berusaha memperbaiki diri demi para peminat tersayang yang telah menyokong karier seninya semasa di dalam Akedemi dan sehingga kini.

Photobucket

Ok, sekarang kita buka komen pada semua peminat Stacy untuk memberikan komen di bawah kotak komen, agar bila Stacy ada masa, dia boleh baca pesanan kamu semua. Terima kasih.

Read more...