• Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
  • Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
  • Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
  • AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
  • Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
  • Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6

20 Ogo 2008

PENJELASAN DARI AJK STACY FRENZ @ RAKAN STACY




KALAU TAKDE PHOTO DALAM SETIAP ENTRI @ STORY MESTI BOSAN...KAN? TAPI JGN USHA LAMA YA


Saya sebagai salah seorang AJK Stacy Frenz ingin menjelaskan beberapa kekeliruan pada ahli-ahli atau bukan ahli ( yg juga meminati Stacy ). Ada beberapa pertanyaan ( letih dah jawab setiap seorang bertanya ) dari orang mengapa begini, mengapa begitu yang pada pemerhatian saya pertanyaan yang agak provokasi dan tidak mahu memikirkannya terlebih dahulu. Antara soalan tersebut adalah :


a) MENGAPA RAMAI YANG KELUAR DARI STACY FRENZ?

JAWAPAN: RAMAI TU BERAPA? SEORANG SAJA YANG KELUAR IAITU TANAKWAGU, SEORANG TU RAMAIKAH?



b) KENAPA BANYAK SANGAT FC? YANG MANA SATU YANG BETUL NI?

JAWAPAN: SESIAPAPUN BOLEH MEBUAT FC KALAU MEREKA MAHU. SEBELUM INI PUN ADA PENYANYI LAIN YANG ADA LEBIH DARI SATU FC, SEBAGAI CONTOH...DIDDY AF4, DIA ADA FC RASMI DAN TAK RASMI. PERSOALANNYA DI SINI,FC YANG MANA KAMU NAK JOIN, ITU SAJA. TAPI SEBAGAIMANA YANG RAMAI TAHU, STACY FRENZ BUKAN DITUBUHKAN SELEPAS AF ATAU SETELAH STACY JUARA. STACY FRENZ TELAH AKTIF MEMPROMOSIKAN STACY SEBAIK SAJA PENGUMUMAN ASTRO 14 ORANG YANG TERPILIH MASUK KE AKEDEMI. SELAIN ITU STACY FRENZ SETIAP MINGGU DATANG KE KONSERT MINGGUAN DENGAN MEMBAWA BANNER DAN POSTER,UNTUK MEMBERI SOKONGAN DAN SEMANGAT PADA STACY YANG DIA TIDAK BERJUANG BERSEORANGAN DAN MEMBERI ISYARAT ( KERANA MASA ITU DIA TIDAK BOLEH BERHUBUNG DENGAN SESIAPAPUN )YANG DIA MEMPUNYAI KELAB SENDIRI DAN BARISAN PENYOKONG.


c) MENGAPA SAYA JARANG ONLINE DI CHATROOM?


JAWAPAN: UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, AJK STACY FRENZ MEMPUNYAI PEKERJAAN TETAP, MEMPUNYAI KEHIDUPAN SENDIRI DAN PERLU MENJAGA PERIUK NASI SENDIRI. TAKKAN KAMU MAHU SAYA 24 JAM, 7 HARI, SEBULAN DAN 360 HARI BERTUNGGU-BERTANGGA DISINI. SAYA PUN ADA RUMAH, ADA KERJA PEJABAT NAK DISIAPKAN DAN ADA URUSAN PERIBADI. NAMUN BEGITU, JIKA ADA KELAPANGAN, SAYA TETAP AKAN ONLINE TANPA PERLU DIPAKSA. FAHAMILAH, DALAM STRUKTUR KERAJAAN, APA GUNA ADA MENTERI, PEMBANTU MENTERI...KALAU PERDANA MENTERI YANG HARUS BEKERJA ATAU BUAT SEMUANYA? JADI JANGAN LAGI ADA YANG BERFIKIRAN RENDA BERKATA "EHH, AWAK NI RAJIN DAN TIAP HARI ONLINE...SEPATUTNYA AWAK YANG JADI KETUA". SAYA TAK KISAH SIAPA YANG NAK JADI KETUA. SAYA TAK KEMARUK KUASA.UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SAYA PERNAH MEMINTA PADA AJK UNTUK MENGUNDURKAN DIRI KERANA TIDAK YAKIN DAPAT MEMBERI KOMITMEN YANG PENUH KERANA TERBEBAN DENGAN HAL KERJA TETAP, HAL PART TIME MODELLING SAYA DAN JUGA URUSAN PERIBADI, TETAPI AJK YANG LAIN TIDAK BERSETUJU TAPI BERJANJI MEMBANTU SAYA TATKALA SAYA ADA SHOOTING ATAU FOTOSHOOT ATAU OUTSTATION HAL KERJA.

d ) MENGAPA BANYAK WEB? ATAU MENGAPA PERLU ADA WEB PADAHAL DAH ADA BLOG NI?


JAWAPAN: KAMI TELAH SURFING BEBERAPA FC LAIN SEBELUM AF6 INI, ADA BANYAK YANG BAGUS DAN MENARIK, JADI SEIRING DENGAN KEMAJUAN KARIER SENI STACY, DIA BERHAK DAPAT WEB ISTIMEWA YANG CANGGIH DAN UP TO DATE. PERLU SAYA JELASKAN DISINI, YANG SEDIA ADA INI HANYALAH BLOG YANG SAYA DIRIKAN SEBERMULA AF6 UNTUK MEMPROMOSIKAN STACY DAN MENARIK ORANG MENGUNDI SERTA MENJADI TEMPAT PENYOKONGNYA BERKUMPUL,BERBINCANG DAN BERTUKAR PENDAPAT. KERANA BLOG AGAK TERHAD, AJK TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MENDIRIKAN WEB YANG DITAJA SEPENUHYNYA OLEH SAUDARA KOKO ( HOSTING NI BUKAN FREE TAU ). MANAKALA CIK ANN @ CIK TEMAH DAN RIANA @ PAH BEDAH PULA BERHEMPAS PULAS MENGORBANKAN MASA UNTUK MENGEMASKINI DAN MENJADIKAN WEB CANGGIH INI SATU KENYATAAN.


PESANAN PENTING SAYA DAN AJK LAIN:

i)WEB INI STACYANGIE MASIH DALAM CONSTRUCTION. BUAT MASA INI KITA HANYA MEMBUKA PARA PEMINAT STACY MENDAFTAR DAN BOLEH MEMBUAT PROFILE SENDIRI ( MACAM FRIENDSTER DAN MYSPACE ). CANGGIH...KAN? ANDA BOLEH MELETAK PHOTO SENDIRI DAN BIODATA AGAR AHLI2 YANG LAIN DARI NEGERI LAIN BOLEH KENAL ANDA DENGAN LEBIH DEKAT WALAUPUN TIDAK PERNAH BERTEMU IN PERSON. PIHAK KAMI AKAN DARI MASA KE SEMASA MEMBUKA WEB INI HINGGALAH KE PERINGKAT PERASMIAN OLEH STACY SENDIRI ( AKAN DIUMUMKAN KELAK )

ii) ADA RAMAI YANG MALAS MASUK KE BLOG INI KERANA MEREKA COPY CHATBOX DI SINI DAN AKHIRNYA BANYAK PERTANYAAN YANG MEMBUAT KAMI MENJADI SEMAKIN SIBUK, PADAHAL TELAH ADA BANYAK INFORMASI TENTANG BERITA TERKINI STACY ATAU MENGENAI KELAB INI. ANTARA PERTANYAAN BODOH TERSEBUT ADALAH ;
"STACY ADA KER KAT FFM MALAM INI?" PADAHAL DI JADUAL AKTIVITI STACY TELAH KITA SENARAIKAN DI BLOG.
" BILA BIRTHDAY STACY "
" DI MANA STACY RAIKAN HARI LAHIRNYA?"
PADAHAL SETIAP BERITA DAN BIODATA STACY TELAH KAMI PAPARKAN. JADI, TOLONGLAH BACA SEGALA BERITA YANG KAMI KHABARKAN DAN TINGGALKAN "komen" KALAU INGIN DISETIAP CERITA TERSEBUT. SIA-SIA SAHAJA KAMI KORBANKAN MASA KAMI UNTUK MENYEDIAKAN SEMUA BAHAN BERITA KALAU PEMINAT STACY TIDAK MENGGUNAKAN KEMUDAHAN YANG KAMI SEDIAKAN.
iii) INI KHAS UNTUK PENGUTUK. KAMI BUKAN TIDAK BOLEH TERIMA KOMEN, TAPI BIARLAH KOMEN YANG MEMBINA, BUKANNYA MENJATUHKAN. KAMI DI STACY FRENZ TIDAK PERNAH GANGGU KAMU, MENGAPA NAK GANGGU KAMI? KALAU KAMU MASUK KE SINI UNTUK BERAK ( MENINGGALKAN KOMEN BUSUK, KUTUKAN ) LEBIH BAIK KAMU KELUAR. DI SINI TEMPAT PEMINAT STACY BERBINCANG, BERKUMPUL, BERTUKAR PENDAPAT DAN MEMBINCANGKAN HAL KARIER SENI STACY.


KAMI BOLEH KESAN IP ADDRESS COMPUTER KAMU DAN KAMI BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA ( INGAT YA ). DI SINI SAYA NAK BAGITAU LAGI...SEMAKIN KAMU KUTUK STACY ATAU STACY FRENZ, SEMAKIN MEMBARA SEMANGAT KAMI UNTUK MENAIKKAN STACY. PERLU SAYA BERITAHU DI SINI, SEMASA AF6 BERLANGSUNG, RAMAI YANG KUTUK DAN BAKAR KAMI DENGAN KUTUKAN KATA PESERTA DARI SABAH AKAN TETAP LAYAK DI NO.2. TAPI TERIMA KASIH LAH, KERANA KUTUKAN DAN SIKAP MEMPERLEKEHKAN PESERTA DARI SABAH ITU, MEMBUATKAN KAMI BERUSAHA DUA KALI GANDA. RASANYA RUGI KAMU BAKAR KAMI MASA TU..KAN? KALAU KAMU TAK BAKAR KAMI DULU, TAKDE LAH KAMI RASA TERCABAR... DAN LALAILAH KAMI.


FIKIR-FIKIRKAN LAH SENDIRI YA, KALAU KAMU FIKIR KUTUKAN KAMU ITU MENJATUHKAN SEMANGAT KAMI, KAMU SALAH...MALAH MENGUNTUNGKAN KAMI. INI ADA LAGI KUTUKAN TERBARU KATA STACY HANYA JUARA DI DALAM AF, TAPI KALAU DI LUAR...TENGOK LAH SIAPA YANG NAIK. PLEASE LAH...KAMI TIDAK MAHU MENCABAR MANA2-MANA FC DAN PENYANYI MEREKA. KAMI DI SINI HANYA INGIN MEMAJUKAN DAN MENYOKONG KARIER SENI STACY, TAPI KALAU KAMU BAKAR KAMI...MAKIN MAJU LAH KAMI...DAN RUGI LAH KAMU...WAKAKA.



YANG SEMUA PERLU TAHU:

KITA TIDAK BERSAING DENGAN FC ( KELAB PEMINAT ) PELAJAR AF1-AF6 YANG LAIN, KITA HANYA BERSAING DENGAN KARIER SENI STACY. SEPERTI YANG SEMUA SEDIA MAKLUM, DI AKEDEMI MEREKA SEMUA BERKAWAN, DAN DILUAR MEREKA MASIH RAKAN CUMA BERSAING DENGAN KARIER SENI MASING-MASING, KALAU TIADA SAINGAN...MACAM MANA NAK MAJU...BETUL TAK?

14 ulasan:

  1. waaaaaaaaaah!
    tacing sa baca..terharu n bangga dgn 'tulang belakang' stacy.
    stacy caiyo!AJK stacy frenz caiyo!
    love all..suka sgt web baru.
    mula2 ni mmg canggih.
    lama2 lagi tmbh canggih.
    alamak!tlebe sudaaa
    -nebesss-

    BalasPadam
  2. Cayalah Stacy frenz,teruskan usaha kamu semua ya, saya ikut saja - CHARM

    BalasPadam
  3. setuju tu..xkan nk 24jam ajk on9?sume ade periuk nasi sndri...kami buat sume ni..ikhlas..sygkn stacy....so kpd pengutuk...kami xheran ngan kutukn itu..malah kutukn itu mmbuatkn kami utk lebey bersemangat utk menaikkn name stacy..

    BalasPadam
  4. SAMA-SAMA LAH KITA BERSATU DAN BERUSAHA MENYOKONG STACY, BIAR DIA MEMBANTU MENYEMARAKKAN ARENA SENI HIBURAN KITA YANG LESU INI DAN BERJUANG BERSAMA ARTIS2 YANG LAIN MEMARTABATKAN SENI TANAH AIR KITA YANG TERCINTA

    BalasPadam
  5. SAYA MEWAKILI WARGA PENDIDIK MENYOKONG 100% KENYATAAN SAUDARA KOSSERANI, KALO ADA LEBIH DARI 100% PUN SAYA BAGI 1000% LAH SEKALIGUS, LAGI SENANG...PASNI YG LAIN JGN PANDAI2 BUBUH LEBIH DARI TU LAK..ITU KENYATAAN IKHLAS BUAT KOSSERANI...HIDUP PRESIDEN STACYFRENZ!!!!!

    BalasPadam
  6. Pada pendapat Chik Gayah Chantek, semua sepatutnya bersatu padu demi kemajuan Stacy, tapi kalau ada juga yang nak kuar, tak boleh nak kata apa la, mungkin dia busy. Tapi Chik Gayah Chantek tetap sokong perjuangan Stacy Frenz - CHIK GAYAH CHANTEK

    BalasPadam
  7. nama gue peppo20 Ogos 2008 8:50 PTG

    adoi kos(president stacyfrenz)!!!...gue caya sama lu..gue enggak tahu yg mas kos pandai berpidato gitu..semua yg mas kos taip mmg benar kok..gue enggak pernah fikirin apa-apa pun yg buruk atau yg tidak enak sama mas kos..ataupn stacyfrenz gitu..gue hepi-hepian di blog ini enggak ada apa-apa masalah..sayang bangat sama kamu..sejahtera ya STACYFRENZ..hihihi..

    BalasPadam
  8. TAHNIAH UTK STACYFRENZ,EN KOS DAN AJK YG LAIN..MEMANG PERLU PENJELASAN SEBEGINI UTK MENJELASKAN KPD MEREKA TTG APA YG MEREKA RASA..MEREKA PERLU TAHU DAN TERIMA KASIH KPD MEREKA(penyokong/pengundi dan pengutuk)KERANA PERANAN MEREKA DLM MENAIKKAN NAMA STACY DLM INDUSTRI SENI TANAHAIR.

    BalasPadam
  9. Biasa la tu, mana ada yg sempurna, semua kelab ada masalah,tapi cara Stacy Frenz menangani masalah sangat kami puji, senyap2 dan berhemah. Semoga Stacy sukses dgn kelab ini tapi saya sokong saja -@MIRUL

    BalasPadam
  10. Terima kasih pada semua yang memberi komen semangat dan memahami situasi saya dan AJK lain. Hanya satu kunci kejayaan sebenarnya...iaitu BERSATU. jadi marilah kita bersatu dan janganlah berpecah belah kalau mahu Stacy berjay

    BalasPadam
  11. INSYA ALLAH! SOKONGAN AKAK TETAP PADU PADA STACYFRENZ. NDAK PERNAH BERUBAH ITU. TERSILAP SEDIKIT PUN TIDAK MENGURANGKAN SOKONGAN AKAK PADA STACY & OF COZ STACY FENZ. GOOD LUCK GUYS!- KakMas

    BalasPadam
  12. HIDUP STACYFRENZ!!!

    BalasPadam
  13. hemmm... its normal live in FC... biasalahh ciri ciri nak menjatuhkan dan melagakan warga ajk ni bagai... semua memang ada dalam dunia FC ni... hemmm... PHD yang ada pada manusia memang sukar nak dibendung... hemmm apa apa pun aku harap semua warga AJK STACY FRENZ tabah hadapi semua dugaan ini ok.... yang penting kita kena RELAX......

    ALAMAK TERLEBIH SUDAH AKU COMMENT... TAK APALAHHH REDAH AJERR..... TAK SANGKA YE....

    BalasPadam
  14. go stacy go i hope you can do it jangan pedulikan ape orang cakap teruskan kehadapan ok...

    BalasPadam