- Sila daftarkan terlebih dahulu nickname anda.
- Dilarang sama sekali menulis perkataan lucah ataupun berbaur agama dan politik di chat room ini.
- Semua chatters diminta menghormati antara satu sama lain. Bersatu teguh, bercerai roboh.
- AMARAN: Chatroom ini bukan medan untuk memperbesarkan isu-isu kecil mahupun provokasi.
- Sebarang pengiklanan atau promosi yang tidak wajar atau tidak berkenaan juga adalah dilarang!
- Nickname Stacy di Chatroom ini ialah Akustacyaf6
29 Sep 2008
28 Sep 2008
-Pelancaran Album Raya Selayang Mall
Stacy Bersama StacyFrenz (Liza, Cypan & Sun)
Stacy Bersama Riz, Toi & Nadia
-Raya Datang Lagi - Stacy (lirik)
Tak Tertahan Aku Menanggung Denyutannya
Hari Lebaran Kini Muncul Lagi
Riang Dan Ria Suasana
Gembira, Meriah Dengan Warna Warni
Oh Hari Raya, Hari Gembira
Selamat Hari Raya
Mari Kita Bermaafan Lupakan Sengketa Kita
Oh Hari Raya, Hari Mulia
Selamat Hari Raya
Jangan Ada Yang Berduka Hey Mari Kita Bergembira
Kampung Halaman Kawan-Kawan Yang Ku Rindui
Kaum Famili Ibu Bapa Yang Ku Kasihi
Kini Mula Bermain Di Mata
Tak Sabar Lagi Ingin Ku Kembali
Hari Yang Mulia, Hari Raya Datang Lagi
Oh Hari Raya, Hari Gembira
Selamat Hari Raya
Mari Kita Bermaafan Lupakan Sengketa Kita
Oh Hari Raya, Hari Mulia
Selamat Hari Raya
Jangan Ada Yang Berduka Hey Mari Kita Bergembira
Maaf Zahir Batin Pada Semua
Selamat Hari Raya
Hari.......................Lebaran
Oh Hari Raya, Hari Gembira
Selamat Hari Raya
Mari Kita Bermaafan Lupakan Sengketa Kita
Oh Hari Raya, Hari Mulia
Selamat Hari Raya
Jangan Ada Yang Berduka Hey Mari Kita Bergembira
Hari Raya.................................Hari Raya
Lagu: Hadi Hassan (Maestro Publisihing)
Lirik: sham Amir Hassan (Luncai Emas Sdn Bhd)
27 Sep 2008
-Rumah Terbuka Aidilfitri "AJK STACY FRENZ" TO ALL
BILA? =Hari Raya ke5 (Ahad)
JAM BERAPA? =6pm-11pm
PAKAIAN? =Bebas...ikut selesa la ( Tapi nak bagitau...rumah tu panas, jgn la pakai Jacket )
TEMA? =Makan2 dan minum jer
DI MANA? =Rumah Kos (bukan RUMAH KOS RENDAH...tapi di rumah si mailto:Kos@Pengerusi)
ALAMAT? =Mutiara Apartment,Block B, Tingkat 8, No.12, Batu 5, Jalan Kelang Lama,KL.
LANDMARK? =Opposite Pearl International Hotel or just beside Balai polis Petaling.
ADA PETA? =Ayo...tengok kat bawah la.

***********************************************************************
24 Sep 2008
23 Sep 2008
-Stacy Belajar Berpuasa

Murai Batu dapat tahu, walaupun mereka bukan beragama Islam, mereka tidak ketinggalan belajar berpuasa kerana sering bercampur gaul dengan rakan-rakan Muslim dan kerap diundang ke majlis berbuka puasa di sana-sini membabitkan anak seni.
Ketika bertemu Stacy dalam satu majlis berbuka puasa, baru-baru ini, kawan Murai Batu yang duduk semeja dengan Stacy pun bertanya tentang perkara itu selepas mendengar khabar angin mengenainya.
"Ya, memang betul Stacy belajar berpuasa tapi bukanlah puasa penuh lagi. Stacy belajar puasa setengah hari dulu dan bercadang untuk puasa penuh pula selepas ini," katanya.
Tidak kisahlah tu, ia membuktikan Stacy peka dengan suasana di sekelilingnya dan tidak makan di depan kawan-kawan Muslim yang berpuasa. Dulu ketika masih kecil pun Murai Batu pun sama juga, puasa separuh hari ajer sebelum belajar puasa penuh ketika masih di sekolah rendah.
Jadi di sini Murai Batu berharap mereka yang sewajibnya berpuasa jangan ponteng dan pemalas. Kalau budak-budak dan artis bukan Melayu macam Nikki dan Stacy pun boleh berpuasa, kenapa kita yang dewasa pula nak ponteng tanpa sebab yang dibenarkan. Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri...
TEKS DAN PHOTO DI PETIK DARI MURAI.COM - KOSE
22 Sep 2008
-Lagu Duet Stacy Dan Nubhan

-Stacy Di Kuala Pilah
21 Sep 2008
-Stacyfrenz Bersahur Bersama Stacy


ke vouge kan nya.
walaupun hanya bersahur !

untuk memeriahkan suasana bersahur di pagi yg dingin .
dari kanan : Sal , Amir , Cipanz , maaf identiti anda tidak diketahui. hiks!

kerana terpaksa pulang awal.. dan tidak dapat bersahur bersama.

kerana sepanjang malam masing-masing dah kelaparan kerana terbau kari
masakan Mrs.X itu

AJK terkuat Stacyfrenz masih mengekalkan sifat keayuan
ketika bersantap.

Flyingliza, kecil molek saja rupanya dia
19 Sep 2008
-Penggambaran Ada Cinta Di Kuala Pilah

18 Sep 2008
-Stacy Di Majlis Pelancaran Album Raya AF6
-Stacy Di Majalah Mangga Keluaran Oktober
Baca artikel -Stacy Tiada Pengurus- di Harian Metro 17/09/08. KLIK SINI


POPULARITI TIDAK ADA BARANG PENIMBANG ATAU PENGUKUR
.jpg)
PHOTO DIATAS UTK TATAPAN PEMINAT YG TERINGIN SANGAT UNTUK MELIHAT WAJAH COMEL STACY DI MAJLIS BERBUKA PUASA ASTRO - ( PHOTO SUMBANGAN/DIPETIK DARI MURAI.COM )
Populariti adalah sesuatu yang subjektif, ianya tidak boleh ditimbang dengan barang timbangan atau dacing, juga tidak boleh diukur dengan pembaris atau tape. Seperti yang kita telah baca, sebenarnya siapa yang lebih popular, itu adalah menurut pandangan masing-masing, jadi kita tidak perlu mempertikaikan pendapat orang lain kalau mereka berpendapat si polan lebih popular dari Stacy dan mereka pun tidak boleh mempertikaikan kalau kita berpendapat Stacy lebih popular dari si polan.
Populariti juga tidak boleh dikira hanya kerana sipolan ada banyak show...kerana show bukan peminat yang atur, tetapi penganjur dan ada juga penganjur yang membuat sesuatu majlis atas kerjasama dari syarikat kendalian seseorang. Kadang kala populariti juga ada turun naiknya dan berubah dari masa ke semasa atau dari hari ke hari. kadang kita cakap hari ni si polan popular, tetapi tiba-tiba esok berubah si polan yg lain pula yang lebih popular. Oleh yang demikian, Stacy tidak seharusnya rasa tertinggal kerana benda ni subjektif dan yang pasti dia masih ada show sekurang-kurangnya.
Mari kita lihat keputusan CARTA 30 ERA ( 17/09/08 ), siapa yang atasi siapa dan yang pasti esok, orang lain pula yang atasi. Itu lah maksud saya Populariti ini berubah setiap hari. Mari kita lihat kedudkan bekas-bekas semua pelajar AF...di mana?
NO.4 ESTRANGED
NO.5 LEONA LEWIS
NO.6 MATTA
NO.7 STACY
NO.8 RIZ
NO.9 COCO
NO.10 MELLY CYRUS
NO.11 SHIELA ON7
NO.12 AMY MASTURA
NO.13 M.NASIR/MALIQUE
NO.14 AHLI FIKIR/ELIZA AF3
NO.15 AIZAT
NO.16 YUVI&NUNO
NO.17 JACLYN VICTOR
NO.18 DESTINASI
NO.19 BOB AF2
NO.20 JIN BARA/AHLI FIKIR
NO.21 ROSSA
NO.22 HUJAN
NO.23 PUSSY CATS DOLL
NO.24 ARI LASSO/BUNGA CINTA LESTARI
NO.25 ELYANA
NO.26 JASON MEREZ
NO.27
NO.28 NUBHAN
16 Sep 2008
STACY TERIMA HUKUMAN- KOSMO
WARTAWAN : FERIDE HIKMET ATAK
HANYA kerana kesilapan yang tidak pernah dijangka, dirinya kini 'dihukum' dan kini hukuman yang tidak dipinta itu cukup dirasai Stacy selaku pendatang baru.Mengimbas kembali kesilapannya pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) 8 Ogos lepas yang memperlihatkan dirinya kurang membuat persediaan dan menyebabkan lagu Wajah Rahsia Hati yang sepatutnya dinyanyikan dengan indah, tetapi telah bertukar menjadi mimpi ngeri buat Stacy apabila dia tidak dapat mengikut rentak lagu berkenaan.
Peluang bertemu dengan pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam ini pada majlis berbuka puasa dan rakaman program raya Ria Sentral baru-baru ini menyingkap segala yang terbuku di hati juara Akademi Fantasia musim ke-enam (AF6) ini."Secara jujurnya, sejak kejadian di FFM21, kerja dan publisiti saya sedikit berkurangan. Cuma sekadar persembahan-persembahan kecil dan jelajah mini konsert di Sabah sahaja."Kadang-kala saya terfikir, betapa susahnya nak membawa nama juara ke hulu hilir kerana orang hanya akan memikirkan yang saya akan mempersembahkan yang terbaik dan tak mungkin seorang juara boleh tersilap di atas pentas."Dan mungkin kerana saya ni beragama Kristian, membuatkan masyarakat kurang menerima saya. Biarpun menjadi begini, saya percaya ada masa untuk membuktikan yang saya boleh melakukan yang terbaik. Cuma berilah saya peluang," tuturnya berterus terang.
Pada awalnya, agak sukar untuk si gadis bersuara serak-serak basah ini berkongsi masalah yang melanda di lubuk hatinya.Wajah ceria Stacy berubah menjadi suram sedikit tatkala penulis dan teman wartawan lain mula bertanyakan hal ini dengan lebih mendalam. Sukar untuknya menceritakan kekecewaannya, tetapi dia tegar dan menjawab satu-persatu soalan-soalan yang diberi.
Memikirkan tentang dirinya yang semakin merudum berbanding teman-temannya, Stacy perlu melakukan sesuatu. Hampir setiap hari dia membuat latihan agar tidak mengulangi kesilapannya yang lama.Kadang-kala dia bertanya bersendirian, apa yang perlu dilakukan supaya dirinya kembali bersinar seperti pada permulaannya dia menjadi juara AF6."Saya takut dan sedih dengan cabaran yang besar di luar sana. Umur saya baru 18 tahun, banyak perkara yang saya tidak tahu. Sekarang ni, latihan nyanyian dan tarian menjadi agenda utama saya. Tetapi kalau saya berusaha pun, saya tak tahu kemana arah saya yang perlu dituju untuk menguatkan kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Apa yang saya buat cuma ikut kata orang kerana saya yakin mereka membuat yang terbaik untuk diri saya," katanya.
Timbul rasa cemburu dalam diri penyanyi berasal Sabah ini, apabila rakan-rakannya seperti telah melangkah jauh berbanding dengan dirinya.Namun, cemburunya bukanlah cemburu berbaur negatif, tetapi Stacy menganggap ia sebagai satu persaingan sihat untuk menjadi seorang yang berjaya."Sebenarnya, melihatkan kejayaan mereka, membuat saya cemburu, tetapi jangan salah anggap. Cemburu secara sihat kerana saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri ini terus maju. Lagipun saya tumpang gembira bila melihatkan rezeki mereka semakin murah. Cuma saya takut, orang kata bukan mudah untuk orang Sabah meraih populariti. Lihatlah Felix dan Lotter sekarang, mereka seperti sudah hilang," ujarnya.
Di sebalik wajahnya yang ceria, hatinya sebenarnya berkocak. Tiada keluarga rapat di sisi membuatkan Stacy tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaannya yang terpendam."Kadang-kadang, saya teringin untuk berkongsi masalah, tak kira dari segi hal kerja ataupun peribadi. Saya mahu seseorang di sisi dan bantu untuk membangunkan kerjaya saya bersama-sama. Setakat kawan-kawan memang ramai. Tapi agak sukar untuk saya berkongsi masalah. Pernah juga saya menangis apabila merasai kesusahan menjadi seorang artis. Biarpun menjadi seorang juara dalam sesebuah pertandingan, belum tentu kita boleh menjadi juara dalam hal-hal lain. Dulu, saya ingatkan bila keluar dari AF6, semua perjalanan karier saya akan menjadi okey, tapi baru saya tahu, ia suatu perkara yang susah sebenarnya," ujarnya sambil merenung jauh."Tambahnya, apa yang mahu ditunjukkan pada umum kini ialah menebus semula kesilapannya yang lama dan memberi persembahan terbaik kepada masyarakat di luar sana.
"Nak ikutkan hati, macam-macam benda saya nak buat. Saya mahu membawa teman-teman dari Sabah untuk menari bersama saya. Bila mereka ada, kami boleh mencipta tarian sendiri dan membuat latihan bersama untuk memantapkan tarian ketika berada di atas pentas nanti. Kemudian, seperti umum tahu, saya mahu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga perlu menghadiri kelas Bahasa Melayu supaya saya lebih fasih. Apa-apa hal, lesen mesti ada dulu," tuturnya.
Tambah Stacy, cuma dia keliru adakah wajar untuk dia belajar Bahasa Melayu kerana keluarga dan rakan-rakan di Sabah seperti kurang gemar jika dia mempelajari bahasa kebangsaan itu."Bila saya balik Sabah, mereka kata jangan ubah bahasa saya. Mereka rasa seronok bila saya bercakap menggunakan loghat kami," katanya.
Bila bercerita mengenai impiannya, barulah wajah Stacy kembali bersinar. Semangatnya begitu kental. Sungguhpun dirinya keliru dengan apa yang perlu dilakukannya semangat untuk menjadi penyanyi yang disegani tidak pernah luruh."Impian saya ialah menjadi penyanyi yang berjaya. Saya mahu mantapkan tarian dan vokal. Sekurang-kurangnya, bila orang ramai melihat saya membuat persembahan di pentas, mereka akan terpegun," akhirinya.
15 Sep 2008
Drama Ada Cinta Di Aidil Fitri

Gambar dari blog Abgman360
12 Sep 2008
Hadiah Dari Stacy

Halieww all... Stacy baru balik shopping di Time Square ni, sempat lagi tu melukis potret. Stacy ingin hadiahkan gambar ni kepada semua peminat Stacy. Stacy sayang anda semua. Alamak.. terlebih sudah! -Stacy-
11 Sep 2008
MALAM RAMAH MESRA RAYA STACY FRENZ & STACY
1.Door Gift ( sebagai Ole-Ole kenangan untuk dibawa pulang ).
2. Acara hiburan, nyanyian dan lawak jenaka.
3. Fesyen Show pakaian Raya oleh ICON MODELS ( the new hottest modelling agency in town ).
4. Pemilihan pakaian terbaik kategori lelaki dan Perempuan.
5. Luck Draw - ada yang berupa hadiah & ada pula berupa melawat rumah Stacy di Melaka.
6. Hidangan makanan dan minuman yang lazat ala-ala kampung.
Kalau dah Stacy berbaju kurung dan Kos berbaju Melayu...tentu anda sekalian yang lebih sinonim dengan pakaian tradisi ini akan lebih menyinar lagi. Ingat... tema baju BIRU ( seperti baju En. Kos pada pic di atas ). Kain apa saja.. asalkan biru, biru muda, biru pekat atau biru pastel. Datanglah beramai-ramai pada 12/10/2008, jam 7.00 malam. Ini lah juga peluang kita bersua muka dan berkenal lebih dekat sesama ahli STACY FRENZ, kerana ramai antara kita yang hanya kenal di alam siber sahaja.
8 Sep 2008
Sekitar Penggambaran Hari Raya StacyFrenz
Masa : 01.00 am
Lokasi: Kuala Lumpur
Pakaian : Ann, Lyana dan Riana
Solekan : Riana
Jurugambar : Pyro dan Reen




