WARTAWAN : FERIDE HIKMET ATAK
HANYA kerana kesilapan yang tidak pernah dijangka, dirinya kini 'dihukum' dan kini hukuman yang tidak dipinta itu cukup dirasai Stacy selaku pendatang baru.Mengimbas kembali kesilapannya pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) 8 Ogos lepas yang memperlihatkan dirinya kurang membuat persediaan dan menyebabkan lagu Wajah Rahsia Hati yang sepatutnya dinyanyikan dengan indah, tetapi telah bertukar menjadi mimpi ngeri buat Stacy apabila dia tidak dapat mengikut rentak lagu berkenaan.
Peluang bertemu dengan pemilik nama sebenar Stracie Angie Anam ini pada majlis berbuka puasa dan rakaman program raya Ria Sentral baru-baru ini menyingkap segala yang terbuku di hati juara Akademi Fantasia musim ke-enam (AF6) ini."Secara jujurnya, sejak kejadian di FFM21, kerja dan publisiti saya sedikit berkurangan. Cuma sekadar persembahan-persembahan kecil dan jelajah mini konsert di Sabah sahaja."Kadang-kala saya terfikir, betapa susahnya nak membawa nama juara ke hulu hilir kerana orang hanya akan memikirkan yang saya akan mempersembahkan yang terbaik dan tak mungkin seorang juara boleh tersilap di atas pentas."Dan mungkin kerana saya ni beragama Kristian, membuatkan masyarakat kurang menerima saya. Biarpun menjadi begini, saya percaya ada masa untuk membuktikan yang saya boleh melakukan yang terbaik. Cuma berilah saya peluang," tuturnya berterus terang.
Pada awalnya, agak sukar untuk si gadis bersuara serak-serak basah ini berkongsi masalah yang melanda di lubuk hatinya.Wajah ceria Stacy berubah menjadi suram sedikit tatkala penulis dan teman wartawan lain mula bertanyakan hal ini dengan lebih mendalam. Sukar untuknya menceritakan kekecewaannya, tetapi dia tegar dan menjawab satu-persatu soalan-soalan yang diberi.
Memikirkan tentang dirinya yang semakin merudum berbanding teman-temannya, Stacy perlu melakukan sesuatu. Hampir setiap hari dia membuat latihan agar tidak mengulangi kesilapannya yang lama.Kadang-kala dia bertanya bersendirian, apa yang perlu dilakukan supaya dirinya kembali bersinar seperti pada permulaannya dia menjadi juara AF6."Saya takut dan sedih dengan cabaran yang besar di luar sana. Umur saya baru 18 tahun, banyak perkara yang saya tidak tahu. Sekarang ni, latihan nyanyian dan tarian menjadi agenda utama saya. Tetapi kalau saya berusaha pun, saya tak tahu kemana arah saya yang perlu dituju untuk menguatkan kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Apa yang saya buat cuma ikut kata orang kerana saya yakin mereka membuat yang terbaik untuk diri saya," katanya.
Timbul rasa cemburu dalam diri penyanyi berasal Sabah ini, apabila rakan-rakannya seperti telah melangkah jauh berbanding dengan dirinya.Namun, cemburunya bukanlah cemburu berbaur negatif, tetapi Stacy menganggap ia sebagai satu persaingan sihat untuk menjadi seorang yang berjaya."Sebenarnya, melihatkan kejayaan mereka, membuat saya cemburu, tetapi jangan salah anggap. Cemburu secara sihat kerana saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri ini terus maju. Lagipun saya tumpang gembira bila melihatkan rezeki mereka semakin murah. Cuma saya takut, orang kata bukan mudah untuk orang Sabah meraih populariti. Lihatlah Felix dan Lotter sekarang, mereka seperti sudah hilang," ujarnya.
Di sebalik wajahnya yang ceria, hatinya sebenarnya berkocak. Tiada keluarga rapat di sisi membuatkan Stacy tidak tahu bagaimana mahu meluahkan perasaannya yang terpendam."Kadang-kadang, saya teringin untuk berkongsi masalah, tak kira dari segi hal kerja ataupun peribadi. Saya mahu seseorang di sisi dan bantu untuk membangunkan kerjaya saya bersama-sama. Setakat kawan-kawan memang ramai. Tapi agak sukar untuk saya berkongsi masalah. Pernah juga saya menangis apabila merasai kesusahan menjadi seorang artis. Biarpun menjadi seorang juara dalam sesebuah pertandingan, belum tentu kita boleh menjadi juara dalam hal-hal lain. Dulu, saya ingatkan bila keluar dari AF6, semua perjalanan karier saya akan menjadi okey, tapi baru saya tahu, ia suatu perkara yang susah sebenarnya," ujarnya sambil merenung jauh."Tambahnya, apa yang mahu ditunjukkan pada umum kini ialah menebus semula kesilapannya yang lama dan memberi persembahan terbaik kepada masyarakat di luar sana.
"Nak ikutkan hati, macam-macam benda saya nak buat. Saya mahu membawa teman-teman dari Sabah untuk menari bersama saya. Bila mereka ada, kami boleh mencipta tarian sendiri dan membuat latihan bersama untuk memantapkan tarian ketika berada di atas pentas nanti. Kemudian, seperti umum tahu, saya mahu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga perlu menghadiri kelas Bahasa Melayu supaya saya lebih fasih. Apa-apa hal, lesen mesti ada dulu," tuturnya.
Tambah Stacy, cuma dia keliru adakah wajar untuk dia belajar Bahasa Melayu kerana keluarga dan rakan-rakan di Sabah seperti kurang gemar jika dia mempelajari bahasa kebangsaan itu."Bila saya balik Sabah, mereka kata jangan ubah bahasa saya. Mereka rasa seronok bila saya bercakap menggunakan loghat kami," katanya.
Bila bercerita mengenai impiannya, barulah wajah Stacy kembali bersinar. Semangatnya begitu kental. Sungguhpun dirinya keliru dengan apa yang perlu dilakukannya semangat untuk menjadi penyanyi yang disegani tidak pernah luruh."Impian saya ialah menjadi penyanyi yang berjaya. Saya mahu mantapkan tarian dan vokal. Sekurang-kurangnya, bila orang ramai melihat saya membuat persembahan di pentas, mereka akan terpegun," akhirinya.
stacy..chaiyookk..sbr k..byk2 bersabar..kami akan sentiasa sokong kamo bha...kamoo jan susah ati..kamu kan ade ramai fans...
BalasPadamstacy...... ingat satu jer.... walau apa pun terjadi stacyfrenz ttp berada dibelakang n hadapan stacy.....stacy beljar cara ckp kat sana.... kami xkisah demi kemajuan stacy.... xsemestinya kalo stacy tukar bahasa tu stacy lupa diri.... itu adalah salah satu proses pembelajaran.... saya yakin stacy xkan lupa bahasa ibunda stacy..... stacy jgn takut tuk belajar k.... luv u.....
BalasPadamwe will always support you stacy don't give up k,
BalasPadamStacy dont worry....you will never walk alone coz StacyFrenz will always be there supporting you all the way......Just be yourself, stay humble, be positive and focus on your budding career.....Nothing else matter..Peace.
BalasPadamKak Stacy jgn takut yer...kami sentiasa berada d sisi kak stacy dan sentiasa menyokong kak Stacy......Kami sume syg kak Stacy jadi jgn takut yer...kuatkan semangat...
BalasPadamKesilapan kita jadikan panduan untuk menjadi yg terbaik. Teruskan usahamu Stacy, jgn pandang ke belakang. Kamo harus fokus pada karier seni dan kami mengiringi kamo bukan sebagai peminat...tetapi kami semua sebagai Rakan Stacy.
BalasPadamaduiiii...puyuh mo nangis sudaaa...sob..sob..sob...hilang macho kuhh..waaaa :'(
BalasPadamSTacy dear,
BalasPadam'DARE TO FAIL'
u kena berani GAGAL untuk BERJAYA
Jatuh tak penting, yg penting 'bangkit' semula dgn kepercayaan dan keyakinan.
banyak yg menyayangi mu, terus CEKAL,CERIA DAN BERFIKIRAN POSITIF...
STACY BEGITULAH KEHIDUPAN YG HARUS DITEMPUHI OLEH SESEORNG ARTIS..WALAU APE JUA KEADAAN SEKALIPON SBGI MANUSIA YG BERKERJAYA ARTIS NIH ..KAMI KAT SINI SENTIASA MENDOAKAN YG TERBAIK WAT STACY DAN SYABAS WLU MASIH BERUSIA 18 TAHUN TAPI MEMPUNYAI SMGT KENTAL DAN KETABAHN SEPERTI ORG DEWASA YG BOLEH DIRESPEK OLEH KAMI.GO STACY WE LUV U OLWEZ
BalasPadamaduhhh...sedihnya dgr luahan ht stacy... aperpon olwayz support u stacy... kmi sntiasa di belakng u... jgn mudah ptah semngat.. kuat dan terus kuat... stacy msh muda.. jdkan smua ni 1 ujian... ayuh bangkit stacy!!!!!!!!!!! love stacyyyy Forever!!!!!!!!!!!
BalasPadamwe will always support you stacy..don't worry..kalupun kamu terpaksa balik ke sabah n nyanyi d kelab semula,kami tetap akan sokong stacy..pedulikan mereka yang hanya ingin menjatuhkan stacy..
BalasPadam"nobody is perfect"
luahan hati stacy mmg betul2 jujur dan benar.sehebat mn pn ssorg itu jika tanpa pihak yg terus menerus mempopularkannya amat payah gak utk bertahan dan bila dah popular pn amat sukar gak tuk mmpertahankannya..semua benda yg ingin kita lakukan bkn skadar hnya berusaha ttapi ia bergantung gak kpd nasib hidup..inilah lumrah kehidupan masa kini..padamu STACY..tolong jgn berputus asa dan tanamkan terus keyakinan dan kesabaran dlm dirimu.HIDUP INI UMPAMA RODA YG BERPUTAR..love u STACY..SELAMANYA D HATI
BalasPadamShe is real, isn't she? That's why i love her more and more. No hiding, not trying to portrait herself as if she is popular or glamour after being champion. She is just being herself. Her honesty touched our hearts.
BalasPadamSENYUM SKET - ok rendah badan skit - ok senyum
BalasPadam1 2 3 klik~!
ha cantik pun
STACY...PERCAYALAH!!DI DALAM STACYFRENZ MAHU PUN PENGGEMAR MU DI LUAR,BUKAN LAH MEMINATI MU SUKA-SUKA SAHAJA..KAMI PERCAYA DENGAN BAKAT YANG KAU MILIKI DAN KERANA BAKAT YANG KAU MILKI ITU LAH KAMI IKHLAS MENYOKONG KERJAYA SENI YANG SEDANG KAU PERJUANGKAN.PERJALAN MASIH PANJANG,LUPAKAN SEMUA KESEDIHAN YANG MENGGANGGU KONSENTRASI MU.SETIAP MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN DAN KESILAPAN ITU LAH MENJADI GURU YANG TERBAIK DAN KESILAPAN ITU LAH JUGA PEMANGKIN KEJAYAAN MU DI PERSADA SENI.PERCAYALAH...KAMI SETIA MENYAYANGI MU...
BalasPadamSmoga Stacy terus tabah menghadapi segala dugaan & cabaran yg mendatang..
BalasPadamStacy jgn risau.. kami akan sentiasa menyokong Stacy sampai bebila...
Tanpa kamu, tiada la Stacy's Frenz..
cheers...
be strong girl,,,, dont give up... i will support u behind...hehehehe chaiyuk!!2 fighting!!!!
BalasPadambe strong girl,,,, dont give up... i will support u behind...hehehehe chaiyuk!!2 fighting!!!!
BalasPadamkesian stacy...kesalahan itu hnya tersandar di bahu dia saja...
BalasPadamBe strong girl!!!! as i said b4 ... bila semua ruang dan pintu sudah tertutup buat you, remember that u have us and we will fight back and we will open that "Door" again! (X nampak plak stacy kurang popular compare dgan dak af6 lain) - WDYT
BalasPadamstacy, bersabar la dalam kesusahan,bertekun la dalam doa..kami peminatmu akan sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu..
BalasPadamStacy dear,
BalasPadamdon't be afraid to make mistakes coz every one else does.
Kesilapan membuat kita lebih berusaha walaupun mengenangnya...sakit juga terasa tapi life has to go on. Many of us out here love your performance. Practice makes perfect...Ogy said.."you go girl!". Learning is a lifetime process...you have the talent, you have your fans...so don't be afraid of failure. Sometimes failure exists just to make us realise that we need others' support. Of all the AF students, my heart says that you are the best! Stacy, satu ja saya pesan.."masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau, menguak".Love you.
ADUH! STACY SAYANG......
BalasPadamKESILAPAN ITU CUMA KECIL SAJA... JANGANLAH TERLALU AWAL UNTUK BERPUTUS ASA. STACY KENA TABAH, KUATKAN SEMANGAT. INGAT YE DIK... TERLALU RAMAI SEBENARNYA PEMINAT STACY, TIDAK KIRA MEREKA ISLAM KRISTIAN @ BUDDHA.. MEREKA SEMUA SAYANG STACY...SO! BE STONG GIRL! SOAL BAHASA.... BELAJAR SAJA BELAJAR DI KL NI, BALIK KG, KITA BERCAKAP DLM BAHASA KITA...MACAM AKAK JUGA...ASALKAN KITA TAHU DARI MANA ASAL KITA... LOVE U SOOOOO MUCH STACY.... mmmmuuuuuaaaahhhhssss!